Tuesday 9 October 2012

KISAH DUA PADERI KRISTIAN YANG AMAT MENARIK... SEORANG MAU MEMBANTU CALON PAS SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN PADA PRU 13 DISABAH DAN SEORANG LAGI MAU MENYAMAN UTUSAN KERANA MEMFITNAH!!!!


Dua kisah yang menarik untuk difikir dan dinilai.

Satu berkenaan dengan seorang paderi mamu membantu bakal calon PAS di Sabah dan seorang lagi mau mengambail tindakan menyaman lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia seperti lazim dan biasa, kerana memfitnah.

1) 
   

PRU 13 nanti diDUN Pitas, Kudat, Sabah, bakal digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).


Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron, seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor.

Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.

Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis.

Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.

Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.

Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.

Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Rakilin Mahuda @ Melvin sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.

"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.

Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.

"Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat.

"Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor.

Ondon pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka.

"Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily.

Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS.

Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian.

Calon PAS yang dikenal pasti mewakili Pakatan rakyat di DUN ini nanti ialah seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck.

Dausieh adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah.

Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud.

Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini.

Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas.

Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang.



2)


Kelmarin lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia dalam edisi hari minggunya melaporkan berita kononnya pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Kita sedia maklum sebelum ini akhbar lidak biawak rasmi UMNO ini amat gemar dan bangga memainkan isu kononnya pemimpin Pakatan Rakyat mempolitikkan masjid dan surau. Kali ini mereka cuba memainkan sentimen agama kepada orang Kristian pula.

Dua pemimpin Kristian semalam berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia kelmarin, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".
 

Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.
 

Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.
 

Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".
 

Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.
 

"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.
 

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.
 

Rajah yang menganggap dirinya sebagai penyokong kuat Lim Guan Eng menekankan bahawa beliau tidak akan memberi kebenaran untuk ditemubual sekiranya tahu bahawa Utusan akan memetiknya dengan salah.
 

Antara lainnya, akhbar berkenaan memetik Rajah sebagai berkata, "tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik".
 

Sementara itu, Philips pula berkata laporan itu turut menjejaskan reputasinya, dan menegaskan bahawa pandangannya yang sebenar tidak dilaporkan.
 

"Ini adalah satu perbuatan fitnah. Saya terkejut dan marah dengan ketidakcekapan wartawan itu," katanya

FITNAH DAN LUCAH DENGAN UMNO TIADA BERPISAH... MAKIN PAS/PR DIFITNAH MAKIN RAMAI WARGA KITA MAU BERHIJRAH SAMPAI SANGGUP TURUN KEMPEN DEMI MENUMBANGKAN UMNO YANG ZALIM DAN RASUAH!!!!





No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...