Wednesday, 14 May 2014

SAKI BAKI PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... PARTI MEMERLUKAN PARA PEMIMPIN MENUJU KEPUTRAJAYA DARI IMPIAN MENJADI KENYATAAN.



KeADILan kini sudah berusia 15 tahun dan empat tahun lagi apabila Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan, parti keramat yang dibina dari darah, keringat dan air mata rakyat ini, akan berusia 19 tahun dan sama ada ia akan terus kekal menjadi pembangkang atau pemerintah di Putrajaya, semuanya bergantung kepada apa yang dilakukan pimpinannya sepanjang tempoh empat tahun ini.

Oleh itu memilih pemimpin untuk mengemudi parti pada saat dan ketika yang genting ini amatlah penting dan perlu tepat.


Demografi orang Melayu yang selama ini, menjadi 'simpanan tetap' UMNO di kawasan luar bandar semakin berubah dan perubahan ketara akan berlaku pada PRU14 nanti.


Sebab itu, sering isu ini dibangkitkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat mengigatkan para penyokongnya bahawa pengundi Melayu semakin berubah, kawasan luar bandar menjadi separa bandar dan bandar.


Pengundi luar bandar majoritinya kini bekerja di kawasan bandar serta separa bandar dan mereka amat kritikal terhadap parti yang dilihat mereka perubahan amat perlahan sekali..


KeADILan telah melalui pelbagai dugaan, cabaran dan persepsi sepanjang penubuhannya bagi menentang kerajaan yang zalim lagi korup. Ada yang dipenjara, mendapat cedera, difitnah dan diheret ke mahkamah sebagai contoh mudah kesengsaraan yang dihadapi.

Malangnya apa jua pengorbanan dilakukan dan dihadapi para pemimpin KeADILan masih jua ada sekelompok rakyat tidak menghargainya sedikit pun.

Oleh itu perlunya semua anggota parti yang menyimpan idaman agar Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya bertanyakan kepada diri mereka .. apa yang sebenarnya rakyat maukan pada tubuh badan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk diyakini memberikan sokongan dan undi pada PRU 14 akan datang.

Adakah cukup pada sekadar yang hebat berpidato tapi kemampuan mengurus parti dan negeri zero??? Atau memilih yang mempunyai 'track record' hebat mengurus ekonomi dan negeri walaupun tutur kata kadang kala tersekat-sekat? Ikhlas dalam menyumbang dan tidak mudah goyang walau pun sekuat mana badai mendatang.

Menuju ke Putrajaya kini masih dilihat seperti  'memeluk gunung tetapi tangan tak sampai'. Ketika kita terus berkokok seperti ayam jantan bangga dengan pencapaian menaikkan jumlah undi populariti  yang dimenangi pada PRU13 berbanding PRU12, tetapi lupa 'ekor bergelumang dengan tahi', kerana berterusan dilemparkan dengan pelbagai persepsi dan andaian negatif bukan hanya ciptaan UMNO/BN  malah kadangkala ciptaan kita sendiri.


Kita lupa sebagai tunjang kekuatan masyarakat majmuk di Malaysia, KeADILan sebagai salah satunya rakan utama dalam gagasan Pakatan Rakyat  perlu berjuang secara inklusif bukan menjadi terlalu ke kanan dalam perjuangan membela nasib orang Melayu sepertimana yang sering dan tegas disarankan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim . Ianya mestilah tegas dan secara berterusan.

KeADIlan mesti dilihat sentiasa dinamik dan relevan sebagai parti yang konsisten dalam membela dan menjadi pelindung kepada nasib rakyat.


Selain itu, KeADILan/PR  perlu juga sedar perjuangan parti mesti turut inklusif untuk penduduk Sabah dan Sarawak terutama sekali golongan Bumiputera yang dilihat cukup teguh memberikan sokongan kepada parti UMNO/BN.



Apa yang berlaku ketika ini, bukanlah disebabkan UMNO/BN terlalu kuat tetapi lebih kepada kegagalan KeADILan/PR itu sendiri dalam menerangkan apa yang sebenarnya, terbaik sedang dan dilakukan demi kelangsungan negara pada masa depan. Kegagalan untuk menyakinkan rakyat betapa segala inisiatif yang sedang dilakukan dikatakan hanya untuk syok sendiri dan demi kepentingan golongan tertentu dalam parti serta kerajaan selain mengabaikan rakyat secara keseluruhan.


Kelantangan golongan tertentu mengkritik dan menegur parti pada masa kini, sering disalah anggap dan disalah tafsir kononnya, akan membawa kepada lebih banyak keburukan. Perlunya ada sifat merai dan hormat pendapat dan pandangan yang berbeza asalkan tidak membawa kemudharatan kepada parti. Kutip segala pandangan tersebut dan sebaik mungkin cuba dihadam dan di fahami sevara mendalam tanpa ada sifat bias .. Terima yang baik .. akui kelemahan dan kesilapan walaupun pahit sedikit untuk ditelan.

Ambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku di Terengganu kelmarin, jelas membuktikan segalanya, UMNO tidak berada dalam keadaan yang kuat seperti yang cuba digambarkan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Sesungguhnya, keengganan mendengar kritikan untuk parti dan kerajaan serta melihat apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi inilah, menjadi kelemahan utama UMNO serta pimpinannya sehingga mampu mencetuskan suasana huru hara kelam kabut satu negara.

'Zaman pemerintah dan pemimpin mengetahui segalanya, sudah berakhir'.


Segalanya masih tidak terlambat buat KeADILan  dan pimpinannya untuk berubah tetapi perubahan itu perlu dilakukan dengan segera, pantas, tuntas  dan akhirnya, paling penting adalah rakyat merasai perubahan yang dilakukan.


Rakyat dan akar umbi parti maukan pemimpin yang ikhlas, bersih, amanah, cekap, cekal, berhemah, humble, adil dan telus dalam mengalas dan menjalankan amanah dan tanggung jawab. Memiliki track record yang cemerlang untuk dibuat penilaian dan perbandingan'

Rakyat dan anggota parti sudah bosan dan jelak dengan pertelingkahan sesama pemimpin yang kadangkala amat merimaskan sekali.

Mereka maukan pemimpin yang boleh berganding bahu sambil membantu Datuk Seri Presiden KeADILan bersama-sama memacu dan mengemudi parti dan negara.

Jangan terlalu selesa dengan kedudukan yang ada pada waktu 'kini' dan perlu mendengar apa yang sebenarnya dimahukan rakyat terutama sekali masyarakat luar bandar, pendalaman dan jua para peneroka rancangan Felda..


Bagi mereka isu remeh temeh seperti kesetiaan bukan menjadi penentu kepada keputusan untuk mengundi siapa tetapi isu pendidikan, kos sara hidup tinggi dan perumahan mampu milik, ketelusan kerajaan dan pentadbiran yang cekap, telus, berintegriti serta bersih menjadi penentu kepada keputusan untuk mengundi siapa dalam PRU 14 nanti.


Kesedaran pemimpin UMNO/PR dalam memahami apa yang sebenarnya dimahukan rakyat dan anggota akar umbi parti amat dituntut pada masa kini demi kelangsungan survival parti pada PRU 14.

Rumusannya, sebagai anggota parti pilihan sudah tiada melainkan terpaksa jua memilih dan menyokong Dato Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden KeADILan untuk membantu Kak Wan, YB Hajah Rodziah Ismail sebagai Ketua Wanita Pusat, YB Nurul Izzah Anwar, YB Tian Chua, YB Fuziah Salleh, YB Rafizi Ramli dan Sdr Mustaffa Kamil Ayub sebagai Naib-Naib Presiden KeADILan dan beberapa pemimpin seperti YB Dr Hj Yaakob Sapari, YB Elizabeth Wong sebagai sebahagian dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KeADILan.

Tiada gunanya menang pemilihan parti tapi memerintah negara masih kita gigit jari .. Pilihlah yang disenangi dan disayangi rakyat kebanyakan.

Selamat memilih saki baki Pemilihan KeADILan 2014 .. Pilihlah dengan bijaksana jika enggan rakyat dan anggota parti merana.

19 comments:

  1. rupanya pengundi hantu yang dicanang-canang oleh Anwar rupanya dari PKR sendiri.. layak mengundi 10,000 orang bro, tapi undian dibuat boleh sampai 11,000 undi ni apa cerita bro?

    ReplyDelete
  2. Kami mau Khalid MB sebagai Timbalan Presiden, walaupun kami bukan ahli PKR. Kami mau orang jujur menjadi pemimpin. Kami mau pemipin yang ada transaprensi. Majoriti Selangor dibawah MB Khalid walaupun bukan ahli. Tulang Besi Malaysia Waves boleh blahhhh sebab anti orang jujur seperti Khalid MB dan anti ahli ugama macam Haron Din. Padan muka Blog Malaysia Waves makin tak laku

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckp org yg kempunan tak dpt jd kjaan sgor
      mcm kisah musang teringin sgt nak makan anggur

      Susah nak cari org mcm Khalid dlm UMNO .

      Delete
    2. Isu dia very simple. Hang sakit pi jumpa doktor. Motor C70 rosak pi jumpak pomen. Pasal pentadbiran pi tanya Khalid MB. Dia dulu jaga Kumpulan Guthrie and tranparency dia mantop. Hal Ugama tanya Ulamak macam Haron Din. Makhluk sejenis macam Tulang Besi Malaysia Waves ni, dia maki dua dua. Cerita simple jenis makhluk makhluk tiga suku ni,sakit perut tanya pomen. Pomen kata sakit perut sebab skru longgar dgn spark plug kena ganti dia dengaq Doktor kata sakit perut sebab gastrik dia tak percaya. Kah Kah Kah.

      Aku letak kat sini bukan sebab apa. Aku komen kat blog dia, dia tak jawab. TB Malaysia Waves selalu kata transparent, jujur.... orang kritik tulisan dia, mampus tak tak publish.

      So Malaysia Waves kasi jawab yerrrrrrrrr

      Delete
  3. Hidup Jujur!!! Hidup transparensi!! Hidup orang agamawan

    ReplyDelete
  4. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definisi poyo bagi aku adalah sesorang yang lurus , transparensi dan taat pada ajaran agama......seseorang yang yiehaaaaa yiehaaaa sana sini pulak adalah seseorang yang suka berjoli duit, bagi dia duit senang di cari dan senag di joli...politik wang pulak adalah satu kebiasaan bagi indiavidu yang suka yiehaaaaaa yiehaaaaa ini....korang punye difinisi mungkin berbeza.

      Delete
    2. Koboi wan mesia.

      Delete
    3. Mat katerr Poyooo ni sejenis macam sakit perut tanya pomen. Kah Kah Kah

      Delete
  5. Ikut la siapa2 yg baik.jika ikut puak anti hadis neraka la jawapnya.tp ikut kitab umno judi dan arak adalah halal sbb tu ada lesen.

    kikiki

    ReplyDelete
  6. Kalau tak di pilih jgn keluar parti
    Itu cara UMNO
    Kalau nak keluar jugak jgn buat U turn
    Itu cara UMNO

    Kalau nak menang jgn menipu
    Itu cara UMNO
    Kalau kalah jgn gadai kan maruah
    Itu cara UMNO

    Rakyat dah benci UMNO
    Jgn ikut cara UMNO
    Rakyat tolak UMNO
    JANGAN IKUT CARA UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat dah benci gay tua
      Jgn ikut cara si kelentong
      Rakyat tolak penjuboq
      JANGAN IKUT CARA PENIPU.

      Delete
  7. Mu pilih org selangor saja..poyo ...

    ReplyDelete
  8. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. KUALA LUMPUR: Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam pemilihan parti kali ini.

    Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

    Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.

    Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad  dan Ahmad Nazree Yunus.

    Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.

    Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.

    Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

    Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula.



    Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pemilihan-pkr-pasukan-keadilan-raya-menang-jawatan-utama-35797?cp

    Pemilihan PKR: Pasukan Keadilan Raya menang jawatan utama | Astro Awani - http://www.astroawani.com/news/show/pemilihan-pkr-pasukan-keadilan-raya-menang-jawatan-utama-35797

    ReplyDelete
  10. di malaysia ni semua sama jerr...baik PR mahupun BN dua2 gila kuasa....dua2 pihak ni punya perangai memang x ada bezanya sebab dua2 ni gila babi

    ReplyDelete
  11. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko ni tande keje lain ke, asik memekik tak tentu pasal aje...Nah ni sposen, ko pegi main jauh jauh!!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...