Thursday, 29 May 2014

( 9 FOTO ) PERSEDIAAN PEMAKAMAN SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH, DI KUALA KANGSAR SELEPAS SOLAT ASAR HARI INI.

Persediaan pemakaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini berjalan lancar.

Gambar-gambar persediaan liang lahat dan tempat pembaringan Sultan Perak: 









BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT ... UMNO/BN DIRAMALKAN TUMBANG TERGOLEK "DOG" DI TOLAK PENGUNDI-PENGUNDI MUDA PADA PRU 14 AKAN DATANG KATA BEKAS SETIAUSAHA AGUNG UMNO.



Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.

Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.


"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.


Menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.


"Kalau tidak ada perubahan yang serius, kita akan hilang setengah, sekarang dua pertiga," katanya yang pernah memegang jawatan setiausaha agung Umno pada 1996.


Sabaruddin berkata, isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran antara faktor utama penolakan generasi muda.


"Rasuah, ketirisan dan ketelusan perlu ditekankan," katanya.


Pentadbiran Najib tercalar dengan beberapa isu ketirisan, beberapa laporan Ketua Audit Negara beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan ketempangan dalam pentadbiran beliau.


Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2013 baru-baru ini juga tidak mencerminkan imej transformasi, apabila beberapa kontroversi ketirisan didedahkan dalam laporan tersebut.


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga terpaksa memanggil lima kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Bagi Siri Pertama.


Usaha Najib untuk memulihkan imej bersih pentadbirannya menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 2009 juga tidak berjaya.


Namun, laporan yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) bagi 2013 menunjukkan Malaysia hanya memperbaiki kedudukan satu anak tangga, naik daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.


Kedudukan tersebut tidak berjalan seiring dengan transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri.

Mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri walaupun prestasinya lebih buruk jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabbaruddin berkata Najib bernasib baik.

"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.


"Najib bernasib baik, tapi beliau tidak boleh bergantung dengan nasib," katanya.

Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya pada 2009 susulan tekanan daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu dan pemimpin Umno lain akibat keputusan buruk pilihan raya umum pada 2008.

Walaupun prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah, beliau masih terselamat kerana tiada desakan untuk menurunkannya daripada tampuk kuasa walaupun pada awalnya desas-desus mengatakan ada usaha sedemikian.


Sabbaruddin berkata, tindakan mendesak Abdullah meletak jawatan tersebut sebagai tidak wajar dilakukan.

"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.

"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," katanya.


Sabbaruddin berkata, ketiadaan tokoh dan penganti yang berkemampuan dalam Umno juga punca tiada sesiapa yang berani mendesak Najib daripada meletak jawatan.


"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.


"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," katanya.


Genap setahun PRU13 pada 5 Mei lalu, pentadbiran Najib dilihat lemah dan tidak berfungsi dengan sepenuhnya, pengkritik dan pemerhati politik negara berkata ia berpunca daripada keputusan pilihan raya tersebut.


Najib mendapat mandat pertamanya secara rasmi selepas memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah kerusi keseluruhan, namun keputusan itu masih buruk kerana BN hilang undi popular buat kali pertama.


Najib juga ketika ini bergelut dengan tekanan dan bahang kemelut melibatkan isu kaum dan agama yang masih tiada penghujung.


Kewujudan kumpulan ekstremis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menurut pengkritik berpunca daripada kelemahan yang datang daripada pentadbiran Najib sendiri.

Wednesday, 28 May 2014

COKLAT JENAMA CADBURY YANG ADA LOGO HALAL JAKIM PUN ADA MENGANDUNGI DNA BABI .. COKLAT INI YANG LANGSUNG TIADA LOGO HALAL BAGAIMANA STATUSNYA?????


Rakyat berhak tahu akan status coklat seperti gambar diatas yang sering ditabur merata corok dalam negara ini setiap kalai ada Pilihan Raya Umum (PRU) maupun Pilhan Raya Kecil (PRK).

Sudah pasti sasaran penerimanya ialah Bani Melayu/Islam di luar-luar bandar, pendalaman, desa-desa, kampong-kampong tradisional dan Rancangan-rancangan FELDA.

Coklat-coklat berkenaan langsung tidak ada logo Halal Jakim .. yang ada ialah lambang 1M'sia, logo Dacing, muka Najib Razak, lambang UMNO dan tulisan Wanita UMNO ...

Syarikat pembuat dan apa kandungan (labeling) yang terdapat pada cokelat tersebut langsung tidak dinyatakan.

Sekadar ikut hukum akal logik .. coklat yang diberikan pengiktirafan halal oleh JAKIM pun boleh ada kandungi DNA Babi .. apa jaminan yang tiada logo halal????

Mohon sangat-sangat pihak berwajib memberikan jawapan demi kebenaran dan pencerahan.

SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT.



Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izudin Shah

mangkat pada jam 1.30 petang hari ini

Perkara itu diumumkan oleh Menteri B
esar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir secara langsung di RTM hari ini.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan selepas asar.

UMNO/BN KANTOI BESAR!!! ... AHLI DAP "MASUK" BN, SELURUH KELUARGANYA DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA MENYOKONG DAP!!!!

(3 FOTO) PRK TELUK INTAN .. PUTERI UMNO MALAYSIA CUBA NAK BELI SOKONGAN RAKYAT TELUK INTAN DENGAN SEKILO TEPUNG GANDUM????


1kg Tepung gandum, 2kg minyak masak, sebungkus biskut kering, 1kg gula pasir kasar, 1 peket teh boh, 5kg beras tempatan.

Itu jer nilainya Puteri UMNO Malaysia kepada warga Teluk Intan yang dikategorikan sebagai warga berpendapatan rendah.

Diberi sebab adanya Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan ekoran kematian wakil parlimen dari DAP/PR baru-baru ini .. .. ini bukannya sumbangan ikhlas setiap bulan .. tetapi sumbangan mengharapkan balasan disebabkan wakil parlimennya mati.

Nampaknya cara dan budaya politik UMNO sejak merdeka sehinggalah sekarang sedikit pun tidak pernah berubah ... memberi gula-gula dan umpan dengan beras dan tepung kepada warga yang yang hidup susah dengan ambil peluang keemasan dari kesempitan hidup mereka ...

Kalau ada para penganalisa politik menyatakan bahawa semacam suatu trend UMNO/BN memang suka rakyatnya hidup susah dan merempat agar senang di perkotak katikkan.

Sasaran utamanya ialah warga Bani Melayu yang duduk didesa, luar bandar, rancangan-rancangan FELDA dan kampong-kampong tradisional.

Maka ditiupkan dengan kata-kata bersyukur dan berterima kasih... Tetapi UMNO kini terlupa yang warga luar bandar dah mulai bijak .. makan umpan tapi pastikan tidak tercekik dengan kail. .. sapu umpan sampai licin tetapi sokonga tetap diberikan kepada Pakatan Rakyat .. Mereka sudah bosan dan jelak dengan sikap hipokrit dan berpura-pura UMNO/BN.


KERANA SURAT AKUAN INI CALON DAP PRK TELUK INTAN, DYANA SOFYA KANTOI LUMATKAN MACAI-MACAI UMNO KERANA MEMFITNAH DIRINYA.




Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud semalam mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.

Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini semalam, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.

"Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.

"Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam," jelasnya.

Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.

Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Tuesday, 27 May 2014

4 FOTO TSKI ZIARAH 5 BERADIK YANG KEHILANGAN IBU BAPA DI TAMAN DESA CHERAS.



Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam meluangkan masa, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, terlibat dalam satu kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.

PRK PARLIMEN P076 TELUK INTAN ... PRESIDEN MCA BERCERAMAH DEPAN PENGUNDI MAKHLUK HALUS DAN BUNIAN TELUK INTAN.


Tarikh dan waktu ceramah ialah malam tadi 26hb Mei 2014 jam lebih kurang 8.30 malam di Batu 12, Teluk Intan, Perak.

Penceramah VIP untuk calon BN ialah Presiden MCA Liow Tiong Lai yang diprogramkan khas untuk penduduk Teluk Intan warga Tionghua.

Jumlah yang datang????.... sendiri tengoklah ...

Gambar ini dipetik dan dikutip dari penyokong kuat MCA dalam laman sosial facebook ... Punya nak cover sampai tidak berani rakam kehadiran pendengar tapi dari rakaman gambar kedua amat jelas langsung tidak ada sambutan.

Kalaulah suasana ini bakal diterjemahkan dalam bentuk undi ... Insy'Allah .. calon DAP/PR Dyana Sofya Daud boleh menang bergaya walaupun amat kerap difitnah dan dicaci cerca.

PEMUDA UMNO BILA KENA CELAKA NAIK ANGIN MACAM KENA GIGITAN ANJING GILA .. BILA UMAT ISLAM DIBABIKAN TERUS MEMBISU MATI KUTU!!!!!



Ketika umat Islam sekarang ini begitu terpukul dengan kelalaian syarikat coklat, Cadburry sehingga dua jenis keluarannya didapati mengandungi DNA babi, sambil memikirkan sudah berapa banyak najis itu telah memasuki tubuh badan dan menjadi darah kebanyakan umat Islam negara ini, terutamanya kanak-kanak, ramai yang tertanya-tanya kenapa Pemuda UMNO hanya berdiam diri saja?

Tindakan Cadburry itu bukan saja biadap, tidak sensitif terhadap Islam yang menjadi agama rasmi dan orang Melayu yang menjadi majoriti, tetapi seolah-olah syarikat itu sedang "membabikan" umat Islam negara ini.

Sehingga ini belum tedrngar suara Pemuda UMNO dalam isu coklat Cadburry dan kelemahan Jakim yang mengawal sijil halal di negara ini.

Ini nyata berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO ketika seorang wakil rakyat DAP, R.S.N. Rayer yang mengungkapkan perkataan "UMNO celaka" di dalam DUN Pulau Pinang. Pemuda UMNO bukan saja bising di merata-rata serta merosakkan papan tanda, bahkan menyerang beberapa pejabat DAP sambil melontarkan ugutan mahu membakar bangunan itu.

Sehingga ini pun, masih ada Pemuda UMNO yang seperti "ketinggalan bas" dengan masih mahu meminta Rayer meminta maaf dan menarik balik ucapannya sedangkan ADUN Seri Delima itu jelas tidak mahu menarik balik perkataan "UMNO celaka" yang pernah diucapkannya, malahan ketika kempen di Bukit Gelugor tiga hari lalu turut mengulangi perkataan "UMNO celaka" itu dalam ceramahnya dan di luar sidang DUN Pulau Pinang.

Jika dulu ada yang mendesak agar Rayer mengulangi apa yang dikatakannya di luar DUN supaya tindakan saman kononnya boleh diambil, setelah beliau mengulanginya di luar Dewan, mana tindakan itu sekarang?

Pemuda UMNO nampaknya hanya berani menjerit-jerit, menjulang sepanduk, mengugut mahu membakar bangunan dan mengoyak memorandum yang dibuat sendiri, tetapi tidak lebih daripada itu.

Bukan tidak boleh Pemuda UMNO bersuara dalam isu "UMNO celaka" tetapi mereka juga seperti "celaka" apabila tidak berani bersuara dan diam membisu ketika umat Islam "dibabikan" oleh Cadburry.

Jika dibandingkan dengan isu "UMNO celaka", isu pencemaran DNA babi dalam coklat sepatutnya lebih membuatkan Pemuda UMNO sensitif dan berindak lebih berani lagi. Ini kerana Cadburry jelas ingin "membabikan" umat Islam negara ini kerana mereka bukannya tidak tahu babi itu haram kepada umat Islam. Mereka juga sudah lama beroperasi di negara ini dan tiada alasan untuk berhelah mengenai babi kepada orang Islam.

Secara logiknya, mereka seolah-olah sengaja berbuat demikian. Lebih malang lagi, ujian Kementerian Kesihatan yang dilakukan pada Februari lalu itu hanya diambil tindakan oleh syarikat terbabit dan juga Jakim sejak semalam, itu pun setelah hasil ujian dua jenis coklat itu terdedah di laman-laman sosial.

Agaknya kalau tidak terdedah di laman sosial hasil ujian itu, sampai sekarang Jakim masih tidur dengan kopiah putih atau songkok berkilat sambil berbangga dengan keislaman mereka yang kononnya lebih tinggi daripada orang lain, manakala Cadburry pula masih bebas menjual coklat tersebut.

Baru sekaranglah juga Jakim mahu mengadakan mesyuarat tergempar dan memanggil wakil syarikat tersebut untuk meminta penjelasan. Baru sekaranglah juga logo halalnya ditarik balik. Apa yang mereka buat daripada Februari ketika ujian sudah mengesahkan ada DNA babi dalam coklat itu pada 27 Februari lalu hingga semalam itu? Dalam tempoh itu, sudah berapa banyak coklat yang ada DNA babi itu telah ditelan oleh anak-anak kita dan juga umat Islam seluruhnya?

Dalam hal ini, bukan saja Cadburry yang salah dan cuai, Jakim pun seperti turut sama merelakan umat Islam negara ini "dibabikan" sama. Apa pula kerja menteri yang bertanggungjawab terhadap Jakim selama ini dan apakah Jamil Khir Baharom tidak patut dipertanggungjawabkan sama?

Sebagai sayap politik yang dikenali sebagai badan pendesak, kalau Pemuda UMNO begitu sentisif apabila "dicelakakan", apakah mereka tidak sentisif apabila "dibabikan" dan dalam masa yang sama juga mengetahui sudah banyak najis itu telah memasuki tubuh badan umat Islam. Mungkin juga DNA babi itu turut telah memasuki anak dan kaum keluarga pejuang Pemuda UMNO sendiri.

Kenapa tiada demonstrasi dan sepanduk? Kenapa tiada memorandum? Kenapa tidak diugut mahu dibakar kilang Cadburry jika sekali lagi mengulangi tindakan mencemarkan coklat dengan DNA babi? Kenapa tiada tunjuk perasaan di depan pejabat Jakim? Apakah Pemuda UMNO merelakan begitu saja kelalaian Jakim yang bertanggungjawab menjaga halal dan haram makanan umat Islam?

Sebenarnya begitu banyak yang boleh dipersoalkan mengenai sikap dan pendirian Pemuda UMNO dalam isu coklat dan DNA babi ini. Sementara semakin banyak seruan agar diboikot semua keluaran Cadburry atas sikap biadap mereka itu dan semakin ramai juga pengguna yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar coklat itu, sikap senyap dan bisu Pemuda UMNO lebih menyerlahkan wajah sebenar mereka.

Jika sekarang dan setelah bertahun-tahun memiliki sijil halal tapi masih juga boleh mencemarkan coklat dengan DNA babi, tiada jaminan ia tidak berulang di masa depan. Dalam masa yang sama, tempat memasak coklat juga mungkin sudah tidak suci lagi dan ini amat mewajarkan Pemuda UMNO untuk bertindak lebih keras lagi.

Kalau kali ini mereka merosakkan papan tanda di kilang Cadburry dan mengugut mahu membakar kilangnya, pasti tiada yang bersikap sinis lagi. Malah pujian dan jambangan bunga wajar diberikan sebagai hadiah.

Amat jelas bahawa sikap ini membuatkan Pemuda UMNO mengecilkan skop perjuangan mereka sendiri kerana isu DNA babi dalam coklat sebenarnya meresahkan kira-kira 17 juta umat Islam negara ini berbanding ungkapan "UMNO celaka" hanyalah untuk menjaga kepentingan 3.2 juta ahli UMNO saja.

Atau dalam erti kata lain, Pemuda UMNO hanyalah tersentuh apabila "dicelakakan" tapi tidak kisah pun apabila "dibabikan" sedangkan semua orang yang belum gila sedar bahawa penghinaan memasukkan najis babi ke dalam tubuh umat Islam jauh lebih mengaibkan daripada hanya diserang dengan ungkapan celaka itu.. SH.

LEBIH RM1BILLION HASIL NEGERI SELANGOR DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT DIBAWAH PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEPANJANG PENGGAL LALU ... RODZIAH ISMAIL


Kerajaan Selangor mencatatkan sejumlah RM1.044 bilion hasil negeri yang dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang penggal lalu.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada penggal ini ekoran kesedaran tinggi di kalangan masyarakat untuk mengambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.

Pada penggal pertama fokus kami adalah untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui dasar MES. Pada penggal kedua ini kita teruskan program yang ada ini dan kita beri tambah nilai. Kita sedang meniliti perkhidmatan tambahan yang boleh disalurkan.

“Kerajaan Selangor faham keperluan rakyat sentiasa dinamik dan progresif. Jadi kita tambah perbelanjaan itu. Kalau dulu kita ada Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel) yang masih kita kekalkan tetapi sekarang lebih kepada bantuan tambahan untuk peniaga kecil memiliki aset seperti kenderaan untuk menambah pendapatan mereka,” kata beliau.

Rodziah berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak di Intekma Resort di sini, semalam.

RodziahTambah beliau lagi, statistik program MES juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kesedaran yang tinggi rakyat untuk meningkatkan taraf hidup melalui program yang disediakan.

Statistik MES sehingga 31 Disember 2013 menunjukkan Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sebanyak RM1,044,511,342.86 hasil Kerajaan Negeri bagi dinikmati rakyat negeri itu dengan melibatkan hampir 1.6 juta keluarga penerima faedah.

Hasil negeri itu dikongsikan melalui 17 skim di bawah program MES seperti Insentif Perkahwinan Belia, Skimsel, Skim Bantuan Asuhan Rakyat, Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar), Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas

PRK TELUK INTAN ... SAMBUTAN CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH TIMBALAN MENTERI CGPA 3.85 MERANGKAP PENGERUSI BIRO PUBLISITI DAN PENERANGAN UMNO MALAYSIA.



Tarikh 26hb Mei 2014 jam 9.00 mlm.

Lokasi ceramah di Kampong Semarak Batu 9 Jalan Bidor, Telok Intan, Perak sempena PRK Parlimen P076 Teluk Intan yang disampaikan oleh Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan UMNO Malaysia yang beritahu satu dunia dia adalah penuntut terbaik semasa mengambil Sarjana dengan CGPA 3.85.

Jumlah kehadiran dikawasan majoriti penduduk Melayu .. sendiri lihat, fikir dan nilai  .. jangan lupa tolak angka kehadiran para petugas parti yang diangkut dari luar yang sudah pasti bukan pengundi berdaftar parlimen Teluk Intan dan juga kanak-kanak. .. Yang berdiri belakang beliau itu sudah pasti petugas parti.

Jadi kepada macai-macai UMNO/BN .. berlaku jujur dalam menjawab .. agak-agak berapa ramai yang hadir ceramah anjuran UMNO/BN ini yang sudah kelazimannya disediakan minuman dan makanan.

Kutuk calon Melayu depan khalayak Melayu yang kuat berpegang kepada Ketuanan Melayu supaya memberikan undi kepada calon Tionghua dari Gerakan .. bukan nak bersifat rasis tetapi inilah hakikatnya.

Monday, 26 May 2014

PRK TELUK INTAN .. BIAR RAKAMAN GAMBAR SUASANA CERAMAH ANTARA ANJURAN DAP/PR DENGAN UMNO/BN SEBAGAI SAKSI BERBICARA.


Omak Kau malas nak ulang dengan panjang lebar takut dituduh takbur dan sombong pula .. .. suasana ceramah tarikh dan waktu yang sama sempena PRK Teluk Intan dilokasi yang berlainan anjuran UMNO/BN dengan DAP/PR.

Gambar diatas ceramah anjuran UMNO/BN .. jumlah kehadiran????? Kalau ditolak para petugas mungkin tidak sampai 20 orang kot... lebih banyak bilangan motosikal dari kehadiran penduduk tempatan.

Gambar dibawah pula ceramah untuk calon DAP/PR Dyana Sofya Daud ... Kehadiran dengan penduduk berbilang kaum dan latar belakang amat padat dan sendat sekali sampai nak masuk ketempat ceramah diberitakan jalan sesak dan terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 2 kilometer.

Jika difikir secara akal logik ... rakyat Teluk Intan memberikan sokongan kepada calon mana???

Ertinya segala gula-gula projek mee maggi segera berbillion ringgit termasuk lebuh raya dan universiti serta jalur lebar lebih pantas tidak mmpu memikat dan memujuk rakyat Teluk Intan memberikan sokongan kepada calon BN tajaan UMNO, Mah Siew Keong.

Fitnah kotor lagi jijik tanpa batasan dan takut dengan dosa tidak mengurangkan sokongan rakyat kepada calon DAP/PR Dyana Sofya Daud.

Politik kotor dan perkauman sempit sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan sekarang ini .. politik yang masih diamalkan UMNO/BN sudah dianggap pupus tarikh.

KETUA PEMUDA UMNO KUALA LUMPUR SELEPAS DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS KES UGUT NAK BAKAR BANGUNAN DAP LANGSUNG TIDAK BERSELERA NAK MAKAN WALAUPUN DI RESTORAN LIMA BINTANG?????


Baru kena tahan 6 jam oleh pihak polis untuk rakam percakapan bantu siasatan kes merusuh dan ugut nak bakar bangunan DAP Kuala Lumpur baru-baru ini. .. belum kena reman Sek 117 Kanun Acara Jenayah selama 6 hari .. belum kena sumbat di pejara 6 minggu atau 6 bulan .. terus tidak berselera nak makan walaupun makan di restoran lima bintang ... belum rasa makanan lokap lagi... belum berpakaian lokap lagi bawa ke mahkamah untuk tahanan reman sambil tangan bergari.

Semasa membuat rusuhan itu hari ... pergh!!! bukan main kencang dia punya gebang .. siap cakap tidak takut masuk penjara ... baru kena tahan 6 jam terus hilang selera makan.

Nak katakan makanan tidak sedap .. yang sebelah beliau tu Arman Debab Exco Pemuda UMNO Malaysia makan sampai licin pinggan begitu juga depan Arman Debab .. pinggan Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur langsung tidak berusik. .. nak katakan tak lapar mana mungkin sebab diberitakan hampir 7 jam kena tahan di Balai Polis Wangsa Maju mulai jam 2.00 petang tadi.

Sebab itu lain kali jangan sombong angkuh cakap besar berdegar-degar macam hebat dan jaguh hero Malaya ... realitinya kaki penakut.

PARA KEPARAT YANG UGUT NAK BAKAR BANGUNAN DAP KINI DILEPASKAN DENGAN JAMINAN POLIS TANPA KEHADIRAN DAN SOKONGAN MORAL AHLI-AHLI UMNO YANG LAIN??????


Beginilah nasibnya jika jadi macai UMNO buat kerja bodoh lagi bahlol melanggar undang-undang negara semata-semata nak tunjuk hero konon sebagai mau menarik perhatian pimpinan atasan UMNO dan juga para ahli UMNO peringkat bawahan.

Berarak sambil menjerit baru-baru ini dengan mengeluarkan kata-kata ugutan nak bakar bangunan DAP jika ulangi kata-kata yang UMNO ni Celaka... punyalah bersemangat tinggi menjerit sampai nak putus urat kentut dan pecah anak tekak.

Lepas itu beberapa penyangak Pemuda UMNO robohkan papan tanda Ibu Pejabat DAP Jalan Pudu.

Dia punya Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur boleh siap cakap besar lagi sedikit pun tidak takut jika dihumban kepenjara semata-mata nak pertahankan UMNO dari terus dituduh Celaka.

Masa itu ada macai-macai UMNO yang tersilau dan terpukau dengan gelagat biadap dan tidak bertamadun serta  berakhlak yang ditunjukan oleh mereka... siap beri kata-kata semangat pinjam kata-kata keramat DSAI ... lawan tetap lawan.

Bila tiba masanya mereka yang bertanggung jawab dibawa ke Balai Polis untuk tujuan siasatan dan rakam percakapan ... muka masing-masing pucat lesi tidak bermaya lemah longlai .. kalau ditarah muka mereka dengan pisau silap-silap hari darah pun tidak mengalir.

Paling malangnya .. tidak ada seekor pun macai UMNO yang puja puji julang perangai celaka mereka ini memberikan sokongan turun kebalai polis Wangsa Maju untuk berikan sokongan moral .. mungkin takut kena heret sekali kot bila datang kebalai polis nanti.

Inilah realiti semangat juang para macai UMNO .. bila kena hal dengan para penguat kuasa undang-undang kena tanggung sendiri sebab bertindak guna kepala lutut bercakap ikut saluran kentut.

Negara kita negara hukum .. ada perlembagaan, undang-undang dan peraturan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas, amanah dan tanggung jawab mencari kebenaran demi menentang kemungkaran.

HEBOH DI LAMAN SOSIAL SELAIN JENAMA CADBURY ADA 4 JENAMA COKLAT POPULAR YANG DIJUAL DI LANGKAWI MENGANDUNGI DNA KHINZIR (PORCINE) ??????




Senarai jenama coklat di Langkawi yang ada DNA Babi (Porcine) tersebar ligat di laman sosial dan alam maya.

Menerusi laman sosial, kini tersebarnya beberapa produk coklat yang mudah didapati dari Langkawi mengandungi lemak khinzir disamping tiada logo halal JAKIM.

Seperti sedia maklum, Langkawi merupakan daerah bebas cukai dimana orang ramai atau pengunjung memborong coklat pada kadar harga yang rendah.

Senarai Coklat Di Langkawi Ada Porcine DNA Babi Tersebar

Antara coklat tersebut adalah Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s dan Mars.

Jika apa yang tersebar ini benar maka pihak berwajib wajib bertindak pantas dan tegas.

BIAR BETUL!!!!!! ... MAKANAN DALAM TIN KELUARAN NEGARA CHINA DAGING BABI KISAR DENGAN PES KACANG ADA TANDA HALAL???????


PORK MINCE WITH BEAN PASTE ... UNDER THE LICENCE OF COFCO ... PRODUCT OF CHINA .

Omak Kau mendapat kiriman gambar melalaui inbox mesej laman sosial Facebook memberitahu bahawa ada sekeping gambar makanan dalam tin keluaran negara China daging babi kisar dengan pes kacang dicetak pada tin berkenaan ada tanda halal?????

Bila disemak dengan teliti  memang jelas ada tulisan jawi berbunyi Halal ... tetapi bukannya yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) .. besar kemungkinan dicetak oleh syarikat pengeluar produk ini di negara China.

Masalah besarnya mengapa ada dicetak perkataan "HALAL" ????? .. dan dikatakan masih terdapat dijual dengan rancak dan bebasnya di sekitar Supermarket di Sabah dan Sarawak.

Amat dikhuatiri akan mengelirukan pengguna warga Islam dinegara ini.

Jika apa yang dikhabarkan ini benar maka perlu pihak berwajib terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak segera.

INILAH GELAGAT TERKINI PARA MACAI UMNO PUNYA MUKA PUCAT LESI, APABILA DIPANGGIL POLIS ATAS UGUTAN NAK BAKAR BANGUNAN DAP TEMPOH HARI.





Seperti dijanjikan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju akan cekup keparat-keparat yang buat rusuhan dan ugut nak bakar bangunan DAP 3 hari lalu ... beberapa macai UMNO telah dipanggil menghadirkan diri di Balai Polis Wangsa Maju bantu siasatan polis.


Itu hari bukan main garang macam singa betina lapar kehilangan anak ... menjerit terlolong terlalak siap beri ugutan akan bakar bangunan DAP kalau lagi sekali mana-mana pemimpin DAP keluarkan kenyataan UMNO CELAKA ... siap koyak memorandum dan campakkan kemuka Ahli Parlimen Serdang.

Boleh sombong dan angkuh lagi bercakap .. sanggup dipenjarakan demi mempertahankan nama UMNO.

Realitinya?????? .. Baru dipanggil polis di Balai Polis Wangsa Maju muka masing-masing pucat lesi .. tidak bermaya lesu macam tidak berdarah.

Dalam Balai Polis macam tikus mondok kena siram dengan air panas .. monyok tidak bersuara.

Antara yang dikenal pasti kena perintah menghadirkan diri di Balai Polis bagi membantu siasatan ialah Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur mamat yang gebang kencang bercakap hari itu
Mohd Razlan dan Rizalman Mokhtar, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...