Monday, 12 May 2014
SETIAUSAHA POLITIK LIM KIT SIANG CALON DAP PRK PARLIMEN TELUK INTAN?????
Angin cukup kuat bertiup kencang bahawa Setiausaha Politik YB Lim Kit Siang adalah antara calon pilihan utama untuk mewakili DAP PRK Parlimen Teluk Intan, Perak.
Dyana Sofya Mohd Daud berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu.
Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.
Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.
Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.
"Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.
"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.
'Emak saya masih Umno'
Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan.
Walaupun kini bergerak bersama DAP, Dyana sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang aktif di dalam Umno.
"Emak saya masih lagi ahli Umno sehingga sekarang. Beliau adalah setiausaha bahagian wanita yang pertama di Malaysia. Malah, bapa saudara-bapa saudara saya juga terlibat dalam politik (Umno).
"Mereka akan berbincang tentang politik sewaktu perjumpaan keluarga. Saya dengar cerita-cerita mereka dan saya membesar dengan cerita-cerita itu," katanya.
Ditanya tentang reaksi ibunya sewaktu beliau melahirkan hasrat menjadi ahli DAP, Dyana berkata ibunya bersikap memahami dan merestui pilihan beliau.
"Kata ibu kalau itu perkara yang kita percaya, lakukan sahaja kerana kadang-kala elok juga untuk kita melawan arus bagi membuat satu kenyataan," kata peguam muda itu yang mempunyai firma guaman di Cyberjaya.
Stigma curiga DAP
Walaupun percaya politik adalah satu wadah untuk berkhidmat kepada masyarakat, tanggungjawab Dyana di kawasan Gelang Patah tidak sunyi daripada cabaran menguruskan stigma sebahagian orang Melayu Johor yang masih curiga dengan DAP.
Beliau dan dua lagi staf pejabat anggota parlimen Gelang Patah pernah dihalau dari sebuah kampung awal Jun lalu walaupun mereka ke situ untuk mendapatkan butiran masalah penduduk setempat bagi pihak Kit Siang.
"Selepas menang, kami ada menerima panggilan dari penduduk sebuah kampung yang mahu mengadu masalah status tanah yang mereka duduki.
"Sampai di sana ketua kampung datang bertemu kami dan menarik tangan saya dan menyuruh saya balik. Dengan telunjuk betul-betul di depan muka saya dia kata: Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu," katanya.
Insiden seperti itu kata Dyana, tidak sama sekali akan menggentarkan semangatnya.
"Walaupun ada risikonya, saya tetap akan terus ke kampung-kampung Melayu ini kerana mereka perlukan saya. Saya akan rasa bersalah jika saya tidak pergi menemui mereka.
"Kesediaan mereka untuk memanggil kami ke sana juga satu kemajuan yang bagus. Sedikit demi sedikit mereka semua pastinya akan tampil ke hadapan untuk berbincang dengan kami," kata Dyana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Perkasa akan naik angin lah lepas ni
ReplyDeleteKhalid yang AMANAH? 3 soalan perlu dijawab oleh beliau..
Delete1. Penjualan tanah 474ha kpd anak syarikat Tropicana dgn masa bayaran hingga 20 tahun sewaktu DUN telah dibubarkan ? Sepertiga tanah ini pula dijual oleh Tropicana kpd Eco World dgn keuntungan tinggi. Eco World dipunyai sebahagiannya oleh seorang peguam yg mengendalikan kes penyelesaian dgn Bank Islam.
2. Di mana dia dapat wang yg digunakan membeli bangunan ibu pejabat parti walhal beliau berhutang berjuta2 ringgit dgn BI ?
3. Apakah hubungan Khalid dengan pemaju I City hinggakan terlalu banyak kemudahan mengunakan dana negeri/agensi membantu pemaju tersebut. Banyak jabatan/ agensi kerajaan dikerah pindah ke ICity meninggalkan ruang pejabat di bangunan negeri dan agensi negeri. Apakah PKR memberi sokongan penuh tindakan2 Khalid ini ??
Bukan kah Cina dah ada Universiti mereka sendiri yang berselindung dibawah nama Universiti Tun Hussin Onn???
DeleteUtar la... universiti tunku abdul rahman
DeleteAnon 0710.. TQ betulkan UTAR bukan UTHO
DeleteApa la bgang sgt ngn anon 1:04 ni....ko la yg kna jwb sndiri ngn tunjuk bukti apa yg ko tuduh tu?
DeleteJgn suka2 tuduh kalo xde bukti kukuh...
semoga Dyana terpilih dan akan mempertahankan Teluk Intan unntuk PR
DeleteUMNO dan Perkasa.....kami ada wang dan ekonomi.....kami tidak perlukan kamu....ini sebagai balasan ketua kampaung Gelang Patah yang katanya "Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu"
ReplyDeletelepasni LGE jadi PM!!!hooray...
ReplyDeletePerlembagaan tak halang LGE jd PM
DeleteJgn salahkan org lain
Ingat Dyana akan masuk DAP kalau UMNO tu bagus.
kita kena betulkan mutu pendidikan negara yg dah jd alat mencari keuntungan
ReplyDeletebaru baru ini Menteri yg bertggjwb jaga pendidikan sama kan sistem pendidikan dng bola sepak Menteri kata ranking tak membawa erti apa apa Tp sekolah sekolah dan pusat pengajian di negara sendiri pun ada ranking
MCA akan kata mereka tlh mendahului DAP krn MCA ada KTAR Kalau tak silap kat Ipoh pun ada satu
Bravo Dyana Sofya Mohd Daud bravo!!! You had chosen the right path towards excellence for the sake of the people in our country. Honestly, I'm proud of you. I believe that you can do much better. Once again, bravo!!!
ReplyDeletePoyo lah kau ni anoy 00.24. LGE tak akan dapat jadi PM Malaysia walaupun dlm perlembagaan Malaysia tidak menhalang bangsa atau agama apa untuk menjadi PM tapi ianya akan terhalang juga kerana Malaysia ada Raja berpelembagaan. Setiap PM yg hendak dilantek mistilah mendapat pekenan Agong. Kalau Agong tak pekenan camana LGE nak jadi PM. Percayalah selagi Malaysia ada Raja berpelembagaan selain bangsa Melayu dan Islam tidak akan mendapat tempat menjawat jawatan PM melainkan Malaysia menjadi negara Repeblik siapa pun boleh jadi PM. Kalau nak buat komrn jangan lah buat komen bodoh nanti org tau kamu tu bpdoh spisis buta kayu. Yg melayari bloge PR ini semuanya celik politik dan maklumat. Ini lah bahayanya kalau asyek tenhok TV3 dan baca utusan otak tak berkembang lama lama otak jadi kematu.
ReplyDeletewow.. sembang kuat nak samarata kaum.. tapi dalam isu perlantikan ke jawatan tak sama dengan apa yang dikata... kalau betul PR ni perjuangkan sama hak tidak kira kaum bagilah ketua menteri pada melayu... samarata maa.. mana kira melayu cina india semua ni..
DeleteMacamtu ko anon 0034 Sultan pun boleh orang Cina gak lah yer??? Sultan Riduan Tee kahkahkah...
Deletesultan kan warisan.. jawatan PM bukan warisan.. bukan PR jugak yang duk perjuang tak ikut kaum ni???
DeleteWarisan Bugis dari Tanah Jawa????
Deleteapapun selepasni ketua menteri penang melayu... sebab PR tak kisah bab bangsa ni tak macam BN rasis..
DeleteNak Dyana, satu jer pakcik nak pesan, selami hati budi orang melayu miskin yang duduk kat kampung tu dulu dengan sedalam-dalamnya ya...
ReplyDelete-pak long-
Miskin salah sendiri lah wahai Pak Long oiii.. Yang bodoh jer masih sokong UMNOOO sebab tu keturunanya bodoh dan miskin.. Macam lembu di cucuk hidung..
Deletelah selamani salahkan kerajaan sebab miskin.. kahkahkahkah..
DeleteAnak-anak sekalian. Tak salah nak sokong sapa pun, tetapi 'risik-risik'lah orang melayu kita kat S'pore tu. Lagi satu pakcik nak ingatkan: Jangan menang sorak, kampung tergadai.
Delete-pak long-
Orang meLAYU kat Singapork tu asalnya siapa punya angkara wahai Pak Long???? Bukankah pemimpin meLAYU pada masatu presiden parti cap Keris tu yang Istiharkan Singapork bagi pada Cina Singapork????
DeleteTidak ada Melayu di Singapore....majority kami orang Boyan, Jawa, Batak, Dayak dan Bugis...Kami bukan Melayu...Nenek Moyang kami dari Indonesia.....Bahasa kami, Budaya kami dan Makanan kami berbeza dengan Melayu..Memang patut orang Indonesia bilang Orang Melayu kau Maling Sial...dari tarian, makanan, budaya dan bangsa kami mahu dirompak dan dikacuk menjadi Melayu...
DeleteSingapore keluar Malaysia angkara UMNO..tolong baca buku tulisan Lim Kuan Yew...Singapore tidak pernah mahu keluar Malaysia....Jangan Tanya Mahathir....dia penipu besar...Masa pembunuhan orang Kampung Memali...dia cakap dia ada Di China..sekali menipu seumur hidup orang tak percaya lagi
DeleteMelayu UMNO kata UMNO kuat di Johor dan kalau kuat kenapa Melayu UMNO ni tidak memohon pada kerajaan negeri agar memberi air percuma kepada rakyat Johor? Kadar air di Johor adalah yg tertinggi di Malaysia dan selama memerintah apa yg UMNO Johor bagi pada rakyat johor? kalau setakat pembangunan itu mmg menjadi tanggungjawab setiap kerajaan yg memerintah, pemimpin2 UMNO lebih pada mengkayakan diri mereka dan kroni2 mereka dan setiap apa yg baik atau menguntungkan rakyat mereka akan tentang dan di pendekan cwrita MELAYU yg masih menyokong UMNO memang BODOH.
ReplyDeleteIni sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy
ReplyDeleteYang cerdik saja tahu umno main wayang cina dap akan perintah negara dari dulu kini dan selamanya siapa taikon-taikon di belakang umno
ReplyDeletehnya yg bngang je kn ckp bngsa lain kn jd pm.jd mb dlu la law bleh,
ReplyDeleteBN DAN BDOH BERPISAH TIADA.
Dyana ko dah ada orang booking ker??? Bleh gak buat buat Isteri dyana bih!! Hehehe
ReplyDeleteIni sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy
ReplyDeleteCun jugak budak Dyana nih..Aku nak risik budak nih...huhu........
ReplyDeleteSaya percaya yang individu sendiri boleh membawa perubahan. Tak semua wakil rakyat sama walaupun dalam satu parti. Saya salute MB Johor yang baru sebab mewujudkan pelbagai pembaharuan untuk rakyat johor seperti Rumah Mampu Milik Johor. Setelah selama bertahun2 Johor dipegang Ghani, tiada pembaharuan yang menguntunkan rakyat Johor, sehingga Khalid mengambil alih. Seperti TGNA, saya juga salute kepada beliau kerana sangat zuhud dan memikirkan kebajikan rakyat Kelantan apabila beliau mewujudkan undang2 di mana hanya anak jati Kelantan yang boleh membeli tanah di Kelantan. Apa pun parti yang di pegang, perubahan hanya boleh dilakukan oleh wakil rakyat itu sendiri.
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamuAlaikum wr"wb Allahu Akbar-Allahu Akbar allah mahabesar.
Kenalkan saya IBU ULAN TKI membernya yang kemarin aki brikan nmr 4D
asal dari kota MEDAN, jadi tki di SINGAPUR, mau mengucapkan banyak2
trimakasih kepada KI PALAH yg sdh membantu kami sekeluarga melalui
nmr TOGEL SINGAPUR 4D Keluar hari rabu kemarin
allahamdulillah benar-benar kluar akhirnya dapat BLT Rp.500jt,
sesuai niat kami kemarin KI, klo sdh jackpot, kami
mau pulan kampung buka usaha & berhenti jadi TKI, TKW,
cepek jadi prantauan aki kerena sdh 15 tahun
jadi tkw nga ada perkembangan, jangankan dibilang
sukses buat kirim ke Kampung pun buat keluarga susah KI,
malu KI ama kluarga pulang nga bawah apa2, kita disini hanya
dpt siksaan dari majikan terkadan gaji tdk dikasih, jadi sekali
lagi trimakasih byk buat aki sdh membantu kami, saya tdk bakal l
upa seumur hidup saya atas batuan & budi baik KI PALAH terhadap kami.
Buat sahabat2 tki & tkw yg dilandai masalah/ingin
pulang kampung tdk ada ongkos, dan keadaannya sdh kepepet
tdk ada pilihan lain lg. jangan putus asa, disini kami sdh
temukan solusi yg tepat akurat & trpercaya banyak yg akui ke
ahliannya di teman2 facebook dengan jaminan tdk bakal kecewa,
jelas trasa bedahnya dengan AKI-AKI yang lain, sdh berapa org yg kami
telpon sebelum KI PALAH semuanya nihil, hanya menambah beban, nga kaya
KI PALAH kmi kenal lewat teman facebook sdh terbukti membantu
ratusan tki & tkw termasuk kami yg dibrikan motipasi sangat besar,
demi allah s.w.t ini kisah nyata kami yg tak terlupakan dalam hidup kami AKI,
sekali lagi trimakasih byk sdh membantu kami,skrg kami sdh bisa pulang
dengan membawa hasil.
Jika sahabat2 merasakan hal yang sama dengan kami.
silahkan Hubungi KI PALAH siapa cepat dia dapat,
TERBATASI penerimaan member...wajib 9 member bisa diterimah
dlm 3x putaran.Hubungi 0823 8831 6351 atau kunjungi situs beliau dengan cara klik
>>>>KLIK DI SINI<<<<