Saturday, 13 October 2012
RESTORAN SEKINCHAN IKAN BAKAR CAWANGAN BALAKONG SUDAH TUTUP!!!!!!!... SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....KUASA RAKYAT MEMBAWA AKIBAT!!!!
Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit.
Terbukti apabila rakyat mengambil sikap mau memboikot Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Bersih 4.0 tiruan yang membuat fitnah konnnya para peniaga kecil di Kuala Lumpur kerugian ratusan juta ringgi kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012, sampaikan sanggup mereka cipta cerita sambil mau berniaga didepan rumah Pengerusi Bersama Bersih 4.0, Datuk Ambiga untuk menampung segala kerugian.
Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka.
Sekarang lihat apa terjadi pada perniagaan Restoran Sekinchan Ikan Bakarnya... Lepas satu satu rangkaian restorannya tutup.
Terkini, cawangan di Jalan Dutamas 1, Balakong, berhampiran dengan AEON ( Jaya Jusco ) Cheras Selatan..
Mulai perasan ditutup semasa cuti perayaan Raya Aidil Fitri. Bersangka baik ingatkan tutup kerana cuti Hari Raya Aidil Fitri.
Malangnya sehingga kini restoran tersebut belum jua dibuka. Nak katakan cuti lagi, takkan nak sampai hampir 2 bulan.
Nak katakan ditutup untuk direnovasi , hasil tinjuan dapati tiada menampakannya sedemikian rupa.
Setelah dibuat risikan dan pertanyaan, maka sah restoran ini sudah ditutup.
Kempen cabutan bertuah bernilai hampir RM2juta dengan hadiah utama kereta Lamborghini dan BMW tidak mampu menyekat keruntuhan restorannya satu demi satu.
Disini amat jelas, bukan saja yang tidak menyokong UMNO boikot restoran-restoranya tetapi pendokong dan penyokong UMNO totok pun tidak mau berkunjung bagi memberikan sokongan moral.
Ikut hukum akal logik, kalaulah ahli-ahli UMNO termasuk ahli PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS dll NGO mesra UMNO memberikan sokongan padu apa yang dilakukan oleh Jamal Yunus ini, maka mustahil rangkaian restorannya tutup satu demi satu.
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....KUASA RAKYAT AKAN MEMBAWA AKIBAT....RAKYAT BANGKIT UMNO SAKIT.
JOM TERJEMAHKAN KUASA RAKYAT UNTUK MENGGUBURKAN UMNO PADA PRU 13 NANTI.
GUNAKAN KUASA ANDA UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA KITA MALAYSIA YANGV TERSAYANG INI DARI TERUS DIPERINTAH OLEH UMNO YANG KORUP, BOROS DAN ZALIM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sebab SPRM tak campurtangan la restoran dia tutup, kalu SPRM campurtangan dan kaki, pasti cawangan2 lain masih beroperasi!
ReplyDeleteDulu sombong dan angkuh. Ramai ampunya kerana ada pangkat dan duit. Kini mengelepar kepanasan. Kita ingin lihat pak menteri UMNO mengelepar kepanasan bila kalah terok pru13 nanti.
ReplyDeleteI tak gi bukan boikot tapi tak mampu dan seperti tempat-tempat lain jugak kalau mahal sikit tak gi. Bisnes memangmacam tu ade turn adde naik macam tu jaga orang dulu popula sekarang no more. Hidup di dunia ni memang banyak cubaan hanya nak doa jatuhkan orang rase banyak doa yang baik - baik boleh di amalkan...itu lah yang membezakan Islam dari lain, macam meber i kata...last-last mati jugak, dunai akhirat jugak kekal. Ape-ape pun insafla diri ni, bela ade duit dan kuasa ramai kawan bila nothing kita pun nothing......ALLAH sentiasa ade...
ReplyDeleteRasanya tutup bukan sebab politik...tapi sebab mahal dan tiada variasi...pernah pergi sekali di cawangan kota damansara...sekor ikan kembung kecil pun harga rm10..pastu rasa pun xdelah sedap sgt...pegi sekali rasa xnak ulang lagi....mungkin pelanggan lain pun rasa camtu...
ReplyDeleteheheh.. korang ni.. cerdiklah sikit. kes meniaga turun naik pun nak dipolitikkan. carilah idea yg bernas sikit kalau ye pun nak hentam UMNO dan BN. Mamak2 owner Kedai Nasi Kandar kebanyakannya sokong UMNO/BN semakin maju & kaya raya. Sebenaqnya, rasa yg kurreng sedap + mahal yg menjadi punca restoran dia tutup. Lepas ni jangan ler buat cerita.. disebabkan politik, si polan berak tahi bengkok pulak. Kelakar betul la org2 yg pendek akal ni. UMNO PAS & PKR semua bermasalah. Takder yg bagus pun. Jom kita tubuh parti baru lagi bagus. Hehe!
ReplyDeleteduhai semua banyak aspek yg positif boleh kita nilai jgnlah pandang yg negetif aja..bangga dgn bangsa melayu yg berjaya jadi peniaga no matter what the political views are...malah byk jgk peluang pekerjaan yg dia mampu bagi pada bangsa sendiri...sikap dengki mendengki langsung tak ada faedah nya...mentaliti yg mundur walaupon negara dah maju...bangkitlah wahai bangsa ku
ReplyDeletemahal sgt sebenarnya...sekali jek mkn situ. mkn talapia sederhana tu dah cecah hampir RM30-mcm tak berbaloi lak..rasa takdelah super sgt...tp berniaga tu ikutlah Sunnah...jgn nak untung melampau sgt.tak berkat.
ReplyDeleteAsam garam perniagaan..ade mase untung...ade mase rugi..tu je..
ReplyDelete