Monday, 15 October 2012

JELAJAH SIHAT RAKYAT (JERAT) PAKATAN RAKYAT BERJAYA MEMIKAT PENDUDUK-PENDUDUK DI KUBU KUAT UMNO DI DUN SEMENTA!!!



Setelah dengan jayanya pada 1hb Oktober 2012 yang lalu, Parti KeADILan Rakyat Cabang Kapar dengan kerjasama erat PAS kini sudah melancarkan satu program kemasyarakatan diberi nama Jelajah Sihat Rakyat (JERAT).


Program ini khusus untuk memberikan pemeriksaan dan bimbingan percuma mengenai kesihatan kepada penduduk tempatan supaya celek kesedaran dan perihatin mengenai kesihatan diri terutamanya golongan warga emas.

Jenis rawatan yang diberikan keutamaan ialah: 1) Pemeriksaan tekanan darah  2) Pemeriksaan kandungan glucose dalam darah  3) Pemeriksaan Mata dan 4) Pemeriksaan gigi.

Program khidmat masyarakat ini diketuai oleh Dr Nedunchelian Vengu dibawah naungan Ketua Cabang PKR Kapar sendiri, Tuan Azizi Ayob.

Program kedua diadakan semalam di Balai Masyarakat TCS 111 dibawah anjuran Ketua Komuniti Selangor dengan kerjasama JKKK Kg Batu 4 dan Persatuan Penduduk-penduduk Taman Cempakasari 111.

Sambutan yang diberikan penduduk tempatan amatlah memberangsangkan.

Sayugia diingat. Termpat dimana program ini diadakan adalah salah satu kubu kuat UMNO dalam DUN Sementa.

Sebelum ini apabila JERAT membuat program di Bukir Raja, ada percubaan dari pihak UMNO/BN untuk melakukan sabotaj dengan secara tiba-tiba datang lori untuk membuat edaran beras percuma. Tapi kali ini tiada sebarang langkah sabotaj dilakukan kerana UMNO/BN sedar ianya tidak memberi untung dari segi politik sempit mereka.

Rakyat kini sudah mampu berfikir dan menilai.  Mana-mana program yang membawa kebaikkan kepada masyarakat amnya dan diri mereka khasnya sudah pasti bersongsang pegangan politik ditolak ketepi.

Dari tinjuan admin, rata-rata yang hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan  percuma adalah terdiri dari mereka yang dikenal pasti sebagai penyokong tegar UMNO dan MIC.

Ada itu sebagai menunjukkan dirinya penyokong tegar BN, sanggup datang dengan memakai baju T tertera wajah Najib Razak dan logo 1M'sia.

Memperlihatkan kematang politik sudah wujud. Kalau gelagat ini dijadikan amalan dikalangan setiap penyokong tegar UMNO/BN, admin tidak nampak akan berlakunya kekecohan dan huru hara disetiap program mau pun ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, admin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada para pegawai perubatan yang diketuai Dr Nedunchelian Vengu, Ketua Cabang PKR Kapar Tuan Azizi Ayob, JKK Taman Cempakasari Kpt(B) Baseri dan juga semua JKK Kg Baru Batu 4.

Program ini akan kerap diadakan demi merapatkan pemimpin dengan penduduk setempat sambil memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma.



DARI RAKYAT KITA DATANG KEPADA RAKYAT KITA MENYUMBANG BARULAH RAKYAT MENYOKONG PAKATAN RAKYAT UNTUK BERI UMNO TUMBANG
.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...