Sunday 28 October 2012

SULTAN KELANTAN MENYEMPURNAKAN SENDIRI MAJLIS KORBAN..ALLAHUAKHBAR!!!!




KOTA BHARU
- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini. Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan.

Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha.


Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota. Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui  masjid-masjid di  Kota Bharu dan Masjid Muhammadi.


"Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita.


Pada majlis tersebut Sultan Kelantan turut menyempurnakan sendiri majlis tersebut termasuk menyembelih sendiri dua lembu korban disumbangkan baginda. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

2 comments:

  1. Alhamdullillah!
    Sultan sedar beliau juga hamba Allah, tidak sama yang lain tu yang masih lupa diri.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Walilahilhamd...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...