Wednesday, 15 April 2015

FARA FAUZANA HANTAR MESEJ MENUSUK KALBU KEPADA DR MASHITAH


Apabila seseorang sudah berhijrah tidak perlu lagi dipersoalkan sebaliknya ucapkan tahniah dan iringi doa kerana individu itu telah memperbaiki personaliti mereka ke arah menjadi insan yang lebih baik, itu pandangan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.

Fara Fauzana yang kini telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan dan peminat.

“Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. Saya berhijab kerana Allah SWT,” katanya.

Sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak.

“Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” tambahnya lagi.

Beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya.

“Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak yang mengaitkan dengan pertubuhan tertentu.

JENTERA PAKATAN RAKYAT PRK PERMATANG PAUH DILANCARKAN TANPA KEHADIRAN PIMPINAN TERTINGGI PAS PUSAT MENJADI TANDA TANYA.




Ketidak hadiran pemimpin Pas Pusat  ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan jentera parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menjadi tanda tanya.

Mengulas mengenai persoalan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi jaminan, ketiadaan pucuk pimpinan parti berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan yang diberikan pada pilihan raya pada 7 Mei depan.


“Walaupun Timbalan Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101 peratus sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh,” kata Mujahid.


Menurutnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak dapat hadir pada majlis tersebut berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.


Dalam pelancaran yang dibuat pada Selasa malam tadi, ia dihadiri semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, sedangkan Pas hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.


Dalam pelancaran berkenaan ia memilih slogan ‘Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan’ bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.

TAMBAH NILAI PRABAYAR DI KEDAI 7 ELEVEN .... CELCOM TIDAK ADA GST SEDANGKAN MAXIS ADA.


Helo Ahmad Maslan CGPA 3.85 dan Hasan Malek KDPNKK ... ini apa cerita ni????  .. tambah nilai di kedai 7 Eleven Celcom tidak ada GST sedangkan Maxis ada dikenakan GST .. kenapa ada berlainan dalam melaksanakan GST pula ... apa jawapan dan alasan mau diberikan kepada rakyat .. tak kan nak suruh rakyat buka syarikat telekomunikasi sendiri pula jika enggan bayar GST .

Mohon respon sikit dengan jawapan yang logik dan berasas.


PENJAGA GOL JDT II DITUDUH DI MAHKAMAH KERANA MAKI POLIS DENGAN KATA-KATA KESAT




Penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) II dituduh di mahkamah majistret di sini kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.

Mohd Anis Faron Ahmad, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud hendak mengaibkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebut kata-kata kesat dengan maksud supaya perkataan itu didengari oleh anggota polis yang bertugas.

Mohd Anis dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 10.50 malam pada 3 April lalu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tuesday, 14 April 2015

MAHATHIR CAKAP ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA KALAU TIDAK DISERANG DAN MENERIMA ARAHAN TIDAK AKAN BUNUH ORANG .... YANG INI APA KES????????



Kebiasaannya seseorang anggota polis atau tentera tidak akan menembak mati melainkan mengikut arahan, merujuk kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang dihukum gantung kerana bersalah membunuh warga Mongolia itu.

"Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh.

"Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.


Jadi yang ini apa kes nya? .. Siapa yang arah Koperal polis ini bunuh janda beranak tiga ini???? .. Adakah nyawa Koperal Polis ini terancam diserang janda beranak tiga itu??????



Seorang janda beranak tiga mati dipercayai akibat dibelasah kekasihnya, seorang anggota polis berpangkat koperal, di kawasan rekreasi Hutan Bandar di sini awal pagi semalam.

Nurzilawati Akmar Affandi, 35, yang mempunyai tiga orang anak berusia antara lapan hingga 15 tahun dipercayai maut dipukul suspek yang tinggal di kuarters Kompleks Perumahan Polis Mersing dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini.

Jarak di antara kompleks perumahan itu dengan tempat kejadian kira-kira 3.2 kilometer.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M. Kumar berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menyewa bilik di sebuah rumah teres di Mersing Kecil telah pergi ke rumah suspek yang merupakan seorang duda untuk berbincang mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak lama kemudian mereka mula bertengkar.

Kumar berkata, suspek dan mangsa kemudian menaiki motosikal menuju ke sebuah kawasan rekreasi di Hutan Bandar untuk meneruskan perbincangan, namun pertengkaran tersebut semakin memuncak sehingga melibatkan kekerasan.

“Akibat dibelasah suspek, mangsa dipercayai pengsan sebelum suspek bertindak pulang ke rumahnya untuk mengambil kereta bagi membawa Nurzilawati ke hospital,” ujarnya

BEBERAPA NGO DIKETUA PEGAWAI PENERANGAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN BUAT LAPORAN POLIS MAU INDIVIDU YANG MENGHINA AHMAD MASLAN DENGAN MEMANGGILNYA SEBAGAI "BABI" DIAMBIL TINDAKAN.

Halim (tiga dari kiri) bersama beberapa wakil NGO selepas membuat laporan polis mempertahankan Ahmad Maslan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini


Pegawai Penerangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Halim Tuah mahu individu yang menghina Datuk Ahmad Maslan dengan memanggilnya sebagai 'babi' di laman sosial diambil tindakan.

Beliau yang mewakili pejabat Ahmad bersama beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook yang memakai nama Nazim ZM di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Sambil menganggap perbuatan itu sebagai biadap dan kurang ajar, Halim juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pemilik Facebook, Kussparow Is yang didakwa menghasut pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberontak menggulingkan Yang Dipertuan Agong.

"Saya pohon pihak pejabat Yang Dipertuan Agong, polis, ATM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bertindak segera bagi membanteras gerak tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang dilihat semakin berleluasa,' ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beberapa NGO seperti Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Mohd. Ali Baharom dan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sebelum itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ahli Parlimen Pontian itu menerima kritikan hebat terutama di laman sosial ekoran kenyataan-kenyataannya yang terbaru saran pelajar UiTM masak sendiri bagi mengelak dikenakan GST.

INI BARU BETUL PENIAGA BERJIWA RAKYAT ... GST ITU HARAM!!!!!


Peniaga kain ini terus terang enggan mengenakan GST 6% kepada pelanggannya kerana anggap GST itu haram!!!!!!

Ini baru betul peniaga serapkan GST dan kekalkan harga biasa sambil mengangap GST itu haram lagi.

Pasaraya Mydin ada berani lakukan seperti peniaga ini??????

GURU KAFA YANG REMPUH BANGUNAN SUK SECARA SOLO TEMPUH HARI ISU KENAIKAN GAJI RELA DIPECAT SETELAH MENERIMA SURAT TUNJUK SEBAB DARI JAIS.


Ekhsan Bukharee menunjukkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh JAIS ke atasnya berhubung tindakannya yang mahu berjumpa dengan MB Selangor dan Exco di DUN Selangor, baru-baru ini.


“Saya rela dipecat”. Itulah perjuangan seorang guru Kelas Al- Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham yang memperjuangkan kenaikan elaun guru Kafa yang dijanjikan kerajaan negeri Selangor sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Ekhsan berkata, dia diminta surat tunjuk sebab daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) semalam bagi memberi penjelasan berhubung tindakannya yang cuba memasuki Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan surat tuntutan kenaikan elaun guru Kafa minggu lalu.

Menurutnya, pegawai Jais seakan-akan memberi ugutan akan memberhentikannya sekiranya meneruskan perjuangan itu.

“Jika ini harga sebuah perjuangan untuk naikkan elaun guru Kafa, saya rela dipecat dan yang penting saya dapat melihat pendidik anak bangsa kita ini dibela.

“Saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan surat tunjuk sebab itu saya sudah bincangkan dengan beberapa peguam untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada media ketika ditemui di hadapan Bangunan SUK, hari ini.

Menurutnya, walaupun terkilan dengan surat tunjuk sebab dari Jais, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk memperjuangkan kebajikan guru-guru Kafa.

Dia turut mahukan Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin Ali tidak melenggahkan kenaikan elaun ini kerana ianya sudah tertulis dalam manifesto PRU-13 lalu.

“Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan tanpa kelengahan sekiranya kepimpinan Azmin benar-benar mempunyai keinginan untuk melaksanakannya.

“Semakin lewat kenaikan ini dibuat maknanya guru Kafa akan terus dibiarkan hidup dalam tekanan berikutan keadaan ekonomi yang menyesakkan,” katanya.

Minggu lalu kecoh apabila Ekhsan dilaporkan ‘menyerang’ DUN Selangor dan mahu berjumpa Menteri Besar dan exco Kerajaan Negeri untuk menuntut janji kenaikan elaun yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Dia mendakwa selama tiga tahun, kerajaan negeri Selangor mempermainkan perasaan guru-guru Kafa kononnya mahu menaikkan elaun mereka daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan namun hingga kini tiada sebarang tindakan
.

INGATKAN APABILA AZMIN ALI JADI MB SELANGOR SUDAH TIADA LAGI GANGGUAN AIR.


Dengan slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI .. terjah turun padang 80 peratus sehari .. pastikan tiada sehelai sampah tidak berkutip .. turun cuci kain batik sampai menangis tuan punya kain ... cuci dan gali longkang besar pakai baju batik jawa secara bersendirian, orang lain hanya jadi tukang tengok maka sudah pasti harapan rakyat tinggi menggunung tiada lagi gangguan air apabila pemimpin terhebat pernah dilahirkan sejak merdeka ini memimpin negeri Selangor ianya akan menjadi sejarah silam.

Rupa-rupanya tidak juga .. makin kerap adalah.

Apa-apa pun Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali tidak boleh dipersalahkan sebab dia sendiri mengaku dalam isu air ini dia maksum tidak pernah buat silap dan pastikan kedaulatan Selangor sentiasa dipelihara dan menjadi keutamaannya.



Kuala Lumpur– Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan seperti yang dinyatakan di bawah akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan dari kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

1)    Kerja Penukaran Injap Kekupu Baru Bersaiz 700mm Berdekatan Shell Taman Putra Height, Shah Alam.

TARIKH/MASA GANGGUAN

21 April 2015 (Selasa), 9:00 malam hingga 8:00 pagi keesokan harinya 22 April 2015.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Klang/Shah Alam

Putra Indah; Putra Bahagia; Putra Permai; Putra Mahkota dan Bukit Lanchong, Shah Alam.

2)    Kerja Penukaran Injap Kekupu Bersaiz 450mm di Bulatan Jalan Kuari, Cheras, Wilayah Kuala Lumpur

TARIKH/MASA GANGGUAN

21 April 2015 (Selasa), 9:00 malam hingga 12:00 tengahari keesokan harinya 22 April 2015.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Cheras Indah; Taman Maju Jaya; Taman Pandan Indah; Taman Kencana; Taman Pandan Indah Komersial dan Jalan Pandan Cahaya.

Para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Para pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini boleh diakses melalui aplikasi sistem mySYABAS yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Appstore, laman web rasmi SYABAS di www.syabas.com.my ; atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Harap maklum.

PRISCILLA ALFRED
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

DATA KOTAK HITAM HELIKOPTER TERHEMPAS DEDAHKAN PENUMPANG WANITA MISTERI AIDANA BAIZIEVA MEMAINKAN PERANAN UTAMA DALAM PENERBANGAN TERSEBUT.



Data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih pada 4 April lalu menunjukkan penumpang wanita "misteri", Aidana Baizieva, memainkan peranan utama dalam penerbangan helikopter Dauphin AS365N2, lapor akhbar The New Straits Times hari ini.

Menurut akhbar itu, data yang diperoleh daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Baizieva, 25, warga Kyrgyzstan itu "terlibat secara aktif" dalam operasi menerbangkan helikopter.

Memetik sumber, rakaman itu juga merekodkan pertukaran suara di antara pelajar jurusan pelancongan itu dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, yang bertanggungjawab menggendalikan penerbangan itu.

Baizieva sebelum ini dilaporkan sebagai pembantu juruterbang yang terlibat dalam nahas, namun polis menafikan wujudnya bukti menyokong dakwaan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat juga dilaporkan berkata, Baizieva mendalami dunia penerbangan dan sering mengikuti Fournier menaiki helikopter.

Eurocopter AS365N2, menurut sumber akhbar itu, juga dikatakan terbang serendah 2,000 kaki selepas hilang kawalan dan terputus hubungan.

Sumber itu juga mengatakan ada petunjuk kukuh berlakunya letupan ketika penerbangan sebelum helikopter itu jatuh terhempas.

Nahas itu mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Turut terkorban ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.

PEMUDA PUTUS KAKI KETIKA MENGIKUTI PROGRAM TRANSFORMASI MASYARAKAT BERGERAK (MCTP) ANJURAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.



Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan hampir satu jam apabila kaki kirinya terputus akibat tersepit bahagian hadapan sebuah kapal yang berhenti di jeti kayu Nanga Mujong di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi 10hb April itu, mangsa Frederick Langkan Lawrence, 21, no MyKad 940531-13-5669 dari Rumah Panjang Robin, Jalan Ridan, Melugu, Sri Aman, Sarawak  sedang mengalihkan tambatan tali sebuah kapal di jeti kayu di situ.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku sedang berlangsung Program Transformasi Masyarakat Bergerak (MCTP) anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.

Jurucakap polis berkata, kejadian malang itu berlaku apabila kaki kiri mangsa tersangkut pada tali tambatan kapal yang berlabuh di situ.

Katanya, sebelum itu, mangsa bersama dua rakannya yang lain telah menjerit dan memberi isyarat tangan kepada juragan kapal supaya tidak menggerakkan kapal berkenaan, namun tidak diendahkan oleh juragan terbabit.

“Akibat rempuhan kuat itu, kaki kiri mangsa kemudian tersepit di bahagian depan kapal itu dan terputus.

“Terkejut dengan insiden itu, jurugan kapal tersebut menghentikan kapal berkenaan sebelum rakan mangsa yang kebetulan berada di situ memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, pemuda malang yang masih dalam keadaan berlumuran darah itu kemudian dihantar ke hospital di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kapit di sini.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan keterangan daripada jurugan kapal juga sudah direkodkan,” ujarnya.

KAK WAN BUKANLAH CALON YANG SESUAI MEWAKILI PKR/PR PRK PARLIMEN P044 PERMATANG PAUH???????



Datuk Seri Wan Azizah Ismail (Kak Wan) adalah seorang wanita yang luar biasa. Tidak ramai orang yang boleh berurusan dengan suami yang dilemparkan ke dalam penjara bukan sekali, tetapi dua kali, dan menjadi tokoh satu pergerakan yang paling lama bertahan di dunia politik pernah negara saksikan. 

Beliau merupakan contoh kepada ramai wanita di luar sana, bukti bahawa jantina tidak menentukan ukuran kejayaan seseorang dalam politik.

Namun, dengan rasa berat hati, tetapi demi kebenaran dan maukan kemenangan cemerlang terpaksa jua Omak Kau katakan bahawa dia bukanlah calon yang tepat untuk PRK Parlimen P044 Permatang Pauh mewakili PKR/PR . Sekurang-kurangnya, bukan sekarang.

Untuk semua pencapaian dan kebolehan beliau, Kak Wan diakui sekutu dan seteru, tidak boleh membawa PKR seperti apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Parti KeADILan Rakyat ketika ini  memerlukan, pemimpin berkebolehan yang kuat, terutamanya sekarang, apabila parti itu sudah dianggap dan dilihat berpecah antara kem Azmin Ali dan Nurul Izzah selepas pemilihan 2014 yang lalu.

Lompang yang ditinggalkan oleh Anwar telah membuat kedudukkan parti tanpa arah, dan ia sering kelihatan seperti satu tangan tidak tahu apa yang lain lakukan.

Kak Wan harus memberikan segala tumpuan, masa dan staminanya di DUN Kajang yang amat-amat memerlukan tenaga dan keringatnya ketika ini, sebagai mematikan segala tuduhan betapa Langkah Kajang suatu langkah yang tidak memberi manafaat kepada penduduk Kajang.

Di Permatang Pauh, PKR mempunyai peluang yang luar biasa untuk membuat perubahan demi langkah yang lebih jauh jika rampas Putrajaya mau dijadikan kenyataan. Meletakkan calon yang dinamik dapat memberi tenaga semula parti, memandangkan kepentingan simbolik Permatang Pauh. Sebagai kubu tradisi Anwar, calon yang bertanding akan membawa berat dan tanggungjawab pendahulunya.

Keluarga Anwar tidak perlu terus kekal dalam kuasa di Permatang Pauh hanya kerana ia adalah kubu kuat beliau. Sebaliknya, PKR boleh memanfaatkan legasi Anwar di tempat itu untuk menubuhkan kelayakan seorang pemimpin baru.

Wan Azizah tidak lagi seolah-olah mempunyai hati untuk politik, dan tanggungjawab ini adalah satu beban yang dia tidak perlu tanggung, terutamanya memandangkan usia beliau dan usaha beliau dimasukkan ke dalam untuk menjaga PKR berjalan semasa Anwar merengkok dalam penjara kali terakhir sekitar. Sesungguhnya ia adalah kemuncak ketidakadilan untuk mengharapkan beliau untuk terus berjuang perjuangan Anwar untuk beliau.

Keadaan politik dalam Pakatan Rakyat, dengan ketiadaan Anwar amat dirasai dan ketara sekali. Gabungan itu kini sedang berada di kedudukkan  di ambang pembubaran dengan pelbagai isu selepas Langkah Kajang mula melangkah, sehingga bertambah runcing hingga kehari ini,  ditambah pula perancangan PAS untuk merealisasikan impian hudud terlaksana dinegara ini menjadi kenyataan dan DAP dengan kerena tersendirinya.

Anwar diakui oleh kawan dan lawan memiliki kemampuan dan kebolehan tersendiri bagaimana untuk mengendalikan ego berbeza dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Kak Wan, suka atau tidak, mau atau pun tidak mau perlu akui secara hati terbuka dengan berlapang dada, tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Jika dia sememangnya mampu menangani dengan keadaan semasa, kemelut sekarang tidak bertambah runcing dan genting.

Malangnya, tiada siapa dari PKR kini dilihat memiliki kemampuan seperti Anwar Ibrahim untuk ambil  langkah ke hadapan sebagai pemimpin yang jelas dengan tegas untuk menangani krisis yang berlarutan ini.

Dengan itu kita hanya mampu memerhatikan, kemusnahan diri secara perlahan, harapan rakyat untuk perubahan dalam kerajaan.

Untuk permulaan dan langkah pertama selepas Langkah Kajang, PKR mesti berani melakukan perubahanan untuk tidak meletakkan Kak Wan sebagai calon PKR/PR PRK Parlimen P044 Permatang Pauh.

Ketika inilah PKR perlu ambil peluang terhidang luas ini untuk mewujudkan pemimpin baru bagi parti itu. Seseorang yang boleh memikul tanggungjawab Anwar Ibrahim di kubu terkuat sendiri demi langkah membawa PKR/PR menuju ke Putrajaya.

Untuk ini kena terima realiti politik semasa, bahawa Kak Wan bagi mencapai hasrat ini, bukanlah merupakan calon yang yang sesuai untuk merealisasikan impian itu.

PKR khasnya dan PR amnya tidak akan mendapat apa-apa keuntungan politik dengan meletakkan Kak Wan sebagai calon PKR/PR  di Permatang Pauh.

BEKAS NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA MERANGKAP AHLI DEWAN NEGARA BENGANG HARGA PAMPERS NAIK WALAUPUN HASAN MALEK DAN KPDNKK KATA HARGA TURUN.





Bukan Mengamuk....
Sy Hanya Mencelah Saat YB Boon Berckp Tentang Harga Pampers......
Sbb Sy Sendiri Pantau......

Kalau Ikut Kpdnkk.....
Harga Pampers Turun.....

Tp Skrg Harga Pampers Naik......
 

Dan
Pemantauan Lemah
Penguatkuasaan Lemah
Enforcement Weak


Membuatkan Peniaga Ambil Kesempatan
Rakyat Akan Terbeban

Pantau Dan Kita Lapurkan
Tanggungjawap Bersama.....


Inilah apa yang tertulis di akaun laman sosial Senator Shahanim Mohamad Yusoff bekas Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia mengenai rasa tidak puas hatinya.

Ikut hukum akal logik ... kalau dah pemimpin dan wakil rakyat UMNO sendiri pun pun tidak puas hati dengan pelaksanaan GST, tidak boleh bayangkan masyarakat biasa negara kita.

SURAT PEKELILING PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS MENGARAHKAN SEMUA GURU BESAR DAN PENGETUA MEMASTIKAN SETIAP SEKOLAH WAJIB HANTAR 10 KAKITANGAN LELAKI DAN SEMUA GURU KAFA HADIR MAJLIS SOLAT HAJAT ANJURAN BADAN PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN.




Badan Perhubungan UMNO Kelantan dikatakan mempergunakan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas Kelantan untuk memaksa semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah Rendah dan Menengah dibawah kawal selia PPD Pasir Mas bagi menghantar 10 kakitangan lelaki dan semua guru KAFA ke MAJLIS SOLAT HAJAT RAKYAT DAN DOA SELAMAT KEPADA PEMIMPIN DAN NEGARA.

Tarikh program ialah pada 16 April 2015 bersamaan hari Khamis jam 6.30 petang di Dataran Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid (2) Pasir Mas, Kelantan.

Tetamu Kehormat ialah Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa Dato' Seri Mustapa bin Mohamed serta semua Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Kelantan.

Surat pekeliling bertarikh 13 April 2015 itu mengenai program tersebut, kini sudah tersebar ligat dan pantas di media sosial.

Persoalannya yang dilontarkan ialah apakah negara sudah dalam keadaan nazak dan tenat sekarang ini sehinggakan perlu diadakan solat hajat dengan memperalatkan PPD Pasir Mas sampai paksa hantar sekurang-kurang 10 kakitangan lelaki dan semua guru KAFA wajib hadir??????

Pejabat Pendidikan Daerah diperalatkan .. premis sekolah dijadikan lokasi, guru-guru besar dan pengetua dipaksa hantar 10 kakitangan lelaki dan semua guru KAFA wajib hadir.

Jika ianya dianjurkan PPD semata-mata tanpa mengait dan membabitkan parti politik rakyat tidak akan mempertikaikannya. .. Dianggap suatu niat dan nawaitu yang baik dan murni.


Cara dan gaya tindakan ini jika benar surat pekeliling ini wujud akan membina suatu persepsi yang tidak baik pada imej kerajaan dan UMNO.

Demi bersangka baik mungkin tukang tanda tangan surat pekeliling ini adalah ahli UMNO yang anjur program ini, untuk memastikan ada sambutan maka dikeluar suatu surat berbentu arahan paksa dan ugut.

Pihak terlibat perlu segera berikan respon demi pencerahan.

Monday, 13 April 2015

KERETA SQUAD SAYANG WANITA UMNO SABAH PARKIR TEMPAT DI KHASKAN KEPADA ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) TERSEBAR LIGAT DI MEDIA SOSIAL.


SETELAH MENDENGAR PENJELASAN, NAJIB DI JULANG DAN MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI PEMUDA UMNO YANG DI KETUAI KJ SENDIRI.



Pergerakan Pemuda Umno hari ini menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak selepas beberapa isu penting dijelaskan presiden Umno itu.

Najib melalui pertemuan selama lebih satu jam yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin itu memberi penjelasan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan beberapa isu penting yang menyelubungi pentadbirannya.

Mengakhiri pertemuan itu, ketua-ketua pemuda Umno yang hadir menjulang Najib sambil menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sambil melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan" dan "Hidup Datuk Seri".

KAK WAN CALON PKR/PR PRK P44 PERMATANG PAUH DAN TOKOH DIKENAL PASTI UNTUK DIANGKAT MENJADI KETUA PEMBANGKANG GANTI DSAI.




Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di kerusi Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei depan, jika menang, akan terus diangkat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen mengantikan DSAI.

Maklumat ini jika sahih akan mengakhiri spekulasi siapa yang bakal mengisi kekosongan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan liwat bekas pembatunya  ... Sebelum ini terdapat desas-desus, ia akan diisi anak keduanya, Nurul Nuha Anwar.

Menurut perancangan, PKR akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada 14 April.

Dalam pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, 8 April lalu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan tarikh penamaan calon akan dibuat pada 25 April ini.

Sekiranya benar maklumat berkenaan, ia bukan perkara baru bagi Wan Azizah kerana pada 1999, beliau pernah bertanding mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anwar, selepas beliau dipenjara atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Dalam pilihan raya berkenaan, Wan Azizah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9077 undi.

Selepas lebih dua penggal, beliau kemudian meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, bagi memberi peluang kepada Anwar bertanding semula dalam PRK Permatang Pauh yang diadakan pada 31 Julai 2008.

INILAH WAJAH INDIVIDU YANG MENGALAHKAN DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAMPAR YANG DISANDANGNYA SELAMA 14 TAHUN.



Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin gagal mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar yang dipegangnya selama 14 tahun, apabila tewas kepada pencabarnya, Ketua Dewan Urusan Ulama PAS Kampar Ustaz Mohd Sofian Rejab.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Sulaiman Hamzah pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kampar kali ke-27 di Kampung Tersusun Malim Nawar di sini, semalam.

Peralihan kuasa juga berlaku bagi jawatan Timbalan YDP Pas Kampar apabila penyandangnya, Amran Harun tewas kepada calon baharu, Anuar Morat.

Bagaimanapun, bagi jawatan Naib YDP Pas Kawasan Kampar, Abdul Hamid Alang mengekalkan jawatan tersebut bagi penggal ini.

Kekalahan Mohammad Nizar yang juga Pengerusi PR Perak dipercayai dipengaruhi isu kenyataan bersama PR Perak mengenai isu Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang dikeluarkan sebelum ini.

Selain itu, isu hilang kepercayaan yang diluahkan oleh Dewan Ulama Pas Negeri baru-baru ini terhadap Mohammad Nizar juga, sedikit sebanyak memberi kesan kepada perubahan kepimpinan  Pas Kawasan Kampar.

Keputusan berkenaan dilihat sebagai satu kejutan besar di dalam kepimpinan Pas Perak memandangkan Mohammad Nizar sudah pun menerajui kawasan itu dalam tempoh lama.

Sementara itu, Mohd Sofian berkata, beliau akan berusaha melakukan yang terbaik selepas diamanahkan untuk menggalas jawatan selaku YDP Pas Kawasan Kampar.

“Saya bukanlah yang terbaik, namun selagi kita menganjur dan mengembangkan syariat Islam, Insya-ALLAH, semuanya akan berlangsung sepertimana yang diinginkan,” katanya.

Beliau berkata, misi utamanya adalah untuk menarik lebih ramai sokongan masyarakat sekitar bagi memperkasa dan memperkemaskan lagi jentera Pas Kawasan Kampar.

“Itu perkara utama yang akan dilakukan dan saya berharap usaha kita ke arah itu akan membuahkan hasil,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha PR Perak, Dr Khairuddin Abd Malik turut menerima nasib sama apabila beliau tewas kepada Salleh Said bagi jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun yang sebelum ini menerajui kawasan itu selama lapan tahun.

SLOGAN 'KITA LAWAN' KONTINJEN SUKMA SELANGOR 2016 ... SETELAH SULTAN SELANGOR TIDAK BERKENAN TERUS FLIP FLOP CAKAP IANYA HANYA SUATU JENAKA SAHAJA.


Kalau beginilah cara pemikiran dan gaya membuat keputusan dan kenyataan .. tiada bezanya dengan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Ahmad Maslan CGPA 3.85.

Sebelum ini cukup garang kencang menyerang Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menasihatkan agar tidak menggunakan slogan 'Kita Lawan' sehingga melabelkan Kesatuan tersebut sebagai berfikiran sempit.

Kini berdolak dalik flip flop pula hanya selepas Tuanku Sultan Selangor bertitah rasa tidak berkenan baginda mengenai penggunaan slogan 'Kita Lawan' untuk Kontinjen Sukma Selangor
kerana tidak mau sukan dicampur adukkan dengan politik.

SHAH ALAM, 30 MAC 2015:
Isu slogan ‘Kita Lawan’ yang dijadikan slogan kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Selangor bukan suatu isu besar yang perlu diperdebatkan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ini berikutan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) seharusnya lebih menumpukan isu pembangunan sukan termasuk menjalin hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“MOM lebih baik menumpukan persoalan asas sukan dan melihat hubungan Selangor dan pusat dan bagaimana kita jarang dipanggil dari zaman Datuk Dr Yunus sampai sekarang nak jumpa masih tak dapat.

“Ini lebih penting. Saya tak ada masa nak bertelagah pasal slogan kerana apa yang lebih penting untuk saya fikirkan adalah program pembangunan sukan negeri,” kata Amirudin.


SUBANG JAYA 10 APRIL 2015: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak berkenan dengan penggunaan slogan `Kita Lawan’ untuk kontinjen Selangor bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Ini kerana, titah baginda slogan `Kita Lawan’ itu diguna pakai oleh sebuah parti politik.

“Justeru, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.

“Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini,” titah baginda pada majlis Anugerah Sukan Selangor 2014, yang turut dihadiri Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Amirudin Shari mengumumkan penggunaan slogan itu untuk atlet negeri berkenaan yang akan beraksi pada SUKMA ke-16 di Sarawak yang dijadualkan Julai tahun depan.

Pemilihan slogan itu mendapat bantahan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor pada sidang DUN, berikutan `Kita Lawan’ adalah slogan kempen politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertujuan membebaskan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

Dalam titahnya, Sultan Selangor mengingatkan agar semangat kesukanan tidak dicemari dengan unsur politik atau perkauman dan baginda menyeru badan-badan sukan, atlet dan penyokong supaya mengetepikan fahaman politik serta tidak membawanya masuk ke dalam pentadbiran sukan.

“Beta sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan sukan di Selangor. Beta masih ingat pada era 60-an sehingga 80-an, sukan menjadikan Selangor sebuah negeri yang terkenal serta dihormati dan ini hasil usaha bersungguh-sungguh pemimpin serta atlet Selangor dan komitmen mereka yang sangat tinggi untuk mencapai kejayaan bagi negeri ini yang mereka wakili,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menegur kegagalan kontinjen Selangor yang hanya menduduki tempat keempat pada SUKMA lalu serta kegagalan pasukan bola sepak Selangor menjuarai Piala Malaysia, sejak beberapa musim lalu.

Baginda bertitah kerajaan Selangor banyak menyediakan kemudahan sukan di setiap daerah, justeru atlet serta pasukan yang mewakili Selangor sepatutnya menjadi juara pada setiap kejohanan.

“Mengapa perkara itu tidak berlaku (kejayaan). Oleh itu, pengurus pasukan, pegawai serta atlet perlu membuat ‘post-mortem’ bagi mencari punca kejatuhan ini.

“Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini, beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab serta persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan kegagalan dan kemunduran sukan di negeri ini,” titah baginda.

Sultan Selangor turut menegur pengurusan kewangan di sesetengah persatuan sukan yang banyak menimbulkan masalah serius disebabkan kurang mempunyai perancangan jangka panjang serta tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.

Titah baginda, jika keadaan itu berterusan, ia akan melemahkan semangat atlet dan pemain yang akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.

“Oleh itu, beta berharap pengurus dan pegawai sukan hendaklah memberi sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kegemilangan sukan di negeri ini dikekalkan.

“Beta suka mengingatkan kepada pegawai persatuan supaya tidak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan hasad dengki serta cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” titah baginda.

Pada majlis itu, penerjun akuatik Chew Yi Wei dan atlet karate Syakilla Salni Jefry Krosnan, masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Selangor 2014.


SUBANG JAYA 10 APRIL 2015: Susulan teguran dibuat Sultan Sharafuddin Idris Shah malam ini, kerajaan negeri Selangor mengaku akur dengan titahnya yang melarang campur tangan politik dalam sukan dan mahu diperbaiki prestasi industri itu yang semakin merosot.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan negeri, Amirudin Shari berkata, slogan #KitaLawan yang mewakili kontinjen negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak juga akan diubah.

"Teguran itu kita ambil perhatian yang sangat serius.

"Kita menerima cadangan supaya menghasilkan satu slogan yang lebih baik dan bersemangat membawa kontinjen negeri Selangor, tetapi dalam semangat yang sama, ingin memartabatkan sukan di Selangor," katanya kepada pemberita di Holiday Villa di Subang Jaya, hari ini.

Sultan Sharafuddin terdahulu dalam ucapannya malam ini, tidak memperkenankan penggunaan 'Kita Lawan' kerana ia digunakan oleh parti politik dan melarang sebarang cubaan mencemari bidang sukan dengan elemen politik atau perkauman.

Disebabkan itu, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) diarahkan mencari slogan lain yang tidak kontroversi dan boleh membawa nama baik kepada wakil atlet dan pasukan ke Sukma.

Amirudin berkata, pihaknya akan kembali berbincang dengan menteri besar dan persatuan sukan untuk mencapai konsensus, mencari satu slogan yang boleh diterima pakai semua pihak.

Beliau bagaimanapun menjelaskan yang slogan #KitaLawan itu masih di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan.

"Sukma ini tahun hadapan. Jadi, biasanya slogan atau semangat juang yang kita nak lontarkan itu, dibuat pada saat akhir.

"Cuma cadangan itu terlepas dan dibincangkan secara meluas di media, seolah-olah itu suatu ketetapan yang muktamad," katanya.

Mengenai prestasi sukan Selangor yang merosot, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves itu mengakui keputusan kontinjen negeri mengikut statistik merupakan kedua terburuk selepas tahun 1990.

Katanya, satu sistem baru akan dibina bagi tujuan pembangunan atlet dan sukan secara menyeluruh yang lebih baik baik pada masa akan datang.

SHAH ALAM 13 APRIL 2015 : Kerajaan Selangor kini berkata bahawa rancangannya untuk menggunakan "Kita Lawan" slogan untuk 2016 Sukan Malaysia (Sukma) adalah "hanya satu jenaka" dan belum diputuskan secara muktamad.


RUPA-RUPANYA MAHATHIR TAKUT BN KALAH PRU 14 SEBAB RAMAI PEMIMPIN BN AKAN DI DAKWA DI MAHKAMAH ATAS PELBAGAI KESALAHAN JENAYAH??????


Akhirnya terserlah dan terlondeh sudah mengapa Tun Mahathir begitu gusar, gundah, takut, cuak, gerun dan ketar kepala lutut jika UMNO/BN rebah pada PRU 14 akan datang.

Bukan kerana nasib rakyat tidak terbela jika bukan UMNO/BN memerintah negara, bukannya neghara akan menjadi huru hara dan kacau bilau ... tetapi takut amat ramai yang bakal di dakwa di mahkamah .. yang kena dakwa itu siapa???? .. sudah pasti bukan ahli UMNO/BN biasa .. sudah tentu para pemimpin UMNO/BN yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan yang memiliki bermacam kuasa termasuklah dirinya sendiri, anak beranaknya, kaum kerabatnya serta sahabat handai termasuk kroni-kroni yang sekian lama ini mendapat perlindungan undang-undang dan kebal jika ditafsir apa yang tersirat dari kenyataan Tun Mahathir ini.

Mengapa perlu diheret kemahkamah mereka ini bila BN sudah hilang kuasa .. apakah selagi BN berkuasa mereka ini semuanya kebal dari sebarang tindakan undang-undang?????

Memberi tafsiran betapa Tun Mahathir selama ini memiliki maklumat beberapa pemimpin UMNO/BN terlibat dalam kegiatan jenayah .. adakah begitu maksudnya????

Kata-kata Tun Mahathir ini akan mengamit rakyat jika mau mendapatkan kebenaran, ialah dengan memberikan undi kepada parti lawan,sebab nak lihat dan tahu siapakah mereka yang dimaksudkan Tun Mahathir bakal diheret ke mahkamah apabila UMNO/BN kalah PRU 14 nanti.

Bukan sangat pasal 1MDB, GST, pembunuhan Altantuya dan sebagainya.

Suatu perkembangan yang amat menarik untuk di ikuti.



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.

Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.

"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.

"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.

"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar," kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtube kelmarin.

Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.

Sunday, 12 April 2015

MOHON PENCERAHAN DAN PENGESAHAN ... BETUL KE KERETA INI PARKIR DI TEMPAT YANG DI KHASKAN UNTUK PEMANDU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) KINI MENJADI RIBUT DI ALAM MAYA????


Setahu Omak Kau para pendokong, penyokong, pengikut dan ahli DAP adalah warganegara yang hormat, patuh dan taat kepada Rule Of Law.

Tetapi yang ini apa pula??? .. Sebab itu mohon suatu pencerahan demi kebenaran dan pengesahan.

DULU AHMAD MASLAN CAKAP APABILA GST DILAKSANAKAN HARGA AKAN MENJADI MURAH AKHIRNYA DIRINYA KENA MARAH DAN DIBELASAH KAW-KAW OLEH PELAJAR UiTM.




Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

 “Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.

 “Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

 “Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST ... 22 DISEMBER 2013



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar.

Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus.

Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.... 11 APRIL 2015


Akhirnya siapa yang gagal dan merana ... ternyata Ahmad Maslan CGPA 3.85 gagal untuk menyakinkan rakyat apa yang dikempenkan selama ini dan akhirnya dirinya sendiri merana sebab kena tibai kaw-kaw.

Dia ingat dia mampu memperdayakan budak-budak UiTM yang mungkin dianggapnya masih mentah dan berhingus sebab belum perolehi sebarang ijazah sedangkan beliau adalah seorang sarjana lulusan UKM dengan CGPA 3.85 dan mengaku pelajar terbaik antara 177 pelajar.


Jelas yang dirinya cuba nak memperbodoh-bodohkan para pelajar UiTM ... nampaknya Ahmad Maslan CGPA 3.85 sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Penerangan UMNO Pusat gagal untuk menyakinkan segenap lapisan rakyat terutamanya yang ada ilmu dan berpelajaran mengenai GST ini.

Kini Ahmad Maslan CGPA 3.85 sudah dianggap sebagai liabiliti kepada UMNO/BN ... nilai kepercayaan rakyat kepada apa jua kata-kata yang terhambur dari mulutnya sudah dianggap sebagai sifar ... jalan paling baik dan selamat kini ialah beliau perlu membisu dari bercakap benda yang bukan-bukan.




EDISI MENCUIT MINDA ... ADILKAH??????


Tidak perlu kupasan dan ulasan panjang lebar ... sekadar gambar sebagai berbicara .. ADILKAH?????

Dua anggota polis tidur dikaunter pertanyaan ditukar 24 jam ... Ahli-ahli parlimen tidur gaji naik hampir 150% sehingga menjadi RM16,000 sebulan.

KESIANNNN!!!!! .... HIMPUNAN DERITA RAKYAT (HINDAR) ANJURAN DEWAN ULAMA PAS PUSAT MALAM TADI TIADA SAMBUTAN DAN HAMBAR?????





Sedih betul Omak Kau, sampaikan tidak perasan air mata meleleh apabila dikirimkan beberapa gambar mengenai Himpunan Derita Rakyat anjuran Dewan Ulama PAS Pusat malam tadi di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Lengang, sunyi sepi, lemau, layu, lesu longlai, hambar dan tidak mendapat sambutan langsung sepertimana yang cuba digambarkan oleh para pembenci kepimpinan ulama dalam PAS terutamanya dari kalangan NGO warna campur nombor serta pendokong menyokong keras hasutan DAP agar Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul hadi Awang diganti jika PAS masih menyimpan hasrat bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Realitinya, walaupun dalam masa singkat dan hebahan terhad sambutan diberikan jauh dari apa yang diwar-warkan oleh para laskar siber pendakap NGO warna campur nombor dan para pembenci ulama yang memimpin PAS terutamanya TGHA.


 

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh hari ini berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah haram.

Katanya, dengan kedudukan negara yang mengalami masalah ketirisan dan rasuah, cukai itu tidak wajar dikenakan dan ianya bercanggah dengan syariat Islam.

"Cukai sebegini seolah-olah merompak rakyat secara sah ... walaupun Islam membenarkan kutipan cukai dalam negara, tetapi ia adalah haram apabila negara dipenuhi ketirisan dan rasuah," katanya kepada pemberita pada program 'Himpunan Derita Rakyat (HINDAR)' anjuran Dewan Ulama PAS Pusat, pada Sabtu.

Menurut beliau, di Singapura, meskipun kerajaannya mengenakan GST, tetapi ianya diganti dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen serta harga kereta yang jauh lebih murah.

Selain itu, katanya negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti petroleum dan kayu balak yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nik Zawawi berkata Dewan Ulama PAS akan meneruskan agenda seperti program HINDAR ini membangkitkan kesedaran rakyat.

Ujarnya, ini adalah pertama kali Dewan Ulama turun untuk membantah kerana katanya pelaksanaan GST menzalimi rakyat dan bercanggah dengan syariat Islam.

"Kita Dewan Ulama bukan menentang secara membabi-buta, tetapi GST satu sistem percukaian yang tidak patut dilaksanakan di negara kita," katanya lagi.

Nik Zawawi juga berkata, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk menteri atau mufti tentang hukum melaksanakan GST.

"Saya hendak rumuskan bahawa dalam negara kita ini, dikenakan GST ini hukumnya adalah haram. Dan saya bersedia untuk bersemuka dan siapa sahaja dalam negara kita di kalangan ilmuan atau sesiapa pun saya sanggup untuk berdepan dengan mereka, tetapi dengan syarat dalam televisyen yang dibuka umum," katanya.

Ditanya mengapa Dewan Ulama memilih untuk turun membantah GST dan bukan cukai-cukai lain sebelum ini, katanya sebelum ini cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak begitu membebankan tetapi GST melibatkan semua rakyat.

"Dan kita rasa ini tanggungjawab Dewan Ulama untuk jelaskan dari segi hukum itu sendiri... itu yang menyebabkan bila adanya GST ini, kita turun," ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga mencadangkan supaya kerajaan lebih agresif dalam usaha menarik pelabur asing dari negara-negara ASEAN untuk melabur di negara ini daripada mengenakan GST.

Himpunan yang menyaksikan kira-kira 3,500 perserta yang di Padang Merbok itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan pemangku Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Saturday, 11 April 2015

MULUT CELUPAR SURUH PARA PELAJAR UNIVERSITI AGAR SELALU MASAK SENDIRI DARI MAKAN LUAR BAGI MENGURANGKAN TERASA BEBANAN PUKULAN GST, AHMAD MASLAN TERUK KENA BELASAH




Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Pusat yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dikiritik teruk apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar.

Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus.

Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.

Bagaimanapun, Ahmad dalam twit terbarunya sebentar tadi yang ditujukan kepada pelajar-pelajar universiti memaklumkan bahawa perkara tersebut (masak sendiri)  pernah dilakukan oleh anaknya ketika menetap di luar kampus universiti.

Malah kata Ahmad sebagai pelajar  mereka harus bijak memilih kedai makan yang menawarkan harga yang berpatutan.

NASI LEMAK YANG BERSAMA-SAMA MENDUKUNG GST.


Kalau rasa mahal dan tidak berbaloi serta enggan bayar harga dengan ada GST dipersilakan duduk dibulan sepertimana saranan Ahli Parlimen Langkawi merangkap Ketua UMNO Bahagian Langkawi yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Nak mengadu dengan ahli-ahli parlimen rasanya mereka tidak terusik pun dengan kenaikkan harga barang-barang keperluan ini sebab elaun dan gaji mereka kini sudah mencecah RM16,000 sebulan dari RM6,000 sebelum GST dilaksanakan.

Yang terkesan dan tertekan mungkin kakitangan awam yang berpendapatan sederhana termasuk rakyat miskin.

BEBERAPA GAMBAR GADIS MAUT DI TIKAM BEKAS TUNANGNYA KERANA CEMBURU SUDAH BERTUNANG DENGAN LELAKI LAIN DAN BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN TIDAK LAMA LAGI.



Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Roze Shaari berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, sedang bekerja di pasar raya itu.

"Dipercayai berlaku pertengkaran antara Nursyafikah dan suspek yang berumur 20-an sebelum kepala Nursyafikah terhentak di sebuah motosikal akibat ditolak suspek serta kemudian ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau pemotong sayur," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Roze berkata kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa Nursyafikah yang merupakan kerani stor dan berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Katanya polis menemukan pisau yang dipercayai digunakan dalam kes itu di tempat kejadian dan Nursyafikah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan," katanya.

ROTI DI JUAL DI SALAH SEBUAH PASARAYA GIANT BERKULAT WALAUPUN BELUM LUPUT TARIKH.


Beli sebelum tarikh luput tapi bila buka nak makan dah berkulat ... itulah keluhan dan rungutan yang disampaikan mengenai suatu kejadian membeli Bun Chicken Sausage di Pasaraya Giant semalam .. tarikh luput hari ini 11hb April 2015 tapi semalam lagi dah rosak berkulat dan tidak layak untuk dijamah. .. Ini suatu kejadian yang amat serius.

Jika apa yang diberitahu ini benar mohon pihak terbabit memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

BIAR KARTUN BERBICARA .... BOLEH TIDAK BERSETUJU DENGAN BANYAK ISU ... BILA SAMPAI KEPADA ISU BERKAITAN KEPENTINGAN INDIVIDU SEKUTU DAN SETERU PASTI BERSATU PADU.


Benar sungguh betapa dalam politik tiada kawan dan lawan yang kekal .. yang kekal abadi ialah kepentingan diri.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...