Tuesday, 27 May 2014

LEBIH RM1BILLION HASIL NEGERI SELANGOR DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT DIBAWAH PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEPANJANG PENGGAL LALU ... RODZIAH ISMAIL


Kerajaan Selangor mencatatkan sejumlah RM1.044 bilion hasil negeri yang dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai skim di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang penggal lalu.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri menjangkakan jumlah itu akan bertambah pada penggal ini ekoran kesedaran tinggi di kalangan masyarakat untuk mengambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.

Pada penggal pertama fokus kami adalah untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui dasar MES. Pada penggal kedua ini kita teruskan program yang ada ini dan kita beri tambah nilai. Kita sedang meniliti perkhidmatan tambahan yang boleh disalurkan.

“Kerajaan Selangor faham keperluan rakyat sentiasa dinamik dan progresif. Jadi kita tambah perbelanjaan itu. Kalau dulu kita ada Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel) yang masih kita kekalkan tetapi sekarang lebih kepada bantuan tambahan untuk peniaga kecil memiliki aset seperti kenderaan untuk menambah pendapatan mereka,” kata beliau.

Rodziah berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak di Intekma Resort di sini, semalam.

RodziahTambah beliau lagi, statistik program MES juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kesedaran yang tinggi rakyat untuk meningkatkan taraf hidup melalui program yang disediakan.

Statistik MES sehingga 31 Disember 2013 menunjukkan Kerajaan Selangor sudah membelanjakan sebanyak RM1,044,511,342.86 hasil Kerajaan Negeri bagi dinikmati rakyat negeri itu dengan melibatkan hampir 1.6 juta keluarga penerima faedah.

Hasil negeri itu dikongsikan melalui 17 skim di bawah program MES seperti Insentif Perkahwinan Belia, Skimsel, Skim Bantuan Asuhan Rakyat, Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar), Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas

12 comments:

  1. Saya telah buat survey bancian berkenaan pandangan orang "atas pagar" berkenaan Pemilihan PKR dan apakah pandangan merek tentang parti Keadilan ni. Ramai responden kata PKR ni teruk, dan tidak adil sebab maklumat tu mereka dapat dalam facebook. Mereka melihat ahli-ahli PKR bertelagah sesama sendiri dan mereka lihat banyak gambar bukti kelemahan pihak JPP dalam facebook.

    Bila saya selidiki ia adalah benar terutama Facebook CHEGU BARD. Kepada CHEGU BARD kalau ada bukti cukuplah mengadu sahaja kepada JPP dan tidak perlu tunjuk-tunjuk facebook kerana masalah parti akan terkeluar cerita kepada orang luar dan mereka akan hilang semangat dengan PKR seolah kita banyak masalah.

    Kami telah menasihatkan beliau tetapi beliau masih berdegil.

    Oleh itu kami mahu LEMBAGA DISIPLIN parti mengambil tindakan kepada CHEGU BARD supaya ia tidak menjadi kanser kepada parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan PKR kali ini paling busuk. Kami ahli2 desak pimpinan ambil ikhtibar dari sejarah 1999 - 2010. Dah bertahun2 masih lagi di tahap yang amat memalukan. Pecat Pengkianat parti.

      Kami desak REFORMASI dalam parti sepertimana REFORMASI dlm Umno 1998.

      Delete
    2. TERKINI: AKHIRNYA TERDEDAH
      Azmin pilihan kepada parti, kata Wan Azizah pada 26-05-2014 09.02

      SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyokong Mohamed Azmin Ali untuk menerajui parti itu sekiranya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu kali ini.

      Wan Azizah berkata sebagai peneraju parti sudah tentu beliau amat perlu bekerjasama dengan Azmin sekiranya Ketua Umum PKR yang juga suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sekali lagi kelak.

      Katanya, keputusan parti juga pastinya akan dimuktamadkan bersama-sama dengan Azmin selain bekerja sebagai satu pasukan.

      Dalam masa yang sama, Ketua Umum dan DSWA juga tidak boleh menerima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu.

      Atas sebab itulah Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung parti diletakkan sebagai calon pilihan kedua sekiranya Azmin kalah.

      Namun kini, Azmin terus berada di depan dengan mendapat undi terbanyak, meninggalkan Khalid di tempat kedua dan Saifudin ketiga di kalangan tiga calon yang bertanding jawatan timbalan presiden.

      Keputusan sehingga 11 Mei dikeluarkan PKR menyaksikan penyandang, Azmin mendapat 12,250 undi manakala Khalid memperolehi 8,123 undi dan Saifuddin pula 6,997 menjadikan Azmin hanya mendapat sokongan tidak sampai 45% untuk jawatan itu.

      Bagaimanapun, keputusan tersebut masih tidak rasmi memandangkan keputusan 27 cabang yang dibatalkan sebelum ini. -MEDIA

      Delete
    3. Dalam kita dokk layan Telok Intan, Jaga2 kat jeniss ada udang sebalik mee. Dalam tunjuk tunjuk sokongan kat Telok Intan, dia kasi racun rumpai sama Pakatan:

      Ni contohnya

      Petikan Article Tiga Suku dari Malaysia Waves:
      Link:
      http://www.malaysiawaves.net/2014/05/dyana-sofya-mampu-kuburkan-umno.html

      Komen

      Topik pasal calon DAP kat Telok Intan tapi penghujungnya lain pulak. Wow sunguh UG (Urang Gilerr bukan Unity Gomen aaaa!!!)

      Petikan Article Malaysia Waves

      "Maka, PAS dan PKR wajib memenangkan Dyana Sofya kalau mahu membuat perubahan dalam PRU yang akan datang."

      "Juga, PAS dan PKR wajib menukar MB Selangor dari Khalid kepada Wan Azizah."

      Komen Sayeerr dibawah:

      Apa bodoh punya ending. Cerita Telok Intan ending politik Selangor Contohnya pi restoran nasi kandaq........ order Yong Tow Foo. Kah Kah Kah bodoh bodoh awatt la tadak akaiii Kah Kah Kah. Atau tengok cerita X-Men ending masuk2 ada Shah Rukh Khan nyanyi. Kah Kah Kah. Deramang Deramang.

      Point kedua: Apahal pulak tukar MB. Khalid MB kan top of the world dalam professionalism, ethics, accountability. Sampai masjid pun dah free flow ceramah. Ustaz Haron Din mengajar, Ustaz Azhar Idrus Mengajar dan lain2.

      Baca tu Selangor la tertop di Serentau fulus banyak bagi kat rakyat Marhaen.

      Point ketiga : Deramang ni ahli PAS ka PKR atau hanya ahli ejen syarikat MLM. bukan nak tuduh tapi tanya.Pung Pang Pung Pang cakap tanya ahli apeerrrr, tak bolei jawab. Jangan jawab ahli PIBG anak kat sekolah cukup lahhhh.

      Pengajaran
      Pengajaran cukup simple dan mantap. Kena jaga-jaga. Makhluk berbagai alam ni wujud.... cakap kadang2 macam ahli PAS, kadang2 cakap macam ahli PKR tapi sebenarnya

      Eiiii TB Malaysia Waves, ada class skit lahhh


      So Admin, forward kat Deramang Malaysia Waves please.

      Tenkiu

      Yang Benerrr
      TiBi (Tinta Biru)
      Malacca Waves
      Umbai Mareiii

      Delete
    4. Go..go..YB Zuraida masih leading dari Rodziah Ismail. Peluang YB Zuraidah menang amatlah cerah jika dilihat sokongan akar umbi wanita keadilan khususnya di Selangor. Politik beliau jelas tidak tikam belakang jelas diterima oleh wanita akar umbi di setiap kempen beliau.

      Lihat semangat YB Zuraidah hingga tumbangnya Wanita Umno Kak Jat. Beliau juga tidak melatah walaupun ada permainan kotor dari pihak lawan dalam pemilihan ini.

      InsyaAllah usaha pucuk tertinggi pimpinan dalam misi menuju ke Putrajaya akan tercapai dengan kekuatan sokongan kepada YB Zuraidah.
      Mohon semua wanita PKR terus memberikan sokongan kepada YB Zuraidah dan team Keadilan Raya. Ucapan terimaksih kepada yang yang telah memberikan sokongan sepenuhnya kpd kami. - Saba Milito.

      Delete
  2. Macai UMNO ni memang BUSOK..keje diorang mengarut je nak terukkan PKR..

    UMNO sendiri pon lebih busok dan lahanat dari mana mana parti di Malaysia..

    UMNO CELAKA !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg mencelakakan org lain tu lebih celaka tahu tak? Mcm tak ada agama.. Mak bapak tak ajar ke?

      Delete
    2. Sape yg bgtau orng yg mncelakakn org lain tu lebih celaka hah?ulama mn?ulama umno?makbpak ko ajar ke?hebat makbpak ko,makbpak ko ajar x arak & babi hrm?mak bpak ko bgtau x siapa yg luluskn lesen judi kt mlysia ni?siapa yg rasmikn kilang arak kt mlysia ni?ada x makpak ko ajar hah?

      Delete
  3. Ini sumer poyo...haktuihhhhhh

    ReplyDelete
  4. Rajin betul Babi Wave Army umno dok copy.ko x p sekolah ke dulu.

    kikiki

    ReplyDelete
  5. Ini sumer poyo...haktuihhhhhh

    ReplyDelete
  6. Ini yg umno xsuka,jgn la dok habiskn tabung duit negri slngor tu.simpan la smpai umno mmerintah balik,bole umno blasah duit tu utk 7 kturunan kroni umno celaka.xpyh la buat negeri ni negeri kebajikan,jd la negeri ni jd negeri dikronikan.umno perosak bngsa melayu dan agama islam.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...