Wednesday, 24 October 2012
ULAMA AKAN HANYUT APABILA DAH SERTAI UMNO KATA MANTAN MUFTI PERLIS DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.
Ulama hanyut apabila sertai Umno
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi...SINAR HARIAN
PATUTLAH AHLI AGAMA SETELAH MASUK UMNO KENA IKUT PERANGAI AHLI-AHLI UMNO YANG LAIN JUGA...JADI PENGAMPU BODEK DAN TUKANG ANGGUK APA JUA PERBUATAN DAN PERCAKAPAN PARA PEMIMPINNYA.
MEMBERI MAKNA , PARA ULAMA DALAM UMNO LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI PUNYA... JENIS ULAMA JUAL AGAMA DEMI SECIPUT KEPENTINGAN DIRI... AHLI AGAMAWANG BUKAN AGAMAWAN.
KALAU MEREKA YANG ADA ILMU CUKUP TINGGI DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN BERTARAF ULAMA PUN BOLEH HANYUT BILA MASUK UMNO, INIKAN PULA MEREKA YANG ADA ILMU ISLAM PERINGKAT ASAS SAJA... IKUT HUKUM AKAL LOGIK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Pertambahan generasi muda belia melayu Islam abad 21 yg milikki pemikiran low-order thinking boleh dikaitkan dgn senario pergolakan politik bangsaku..politik pecah-belah-fitnah. Senario ini dah berdekad diamalkan. Sebilangan besar generasi LOT ini amat mudah dikotak-katik..dilabel pula sbg samseng A samseng B..mereka melabel imam atau ulama sbg imam UMNO..ulama PAS ..pemikiran mereka bercelaru..kata-kata mereka yg dihembur kpd ahli politik dan golongan ulama melalui media digital begitu kesat sekali..kata-kata yg tak bersopan ..tak hormat langsong..inikah generasi yg diharapkan dapat berhadapan dgn cabaran pengamal sekular dan zionist di abad 21. Jika tiada perubahan mindset dikalangan institusi politik dan institusi ulama dlm menangani isu pertambahan generasi LOT ini..confirm..pengamal zionist akan meneruskan agenda besar mereka di tanah tumpahnya darahku ini..Wake Up Bangsaku..Rosas Delima
ReplyDeleteRosa Delima.
DeleteAwk kata ulamak UMNO tak betul & ulamak PAS cacamarba! So kamu nk ikut ulamak MCA ke? Kalu awk hnya menonton tv & media elektronik srta media2 perdana yg ada, awk tidak akn nampak benarnya ulamak2 PAS!
klau d tv ada awk dgr ulama2 & pemimpin2 PAS mberi ulasan dlm isu2 semasa & isu2 negeri yg ditadbir mreka? Isu hudud! kononya hudud PAS, ada tak ruang PAS utk menjelaskn kpd umum mlalui media utk rkyat menilainya?
Jika puak2 UMNO Be End menudoh itu adlh hudud PAS & tak betul, mana hudud UMNO? 60 tahun usia UMNO 55 tahun Malaysia merdeka, dah terlaksanakah hudud selama ni? Chua Soi Lek perlekeh2kan hudud pun ulamak UMNO tak mampu utk menegur & mentarbiyah non muslim slama ni!
Ustaz Fathul Bari adlh Ulamak Muda Nomad Otak macai UMNO. Ilmunya hebat namun demi menyelamatkn survival UMNO dia akn berhujah diluar kontek yg jdikn rkyat makin keliru! Itu antra lain mksud Dr Asri mantan mufti Perlis.
Dekati PAS scara total baru kamu boleh menilai ulamak PAS burok baik mrka sblum kmu mngambarkn ulama PAS tu bercelaru.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Walillahilhamd....
Aku dari kecik lagi dah dengar cerita ini. Masa tu tak ramai yang sedar kerana gula-gula umno terlalu manis dan murah!! Zaman Tunku ada seorang imam Masjid Jamek KL disingkir kerana pernah menyindir lebih kurang macam ni, "Islam Islam juga, kencng berdiri main hangguk hangguk. Pertandingan membaca Alquran (Tajuk zaman dolu) buat juga, lumba kuda pun sama juga. Masa tu kalau sebut hukum Islam kata mereka 'Habis batu Batu Caves'kerana diguna untuk melontar orang berzina!!. Zaman ni ada pulak pemimpin Melayu kata hukum Islam tak relevan. Tak relevan kepala bapak dia!!. Macam itulah Islam. Semuanya sudah menjadi haru biru (macam warna geng dia juga). Macam-macam ada. Pergi haji, bertaubat,balik macam tu jugak,pakai menutup aurat tapi dengan jantan lain bersalam juga dan sokong lagi orang yang tak mahu hukum Islam, ada juga yang tak menutup aurat tapi solat nya istiqomah. Ade yang pakai jean dan baju t serta berambut panjang tak tinggal pula solat berjemaah, ada pula yang mengaji sampai ke Mesir dan Jordan tapi tak suka kepada jemaah Islam dan kutuk lagi jemaah. Ada pula yang kata qiamulail akan membuat pelajar mengantuk dan tak boleh belajar, lepas tu masa pilihan raya pandai pulak dia buat solat hajat. Begitulah dunia Melayu yang bertambah bercelaru. Nak katakan maju. Cakap sahaja. Yang kaya dan yang maju ialah pemimpin umno, kroni dan pengampu mereka. Pergilah kemana-mana daerah dan kalau rajin bertanya orang tempatan akan berkata oh itu kebun tan sri, oh itu ladang datuk seri, oh itu resort datuk, oh itu banglo datin paduka, oh itu dusun tun... itulah yang ada.Orang biasa sudah ada yang merempat di Kuala Lumpur dan bandar besar lain. Yang anehnya baru dapat menyewa kotak kasut dua bilik bandaraya dah menjadi penyokong kuat. Nasib baiklah dulu Chin Peng tak menang, kalau mereka menang agaknya sekarang ramai orang Melayu yang bela babi, menjual daging babi dan jugak makan rendang babi!!!! Sebelum diuji dengan lebih teruk lagi eloklah Melayu dengan segea kembali kepada Islam sebenar kerana banglo, bmw dan wang ringgit akan dihabiskan oleh yang hidup. Kita akan tetap dibaham cacing!!!
ReplyDelete