Apa yang diperkatakan selama ini oleh para pemimpin UMNO yang diterajui oleh mantan Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad yang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ejen asing terutamanya Amerika Syarikat adalah benar belaka beb!!!!!..
Terbaru pertuduhan ini dibuktikan dengan persinggahan kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) berkuasa nuklear, USS George Washington telah melakukan persionggahan sulung di Pelabuhan Kelang bagi tujuan mempromosikan dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.
Tidak macam para pemimpin UMNO beb!!.. mereka tidak akan biarkan mana-mana kapal perang berkuasa nuklear lebih-lebih lagi kalau sebesar USS George Washington nak singgah mana-mana pelabuhan dinegara kita... Jangan katakan dibenarkan singgah.. nak lalu lautan kawasan negara pun tidak akan sesekali UMNO izinkan!!!!
Sebab itu Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara sekutunya terutama Israel cukup takut, gerun, cuak dengan UMNO beb!!!
Sekali pemimpin UMNO bersin boleh menyebabkan negara AS dapat gempar bumi!!!!
Bertuah sungguh jadi penyokong, pendokong, penganut dan ahli UMNO ni beb!!!
Dihormati dan digeruni oleh pihak kawan dan lawan terutamannya kuasa-kuasa besar!!!!!
Dalam negara pemimpin utama Pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibarhim cukup takut nak berdebat, berbahas dan berhujah dengan pemimpin tertinggi UMNO, Najib razak walaupun sudah beberapa kali dipelawa.
Diperingkat luar negara pula, negara-negara kuasa nuklear takut dengan Malaysia.
PERGH!!! BERTUAH SUNGGUH NEGARA KU MALAYSIA DAPAT PEMIMPIN SEHEBAT NAJIB RAZAK DAN MEREKA YANG SEANGKATAN DENGANNYA...MEMANG CUKUP-CUKUP HEBAT BEB!!
PSSTTT... APA MACAM?....AMPU BODEK SAYA INI LAYAK TAK SAYA JADI PENCACAI UMNO BERTARAF MEMBABI BUTA?
USS George Washington singgah di Malaysia
PELABUHAN KLANG, 7 Okt — Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS)
USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini,
bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala
antara AS dan Malaysia. Pegawai Pemerintahnya Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.
"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.
Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.
Fenton berkata anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).
Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. — Bernama
Hehehehe..gaya da ade..da mcm pencacai umno da ni,tp dgn minda yg lebih terbuka + kata2 yg boleh diterima pakai..klau nk lebih hebat lg,taraf pencacai tegar..kne la maki hamun skit lucah2 ke..bru la pencacai darah pekat umno...hahahaha
ReplyDeleteKapal ni kapal tua. Dah lapok. Amerika dok tayang kat kita, kot kot kita nak beli. Kapal ini umpama sebuah negara berdaulat dilautan luas. Aku cadangkan Najib beli. Bila kalah PRU13 nanti, puak UMNO suma boleh dok atas kapal ni dan ada negara UMNO dilautan bebas. Tak payah balik Malaysia lagi. Selamat berambus.
ReplyDelete