Tuesday, 13 May 2014

KRISIS TERENGGANU ... ADUN BUKIT BESI DAN KEMASEK DIKATAKAN MENGHILANGKAN DIRI MENYEBABKAN KEDUDUKAN KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU IBARAT RETAK NAK TUNGGU RUNTUH?????



Hanya beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar Umno.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI lewat malam tadi.


Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada AstroAWANI.


Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.


Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin bagi membuka ruang kepada Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar baru.


Ahmad Razif mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1).


Baki dua lagi kerusi disandang Ahmad dan Ghazali yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.


Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan Adun Kemasik dan Adun Bukit Besi juga gagal dihubungi mengakibatkan desas desus bertiup kencang bahawa mereka juga mungkin mengikuti jejak Ahmad dan Ghazali.


Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk.


Jika dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi ‘mesra Pakatan Rakyat’, besar kemungkinan episod yang  berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di Terengganu.


Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP  menjadi ‘mesra BN’, apakah kita akan melihat perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat?

22 comments:

  1. haji hadi sila bersedia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI RISALAH TIPU PIHAK MUSUH:

      SIAPA MANUSIA BERNAMA AZMIN ALI

      (ugutan dia sakiranya pemilihan di selangor ditangguhkan...)
      dia berani kerana vincent tan dan danny tan sponsor atas arahan/monitor dari madey melalui daim gapurna yg dah bagi upfront atas satu projek diselangor...
      dia kata akan dedahkan siapa Anwar sabenarnya dan juga dedahkan Anwar terlibat dalam kutipan wang yg dituduh dia buat diselangor.. malah dia akan buktikan Anwar lah yg minta dia buat kerja tu...dia dah sediakan bukti yg lengkap dengan syarikat yang berkenaan...itu ugutan dia sakiranya pemilihan di selangor ditangguhkan...dia berani kerana vincent tan dan danny tan sponsor atas arahan/monitor dari madey melalui daim
      Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.

      Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.

      Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.

      Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.

      Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali. Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.

      Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.

      Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR.

      Delete
  2. maklumat terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno telah menjadi YB bebas di Trg..
    1.YB Dato seri ahmad said Bekas MB Trg
    Dun kijal
    2. YB Ghazali
    Dun Ajil
    3. YB Dato Mat jidin Dun permasuri
    4. YB ir Rosli
    Dun kemasik
    5. YB Nawi
    Dun Hulu Besut
    6. YB Dun Bukit Besi
    Pembubaran Dun dan PKN bagi n.Trg di jangka akan diadakan dlm masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Trg mendapat perkenan dari Tuanku sultan Trg untuk membuburkan Dun ekoran 6 org YB dari Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas..Kedudukan Terkini Dun Bagi N.Trg..PAS/ PKR 15 Kerusi Dun..UMNO 11 Kerusi Dun,. BEBAS 6 Kerusi Dun jumlah Keseluruhan 32 Kerusi Dun..
    Sedialah pakat balik ngundi pulok ye..
    Record baru la, mb paling singkat pegang kuasa
    Mat said mmg nelang arr

    ReplyDelete
  3. Siap sedia. Hudud akan dimainkan kpd Pengundi bukan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMPAN hudud tak laku dah kpd Pengundi bukan islam, basi lama dah
      Le ning orang kapey lebih alim dari orang OMNU dalam bab bab pekah islam ning, mung jengang dok uguk nok kerat peler, orang cina keling dok takok doh le ning
      Dulu selepas lebih 50 taon besaeng dengan orang OMNU puak cina keling kapey ni hanyut dalam kesesatan OMNU
      Tetapi dalam era milenium ini selepas orang cina keling bersaeng pulak dengan rakan mereka dalam PR, napok nya ada perubahan positif dalam pemahaman mereka tentang islam, malah sebahagian mereka boleh berhujah berdasarkan nas Quran, perkara ini memang digeruni oleh OMNU
      kerana selepas orang cina keling bergaul dengan rakan mereka dalam PR dan mendapat kefahaman yang betol mengenai islam, maka peluang OMNU untuk mengambil kesempatan MENIPU rakan mereka terutama semasa pilihanraya sudah tertutup. Sekarang tinggallah OMNU bagai kera sumbang kerana rakan baik selama 50 tahun lebih telah sedar rupa rupanya selama ini OMNU ini bangsat, pemimpin senang pengikut merempat.
      Nasib awaklah OMNU

      Delete
    2. Haha . Ini lawak . dah kenapa pulak pengundi bukan Islam kena hudud ? Hudud tu undang2 agama apa yaaaa ? Klau bak berpolitik biar ada otak . Jangan pakai kepala lutut dan nafsu semata . Hanya orang jahat ja yg takut hudud ni saudara . Maaf saya cakap , kalau solat 5 waktu ditukar kepada 3 waktu mesti dikata ajaran sesat kan ? Tapi kenapa bila hukum hudud yakni hukum Allah ditukar sewenang2nya oleh tangan2 dunia tudak dianggap sesat ? Kenapa hukum sebat bg penzina digantikan dengan denda rm3000 tidak dianggap sesat ? Buka mata muka minda buka hati , tanya iman ya saudara . Ini bukan politik semata , ini hukum hakam Allah .

      Delete
  4. Dulu atas permainan jahat umno perak tumbang sekarang terjadi di negeri umno sendiri.....ini bukan ribut dalam cawan lagi....media arus perdana tetap cuba meminimizekan pergolakan ini

    ReplyDelete
  5. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  6. meeting tergempar!!!! mau kasi suap juta2 lah tu...

    ReplyDelete
  7. Panggillah PERKASA selamatkan keadaan ini.. Kakkahkah
    Hidup UMNOOO, Hidup meLAYU.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala hotak awak hidop OMNU
      Rakyat jadi hamba selamanya kalau bertuankan OMNU

      Cer kelih bil CUKAI PINTU berape seng????????????
      Rumoh besor gok lemu, besor reban ayang bil cukai pitu RM 1,000.00 tak ke GILA BABI namanye??????????

      Ni la kalu OMNU jadi kejaan
      Ceredik tokleh nak menupang
      Bengong tokleh di hajo, bekarat BIRU

      kalu hidop OMNU - mapuh MELAYU

      baik MAPUH OMNU buleh HIDOP MELAYU

      Delete
  8. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  9. Percaya dan yakinlah kta hnya bolh merncng sesautu mgkut selera, tetpi ALLAH yg menentukan.sglanya, Inilh bukti bala yg sdg menyelubungi umno slma ini bgtu rakus dn kejam kpd rkyt yg mentg slma ini. Sma-smalh kta tgu dn liht musibah strusnya.

    ReplyDelete
  10. Hadiah istimewa untuk PEJUANG2 GST !!!

    ReplyDelete
  11. harp brsabr dn brdoa krna x prkara mustahil ddunia ni klu kehndk Allah. krjaan Trngnu akn brtukr pemerinth.

    ReplyDelete
  12. hehehe,paneh miang puak umno pusat dn trnganu memikrkn maslah ni. Harp DUN trngnu copek2lh dbubrkn, sobab eden dh x sabr nk mgudi utk meyokng PAS ambek nogori trngnu. Klu jd mgudi rkyt trgnu standby RM dri umno akn dtg mencurh curh.tpi jgnl lupo-bgi kain pki-bgi gulo kacau-bgi duit ambek bilo mgundi totap PAS..

    ReplyDelete
  13. Tuanku sultan yang bijaksana...kuasa tuanku menentukan kerajaan negeri tuanku, pemegang majoriti kerusi DUN akan menjadi kerajaan, PAS 14 kerusi maka PAS dah boleh membentuk kerajaan PKR 1 kerusi maka kerjaaan pakatan juga sudah terbentuk tak perlu lg mendapat mana-mana sokongan sekali pun dari kerusi bebas....Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  14. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  15. Aku tak yakin lah PR bole bentuk kerajaan di Terengganu sebab 'Dulang-dulang' berisi 'Emas' dan wang sedang dibawa oleh umNO untuk disogok kan kepada pembelot supaya kembali menyokong umNO. Dan seterusnya rakyat Terengganu akan menanggung kos tersebut dengan kenaikan cukai pintu.

    Tahniah umNO!!!



    kaze

    ReplyDelete
  16. Ajar la si najib nie lgsung x da sikap prihatin kasi lingkup umno puak pas ready ngadap sultan angkat sumpah minggu dpan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...