Malam tadi berlangsung ceramah PAN bersama Presiden PAN Mat Sabu di Dewan Muhibbah, Tg Sepat, Sepat Selangor.
Nyata yang hadir dahlah tak ramai hampir 90% adalah kaum Tionghua.
Ternyata amat betapa PAN tidak mampu untuk menarik sokongan kaum Melayu kepada parti itu walaupun kawasan parlimen tersebut diwakili salah seorang pemimpin utama PAN Hanipa Maidin sebelum bawa lari kerusi berkenaan kepunyaan PAS.
Jelas PAN hanya kelihatan ada sikit sokongan dengan dokongan padu dari DAP. Tanpa penyokong dan pengikut DAP kedudukan PAN seperti hidup sekadar buat syarat. Sembangnya cukup kencang tapi sokongan boleh dibilang.
Friday, 25 March 2016
Thursday, 24 March 2016
INILAH ANTARA WAJAH-WAJAH SUSPEK YANG TERLIBAT DALAM KES SONGLAP RM100 JUTA DANA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KETIKA DIBAWA KE MAHKAMAH MAJISTRET UNTUK SAMBUNG REMAN.
Seramai tujuh Individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini berhubung kes 100 juta melibatkan KBS.
Tiga daripada mereka yang ditahan pada 18 Mac lalu dibebaskan dengan wang jaminan sejumlah Rm10,000 dan seorang Penjamin. Ini termasuk seorang wanita yang berusia 29 tahun yang dipercayai proxi syarikat yang berurusan dengan KBS.
Malah tiga lagi termasuk suspek utama kes ini iaitu pegawai KBS telah disambung reman selama tujuh hari bermula 24 Mac.
Seorang lagi suspek yang hanya ditahan semalan yang dipercayai bekas Penolong Ketua Setiausaha KBS turut ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Kes disiasat di bawah seksyen 17 (a) ASPRM 2009.
Tuesday, 22 March 2016
HADI AWANG DATANG MEMBELA GUAN ENG DIKALA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN MASIH TERKIAL-KIAL NAK CARI HUJAH DAN ALASAN
Sebenarnya ramai diantara kita tahu bahawa rule of law adalah "Tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah".
Tapi apa yang dapat kita lihat ramai mengambil kesempatan untuk menyerang Lim Guan Eng atas perkara ini kerana di masa dahulu beliau bukan saja BONGKAK, SOMBONG dan ANGKUH tetapi juga mengamalkan "dwi standard" dalam tindak tanduknya.
Rakyat tidak akan mudah lupa apa yang berlaku di dalam Langkah Kajang dan serangan DAP terhadap Tuan Guru Haji Hadi adalah satu contoh yang terbaik.
Bagaimanapun, tanpa mengira serangan demi serangan dengan pelbagai cacian yang mampu menjatuhkan maruah dan imej serta integriti terhadap Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, kita kini saksikan pemimpin yang sama yang merupakan seorang Ulama bingkas dengan pantas bangkit dan menyatakan "Lim Guan Eng tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah".
Pegangan dan falsafah serta prinsip yang sama apabila menyatakan pendiriaannya kepada PM Najib dalam isu 1MDB dan begitu juga fiasko Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sekarang, apa yang dapat kita pelajari dari episod ini ?
Ianya adalah satu fakta yang diboleh dinafikan oleh sesiapa bahawa Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang adalah seorang pemimpin bertaraf ulama dunia yang amat berprinsip tegas dan pegangannya sentiasa konsisten sejajar dengan perundangan tanpa mengira samada mereka ini adalah pemimpin-pemimpin parti lain, apatahlagi Lim Guan Eng yang telah menuduh beliau sebagai seorang PENIPU, PEMBELOT dan PENGKHIANAT di khalayak umum.
Maka apa yang kita lihat sekarang sebenarnya adalah para komentator dan pengulas dimedia siber cuba mengajar Lim Guan Eng satu pengajaran "LET HIM TASTES HIS OWN MEDICINE". Yang membawa maksud lebih kurang "BIARKAN LIM GUAN ENG MERASAI APA YANG BELIAU SENDIRI PRAKTIK DAN AMALKAN".
Monday, 21 March 2016
RAJA BOMOH SEDUNIA BUAT PERANGAI LAGI ... KALI INI LAKUKAN RITUAL PECAH BUAH TEMBIKAI UNTUK SEJUKKAN CUACA PANAS MELAMPAU YANG SEDANG MELANDA NEGARA
Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Bomoh Sedunia’ yang pernah mengegarkan dunia dengan aksi ritualnya kini membuat kemunculan semula.
Kemunculan beliau kali ini bagi menyelesaikan masalah cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini terutamanya di negeri-negeri di utara Semenanjung.
Menerusi sebuah rakaman video, Ibrahim menggunakan lima biji tembikai diikuti empat orang pengikutnya telah bertindak memecahkan buah berkenaan.
Turut dipaparkan dalam video berdurasi 1 minit 53 saat itu adalah Ibrahim memulakan ritual berkenaan dengan membaca beberapa ayat potongan dari surah Yasin diikuti membaca doa.
“..Berdoa dengan rakan dengan muridnya untuk menyelamat berbilang kaum dan bangsa supaya panas dapat dikurangkan, dengan izin Allah.
“..juga, cahaya panas dapat dikurangkan, panas dan selamat penduduk berbilang bangsa, dapat berjalan ke sana ke mari..” katanya.
Dalam video berkenaan, peralatan yang sering digunakan untuk Ibrahim melakukan ritual seperti teropong buluh dan bubu tidak kelihatan.
Thursday, 17 March 2016
LORI BAWA MUATAN PASIR REMPOH 14 KENDERAAN KERANA MENGALAMI MASALAH BREK
Sebuah lori membawa muatan pasir merempuh 14 kenderaan dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Halim menghala ke arah pusat bandar berhampiran pintu 3 Istana Negara kira-kira jam 5 petang tadi.
Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an itu dikatakan hilang kawalan selepas mengalami masalah brek.
Seorang mangsa Elaine Ng, 38, berkata, dia yang memandu dari Damansara menuju ke Setapak bernasib kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, dia masih dalam keadaan trauma selepas dirempuh lebih lima kali sehingga menyebabkan kenderaannya remuk di semua bahagian.
Sementara itu, tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan luka-luka kecil dan kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan hampir dua kilometer.
Wednesday, 16 March 2016
PRESIDEN PAS MENYAMPAIKAN KULIAH AGAMA DIMASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ BANGSAR SEMALAM.
Inilah apabila mengamalkan politik matang, politik harmoni, politik budiman dan politik lestari ... akhirnya selama ini amat sukar pemimpin PAS masuk menyampaikan kuliah agama dimasjid-masjid Wilayah Persekutuan diberikan kebenaran malahan dijemput.
Nampak sungguh Presiden PAS pemimpin umah yang berpandangan jauh ... enggan terjerbak dengan politik sengketa, politik konflik dan politik tegang yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada umat Islam.
Menyampikan dakwah dan dalam masa meraih sokongan dengan secara lembah lembut, berhemah dengan hujah dan ilmiah.
Ambil alih pemerintahan melalui peti undi .. melalui pilihanraya dan bukannya secara turun kejalanraya.
Untuk mendapatkan undi kena raih sokongan .. untuk raih sokongan kena pujuk jiwa dan minda rakyat agar diberikan keyakinan dan kepercayaan ... untuk raih keyakinan dan kepercayaan kena tunjuk contoh teladan yang dikagumi dan sanjung .. contoh teladan yang rakyat sanjung ialah politik secara matang, harmoni, budiman dan lestari.
Tuesday, 15 March 2016
CERAMAH PKR DI TEMERLOH TANPA PENGLIBATAN PAS TETAP MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DAN HANGAT.
Ternyata untuk meraih sokongan dan ceramah nampak mendapat sambutan hangat dan hebat PKR tidak memerlukan bantuan dan pengaruh PAS pun.
Tanpa PAS ceramah PKR tidak mendapat sambutan ribuan warga kita ternyata meleset dan tersasar.
Contohnya petang tadi diadakan satu ceramah anjuran PKR Cabang Temerloh dengan membariskan Pengerusi MPN PKR Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota dan beberapa pemimpin PKR negeri.
Tahniah atas kerja gigih yang berjaya membuktikan PKR kini sudah boleh menjalankan aktiviti ceramah dan mendekati rakyat secara solo dengan sambutan tetap hangat sepertimana ketika dianjurkan bersama-sama dengan PAS.
Ini baru permulaan ... bila tiba PRU ke-14 nanti tanpa tenaga kerja bantuan dari PAS, PKR tetap utuh dan bergerak cergas.
Membujur lalu melintang patah .... lawan tetap lawan walaupun berseorangan.

SEORANG LELAKI MENINGGALKAN ISTERI DAN 2 ANAKNYA BERDEPAN DENGAN PENDUDUK KAMPONG YANG SEDANG MENGAMUK SELEPAS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MELARIKAN DIRI DENGAN KERETA PERONDA POLIS YANG DATANG MEMBANTU.
Berdiri tidak berganjak mempertahankan keluarga tersayang dari diserang dalam situasi bahaya salah satu ciri-ciri orang yang mulia.
Walau bagaimanapun, seorang lelaki berusia 27 tahun di Melaka dengan jelas gagal dalam kategori ini kerana dia melarikan diri suasana kemalangan - meninggalkan isteri dan dua anak-anaknya yang masih kecil untuk berdepan dengan penduduk kampung yang sedang berang dan mengamuk.
Untuk membuat perkara lebih teruk lagi, suspek melarikan diri dengan sebuah kereta peronda polis yang telah datang untuk membantu beliau, China Press melaporkan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Sabtu di Tanjung Keling, apabila suspek melanggar seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat sehingga patah kaki.
Suspek cuba melarikan diri tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap dengan bantuan penduduk kampong dan terus membelasahnya.
Walau bagaimanapun, beberapa anggota polis tiba tidak lama selepas itu untuk "menyelamatkan" keluarga suspek daripada perusuh yang sedang naik minyak, hanya dikejutkan apabila suspek melarikan dengan merampas kereta peronda mereka, meninggalkan isteri dan anak-anaknya di belakang untuk menangani keadaan yang cukup cemas dan membahayakan nyawa keluarganya.
Sejam kemudian, suspek berjaya dipintas oleh polis kira-kira 10 km dari tempat kejadian, tetapi tidak sebelum kereta peronda remuk teruk kerana melanggar beberapa pagar jalan raya dalam usaha yang terburu-buru untuk menyelamatkan diri sendiri.
Beliau kini ditahan dan disiasat kerana mencuri kenderaan, di mana dia akan mempunyai banyak masa untuk merenung dirinya dalam penjara betapa pengecut,bacul dan dayusnya beliau sebagai ketua keluarga bergelar suami dan bapa dalam keadaan dirinya amat diperlukan.
Monday, 14 March 2016
TRELER MENGGANAS REMPUH 20 KERETA .... RATA-RATA WARGA MAYA MENYALAHKAN TUAN PUNYA KERETA DAN MENYOKONG TINDAKAN GANAS PEMANDU TRELER BERKENAAN
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, dentuman kuat akibat rempuhan itu kedengaran hingga ke dalam Stadium Hang Jebat.
Sehingga tengah malam tadi, polis bagaimanapun masih belum memberi maklum balas mengenai kejadian itu.
Difahamkan kenderaan terbabit dirempuh sebuah treler berikutan laluan menjadi sempit kerana kenderaan diletak di kiri dan kanan jalan.
Apa yang menariknya ialah rata-rata netizens seolah-olah menyokong tindakan pemandu treler berkenaan bagi tujuan pengajaran agar pemilik kenderaan dimasa hadapan agar lebih mengormati undang-undang dan peraturan dan tidak bertindak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan para pengguna jalanraya yang lain.
Berikut beberapa komen yang diluahkan di media sosial FB mengenai insiden berkenaan:
Cikgu Kakashi Nk salahkan lori pon xbole jgak. Mmg jln die ulang alik keje kot? Kt ni yg park keta smpai 2-3 lapis kt hgway. Mane penah org park keta hgway.....hurrmm. semoga jd pengajaran walau di mane jua. Termasok kt larkin.
Bayangkan lori bomba yg sama saiz yg tgah emergency nk lalu situ dgn keadaan keta parking smpai 3 lapis. Cmne tu...
Mohd Nor Hakimi Jadikan pengajaran pada semua,kalau parking tu parking la betol2,jgn sampai menghalang lalu lintas,parking jauh sikit pun x pe jalan kaki,yg penting selamat...pada mangsa bersabarlah...
Daniel Akmal Ni bkn double parking ... double parking boleh lepas lagi tapi ni triple parking ... ada yg dok parking belah kanan lagi ... tu yg kiri pun kena sapu ... dlm hal ni aku no komen .. harap yg terbabit tu bertabahlah .. benda dah jadi .. nak salahkan siapa..? Walhal kita pun asasnya dah salah ...
Hisham Mohd Den Pada pendapat saya yg lebih salah ialah kereta yg parking di lorong sebelah kanan. Tetapi kereta dorang selamat. Simpati pada mangsa. Double parking adalah perkara biasa dlm sesuatu acara yg penuh di stadium. Tapi kalau dah parking di lorong kanan diantara divider mmg tak patut
Nak salahlan sape samdol? korang tu yg samseng parkir keta sesuka ati mcm jalan tu bapak korang yg punya #padanmukakoSAMDOL!
Mohd Khairi ALwi Sebagai pengajaran lps nie dtg tmpt org tanya dlu,bila ada org tegur kita buat bgs dan belagak dpt la habuan dia.
Emmeth Bintang Hatiku Sebab
tu terpampang nye moto " DON'T MESS WITH MELAKA "... Sebab org melake
Malas Nak panjang2 cerite. Double park........,kasi layak aje.....
SIAPAKAH HARUS DIPERSALAHKAN????????

Korie Ibrahim Moral of the story - korg nk bt apapn lantak korg la, hak korg..tp jgn sskli smpi mnyusahkan org lain..mmg akn mdpt..huhuhu
SIAPAKAH HARUS DIPERSALAHKAN????????
Saturday, 12 March 2016
BEGINILAH SUASANA DAN SAMBUTAN JIKA PKR ANJUR PROGRAM SECARA BERSENDIRIAN DI PAHANG SEJAK KEBELAKANGAN INI.
Program Melayu Bermaruah oleh PKR Peringkat Negeri Pahang bersama-sama dengan mantan Menteri Besar Selangor yang dulu PAS kini ahli PKR petang tadi di Kg Sri Lukut, Kahang.
Jelas sekali jika PKR secara solo dan bersendirian anjurkan program atau ceramah maupun Hi Tea beginilah suasana dan sambutannya.
Boleh dikatakan bukan Melayu sudah hilang maruah sebaliknya tanpa PAS, PKR maruahnya semakin menipis dan terhakis dikalangan masyarakat Melayu terutamanya di luar bandar, desa dan rancangan-rancangan FELDA .... Ini adalah hakikat yang perlu ditelan oleh pucuk pimpinan PKR kini.
Tanpa PAS bersama dengan Pakatan Harapan jangan nak mimpi dan harap masyarakat Melayu di desa, luar bandar dan rancang-rancang FELDA akan memberikan sokongan kepada PKR maupun Pakatan Harapan.
Nak berikan alasan kononnya PKR parti masih baru tidak boleh diterima sebab sudah mulai wujud sejak tahun 1999 lagi ... ketika itu setiap ceramah dianjurtkan bersama-sama dengan PAS paling kokak dan sengkek pun ribuan hadir.
Lagi menyedihkan ialah acara ini disediakan minuman dan makan secara percuma namun masih ramai masyarakat Melayu tidak terliur nak datang.
PKR perlu muhasabah diri ... selain akui betapa undi Melayu sebagai warga majoriti dinegara ini amat penting untuk menentukan siapa yang pegang tampuk pemerintahan di Putrajaya .. PKR juga kena terima hakikat betapa masyarakat Melayu sudah mulai meminggirkan diri dari Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR/DAP/PAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...