Friday, 19 October 2012
PROGRAM JELAJAH SIHAT RAKYAT (JERAT) AKAN DILANCARKAN SEMPENA JELAJAH MERDEKA RAKYAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KEPARLIMEN KAPAR 21HB OKTOBER HARI AHAD JAM 3.30PTG!!!!
Sempena Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan MPN 21hb Oktober 2012 Ahad, maka Parti KeADILan Rakyat Cabang Kapar akan mengambil inisiatif untuk melancarkan satu program kemasyarakatan Jelajah Sihat Rakyat (JERAT) dengan memberi pemeriksaan percuma bernilai RM60/- kepada penduduk tempatan yang hadir untuk mendengar pidato dan ceramah yang disampai DSAI.
Sebelum ini pasukan JERAT sudah pun memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dalam siri-siri serta lokasi yang berlainan dan yang terbaru kepada penduduk Bukit Raja dan Taman Cempakasari dengan sambutan diberikan amat menggalakan sekali.
Jenis pemeriksaan yang bakal dijalankan yang diketuai Dr Neduchelian Vengu dengan dibantu beberapa pegawai perubatan yang berkelayakan ialah : 1) Pemeriksaan tekanan darah 2) Pemeriksaan kandungan glucose dalam darah 3) Pemeriksaan mata dan 4) Pemeriksaan gigi.
PKR Cabang Kapar berpendapat program ini amat sesuai dilaksanakan memandangkan iainya program yang memberi khidmat dan nasihat secara terus kepada kumpulan sasaran. Program yang benar-benar merasai dan menyentuh denyut nadi rakyat.
Menjadi harapan dan hasrat pencetus idea ini, Dr Neduchelian Vengu dengan sokongan padu dari Ketua Cabang PKR Kapar, Tuan Azizi Ayob serta seluruh kepimpinan PAS Kawasan Kapar yang diketuai Kpt (B) Baseri, agar program JERAT menjadi program peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan.
Jangan lupa, kepada penduduk Kapar khasnya dan penduduk sekeliling amnya, hadir di Padang Awam Taman Klang Utama (Depan Econsave) hari Ahad ini jam 9.30_ pagi hingga 4.00 ptg pada 21hb Oktober 2012.JUMPA DISANAAAAAAA.......MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA.
RAKYAT SIHAT PAKATAN MENDAPAT BERKAT.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment