Wednesday 24 October 2012

DEMO HINA HUDUD OLEH PRESIDEN MCA CHUA SOI LEK DIDEPAN WISMA MCA, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR!!!!!!


Seramai kira-kira 200 Pencinta Islam dari  penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam.

Kumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.

Tuntutan itu adalah berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.

Memorandum berkenaan menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Chua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan tersebut.

Perhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13.

Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby Abadi yang turut melaungkan slogan "Hidup Islam" dan "Hidup Rakyat" bersama peserta lain.


BATANG HIDUNG DAN BAYANG DARI PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA DAN JATI LANGSUNG TAK NAMPAK KELIBATNYA.

4 comments:

  1. Lepas ni demo kat Karpal Singh plak ye.

    ReplyDelete
  2. lepas ni ramai2 p langkah mayat karpal singh pulak... ade berani!!!!

    ReplyDelete
  3. UMNO BN?
    Umat Melayu Naif Otak nya yg jdi Bebean Negara mana ada berani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang busylah kira duit anu.....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...