Tuesday, 13 May 2014

KRISIS TERENGGANU ... ADUN BUKIT BESI ISTIHAR KELUAR UMNO ... KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU RUNTUH!!!!!



Dikhabarkan ADUN Bukit Besi Roslee Daud merangkap Ahli Exco Kerajaan Terengganu telah meninggalkan UMNO menjadi ADUN Bebas.

Kedudukan DUN Terengganu kini ialah PAS/PKR/PR 15 .. UMNO 14 dan Bebas 3.

Beerti PAS/PKR/PR adalah parti majoriti di DUN Terengganu sekarang ini!!!!!

Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.
 
Hari ini,  ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan  ADUN Ajil Ghazali Taib.

Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas.
 
Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.
 
BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota. 
Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN.
 
Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.
 
Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.
 

12 comments:

  1. Apa dah jadi.....akan jadi 4 negeri pakatan raayat....kah...kah...itulah hukum duniawi curi satu diganti satu lagi.....hidup raayat....ABU

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI RISALAH TIPU PIHAK MUSUH:

      SIAPA MANUSIA BERNAMA AZMIN ALI

      (ugutan dia sakiranya pemilihan di selangor ditangguhkan...)
      dia berani kerana vincent tan dan danny tan sponsor atas arahan/monitor dari madey melalui daim gapurna yg dah bagi upfront atas satu projek diselangor...
      dia kata akan dedahkan siapa Anwar sabenarnya dan juga dedahkan Anwar terlibat dalam kutipan wang yg dituduh dia buat diselangor.. malah dia akan buktikan Anwar lah yg minta dia buat kerja tu...dia dah sediakan bukti yg lengkap dengan syarikat yang berkenaan...itu ugutan dia sakiranya pemilihan di selangor ditangguhkan...dia berani kerana vincent tan dan danny tan sponsor atas arahan/monitor dari madey melalui daim
      Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.

      Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.

      Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.

      Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.

      Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali. Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.

      Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.

      Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR.

      Delete
  2. Ahmad razif mungkin menjadi mb paling singkat.
    Tetapi yang nak saya katakan ialah memang menjadi tabiat orang politik.Kepentingan pribadi melebihi rakyat.
    Kenapa tak letak jawatan sebagai wakil rakyat?.Adakah untuk menekan najib untuk memberi mereka imbuhan?
    Kalau ini jawapannya, rakyat tidak memerlukan mereka.Pada saya mereka ini hipokrit dan tamak.
    Rakyat memerlukan adun yang boleh menolong mereka Pas juga sebelumni kuat mengutuk bekas mb akan segala yang dilakukannya.
    Kita tunggu adakah mb baru lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mainan orang politik. masa pilhanraya, berkempen atas parti utk perjuangkan rakyat..RAKYAT DIDAHULUKAN!!! bila rakyat dah pilih dan dapat kuasa...tak kena dengan hal peribadi, dah nak keluar parti TANPA FIKIR KEPENTINGSN RAKYAT!! spesis Adun mcam ni, tak layak utk bertanding lg...utk parti mana pun..sebab nyata tanpa pegangan tp ikut nafsu diri!!

      Delete
  3. Menunjukkan sifat buruk mereka.

    ReplyDelete
  4. Adalah cara yang terbaik biarkan rakyat yang tentukan kerajaan yang baru sama juga kes negeri perak sebelum ini sepatutnya dulu biar rakyat tentukan ..

    Ayuh semua Pilihan Raya Negeri adalah yang terbaik untuk rakyat dan lebih bemaruah.

    Rakyat Bawahan

    ReplyDelete
  5. Prk Gelugor MCA mainkan Najib...di Ganu Mad Said mainkan Najib...huahuahua

    ReplyDelete
  6. Hampeh nya BN. KAlu dah tak nak perintah, bagi saja kat pembangkang. Rakyat dah bagi kuasa depa buang. Bodoh macam PR juga mangkuk2 berayun tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai.. Mung baru tahu BN tu hampeh?

      Delete
  7. Bila Allah menghendaki sesuatu maka terjadi lah ia, Perak di jatuhkan secara kotor maka ini adalah balasan dari Allah.

    ReplyDelete
  8. Ini sumer poyo..... horeyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  9. Aku tak yakin lah PR bole bentuk kerajaan di Terengganu sebab 'Dulang-dulang' berisi 'Emas' dan wang sedang dibawa oleh umNO untuk disogok kan kepada pembelot supaya kembali menyokong umNO. Dan seterusnya rakyat Terengganu akan menanggung kos tersebut dengan kenaikan cukai pintu.

    Tahniah umNO!!!



    kaze

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...