Saturday, 27 October 2012

DEMO BANTAH PEMBINAAN KONDO BERHAMPIRAN DENGAN BATU CAVES OLEH MIC MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA!!!!



BIAR GAMBAR BERBICARA!!!

Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!!

Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.
 

Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!!
 
Mengapa boleh jadi sebegini rupa?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.

Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy Vellu dalam ucapannya yang berapai-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN..

INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!!

MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!!


No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...