Saturday, 17 May 2014
PEMILIHAN KEADILAN 2014 JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN .. JUMLAH UNDI TAN SRI KHALID IBRAHIM ATASI AZMIN ALI????
Pendahulu dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin menjarakkan jumlah kutipan undi yang dipungutnya setakat ini berbanding pesaing terdekat yang juga penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali.
Kiraan undi tidak rasmi semalam menyaksikan Abdul Khalid berjaya memperoleh 12,270 mendahului Azmin dengan kelebihan 92 undi. Mengikut kiraan tidak rasmi, Azmin mengutip 12,178 undian dan diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dengan 7,988 undi.
Jumlah undian tidak rasmi terkini itu diperoleh selepas dicampur jumlah undi di dua lagi cabang, Pandan dan Kelana Jaya yang selesai dijalankan, kelmarin.
Dua cabang terbabit, Kelana Jaya (Abdul Khalid, 337; Azmin, 260; Saifuddin, 190) dan Pandan (Abdul Khalid, 96; Azmin, 140; Saifuddin, 190 undian).
Keputusan di dua cabang itu juga membolehkan Abdul Khalid terus mendominasi sokongan pengundi akar umbi PKR di Selangor.
Sama seperti yang jangkaan Selangor Kini sebelum ini, di Selangor, Abdul Khalid hanya tewas di Cabang Pandan iaitu kubu kuat calon Naib Presiden, Rafizi Ramli yang juga rakan kempen dalam pasukan ‘Masa Depan Bersama’ yang turut dianggotai Saifuddin dan Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun, Abdul Khalid dilihat masih belum berada dalam zon selesa apabila keputusan di lima cabang yang tidak dibatalkan di Selangor masih belum diperoleh, manakala 27 cabang lain termasuk 10 daripadanya di Selangor akan mengadakan pengundian semula.
Terdahulu, dalam minggu pertama dan kedua pemilihan menyaksikan Azmin berada dalam kedudukan selesa apabila mendahului pencabarnya dengan kelebihan lebih 3,000 undi.
Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki hari pertama minggu ketiga yang diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Abdul Khalid mula mengorak langkah mendekatkan diri dan akhirnya memintas Azmin pada hari kedua, minggu ketiga di Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Undi khalid ibrahim macam undi umno. Pkr akan berpecah tak puas hati sebab dia tak upaya tak pandai hujah dgn umno. Undilah azmin orang lama parti.
ReplyDeleteasal ada masalah je dlm pkr..musti salah kan umno. ayat ayat standard anjing2 pkr..
ReplyDeletenape? terasa hati ke?
DeleteBagus undi khalid lebih baik sebab pandai tadbir. Azmin pandai cakap tapi buat tak boleh. Kelentong sana sini bolehlah si azmin tu. Klu umno pulak langsung tarak guna satu senpun dahlah bodo cakap kelentong penyamun pulak..sape nak percaya.
DeleteMacai2 umno baca blog umno la.. sibuk2 baca blog pakatan..
ReplyDeleteIni sumer poyo.....yieeeeehakktuihhhh
ReplyDeleteDah banyak anak lbrahim ni habis duit. Kalau tak menang mcm mana. Wang dpt membeli segalanya. Satu undi untuk anak lbrahim rm 50. Mari kita ramai ramai sokong anak lbrahim sebab masa ni nak dpt duit sia. Lepas ni jgn haraplah
ReplyDeleteIni sumer poyo.....yieeeeehakktuihhhh
DeleteUndilah siapa pun...asalkan bukan umno...umno parti perlingkup negara.....
ReplyDeleteIni sumer poyo.....yieeeeehakktuihhhh
ReplyDeletelihatlah nama2 seperti ezam md noor,ruslan kassim,chandra muzaffar,marina yusuf,lokman adam,hamdan taha....mereka telah meninggalkan perjuangan reformasi dan mencemuh perjuangan reformasi mahupun anwar secara individu....
ReplyDeleteIni sumer poyo.....yieeeeehakktuihhhh
ReplyDeleteAzmin telah mencarut dan mengharu biru PKR.. Khalid trbukti bijak dlm pngurusan walau dicemuh dihentam dari setiap sudut..
ReplyDeleteIni sumer poyo...haktuihhhhhhhhhhh
ReplyDeleteCakap selalu macam bagus tak de org yg layak jd pm srlain anwar tapi parti haru biru.buat parti anak beranak kronisme boleh pulak.pengikut pun bangang.apa yg diperjuangkan aku pun tak tau.camna org yg tak bermoral nak jadi pm malaysia.akal ada ke
ReplyDelete