(A) GAMBAR YANG TELAH DIEDIT.
(B) GAMBAR ASAL
Kesilapan mematang dan mendewasakan kita. Itulah yang admin lalui apabila admin secara jujur mengaku pernah buat pertama kali pernah menyiarkan dalam blog ini kisah 'ROTI NAJIB" yang admin sangkakan ianya asli.
Apabila didedahkan oleh blogger tertentu termasuk blogger pro Pakatan Rakyat akhirnya admin mengambil keputusan untuk mendeletenya dari blog.
Mulai dari saat dan ketika itu, admin mengambil sikap lebih berhati-hati dalam memuat naikkan gambar-gambar yang dikirim kepada admin.
Sebagai admin yang pernah melakukan kesilapan atas fitrah manusia yang tidak sempurna maka hari ini admin rasa terpanggil untuk membetulkan akan sekeping gambar, satu kain rentang "Sambutan Raya Haji & Halloween 2012" yang digantung di Berjaya Megamall Kuantan, Pahang.
Kita boleh malahan sepatuttnya meraikan perbezaan pandangan dan ideologi politik. Tapi dalam menyerang pihak lawan dengan memuat naikkan gambar yang telah diubah suai, superimpose dan diedit, pada pandangan admin itu sudah tidak wajar.
Mungkin pandangan admin ini akan melukai segelintir blogger Pro-PR tetapi admin berlapang dada dan berdingin kepala untuk menerima apa jua tindak balas yang bakal diterima.
Sebab itu apabila admin dikantoikan oleh blogger Pro PR sendiri tempoh hari, admin mengambil sikap untuk memperbaiki diri dengan tidak mau mengulanginya serta patut menegur pihak kawan maupun lawan jika mengetahui dan melihat ada blogger melakukan kesilapan serupa.
Kisah kain rentang kononnya dipasang di Berjaya Megamall Kuantan dengan tajuk "Sambutan Raya Haji & Halloween 2012" memberi gambaran seolah-olah Perayaan Raya Haji diKongsi dengan Perayaan Halloween..
Dari risikan yang admin terima, ianya tidak benar sama sekali. Kain
rentang yang hanya terdapat disana hanyalah sepertimana gambar (B) dan
nyata gambar (A) adalah gambar yang sudah diedit
Printscreen dibawah ialah kisahinya disebarkan dialam internet.
BENAR TETAP BENAR SALAH TETAP SALAH.....KEBENARAN JANGAN DISOROKKAN DAN KESILAPAN JANGAN DILINDUNGI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tahniah Admin kerana meberi pencerahan dan meyetakan kebenaran. Tapi yang tak sedapnya bila baca apa yang acara yg ditulis dibahagian bawah banner tu. Sambut Raya Haji mcm tu?? Tidakkah Islam terhina secara terang2an?
ReplyDeleteTakpe admin, fitrah manusia kan... Yang penting kita mengaku kesilapan kita dan minta maaf. Tu baru orang PR :)
ReplyDeleteBENAR TETAP BENAR SALAH TETAP SALAH.....KEBENARAN JANGAN DISOROKKAN DAN KESILAPAN JANGAN DILINDUNGI.??? apa mu mengarut ni admin?? mu pakai hentam kata gambar pertama tu edit? rujuk sinar harian tengok.. gambar yg ada halloween versi sinar harian sama je dengan pic yg ko cakap edit. pihak penganjur event pun mengaku dah turunkan banner yg gabungkan raya haji dengan halloween tersebut.. dan dinaikkan banner yg tiada perkataan halloween, tetapi masih biadab.. sebab ada tarian..
ReplyDeletesumber http://www.sinarharian.com.my/nasional/poster-raya-haji-and-halloween-cetus-kontroversi-1.94415
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Pengarah Program, Chea Sin Cheak memohon maaf dan sedar kesilapan itu selepas dimaklum Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kelmarin.
ReplyDeleteBeliau harap masyarakat dapat maafkan dan akan berhati-hati pada masa hadapan.
bangang punya admin... pandai2 plak buat cerita... gambar yg mula2 memang betul, pastu ditukar lepas kena bantahan.... bodoh punya admin !
ReplyDeleteWlaupn ade sdkit kkliruan b'kenaan k'sahihan gmbr...Yg pnting adalah motif diajukn isu ini kpd phak b'wajib agr lebih peka dlm m'jage hak dan kesucian agama Islam...:)...apepn, kredit kpd admin diats p'nyampaian dan usahanya dlm m'mastikn isu yg d'smpaikn itu ok...ini mcm, baru bole blog PR jd contoh yg baik kpd blog BN...:)
ReplyDeleteSalam Omak Kau
ReplyDeleteYong dapat tahu kejadian itu benar. Baca http://pahangdaily.blogspot.com/ untuk dapat penjelasan! Kain rentang B adalah yang baru. Tapi masih tak sesuai!
Selidik betul2 admin..jgn jadi org yg selalu dibodohkan oleh umno..
ReplyDeleteSalam, kedua2 gambar tu original, bkn edit. Sebelum banner ditukar & selepas banner ditukar. Admin perlu lebih teliti slpas ni ok..
ReplyDeleteTahniah admin tapi apa2 pun sebelum nak post artikel tu siasatlah dulu...
ReplyDeleteADMIN OMAK KAU!!!! MEMALUKAN PARTI SENDIRI...
ReplyDeletebro.. kalau dh tak bleh pertahankan dah pun, jgn lah memalukaaannn !
adooiiiiiiiiii... pergi lah marah PBT sana. Under sape??? takkan Admin lupaa kooootttttttttt!!!!
http://www.parlimen.gov.my/index.php?modload=ahlidewan&uweb=dr&action=details&id=65