Thursday 25 October 2012

SURAT DARI YAB MENTERI BESAR KELANTAN, TGNA KEPADA YB LOKE SIEW FOOK, AHLI PARLIMEN DAP RASAH KERANA BERANI MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN TGNA DARI CEMUHAN DAN PENGHINAAN MCA!!!!

Jika maukan paparan yang lebih jelas dan besar, sila klik pada foto.

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah mengutus sepucuk surat kepada YB Loke Siew Fook, Ahli Parlimen DAP Rasah yang berani  mempertahankan Islam dan TGNA dari difitnah oleh MCA, sedangkan UMNO terus membisu seribu bahasa semasa sidang parlimen baru-baru ini.

Antara ayat yang terdapat dalam kandungan surat itu ialah : "DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak kemana"


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat...M'SIAKINI

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...