Wednesday, 14 May 2014
PERSAINGAN MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN DAN KETUA WANITA PUSAT KEADILAN SEMAKIN SENGIT.
Persaingan jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 semakin sengit berikutan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan YB Hajah Rodziah Ismail berjaya merapatkan jurang undi dengan pendahulu dan penyandangjawatan -jawatan berkenaan , YB Mohamed Azmin Ali dan YB Zuraida Kamaruddin.
Mengikut sumber, Abdul Khalid memperoleh 9,582 undi, kurang 853 undi berbanding Azmin yang mengutip 10,435 undi manakala seorang lagi calon, Saifuddin Nasution mendapat 6,586.
Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan jumlah undi keseluruhan dan tiga cabang di Selangor yang tidak bermasalah atau dibatalkan.
“Ini keputusan di cabang yang tiada kekecohan. Keputusan bersih. Confirm,” kata sumber kepada Selangor Kini, hari ini.
Tiga cabang itu ialah Puchong Abdul Khalid ( 861); Azmin ( 22), Saifuddin, ( 20), Serdang ..Abdul Khalid, (248), Azmin (31) ; Saifuddin (27) dan Petaling Jaya Utara .. Khalid (479) Azmin (384) Saifuddin (11).
Jumlah keseluruhan ketiga-tiga ialah Abdul Khalid memperoleh 1,588 undi, Azmin (437 undi) dan Saifuddin (58 undi).
Keputusan itu sekali gus membayangkan pengaruh kuat Dato' Menteri Besar Selangor itu yang dikatakan lebih dekat di hati anggota akar umbi PKR negeri berkenaan seperti di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagaimanapun, ia bertentangan dengan laporan Astro Awani yang mendakwa Azmin mengutip lebih 15,000 undi, jauh meninggalkan Abdul Khalid dipercayai memasukkan angka kawasan cabang bermasalah.
Jika pola sokongan di cabang yang keputusannya belum diperoleh dan ditangguh pengundian, menyamai corak tiga cabang itu, Abdul Khalid dijangka akan mengatasi Azmin.
Dalam saingan Ketua Wanita PKR pula, satu sumber lain memberitahu penyandang jawatan, Zuraidah Kamaruddin mengatasi pencabarnya, Rodziah Ismail dengan perbezaan hanya 52 undi sahaja. suatu jumlah undi perbezaan yang dikira amat kecil .. Zuraida Kamaruddin memperolehi 4,920 undi sedangkan Rodziah Ismail 4,868 undi.
Kemaraan Rodziah merapati Zuraidah dipercayai hasil sentimen sama terhadap anggota akar umbi di Selangor juga.
Pertarungan tiga penjuru Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menyaksikan, Amiruddin Shaari memungut 2,433 undi diikuti Nik Nazmi Nik Ahmad (2,275 undi) dan Nazree Yunus (1,494 undi).
Pada tahap ini, keputusan di sembilan cabang di Selangor yang tidak dibatalbelum diketahui.
Pada 11 Mei lalu, pemilihan 10 cabang di Selangor dibatalkan menjadikan jumlah keseluruhan 27 cabang yang perlu mengundi semula pada tarikh yang belum ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Antara Kesalahan-kesalahan JPP Dan Kelemahan JPP di bawah urustadbir Dato Johari Abdul Dan Datin Tan.
ReplyDelete1) Membatalkan percalonan calon2 yg bertanding tanpa memaklumkan calon tersebut..senang cite,calon yg digugurkan drpd senarai calon tak dpt membela diri dan calon sendiri tidak tahu menahu yg nama beliau telah digugurkan dari senarai calon..masa hari pengundian baru calon tersebut mengetahui..adakah ini adil?
2) JPP dengan selambernyer membenarkan wakil2 calon TSKI berkempen dan mengisi borang undi utk pengundi di dlm dewan mengundi.
3) Datin Tan sebagai Timbalan Pengerusi JPP telah berkempen di Negeri Sabah untuk Tan Sri Khalid semasa hari pengundian berlangsung di Negeri Sabah.
4) Anggota JPP dengan selambernyer memakai baju yg ada gambar calon no 3 Timbalan Presiden semasa bertugas..telus dan tulen ke tu?
5) ini antara banyak lagi kesalahan dan kelemahan JPP.
6) Sila share dan sebarkan maklumat ini di wall anda sekian terima kasih..https://www.facebook.com/pages/Kami-Mahu-JPP-Dato-Johari-Abdul-Dan-Kroni-Letak-Jawatan/500820873377759?ref=hl
Ini tak termasuk kertas undi melebihi ahli.
DeleteSpr akan tersenyum bila melihat ini semua.
Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaa
ReplyDelete