Wednesday, 26 September 2012
PERKASA DAN IBRAHIM ALI BERSUMPAH DAN BERJANJI AKAN MEMBUAT SURIA KLCC SAMPAI JADI BANKRAP DALAM SEKELIP MATA!!!!..
PERKASA ancam pulaukan Suria KLCC
Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.
Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.
Beliau juga mendakwa, pihak pengurusan Suria KLCC memberi amaran akan menaikkan sewa daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika beliau tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.
"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita 'window shopping'.
"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata Ibrahim.
Menurutnya lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen ke-Melayuan jika mereka bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC.
"Kita belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang bukan Melayu sahaja," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu...M'SIAKINI
PAGI-PAGI IBRAHIM ALI DAN PERKASA DAH BUAT LAWAK BODOH BEB!!!..BOLEH KASI BANKRAP MANA-MANA PERNIAGAAN YANG DIA TAK BERKENAN.... DULU DIA BERKATA MANA-MANA PARTI NAK MENANG KENA MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN DARI BELIAU...
PERGH!!! DAHSYAT BETUL KEHEBATAN YANG DIMILIKI ANAK PAK ALI NI BEB!!!.
SUDAH SAMPAI MASANYA IBRAHIM ALI DIANGKAT SEBAGAI PRESIDEN UMNO,..BUAH FIKIRANNYA MEMANG AMAT SESUAI SEBAGAI ORANG YANG MENGEPALAI UMNO.
Tuesday, 25 September 2012
KINI RAHSIA SUDAH TERBONGKAR!!!!.. MENGAPA MUTU PENDIDIKAN KITA KIAN HARI KIAN MEROSOT!!!
Patutlah mutu pendidikan kita semakin hari semakin merudum mutunya.
Mana tidaknya.. Tanya soalan yang berbunyi:- BERIKUT MERUPAKAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 YANG LALU......(a) Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu menyertai perhimpunan haram?
Adakah soalan begini wajar diajukan untuk peperiksaan?
Apa punya teruk sangat guru yang menyediakan soalan ini berpolitik sehinggakan mutu pelajaran menjadi mangsa.
GAMBAR KETUA PEMUDA UMNO KEPONG, NORIZAN ALI YANG CEDERA PARAH, DI WAD ICU HOSPITAL AMPANG, SELANGOR..
Gambar terlatest Ketua Pemuda UMNO Kepong, Norizan Ali yang cedera parah kena rodok dengan senjata tajam sampaikan jarinya hampir terputus dan perutnya terburai pagi semalam, dirumahnya di Taman Dagang, Ampang, Selangor menerima rawatan di ICU, Hospital Ampang, Selangor.
Keadaannya masih kritikal tapi nampaknya stabil.
Hanya boleh menerima kunjungan pelawat yang agak rapat sahaja.
Semoga cepat sembuh supaya dapat membantu pihak Polis DiRaja Malaysia merungkai sebab musabab yang mengundang serangan ini berlaku.
LAGI PEMIMPIN UMNO KENA HERET KEMAHKAMAH KERANA PERTUDUHAN MENIPU!!!!
Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng Mohd Arlizam Abdul Rahman telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dengan memiliki dan menggunakan letter of attorney yang telah dipalsukan bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lalu.
Mohd Arlizam, 37, yang merupakan ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Beliau didakwa dengan memiliki dan menggunakan dokumen itu, bertarikh Mei 2007 antara Liew Woon Foh dan dirinya, bagi sebidang tanah di GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
Mohd Arlizam didakwa telah melakukan kesalahan itu diPejabat Tanah Daerah Klang pada Mei 21, 2007.
Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie, yang mendakwa, mencadangkan Mohd Arlizam dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Walau bagaimanapun, peguam Kevin Arasu, yang mewakili Mohd Arlizam, meminta ikat jamin sebanyak RM5, 000 dan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai masalah jantung dan ini adalah kesalahan pertama.
Asmadi membenarkan Arlizam Mohd dikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes.
GAMBAR DAN KISAH YANG PASTI DIPADAMKAN DARI DITERBIT DISEMUA MEDIA ARUS PERDANA!!!!
Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 selepas PRU 13, sedang menyampaikan ucapan di hadapan lebih 350 orang tokoh korporat dan elit perniagaan di majlis 5th Presidential Luncheon Talk di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur.
MEMBERI BUKTI BETAPA SANJUNGAN DAN KEPERCAYAAN YANG AMAT TINGGI DIBERI KEPADA DATUK SERI INWAR IBRAHIM DIKALANGAN PARA TOKOH KORPORAT DAN ELIT PERNIAGAAN.
TIDAK PERNAH LAGI DALAM SEJARAH NEGARA, NEGARAWAN BERJAWATAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG NEGARA DIBERIKAN SEBEGITU TINGGI PENGIKTIRAFAN.
MENUNJUKKAN DIKALANGAN TOKOH-TOK KORPORAT DAN ELIT PERNIAGAAN SUDAH ADA MENARUH HARAPAN DAN HASRAT SUPAYA DSAI DINOBATKAN SEBAGAI PM KE-7 NEGARA.
MAKIN DIKUTUK, CACI CERCA DAN DIFITNAH MAKIN PIHAK KORPORAT MAU MENDAMPINGI PERJUANGAN YANG DIBAWA DSAI MELALUI GAGASAN PAKATAN RAKYAT....ITU ADALAH HAKIKAT.
SEKARANG BARU TAHU MENGAPA UMNO/BN NAIK ANGIN DSAI MENAIKI JET PERIBADI KE-LABUAN DAN SARAWAK!!!!
Puak-puak haprak UMNO/BN sekarang ini meroyan gila bila dapat tahu bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menaiki jet khas baru-baru ini.
Walhal bukan sekali ini DSAI diberi sanjungan dan penghormatan sedemikian rupa, bahkan sewaktu beliau baru menjalani pembedahan tulang belakang di Germany dulu pun beliau dapat menaiki pesawat khas dari kerajaan Arab Saudi.
Adakah ini bermakna kerajaan Arab Saudi mahu sesuatu dari DSAI?
Kita kena yakin bahawa rezeki dari Allah SWT. Orang yang sentiasa berbuat
baik, pasti ramai yang suka dan bersedia untuk membantu. Tidak sama
dengan orang yang zalim. Orang yang zalim jika mahu sesuatu mereka akan
curi, rampas, samun atau paksa orang lain untuk dirinya. Tidak pelik jika Najib Razak dan Rosmah Mansor guna jet khas untuk ke luar negara guna duit rakyat hanya untuk
bercuti, shopping dan uruskan majlis pertunangan anaknya di sebuah
negara komunis.
Masih segar bugar dalam ingatan , TGNA Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, jmereka sanggup
tuduh lakukan rasuah apabila ada yang berbesar hati menaja beliau ke
Mekah. Jika TGNA pun puak-puak haprak boleh
fitnah, pelik apanya DSAI diftnah sama?
Agak-agaknya puak-puak haprak ini pening kepala mahu memikirkan bagaimana
caranya mereka boleh menyimbah cat merah kepada jet khas itu nanti.
Itu saja masalah mereka, bukan pasal mereka ada bukti bahawa DSAI guna duit rakyat, rasuah, atau jet khas itu kepunyaan atau ditaja Geroge Soros Yahudi.
Itulah sebenarnya wajah puak haprak berjiwa bangkai yang sentiasa dengki dan iri hati.
Waktu DSAI naik pancuan empat roda meredah hutan dan bukit bukau dan sampan mengharungi sungai berkempen waktu Pilihanraya Negeri di Sarawak dulu, sedangkan Najib dan TSMY guna pesawat kerajaan untuk berkempen, tidak pula menjadi isu dan bising bangau bingit!!!.
Waktu DSAI terpaksa naik motosikal untuk ke lokasi ceramah di Pekan, Pahang akibat sekatan jalanraya, tidak juga jadikan isu.
Mengapa tidak dipersoalkan siapa yang taja membawa DSAI menaiki motosikal?
Itu saja masalah mereka, bukan pasal mereka ada bukti bahawa DSAI guna duit rakyat, rasuah, atau jet khas itu kepunyaan atau ditaja Geroge Soros Yahudi.
Itulah sebenarnya wajah puak haprak berjiwa bangkai yang sentiasa dengki dan iri hati.
Waktu DSAI naik pancuan empat roda meredah hutan dan bukit bukau dan sampan mengharungi sungai berkempen waktu Pilihanraya Negeri di Sarawak dulu, sedangkan Najib dan TSMY guna pesawat kerajaan untuk berkempen, tidak pula menjadi isu dan bising bangau bingit!!!.
Waktu DSAI terpaksa naik motosikal untuk ke lokasi ceramah di Pekan, Pahang akibat sekatan jalanraya, tidak juga jadikan isu.
Mengapa tidak dipersoalkan siapa yang taja membawa DSAI menaiki motosikal?
TERBARU! Ahli Perniagaan Mengaku Sewakan Jet Peribadi Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim?????
Media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet peribadi milik syarikatnya kepada Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.
Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi.
BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN
1. Dassault Mystere Falcon 900
2. No Pendaftaran N990BB
3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012.
5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.
Monday, 24 September 2012
EDISI KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!.. ANTARA PELAKON CERITA PENDEK "KRISIS AIR SELANGOR" SUDAH DIKENAL PASTI BEB!!!!.. BELIAU IALAH...JENG.. JENG... JENGGG....KETUA PENARI PUNGGUNG, ALI TINJU!!!!
Punyalah terdesak juak-juak UMNO untuk meruntuhkan kerajaan PKR/PR Selangor.
Selain mengupah para pelakon tambahan dengan upahan RM50...penerbitnya yang dipercayai Sohaimi Shahadan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Kraftangan Malaysia serta towkeh iPad 1Malaysia dan kepala demo arak kepala lembu, ialah...... Ketua Penari Punggung Ali Tinju juga dibawa masuk berlakun beb!!!
Kalau nak tahu yang mana satu beliau ni.. Sila lihat mamat yang pakai baju merah bertopi tu...
Nama penuhnya Pbt Mohd Ali bin Baharom @ Mahat
Selain memiliki bakat menari tarian punggung mamat ini juga ada bakat berlakon!!!!
ASYIK KENA KANTOI SAJA UMNO NI....MUNGKIN MAMAT INI AKAN MEMENANGI HADIAH PELAKON TAMBAHAN LELAKI TERBAIK FILEM PENDEK UNTUK ANUGERAH ANGKASAPURI TAHUN 2012 NANTI!!!!
EDISI KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!...KES KETUA PEMUDA UMNO KEPONG PARAH KENA TIKAM!!!!.. AGENSI BERNAMA KATA MANGSA BARU BALIK DARI KEDAI MAMAK TENGOK BOLA SEDANGKAN KETUA POLIS SELANGOR CAKAP PERCAKAPAN MANGSA HANYA DIRAKAMKAN APABILA BELIAU SUDAH SEMBUH!!!!!
AMPANG - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali terpaksa lari sejauh 20 meter menyelamatkan diri ke rumahnya selepas diserang oleh dua penjenayah di depan rumahnya di Ampang, awal pagi tadi.
Kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun itu melarikan diri dalam keadaan cedera parah di bahagian perut, tangan dan jari tangan hampir terputus akibat ditikam dengan senjata tajam oleh dua penjenayah yang dipercayai warga Indonesia.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan diantara mangsa dan dua penjenayah terbabit.
"Motif kejadian masih dalam siasatan, kami dapati barangan berharga mangsa tidak hilang, telefon bimbit dan cincin milik mangsa berada di lokasi kejadian. Senjata penjenayah pula tidak ditemui," katanya.
Menurutnya, polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh.
"Kami juga masih menunggu laporan perubatan. Keadaan mangsa stabil, doktor menasihatkannya berehat," katanya.
Tun Hisan berkata, difahamkan jiran memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini.
"Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan," katanya.
Siasatan awal kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun...SINAR HARIAN
BERITA DISEDUT DARI BERNAMA PULAK
Ketua Pemuda Umno Kepong parah ditikam
![]() |
|
Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.
Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.
Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.
"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.
"Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.
Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.
- Bernama
ULASAN ADMIN
Ayat berbunyi:..."Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan,"
Mengapa tidak dilaporkan sampai dua buah kereta pecah?..Mengapa?..Sudah pasti cuitan hati admin kuat berkata yang mangsa sedar dia kena khianat dan bukannya tujuan merompak atau mencuri kenderaannya.
Peliknya mengapa BERNAMA mendahului pihak polis dalam mengeluarkan kenyataan?...Mengapa perlu sebut selepas menonton bola sepak dikedai minuman yang berhampiran?..Tidak mau timbul syak wasangka yang mangsa balik dari tempat hiburan?.
TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!!... SATU FILEM KOMERSIAL KONONNYA KRISIS AIR DI SELANGOR AMAT TERUK MERUNCING DIKESAN SEDANG MELAKUKAN PENGGAMBARAN DISEBUAH PANGSAPURI DIPETALING JAYA!!!!.. SUDAH KANTOII!!! NANTIKAN PENYIARANNYA DISEMUA SALURAN TV TIDAK BEBERAPA LAMA LAGI!!! BELUM SEMPAT DISIARKAN RAKYAT SUDAH DIMAKLUMKAN!!!!
BIAR GAMBAR BEBICARA.... CARA UMNO MEMBUAT PROPAGANDA MURAHAN DENGAN MEMFITNAH KERAJAAN PKR/PR SELANGOR DIBAWAH PIMPINAN TAN SRI DATUK SERI ABD KHALID IBRAHIM.
Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.
Beberapa buah baldi tertera logo 1M'sia yang bertaburan digunakan sebagai perkakas angkut air berjaya dirakam
Dipercayai lakonan dibiyai oleh UMNO/BN dan penggambaran rahsia dilakukan di sebuah blok pangsapuri Happy Mansion, Seksyen 17 di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..
Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut..
PALING KANTOI LUMAT LUNYAI IALAH KETUA ARAK KEPALA LEMBU, TOWKEH IPAD 1M'SIA,SALAH SEORANG PEGANJUR BERSIH 4.0 CELUP, EXCO PEMUDA UMNO,KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SELAYANG SERTA PENGERUSI KRAFTANGAN SOHAIMI SHAHADAN, KELIHATAN SIBUK DILOKASI PENGAMBARAN!!!.... BETUL-BETUL SOHAI PUNYA PEMUDA UMNO!!!!
BELUM SEMPAT DIPACARKAN DIKACA TV SUDAH KENA KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!
PERINGATAN YANG IKHLAS!!!!!.. PASTIKAN ANAK-ANAK ANDA TIDAK TERPIJAK BUKU LATIHAN INI JIKA TIDAK MAU ANAK ANDA DIHERET KEBALAI POLIS NANTI!!!!
Punyalah terdesak UMNO/BN dalam mencari pengaruh demi mempertahankan kuasa yang semakin lusuh!!!!
Dulu buku komik Najib Razak sebagai penyelamat dengan berlagak sebagai " Superman" disebar dan diedarkan secara percuma kepada umum terutamanya kanak-kanak, kini buku latihan logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak pula beredar rancak disekolah-sekolah.
Apa tujuan sebenarnya? Belum pernah terjadi sebelum ini.
Kata sokongan kepada Najib melonjak sampai 72%. Mengapa perlu sampai begini punya lekeh UMNO/BN membuat propaganda murahan.
Dah macam negara China Komunis dan Korea Utaralah pula ni weh!!!!!
JAMPI DITEPATI!!!!!....SPEKULATOR GEORGE SOROS DIKECAM TETAPI PENYEBABNYA DINAIKKAN PANGKAT JADI MENTERI!!!!!
KISAH YANG CUBA DIPADAMKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT KINI SUDAH TERBONGKAR!!!!.. TEMBELANG BUSUK SUDAH PECAH!!!
"Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian (Bank Negara Malaysia melalui dagangan pertukaran asing) RM5.7 bilion dinaikkan pangkat?"
Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.
Menuding jari kepada Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.
Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Bank Negara rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993...m'siakini
IKAN SENOHONG, GELAMA IKAN DURI....CAKAP BOHONG MENYAMUN, MENIPU UMNO SUKA SAMPAI BOLEH DILANTIK JADI MENTERI!!!
BERITA GEMPAR!!!!.... MIC NEGERI SEMBILAN PUN DAH NAIK MELUAT DENGAN KERAJAAN UMNO/BN NEGERI SEMBILAN PIMPINAN MOHAMAD HASSAN!!!!!.. HABIS SEMUA TANAH NAK DIREMBATNYA BEB!!!
BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI!!!!
Memberi makna yang kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan pimpinan Mohamad Hassan kini sedang bergolak.
Nampaknya salah satu komponen akrab karib ketat UMNO semenjak Merdeka, MIC, telah mula melahirkan rasa marah dan bencinya kepada UMNO secara terang dan jelas.
MIC Negeri Sembilan naik minyak sebab kerajaan UMNO/BN rembat dan sebat tanah yang diperuntukkan khas kepada Sekolah Tamil Senawang, Sreremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Siapa tak marah beb!!!!.. habis semua tanah nak dirembatnya....nasib baik tanah kubur masih lagi selamat kalau tidak itu pun nak dikebasnya.
MASIH ADA HARAPAN LAGI KAH UMNO BERTAHAN DI NEGERI SEMBILAN PADA PRU 13 NANTI?
SELAGI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TIDAK DIUBAH MAKA RAKYAT AKAN TETAP HIDUP SUSAH.
JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA.
BUKTI BERGAMBAR!!!!... PAS PARTI AJARAN SESAT DAN UMNO DIRAHMATI ALLAH UNTUK TERUS MEMERINTAH NEGARA!!!!!
UMNO Terengganu pimpinan Ahmad Said kata PAS adalah Parti Ajaran Sesat sampai siap buat wancana PAS PARTI AJARAN SESAT..ANCAMAN AKIDAH UMMAH di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 11 hb April 2012 yang lalu.
Pergh!!!! begitu sekali pertuduhan yang dilemparkan Perhubungan UMNO Terengganu kepada PAS Parti Islam Semalaysia.
Sebagai rakyat yang bertanggung jawab maka elok benarlah dimuat naikkan gambar sebagai menyokong pertuduhan UMNO Terengganu ini.
Sila lihat betul-betul suatu program anjuran UMNO diTerengganu.
Bukankah membuktikan yang UMNOlah parti yang memebawa ajaran Islam yang sebenar beb!!.. Islam Wassatiyah!!!!..
Tak caya tengoklah dengan mata kepala sendiri!!!!
OOPPSS.. MAAF PARA PENJENGUK, PENGITAI DAN PEMBACA BLOG INI.. ADMIN TERSILAP DAN TERSALAH MUAT NAIK GAMBAR...
ADUH!!!!! TERLOAD GAMBAR SATU PROGRAM DANGDUT GERUDI ANJURAN UMNO TERENGGANU PULAK.
MOHON MAAF YA!!!!...GAMBAR TERSESAT MASUK!!!!
GEMPAR!!!!.. KETUA PEMUDA UMNO KEPONG YANG PERNAH BANTAH KERAS PERLANTIKKAN EZAM MAT NOOR SEBAGAI SENATOR, TENAT KENA TIKAM DIDEPAN RUMAHNYA JAM 3.30 PAGI... SATU BARANG KEPUNYAANNYA PUN LANGSUNG TIDAK DISAMUN!!!!!!... KENAPA EK?????
Walau pun juak-juak UMNO cuba nak beri perlindungan kononnya Ketua Pemuda UMNO Kepong Norizan Ali diserang dan kini berada dalam keadaan tenat sampai ada jari terputus kononnya disamun namun siasatan awal mendapati kesemua barang-barang persendirian langsung tidak dicuit dan diambil.
Apa motif serangan nekad pada jam 3.30 pagi tersebut kerana samun bukan motifnya.
Serangan lebih bersifat dendam kesumat peribadi yang menebal!!!!
Penyerang dikira teramat marahkan Ketua Pemuda UMNO Kepong ini jika diambil kira kecederaan yang dialami.
Sebelum ini beliau dengan garang dan nyaring bantah perlantikkan Ezam Mohd Noor sebagai Ahli Senator oleh Najib Razak.
APA-APA PUN KITA SERAHKAN PIHAK POLIS MENJALANKAN SIASATAN YANG TELUS DAN TERPERINCI!!!!
TAK PERLU JUAK-JUAK UMNO BUAT KISAH KONONNYA PERCUBAAN MEROMPAK.
JANGAN PERLEKEH DAN PERLECEHKAN KEBIJAKSANAAN RAKYAT OK?
SATU LAGI GAMBAR SEBAGAI BUKTI UMNO KHIANATI JANJI!!!!... JANJI DICAPATI!!!!
PERGH!!!!.. UMNO kalau pasal berjanji tiada siapa boleh lawan.. Dikira world champion!!!!
Berjanji pada PRU 11 tahun 2004 yang lalu akan mendirikan Sekolah Rendah Agama di Subang Bestari, namun sudah 8 tahun berlalu dan nak masuk PRU ke-13 satu tiang pun belum nampak dipacak lagi. Yang tersedia terpacak ialah papan tanda kononnya sekolah berkenaan akan terbina. Iu pun dah mula reput berkarat nak tumbang.
Sebab itu rakyat kata kalau nak harapkan UMNO bergerak pantas dan cuntas dalam melaksanakan janji-janji berkenaan dengan hal ehlwal Agama Islam, jangan mimpi.
Perlunya ada kesedaran terutamanya dari kalangan para pendokong dan penyokong UMNO betapa UMNO kini amat kuat berjanji tetapi rajin mungkiri sebab lidah mereka tidak bertulang.
KALAU BAB AGAMA ISLAM PUN UMNO SANGGUP KHIANATI JANJI APA TAH LAGI PERKARA-PERKARA LAIN...LAGI MUDAH DAN RANCAK MEREKA LANGGAR.
Sunday, 23 September 2012
BERITA GEMPAR DENGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!!!... TUN M DALAM DIAM-DIAM MAUKAN DSAI JADI PM KE-7 GANTI NAJIB RAZAK??????
BIAR GAMBAR BERBICARA ISU SOROS MAUKAN DSAI JADI PM KATA TUN M.
PERHATIKAN BETUL-BETUL GAMBAR-GAMBAR YANG DIMUAT NAIK INI.
Lihat saja betapa mesra dan rapat eratnya Tun M dengan George Soros!!!
Apakah Tun M sedang berbincang serius supaya Soros membantu DSAI dijadikan PM dengan menghulur dana?
RUPA-RUPANYA TUN MASIH MENGHARAPKAN DSAI MENJADI PM MALAYSIA BEB!!!!!!..
JANGAN TAK PERCAYA!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...












































