Wednesday 14 May 2014

KISAH YANG MENYEBABKAN ADUN BUKIT BESI BOLEH BUAT PUSINGAN 360 DARJAH KEMBALI SEMULA DALAM DAKAPAN UMNO!!!!




Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
 
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
 
Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
 
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
 
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
 
Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.
 
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).

Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST),  Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.

Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

41 comments:

  1. Pasal wang lah tu, apa lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu. ADUN Trengganu hanya 32. BN-15, PAS-14, PKR-1, Bebas-2. Dalam berita atas tu BN-16.

      Delete
    2. Sekurang2nya Dato' Mat Said patuh kepada arahan presiden partinya supaya meletakkan jawatan. Lain pula dengan seorang MB dari Pakatan Rakyat seluruh Majlis Pimpinan Pusat partinya minta dia letak jawatan, tapi dia tetap tak nak. Dan memandai-mandai pulak suruh Dun lain dibubar buat habis duit je. Sia-sia duit rakyat.

      Delete
    3. Dah tau ada perjanjian jgn la buat kat rumah menteri besor. Plan la kat rumah sendirik. Apa daa mat said nih

      Delete
    4. Perjuangan pemimpin umno kerana berteraskan wang. Kalau nak kaya cepat masuk umno dan bertanding dapatkan jawatan dalam parti, sebab tu mereka sanggup berhabis Wang untuk jawatan kerana hasilnya amat lumayan. Kalau setakat nak berniaga 5 tahun pun belum tentu boleh jadi kaya. Kalau dan ada dalam umno tapi masih belum banyak duit boleh buat mcm adun trengganu ni short cut untuk dapat imbuhan. Cuba letak jawatan tengok kalau um no ada mejoriti 2/3 tobat album yg letak jawatan akan dapat keuntungan silap silap mati kering.

      Delete
  2. Lantak pi lahhhhhhh depa. Lepas ni baru aku tau UG maksudnya uji gertak, Merempas rempas lepas tu kena pujuk trussssss masuk gear gostan. Rupanya perkataan UG tersilap tafsir, Tulang Besi kata pertubuhan cap panadol ada UG, rupanya silap, UG ada di pertubuhan cap tmbang kat Terengganu. Dinasihatkan Tulang Besi Malaysia Waves jangan tersilap pertubuhan mengenai UG. Kalau buat degree Political Science bolehh fail dgn refer setahun. Padan Malaysia Waves tak update website dia, almaklum malu tertonggeng

    Yang Benerrrrrrrrr
    Tuling Basi
    Malaya Wings

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/27844-krisis-politik-t-ganu-umno-jangan-gertak-atau-sogok

      Extract dari Harakah

      Krisis politik T’ganu: Umno jangan gertak atau sogok
      AZIZ MUDA | 13 Mei 2014.
      KUALA LUMPUR: Umno BN diingatkan agar jangan sekali-kali menggunakan tindakan yang tidak demokratik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Terengganu sekarang, seperti intimidasi atau perbuatan menakut-nakutkan orang, gertak atau sogokan.

      Sebaliknya, Umno BN perlu bertindak 'gentleman' untuk menyelesaikan kemelut tersebut dengan melakukan tindakan yang menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

      Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kerajaan BN Terenganu kini sudah hilang majoriti apabila tiga Adun Umno BN mengambil tindakan keluar daripada parti itu semalam dan hari ini.

      Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri juga tidak mempunyai majoriti yang mempunyai 15 kerusi, 14 daripadanya dimiliki oleh PAS dan 1 PKR.

      Delete
    2. Betullah theory ni...... UG bermaksud UG Gertak bukan Unity Government. So Tulang Besi at Malaysia Waves perlu meminta maaf kepada pembaca sebab silap tulis selama bertahun-tahun.

      Kah Kah Kah Kioookkkkk

      Yang Benerrrrrrrrr
      Tuling Basi
      Malaya Wings

      Delete
  3. baru je nak cakap at PAS..mendengar guruh dilangit air tempayan jangan di buang...memang kekadang guurh berdentum, tapi hujan tak jadi...tu yg 2 orang yg tinggal pun, tak boleh nak percaya lansung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas relax. Pas bukan kaki heret speaker sbb nak rebut kuasa mcm di Perak dulu. Pas bagi masa mb baru settle masalah diorang dulu. Pas tak suka rebut kuasa orang. Pas lebih minat pilihan raya dan biar rakyat pilih. Pas bukan kaki heret usung speaker utk dpt kuasa. Itu haramjadah.

      Delete
  4. Salaam.

    Melayu...murah 'harganya'

    PS: Maruah.

    ReplyDelete
  5. demi fulus maruah sanggup digadaikan.itulah perangai juak2 umno be end.

    ReplyDelete
  6. Bomoh kata...'Opssss Kena siasat!!!' haha

    ReplyDelete
  7. yg u turn tu setuju dng 'harga' bila banding kan dng 'harga' yg perlu rakyat bayar jika di adakan praya Alasan yg paling munasabah buat masa ini
    Siapa cepat jd bebas paling untung Lepas ni kalau ada yg berani jd bebas jgn harap lah selamat mcm Bukit Besi Nak keluar rumah pasti kan dlm kereta tak ada briefcase Nak duduk meja makan di restauran pasti kan tak ada briefcase

    SPRM Tganu lebih tulus dan berwibawa dr negeri negeri lain

    Kjaan Negeri Tganu dah jd United Gertak sbb ADUN UMNO kini bersatu setelah di Gertak . Ni Adun Bukit Besi Besi besi pun runtuh jugak bukit .

    ReplyDelete
  8. ADUN ADUN BN akan bercuti ke Korea Dan program ini telah di rancangkan sebelum kemelut perletakan jawatan MB

    Malang kesemua ADUN ADUN BN telah tidak dpt dikesan Mrk di percayai bersama sama dgn pemimpin UMNO di Putrajaya (sumber tak boleh di percayai) Tp kemungkinan kena 'culik' tetap ada .

    ReplyDelete
  9. Yg paling haru sekaliiiii
    Bila adun Bukit Besi buat u turn atas nasihat isteri . hehehe
    Mat Said pun mati akal Kalau sbb nasihat pemimpin UMNO dia org dah bersedia semua tu sebelum buat keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa pengaruh isteri peranan besar dlm politik Bukti nya PM negeri yg berjiran dgn Singapore.
      kalau wan azizah lemah dan rebah Anwar pun boleh kecundang mana nak cari lagi azizah sbg ganti dng pinggang yg sakit

      Delete
  10. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. umno bodo kini dan selama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik berbahasa begitu saudara...

      Delete
  12. ramainya kecewa..kahkahkahkah!!! baru berangan nak jadi MB!!!

    ReplyDelete
  13. ini mungkin sebab PR bayar sikit kut...tak gitu??

    ReplyDelete
  14. Ini suma wayang umno je.anak mb ganu dah kawen pun 10hb.17hb tu cuma untuk jemputan cap ayam je.masa deris natang kna sepak dulu xde lak dia nak kua dr parti anti hadis tu.

    kikiki

    ReplyDelete
  15. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
  16. umno sudah mau jadi dinasour

    ReplyDelete
  17. Tak perlu sekolah tinggi. Tak perlu modal buat bisnes. Lompat dan u turn pun dah boleh kaya raya.

    Dunia....dunia

    ReplyDelete
  18. Nanti bks mb ganu bincang la elok2 dgn najib.bg la jawatan yg lain klu dh penuh pun boleh wujudkan jawatan baru mcm mak lembu tu.xpun mcm bekas hakim yg bkomplot kat perak dulu,sekarang dah dpt kontrak hgway termahal tmahal didunia hgway kidex hnya spanjang 14km dgn kos lebih 2 bilion.

    kikiki

    ReplyDelete
  19. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
  20. Kau tengok la adun yg tarik blik ni x di pndng pn msa pru 14 nnti..cam dun perak dl

    ReplyDelete
  21. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
  22. kalau ada lagi yg nk buat duit mcm bkt besi, inilah masanya

    ReplyDelete
  23. Umno umno umno..mampus dgn umno..

    ReplyDelete
  24. Umno umno umno..mampus dgn umno..

    ReplyDelete
  25. ramai jugak yang marah mat said ni.. u turn la pulok..

    ReplyDelete
  26. baru aja ada puak berangan nak jadi MB.. kempunan lagi.. macam bos besar...

    ReplyDelete
  27. "Everything is MONEY but money is not EVERYTHING". Relevan lagi ker ayat ni?

    -Derhaka Jebat-

    ReplyDelete
  28. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
  29. Tengok kilat dahi dah boleh baca boss!!!

    ReplyDelete
  30. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...