Tuesday 9 October 2012

LAGI SKANDAL MEMBABITKAN NOH OMAR CALON BAKAL MB SELANGOR DARI UMNO/BN DIDEDAHKAN!!!!....PEMBEKAL YANG TIDAK LAYAK TELAH BERJAYA MEMBEKALKAN BENIH PADI BERNILAI RM164.8 JUTA DIBAWAH PROGRAM BENIH PADI SAH, KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI SELAMA 3 TAHUN!!!!




Admin mendapat berita kononnya tender bernilai RM164.8 juta bagi pembekalan benih padi sah kepada petani di bawah program benih padi sah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk tempoh 3 tahun telah diberikan kepada beberapa pembekal bertaraf kroni yang tidak layak dari segi kemampuan kewangan dan kepakaran.

Yang diberikan tender diberitakan langsung tidak memiliki kilang pemprosesan benih padi dan pengasingan benih milik sendiri.

Ini yang admin dimaklumkan.

Satu surat dari Kementerian Kewangan telah dibocorkan mengenai skandal ini.

Tunggu perkembangan mengenai skandal ini.

Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan
telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah...M'SIAKINI

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...