Tuesday 9 October 2012

EDISI LAWAK!!!!!!. PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) MINTA ORANG YANG DAH MATI HADIR KEPEJABATNYA UNTUK DIRAKAMKAN PERCAKAPANNYA!!!!.. SIAP KELUAR NOTIS DIBAWAH SEK: 111 KANUN PROSEDUR JENAYAH.. KALAU GAGAL HADIR TINDAKAN SUSULAN UNDANG-UNDANG BAKAL DIAMBIL!!!!!



Kes Suaram, ROS hantar notis siasatan pada si mati


Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat.

Notis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai.

Fan meninggal dunia pada tahun 2010.

Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)

1 comment:

  1. Orang bangang macam ni pun SPA ambik jadi pegawai? Sah yang ambik pun sama mereng!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...