Tuesday 13 May 2014

BEKAS MENTERI BESAR TERENGGANU AHMAD SAID KELUAR UMNO SEBAB BENGANG DENGAN NAJIB TIDAK BERI PENANGGUHAN SELEPAS KENDURI PERKAHWINAN ANAK PEREMPUANNYA PADA 17HB MEI 2014 INI.



Hanya enggan tangguh untuk selama 7 hari bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar UMNO.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar sudah selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya.

34 comments:

  1. Perkembangan yg menarik.....

    ReplyDelete
  2. ALLAH menguji kita sebab kita hanyut dgn duniawi..semuga mendapat rahmat dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jatuh papa, baru ingat Allah SWT...Masa memerintah dulu, ada kau ingat Allah..memerintah mengalahkan firaun...mangsa banjir kau tolong ala kadar...padahal negeri kau kaya dengan minyak....pernah tak ulamak UMNO bagi tahu yang pemimpin zalim dan tidak memperdulikan kebajikan rakyat nya tidak akan mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat ...

      Delete
    2. ULARMAK Pas Pis Pus tak nampak pulak kelantan ramai orang susah ye....owh lupa ULARMAK pas tak pentingkan dunia...hahaha

      Delete
  3. Babak babak seterusnya di lakonkan.. kita tunggu siapa yang menggondol anugerah pelakon terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon Terbaik Si Lubang Kunyit berlakon dalam filem Penjara Sungai Buloh...berbungkus leher dan berkerusi roda...walhal sihat je berlakon mahu lebih hahahaha

      Delete
  4. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poyo poyo juge. Trengganu jatuh!!! Hehehehe teruskanlah dengan kepoyoan anda. Apa? Poyo? Poyo? Hahahaha.

      Delete
    2. Talibarut ariel sharon dah lama perintah malaysia! .... hooray utk ulang tahun hanookah umno!

      Delete
  5. ni la sifat melayu. kalau dah buat tindakan. heret orang lain sama2. tu menunjukkan hati tu sakit.

    ReplyDelete
  6. Mat said kata aku x dapat jd mb, org umno lain pon x dapat. Mmg best. Mung mmg nelang arr mat said

    ReplyDelete
  7. Sukar untuk saya bersimpati dengan Ahmad Said. Bukankah dia sebagai Menteri Besar Terengganu yang mengisytiharkan bahawa DUN pembangkang tidak berhak mendapat bantuan kerajaan negeri ? Bukankah dia sebagai Menteri Besar sanggup menganak-tirikan rakyat sendiri semata-mata kerana rakyat melaksanakan hak demokrasi mereka ?

    Wallahu 'alam tetapi mungkinkah ini merupakan akibat doa rakyat Terengganu yang dizaliminya selama ini ?

    Pemimpin harus ingat bahawa rakyat yang dizalim - tidak kira Muslim atau bukan Muslim - tiada hijab diantara mereka dengan Allah swt. Doa yang dizalimi adalah makbul bin mustajab.

    ReplyDelete
  8. surat rasmi yg salah ejaan. boleh terima ka. nnt kata surat xsah batal. masih ahli umno :P

    ReplyDelete
  9. maklumat terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno telah menjadi YB bebas di Trg..
    1.YB Dato seri ahmad said Bekas MB Trg
    Dun kijal
    2. YB Ghazali
    Dun Ajil
    3. YB Dato Mat jidin Dun permasuri
    4. YB ir Rosli
    Dun kemasik
    5. YB Nawi
    Dun Hulu Besut
    6. YB Dun Bukit Besi
    Pembubaran Dun dan PKN bagi n.Trg di jangka akan diadakan dlm masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Trg mendapat perkenan dari Tuanku sultan Trg untuk membuburkan Dun ekoran 6 org YB dari Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas..Kedudukan Terkini Dun Bagi N.Trg..PAS/ PKR 15 Kerusi Dun..UMNO 11 Kerusi Dun,. BEBAS 6 Kerusi Dun jumlah Keseluruhan 32 Kerusi Dun..
    Sedialah pakat balik ngundi pulok ye..
    Record baru la, mb paling singkat pegang kuasa
    Mat said mmg nelang arr

    ReplyDelete
  10. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  11. Mat Said pun satu. Apply lah emergency leave atau MC 1minggu.

    ReplyDelete
  12. Jenis manusia tak ada hati perut memang susah nak faham perasaan orang lain. Cuba bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu/ isteri dan anak yang seminggu lagi akan mendirikan rumahtangga tetapi di saat kegembiraan itu hampir tiba tiba2 si-ayah dipaksa meletakkan jawatan. Perasaan malu, sedih, hiba dan bermacam2 akan dihadapi oleh keluarga tersebut. Bagaimana pula dengan segala persiapan yang telah dibuat apabila di saat seperti ini terpaksa pula berpindah. Apakah tiada sedikitpun simpati dan tolak ansur untuk sosok tersebut? Besar sangatkah dosa sosok tersebut hinggakan tidak dapat menangguhkan peletakan jawatan secara paksaan itu dalam seminggu lagi? Manusia apakah ini?

    Cuba bayangkan nanti bagaimana rasanya apabila sipelaku tersebut diperbuat perkara yang sama apabila anak beliau akan berkahwin? Ketika itu barulah beliau tahu bagaimana perasaan isteri dan anak beliau. Ketika itulah beliau akan sujud menyembah memohon simpati drp rakyat. Ketika itu barulah beliau akan rasa bagaimana hinanya maruah dan harga diri seseorang apabila kuasa dijadikan taruhan.

    Allah akan membalasnya. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa setuju dengan anda tapi nak buat camana, dah "ditakdirkan" begitu. Lagipun doa 'anak anak tiri' yang tak mengundi dacing hari tu agaknya dah dimakbulkan. Ingat: hari ini hari kita, esok lusa mereka pula. Hukum Karma.

      -Ada Telor-

      Delete
    2. kalau CEO kena sack, boleh ka dia minta tunggu hingga habis kenduri baru kena tendang. Ini kan pula menteri yang dilantik, Lagipun dia sendiri yang janji nak turun genap setahun. Sekarang bikin kecoh sebab anak mau kahwin minta tunda. Terima saja lah takdir. Dia naik dengan cara tak elok Allah tarik balik dengan cara yang sama

      Delete
  13. Mana anjing macai senyap je ..telor masuk dalam ke..lolol.. APA BUBAR BUBAR...RAMPAS JE TERUS

    ReplyDelete
  14. Padan muka! Hari tu 'hina' orang yg tak mengundi BN, Sekarang rasalah penghinaan yang diberi oleh Najib pulak. Nangislah cow puas-puas...

    -baru bertanduk-

    ReplyDelete
  15. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  16. Cuba bygkan jika suami/ayah difitnah mrliwat, APA perasaan isteri & anak

    ReplyDelete
  17. Woit tengok nombor I/C tu mesti naik Kuda, Toto, Magnum
    Kihkihkih

    ReplyDelete
  18. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  19. Marah sebab tak leh dah guna aset aset kerajaan negeri utk kenduri anak beranak...mcm mb mb umno yg lain...hohohoooooo.........

    ReplyDelete
  20. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  21. Aku tak yakin lah PR bole bentuk kerajaan di Terengganu sebab 'Dulang-dulang' berisi 'Emas' dan wang sedang dibawa oleh umNO untuk disogok kan kepada pembelot supaya kembali menyokong umNO. Dan seterusnya rakyat Terengganu akan menanggung kos tersebut dengan kenaikan cukai pintu.

    Tahniah umNO!!!



    kaze

    ReplyDelete
  22. Yang satu merajuk dan yang satu nak tunjuk siapa bos..sama2 rugi...bodoh bin bahlol

    ReplyDelete
  23. Bagus tu kuar jek......tak rugi apa2 pun.....ni mcm la ada prinsip hidup.....klu org dah tak suka apa lg belah la

    ReplyDelete
  24. Tak payah bodek2 sngt.....bos ko tu....tak berfeadah

    ReplyDelete
  25. Ini sumer poyo.... yiehaaaaaaaaktuihhhhhhhh

    ReplyDelete
  26. bodoh x betempat

    ReplyDelete
  27. Horeyyyyy hari raya dah dekat...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...