Monday, 30 June 2014
(3 FOTO) SEORANG PENJAWAT AWAM MENINGGAL DUNIA KETIKA NAK MEMBELI JUADAH DI BAZAAR RAMADHAN PRESINT 3, PUTRAJAYA PETANG TADI.
Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.
Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar.
Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.
PENGARAH JKR DIHUKUM PENJARA 1 TAHUN DAN DENDA RM1.15 JUTA KERANA SALAH GUNA KUASA.
Seorang Pengarah Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM1.154 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas tuduhan menyalah guna kuasa.
Tertuduh, Datuk Abd Rahim Ahmad, 58, yang merupakan Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dalam tempoh sebulan.
Hakim Muhammad Jamil Hussin menjatuhi hukuman itu selepas meneliti dan mempertimbang keterangan daripada pihak pembelaan, pendakwaan serta saksi selain menilai bahan bukti secara menyeluruh sepanjang kes itu dibicarakan.
Mahkamah mendapati peguam bela tertuduh, M S Vethanayagam gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abd Ghafar Ab Latif.
Abd Rahim, selaku pengarah projek bagi kontrak pengurusan fasiliti bangunan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) serta kontrak pengurusan fasiliti bangunan JB Sentral, Bukit Chagar didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan projek untuk adiknya.
Beliau melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat JKR, Aras Empat, Bangunan Sultan Iskandar pada 1.30 tengah hari, 5 Januari 2011.
Tertuduh didakwa meminta Pengarah Operasi Kumpulan Syarikat Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd, Saipolyaszen M Yusop, 44, yang bertanggungjawab untuk pengurusan fasiliti KIK, melantik syarikat YBA Technology Sdn Bhd milik adiknya Mohd Yusri Ahmad, 39, bagi menjalankan kerja sub kontraktor bersangkutan kontrak pengurusan fasiliti bangunan JB Sentral.
Kontrak berkenaan adalah melakukan imbangan, pengujian dan penjayaan bagi sistem udara dan sistem air sejuk bernilai RM196,000 dan penjayaan bagi membekalkan pemasangan dan pengujian 'Danfos Motorise Valve' untuk ACMV bernilai RM34,800.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Bagimanapun, peguam bela tertuduh meminta mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan ia adalah kesalahan pertama tertuduh selain tidak mempunyai sebarang rekod buruk sepanjang berkhidmat dengan JKR dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes dijalankan.
ADAKAH BATAL PUASA MENGGUNAKAN "INHALER" SEMASA BERPUASA?
Boleh tak kita menggunakan “inhaler” semasa berpuasa?
Ini lah pandangan Sheikh Ibn ‘Uthaymeen di dalam kitabnya Fataawa Ramadan – Jilid 2, m.s 531, Fatwa No.502 Fataawa Ibn ‘Uthaymeen - Jilid 1, m.s 169-170. Al-marhum Sheikh ‘Uthaymeen ialah ulama’ besar di Makkah yang seangkatan dengan Sheikh Baz. Setakat yang boleh terjemahkan.
“Penggunaan “inhaler” oleh orang yang berpuasa adalah dibenarkan sama ada puasanya adalah di bulan Ramadhan atau selain dari bulan Ramadhan.
Ini kerana zarah dalam “inhaler” tidak sampai perut, sebaliknya mereka sampai ke paru-paru dan menyebabkan/membantu ia untuk terbuka dengan itu membolehkan orang/pesakit bernafas seperti sediakala.
Ringkas, ia tidak dianggap sebagai makanan atau minuman, dan apa yang diketahui ialah bahawa prinsip asas adalah kesahihan puasa (dikekalkan) sehingga (yang sahih) bukti daripada Kitab, atau Sunnah, atau ijma’ atau pertimbangan perundangan fiqah sah (qiyas) menunjukkan sebaliknya”.
Harap dapat membantu.
INSIDEN LEMPAR KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH RAYER .... PKR DESAK ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN SEOLAH-OLAH GALAKKAN KEGANASAN.
Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.
“Kenyataan Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan segera.
“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain,” ujar Fahmi.
Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.
Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.
Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan keharmonian negara terjamin.
“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat untuk pastikan negara ini aman.
” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lagi
LIMA PANEL HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DIKETUAI HAKIM BESAR MALAYA SEBULAT SUARA MENGESAHKAN DATUK SERI LAJIM UKIN SEBAGAI ADUN KLIAS YANG SAH.
PUTRAJAYA: Ketua pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mengekalkan kemenangannya bagi kerusi negeri, Klias selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih.
Lima panel yang dipengerusikan oleh Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan pada Isnin bahawa Isnin, yang merupakan perayu, telah gagal untuk menghasilkan fakta yang cukup bahawa Wong Kui En @Norliah adalah ejen untuk Lajim.
"Kami bersetuju bahawa tidak ada bukti yang sama sekali dapat menyokong pandangan ini. Oleh itu, kita menolak rayuan itu dengan kos RM20,000," katanya.
Hakim-hakim lain dalam kes itu adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Hakim Tan Sri Ahmad Maaarof, Hakim Tan Sri Apandi Ali dan Hakim Datuk Ramly Ali.
Pada 6 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Yew Jen Kie memutuskan bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan Lajim dengan mana-mana amalan rasuah seperti yang didakwa dalam petisyen yang dibawa oleh calon BN yang tewas, Isnin Aliasnih Umno.
Peguam Isnin, Jaafar Esteban sebelum ini berkata Norliah telah dilantik sebagai ejen di tempat mengundi Lajim dan dia (Lajim) bertanggungjawab terhadap tindakan beliau di pusat pengundian pada hari mengundi.
"Apa-apa yang dikatakan sebagai perbuatan rasuah oleh Norliah sebelum itu dan di luar pusat mengundi adalah permainannya sendiri," kata Hakim Yew.
Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa kempen yang dijalankan adalah di bawah skop dan tanggungjawab Norlia sebagai ejen tempat mengundi Lajim.
Mengenai testimoni beberapa saksi bahawa mereka telah menerima sampul surat yang mengandungi wang, kupon dan nota serta janji pemberian wang RM100 daripada Norliah pada 4 Mei, Hakim Yew berkata tidak ada bukti yang menunjukkan Lajim menyedari atau telah bersetuju dengan pengagihan item-item tersebut.
Lajim memenangi kerusi Klias atas tiket PKR dengan majoriti 342 undi dengan memperoleh 6,324 undi berbanding 6,182 undi yang diperolehi Isnin pada pilihan raya umum 5 Mei.
MANTAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI LETAK JAWATAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK KANAN UNIVERSITI MALAYA (UM) KERANA CAMPUR TANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENGARAHKAN PENGARAH/PENGASAS UMCEDEL LETAK JAWATAN.
Hari ini di akaun laman sosial Facebook miliknya .. Dato' Saifuddin Abdullah Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan MKT UMNO serta bekas Ahli Parlimen Temerloh telah menghebahkan kepada dunia bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM berkuatkuasa hari atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap penganiayaan yang diterima oleh Profesor Dato' Dr Redzuan Othman yang diarah letak jawatan atas campur tangan dan arahan Kementerian Pendidikan.
"Prof Dtk Dr Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas UMCEDEL & Dekan FSSS UM. Olh krn arahan daripada pihak trtentu d KPM, baru2 ini beliau diarah meletak jawatan sbg Pengarah UMCEDEL. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Hari ini, beliau tidak disambung sbg Dekan (walaupun dicalon olh pnsyarah2 FSSS). Cerita ini disiarkan MsianInsider hari ini. ..Sy tahu akn cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM)...Prof Redzuan terima kedua2 keputusan ini dgn brlapang dada...Atas prinsip kebebasan akademik & solidariti dgn beliau, sy meletak jawatan sbg Felo Penyelidik Kanan UM hari ini".
DAP TIDAK ADA SEBARANG PERBINCANGAN TENTANG PERTUKARAN MB SELANGOR ... SEMUA DASAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIPUTUSKAN OLEH MAJORITI DALAM MESYUARAT EXCO DAN TSKI TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN SEORANG DIRI.
Di sebalik semua kritikan terhadap Abdul Khalid, DAP belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi untuk menukarkan Menteri Besar Selangor.
Sumber memberitahu, kepimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan mekanisme tanggungjawab bersama yakni semua Exco akan memikul tanggungjawab secara bersepadu jika timbul masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, sekiranya Abdul Khalid diganti, maka semua Exco dalam kerajaan negeri Selangor juga perlu ditukarkan.
Tambahnya, Abdul Khalid tidak boleh dipersalahkan seorang diri kerana semua dasar kerajaan negeri adalah diputuskan berdasarkan majoriti dalam mesyuarat Exco.
"Apabila suatu dasar dipersalahkan, ia bukan kesalahan Abdul Khalid semata-mata.
"Selain itu, cuaca kering bukan sahaja berlaku di Selangor. Abdul Khalid juga tidak boleh mengawal paras air di empangan," katanya.
Tambah sumber itu, Abdul Khalid merupakan pemimpin yang konservatif, cukup berhati-hati dan akan menilai secara sedalam-dalamnya sebelum meluluskan peruntukan.
Katanya, keadaan itu menyebabkan ada pihak lain beranggapan bahawa Abdul Khalid tidak berani mencuba benda baharu, suatu pertuduhan yang agak nakal.
"Namun kita tidak harus mengkritik kelemahan Abdul Khalid semata-mata, sumbangannya yang besar terhadap rakyat juga perlu diperakui, dan diambil kira" katanya.
KERANA BERSIKAP JUJUR, TELUS, BEBAS DAN TIDAK AMPU BODEK ... SEORANG PROFESOR UNIVERSITI MALAYA DIARAH LETAK JAWATAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN.
Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
Sumber memberitahu jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.
Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.
Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.
Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.
Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.
"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.
UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.
Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.
Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.
"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.
"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.
Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.
Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.
Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.
"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Sunday, 29 June 2014
MCA SEPATUTNYA DESAK KERAS POLIS SIASAT AHLI-AHLI MCA KERANA PENGLIBATAN MEREKA SEBAGAI KETUA KUMPULAN KONGSI GELAP!!!!
Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen cuba nak mengaitkan PAS dengan pengkhianat.
Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.
Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah mereka semua pengganas.
Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat ... kenyataan MCA itu adalah jelas tidak berasas serta mencari publisiti murahan selepas diterima masuk dalam kabinet buncit membusung Najib Razak baru-baru ini..
Omak Kau sarankan sebelum buka mulut sila lihat di longkang parti kamu sendiri.
TINJAUAN DAPATI RAKYAT SELANGOR MAU TSKI TERUS MENJADI MB SELANGOR!!!
Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu.
Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri.
Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.
.Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya.
“Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.
Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu.
“Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.
“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.
Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah.
“Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.
Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik.
“Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.
SETELAH SEMALAM DSAI DAN KAK WAN MENZIARAH TGHA DI IJN ... HARI INI NAJIB LAKUKAN PERKARA YANG SERUPA DAN MACAI-MACAI UMNO JAJA SATU DUNIA!!!!.
Susulan tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terjejas ketika berada di Istanbul bulan lalu, beliau kini sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi ahli Parlimen Marang itu petang semalam.
"Seluruh keluarga PKR mendoakan agar Tuan Guru Abdul Hadi akan bertambah sihat, dan semoga dipermudah dalam menjalankan amal ibadat bulan Ramadan al-Mubarak ini," katanya Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan medianya semalam.
Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.
Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.
Hari ini Najib Razak pula pergi menziarah TGHA setelah DSAI dan Kak Wan menziarah ... Nampaknya macai-macai UMNO mau jadikan lawatan tersebut untuk politik batuan (political milage) untuk Najib Razak
Sebab sebelum ini Najib menziarah TGHD di IJN juga maka para progandis UMNO jadikan isu itu sebagai propaganda murahan kononnya Najib ini berjiwa murni bersih lagi suci.
PERBUATAN SETIAUSAHA PEMUDA DAP INI PASTI AKAN BUAT MACAI-MACAI UMNO TERMASUK PERKASA DAN ISMA MEROYAN PIANG????
Apa nak jadi dengan Setiausaha Pemuda DAP ni .. sempena bulan Ramadhan sanggup bersama isterinya berpuasa selama 1 minggu untuk menghayati dan merasai umat Islam berpuasa.
Ini sudah lebih .. pemuda-pemuda MCA, Gerakan, PPP, MIC, SUPP, SPDP, PRS, PBRS, UPKO, LDP dan PBS pun yang dianggap juak-juak UMNO sebagai rakan-rakan mempertahankan Islam dalam UMNO pun tidak berani nak berpuasa sedangkan DAP siang malam pagi petang 1 hari 24 jam 1 minggu 7 hari tidak kira masa dan tempat sentiasa labelkan DAP sebagai anti, benci dan tindas Islam Setiausaha Pemudanya pula suami isteri melakukan puasa tahan lapar dan dahaga.
"1 Ramadhan, jam 5 pagi: SU Pemuda DAP YB Tan Hong Pin (Adun Mengkibul) dan isteri bersahur di rumah Sdr Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Malaysia. YB Tan Hong Pin akan cuba menghayati puasa selama satu minggu dalam bulan ramadhan kali ini."
KINI DESAKAN SEGELINTIR PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR AGAR TSKI DIGANTI SEBAGAI MB SELANGOR MEDAPAT SOKONGAN DARI LIDAH BIAWAK RASMI UMNO, UTUSAN!!!!
Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merebut jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor merupakan masa terbaik kepada musuhnya dalam parti mendesak Menteri Besar Selangor itu untuk berundur, lapor Utusan Malaysia.
Suara sekumpulan pengarang dengan nama Awang Selamat itu berkata desakan Khalid untuk berundur bertambah kuat apabila beliau tidak lagi mampu untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR mengalahkan Mohamed Azmin Ali.
"Lebih menarik untuk diketahui selepas ini ialah nasib Khalid. Dengan kekalahan di cabang Kuala Selangor, kedudukan beliau sebagai menteri besar cukup tergugat.
"Ini adalah kesempatan terbaik bagi musuh-musuhnya dalam PKR meningkatkan tekanan supaya beliau berundur. Khalid juga sudah hampir pasti tidak dapat menyaingi Azmin yang kini mendahului dengan selesa," katanya menerusi akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Semalam, Khalid mendakwa tiada keperluan bagi dirinya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor walaupun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR.
Katanya, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
KALAU UTUSAN PUN MENYOKONG, NAMPAKNYA ADA YANG TIDAK KENA ... JELAS SEKALI UMNO MERASAKAN DENGAN TIADANYA TSKI SEBAGAI MB SELANGOR MAKA GERAK KERJANYA UNTUK MEROBEK DAN MENUMBANGKAN PR DISELANGOR PADA PRU 14 NANTI MENJADI LEBIH MUDAH DAN PELUANG AMATLAH CERAH.
PERNAH PENGANALISA POLITIK MEMBERITAHU .. JIKA PIHAK AHLI DAN ANGGOTA PR NAK PILIH PEMIMPIN ... PASTIKAN JANGAN PILIH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG DISOKONG UTUSAN .
NAMPAK GAYANYA SUDAH ADA SEMACAM SOKONGAN PADU DARI UTUSAN ATAS DESAKAN SEGELINTIR PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR AGAR TSKI DIGANTI SEBAGAI MB SELANGOR.
NILAI DAN FIKIR.
Saturday, 28 June 2014
NURUL IZZAH DESAK JPP SIASAT SEGALA DAKWAAN PERCUBAAN SABOTAJ KETIKA PENGIRAAN UNDI PEMILIHAN SEMULA CABANG KUALA SELANGOR SUSULAN KEJADIAN "BLACKOUT".
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa menyiasat segala dakwaan yang mengaitkan cubaan sabotaj ketika pengiraan undi pemilihan parti itu susulan kejadian "blackout" pada tengah malam Rabu lalu.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan segala ketidakpuasan anggota parti terhadap kejadian itu wajib disiasat segera memandangkan banyak kelemahan berlaku ketika pemilihan dijalankan sejak akhir April lalu.
"Kita sedar bahawa banyak kelemahan yang berlaku dalam pemilihan PKR dan saya juga terkesan daripada insiden itu.
"Saya sendiri telah melahirkan ketidakpuasan hati dan sebarang dakwaan wajib disiasat sebaik mungkin oleh pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin," katanya kepada pemberita selepas Dialog Jenayah bersama Ketua Polis Daerah Brickfields, di Bangsar, di sini, malam tadi.
Semalam, Pengerusi JPP PKR, Datuk Johari Abdul menafikan spekulasi kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi pada pemilihan parti tengah malam Rabu lalu sebagai satu perbuatan sabotaj.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah menambah, satu jawatankuasa reformasi pilihan raya di peringkat PKR perlu ditubuhkan segera bagi mengatasi kelemahan sepanjang pemilihan parti.
"Ada kemungkinan jawatankuasa reformasi pilihan raya ditubuhkan di peringkat parti untuk mengurangkan bebanan proses pengundian terus ini memakan masa, belanja dan usaha yang besar.
"Saya mahu membawa kembali kepada tujuan kita mewujudkan parti keadilan rakyat untuk menang pilihan raya umum," katanya lagi.
CUBA TEKA MACAI MANA YANG LEMPARKAN KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH YB RAYER?????
Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer di Jalan Tingkat Tembaga, Island Park pagi ini.
Rayer berkata ia ditemui isterinya ketika hendak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah pada kira-kira jam 7 pagi.
Selepas diberitahu isterinya mengenai perkara itu, Ryer berkata beliau turun ke bawah dan ternampak kepala lembu itu di pintu pagar depan rumahnya.
"Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan mengapa. Kita tidak mahu membuat spekulasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Bagaimanapun, pemilik kedai di depan rumah saya melihat kejadian itu, dan berkata seorang lelaki datang dengan menaiki motosikal dan melemparkannya ke sana," katanya.
Rayer berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu lewat hari ini.
KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG YANG DI TUDUH MACAI-MACAI UMNO SEBAGAI ANTI ISLAM PEKAT, MENYEDIAKAN BAS PERCUMA KE KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS.
Dituduh dan ditohmah negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP/PR anti Islam, benci Islam dan tindas Islam tetapi masjid-masjid dibenarkan malahan digalakan diguna untuk membuat kuliah maghrib perdana termasuk masjid negeri ... tiada larangan dan pengharaman pun ... tidak disuruh buat difutsal maupun dikawasan padang .
Lebih mengkagumkan disediakan pula bas percuma.
Friday, 27 June 2014
ADUN SRI MUDA DIANGGAP LEBIH SUDU DARI KUAH APABILA MENDESAK AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR.
PETALING JAYA 27 hb Jun 2014: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.
“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.
“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.
“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.
“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.
Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam sekali gus gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan semula parti itu Sabtu lalu.
Manickavasagam memperoleh majoriti sebanyak 186 undi selepas mendapat 701 undi berbanding Khalid yang memperoleh 515 undi.
Terus terang Omak Kau berkata terbit dari lubuk hati yang tidak berpihak tanpa ada rasa gentar ... bagi Omak Kau pemimpin macam inilah yang merosakkan parti dan membuat rakyat rasa benci dan meluat ... jenis pemimpin langsung tidak mengenang budi ... masa beliau diheret ke mahkamah kerana pertuduhan dibawah akta hasutan kerana artikel mengenai perlantikan SUK Selangor langsung lupa betapa TSKI terus meluluskan peruntukan kewangan dari dana negeri untuk bayar upah barisan peguam yang membelanya di mahkamah sehingga Pemuda UMNO Selangor bertindak memprotes namun sedikit pun tidak diendahkan oleh TSKI.
Sendiri buat hal tanpa diarah sehingga diheret ke mahkamah namun TSKI berjiwa besar sanggup arahkan agar kos peguambela ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor .. itu pun masih tidak mengenang budi.
Mahkamah Rayuan di sini pada 17hb Mei 2013 telah menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.
Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.
Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.
"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Abdul Malik memerintahkan Shuhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.
Bagaimanapun, panel itu membenarkan Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.
Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Dis 2010.
Shuhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Pada 1 April 2011, beliau memfail notis usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memohon mengetepikan tuduhan menghasut itu dengan memberi alasan Akta Hasutan yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya, tidak sah di sisi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara.
Pada 26 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Shuhaimi untuk mengetepikan tuduhan berkenaan.
Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Artikel menghasut dalam Blog berkenaan sudah pun lesap ... difahamkan dipadamkan sendiri oleh tuan punya badan .. jika dipihak benar mengapa gentar dan menggeltar mau kasi padam.
Janganlah bersifat lebih sudu dari kuah .. pemimpin atasan tidak berkata apa mengapa perlu berlebihan dalam mengeluarkan kata-kata yang boleh menguncar kacirkan parti.
Sebagai pemimpin parti walaupun tidak setinggi mana jawatan disandang perlu ada sifat hormat pada pemimpin yang lebih kanan.
Mengapa tidak bersuara apabila ada pemimpin bertaraf Timbalan Ketua Menteri yang kalah dicabang desak supaya dia mengundurkan diri .. bila berbicara perlu konsisten dan berprinsip.
Seperti artikel Omak Kau sebelum ini buat mengenai pertukaran MB Selangor .. ianya bukan suatu perkara mudah ... silap langkah yang dikejar tidak dapat dikendong keciciran.
Ramai penganalisa politik tanah air meramalkan jika berlaku perubahan dalam jawatan Menteri Besar Selangor ianya bukan dari PKR tetapi PAS sebab jawatan MB Selangor bukannya hak mutlak hakiki kepunyaan PKR .. kena terima hakikat itu .. apakah PAS akan melihat sahaja apabila berlaku pergelutan merebut jawatan MB Selangor ini????
Fikirlah secara rasional .. jangan goncang perayu yang sedang belayar aman .. jangan bersikap dengan terbentuk persepsi yang diri anda itu mabuk kuasa dan jawatan dalam pemerintahan negeri. .. selesaikan diri anda yang sedang bergumpal dalam perbicaraan kes dibawah Akta Hasutan itu .. belajar dalam memberi keutamaan.
Demi pencerahan diperturunkan apa yang Pemuda UMNO Selangor terlalak terlolong mengenai kos guaman ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor.
KUALA LUMPUR, 10 Feb 2011 – Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengumpul 100,000 tandatangan daripada penduduk negeri itu dalam tempoh terdekat bagi membantah keputusan kerajaan Selangor untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut.
Pengerusinya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata kutipan tandatangan itu akan diserahkan kepada Menteri besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap kerajaan negeri yang sewenang-wenagnya menggunakan wang rakyat untuk tujuan berkenaan.
Soal beliau kenapakah kerajaan negeri menanggung kos perundangan tersebut sedangkan banyak lagi penduduk di negeri terbabit yang memerlukan dan bantuan sewajarnya dan tindakan tersebut jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan kroni berbanding rakyat bawahan.
“Kita akan adakan “roadshow” seluruh negeri dan percaya ini akan memberi ruang kepada rakyat menyatakan bantahan mereka terhadap tindak-tanduk kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid yang sewenang-wenangnya menggunakan hak rakyat untuk kepentingan mereka.
“Selepas mendapat kutipan berkenaan, kita akan hantar bantahan secara rasmi kepada Tan Sri Khalid agar beliau menimbang dan menilai semula keputusan untuk menanggung kos perundangan berkenaan yang disifatkan sebagai satu pembaziran harta rakyat,” katanya.
Dulu bukan sikit punya puji, puja, julang melangit lagi TSKI ... Kalau tidak percaya diperturunkan semula apa dicakapnya pada tahun lepas sebelum PRU 13 .... kejayaan TSKI mengurus tadbir negeri Selangor dijadikan bahan kempen dijaja merata corok negeri Selangor ... Apakah sudah lupa????? .. Jangan nanti rakyat tuduh bercakap macam lidah biawak pula .. nanti tahu marah dan naik angin satu badan!!!!
SHAH ALAM, 17 APRIL 2013 : Tiada calon Umno-BN di Selangor boleh menandingi kredibiliti dan ketokohan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang berjaya menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, calon muka baru yang cuba ditonjolkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) di Selangor tiada ketokohan sebagai calon Menteri Besar yang boleh menyangi Abdul Khalid.
“Tidak ada tokoh yang ditonjolkan itu dilihat boleh menghampiri ketokohan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku calon Menteri Besar dari BN.
“Maksudnya tak ada calon BN yang mempunyai ketokohan sebagai calon MB kalau dibuat perbandingan dengan kotokohan Khalid selaku MB Pakatan Rakyat (PR) sekarang,” katanya kepada TVSelangor.
Sepanjang lima tahun ini, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid berjaya mempunyai rezab simpanan negeri berjumlah RM2.5 bilion berbanding hanya RM400 juta sahaja semasa pentadbiran Umno-BN sebelumnya.
Menurut Shuhaimi, rata-rata calon BN di Selangor merupakan pemimpin di barisan kedua dan ketiga di peringkat bahagian dan berkemungkinan akan menimbulkan pergolakan semasa PRU-13 kelak.
“Contoh Pelabuhan Klang, macam calon hierarki kedua tertinggi dari segi kepimpinan parti dan ini mungkin memberikan kesan yang lebih teruk kepada Umno-BN serta rakan-rakan komponen yang lain daripada MCA dan MIC,” ujarnya lagi.
Katanya, walapun BN memperkenalkan calon yang terdiri daripada golongan muda dan mempunyai pendidikan tetapi ia tidak akan memberi kesan kerana masih mengikut cara pentadbiran pemimpin tertinggi barisan itu.
“Tetapi saya yakin yang ini hanya kita katakan ‘make-up’ sahaja selagi mana mereka masih lagi dengan acuan lama,” katanya lagi.
KETUA UMUM TIDAK BERKATA APA-APA, DATUK SERI PRESIDEN KEADILAN TIDAK BERCAKAP , PEMIMPIN PUJAANNYA TIDAK BERBUNYI ... HAIRANNYA, YANG DIA SIBUK CELUPAR MULUT BISING KENAPA????
JANGAN BERLAGAK LEBIH SUDU DARI KUAH!!!! .. BERPOLITIK PRINSIP BIAR KONSISTEN ... KALAU KEPALA ITU KECIL JANGAN NAK BERANGAN PAKAI SONGKOK BESAR.
OMAK MASIH INGAT LAGI BAGAIMANA TSKI DIBERI PUJIAN MELANGIT SEBAGAI MENTERI BESAR TERBAIK PERNAH WUJUD DINEGARA INI DAN IANYA TERBUKTI DENGAN KISAH ITU YANG HAMPIR MELUMPUHKAN UMNO DI SELANGOR SEHINGGA UMNO/BN HANYA TINGGAL 12 KERUSI DUN DI SELANGOR.
DENGAN PEREBUTAN JAWATAN MB TERUS KATA-KATA PUJAAN ITU LESAP MENGHILANG.
PERBICARAAN KES BUNUH PEGAWAI AMBANK ... SAKSI KE 16 KEJANG SELURUH BADAN DAN SESAK NAFAS KETIKA DISOAL BALAS PEGUAM BELA DAN TERPAKSA DIKEJARKAN KE HOSPITAL KLANG.
Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kes perbicaraan pembunuhan seorang kakitangan bank, Norazita Abu Talib dan menyambung semula pada 9 Julai hadapan dengan memanggil saksi ke-21.
Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir di Bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 8.
Saksi ke-16 perbicaraan, Mohd Radli hari ini mengalami sesak nafas dan
kekejangan seluruh badan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Radli yang merupakan bekas penyelia stor senjata Syarikat Kawalan Prima,
iaitu syarikat keselamatan tempat tertuduh, La Ode Ardi Rasila, 36,
kejang ketika disoal balas peguam bela, S. Selvi di kandang saksi.
Kelmarin, seorang kerani AmBank Subang Jaya yang juga merupakan seorang
saksi yang ke-10 memberitahu Mahkamah Ardi mengarahkan saksi itu untuk
mendiamkan diri dengan menggunakan isyarat tangan sebanyak dua kali
semasa Ardi hendak keluar melalui pintu utama bank tersebut.
Ketika itu, ujar saksi ke-10 itu berada di pintu gelongsor berhampiran
kawasan bilik simpanan wang (bilik kebal) bank untuk melihat kejadian
bunyi letupan yang berlaku di situ.
La Ode didakwa membunuh Norazita di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7
Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6
petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober tahun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
ADUN DAP SUBANG JAYA MERANGKAP SPEAKER DUN SELANGOR SUDAH MELAMPAU???..... BERI SUMBANGAN RM30,000 UNTUK MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU SEKITAR DUN SUBANG JAYA SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN TAHUN INI !!!!!
"Setiap tahun sejak saya menjadi ADUN Subang Jaya, saya telah memberikan sumbangan ramadan kepada masjid dan surau di sekitar DUN Subang Jaya. Setiap masjid menerima RM2000 dan setiap surau menerima RM1000. Tahun ini, sebanyak 6 masjid dan 18 surau telah diberikan cek walaupun ramadan belum bermula lagi Saya merupakan wakil rakyat untuk semua, tanpa mengira kaum atau agama. Selamat Menyambut Ramadan kepada semua penduduk yang beragama Islam." .. HANNAH YEOH
Ini sudah kira melampau ni .. tidak takutkan nanti kena penggal kepala oleh Perkasa???? .. Di maki hamun oleh juak-juak UMNO???? .. Dituduh sebagai pengkhianat negara oleh ISMA????
Tolonglah jangang buat macam ini lagi tahun hadapan sebab nanti Perkasa, Pemuda UMNO dan ISMA tiada modal nak terjah dan serang DAP sebagai parti anti Melayu dan tindas Islam ... Kesianilah juak-juak ni sikit.
Rakyat berfikiran waras dan bijak berfikir tahu apa yang ditohmahkan oleh Perkasa, Pemuda UMNO dan ISMA itu fitnah belaka.
POLISI TENDER TERBUKA MAMPU MENJIMATKAN WANG RAKYAT RM100 JUTA YANG DIAMALKAN KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TSKI YANG TIDAK DIDEDAHKAN MEDIA ARUS PERDANA .
Polisi Kerajaan Selangor melaksanakan tender terbuka bagi projek dikendalikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memberi penjimatan sehingga lebih RM100 juta setahun.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata penjimatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan lebihan itu kepada projek pembangunan lain untuk dinikmati rakyat Selangor.
“Kita bukan hendak harga rendah sampai merugikan kontraktor tetapi hendaklah keuntungan yang tidak melampau.
“Polisi tender terbuka ini menjimatkan wang rakyat seperti mana direkodkan pada 2012 menunjukkan lebih RM100 juta dijimatkan dan lebihan itu dapat disalurkan kepada projek lain,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Dalam usaha menambah kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan negeri, sejak 2008 Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menghapuskan amalan penganugerahan projek atau rundingan terus kepada mana-mana syarikat.
Langkah yang diambil itu ternyata memberi kesan positif terhadap kewangan negeri.
Antara contoh jelas, Kerajaan Negeri hari ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebuah sahaja di era Barisan Nasional (BN) dengan spefikasi sama.
Selain itu Abdul Khalid turut menghapuskan orang tengah yang mengutip ‘keuntungan atas angin’ dalam projek Kerajaan Negeri.
Antaranya langkah menamatkan kontrak kutipan sampah Alam Flora Sdn Bhd dan membuka tender terbuka kepada syarikat kutipan sampah berminat.
Syarikat yang berminat juga dikenakan syarat hendaklah menjalankan operasi kutipan sampah sendiri, bukan menyerahkan kepada pihak ketiga.
GAMBAR 2 ORANG PEKERJA RESTORAN MAMAK DI SEREMBAN KENA GARI SEBAB CABUL BUDAK PEREMPUAN TERSEBAR DI INTERNET.
Semalam 2 orang pekerja dari sebuah restoran mamak MAULANA RESTORAN SEREMBAN JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN telah kena cekup kerana pertuduhan mencabul seorang budak perempuan anak kepada seorang towkey jual santan di Pasar Awam Seremban Jaya, N.S.
Kejadian ini diberitakan menjadi kecuh dan bahan perbualan masyarakat Seremban Jaya kini sehinggakan sudah berbunyi ibu bapa sudah tidak berani nak bawa anak-anak perempuan mereka bertandang direstoran tersebut.
Kini kes tersebut dalam siasatan polis .. apa-apa pun biarkan pihak polis jalankan siasatan terperinci.
SEORANG PEMUDA MELAYU DIHERET KE MAHKAMAH DAN TIDAK MENGAKU BERSALAH MENGHINA SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN MELALUI FACEBOOK MILIKNYA TIGA TAHUN LALU.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan penghinaan ke atas Sultan Mizan Zainal Abidin melalui Facebook miliknya, tiga tahun lalu.
Nik Ahmad Ruknuddin Rabani Nik Arif, 27, dari Kubang Kerian, Kota Bharu didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.
Tertuduh didakwa melakukan penghinaan ke atas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) dengan cara mengubah wajah Sultan Mizan.
Selain itu, tertuduh didakwa menggunakan gambar ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai gambar profil di dalam akaun Facebooknya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Jun 2011, kira-kira jam 9 malam di Taman Shah Bandar, di sini.
Tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan pada 10 Julai depan untuk lantikan peguam.
Sebelum ini perbuatan seorang suspek dipercayai terbongkar apabila beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Terengganu FC yang ketika itu sedang berada di Taman Shah Bandar, pada 13 Jun 2011, telah menerima satu komen dari Rakyat Kelantan melalui telefon pintar mengenai gambar Yang di-Pertuan Agong yang telah diedit.
NAMPAKNYA YANG DIHARAM MUTLAK MASUK KENEGERI SARAWAK IALAH UMNO DAN IBRAHIM ALI.
"Hari ini saya balik ke Kuala Lumpur. Bila saya hulurkan "Special Pass" saya kepada pegawai imigresen di Sibu, beliau pandang pada saya dan kata "Ibrahim Ali memang tidak boleh dibenarkan masuk ke Sarawak. Dia mesti letak top on the list. Kamu masih boleh datang ke Sarawak atas alasan hadir funeral, tetapi dia memang tak boleh masuk dengan apa-apa alasan pun!!"
Kenyataan daripada pegawai ini menunjukkan betapa marahnya orang Sarawak, termasuk anak negeri Sarawak terhadap jaguh Melayu ini. Ha Ha!! Apakah pandangan kamu?"
Begitulah ayat YB Teresa Kok di akaun laman sosial FBnya.
Sebelum itu mantan Ketua Menteri Sarawak telah memberi amaran kepada penggantinya akan memastikan UMNO tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.
Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.
Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.
Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.
Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.
MORALNYA .. BETAPA HINANYA UMNO DAN INDIVIDU BERNAMA IBRAHIM ALI DIKACA MATA KERAJAAN BN SARAWAK.
SETELAH DICABAR KEMUKAKAN BUKTI, KINI GAMBAR ISTERI AWIE KENA BELASAH TERUK TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.
Gambar ini mula tersebar di
Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook
dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.
Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada
penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu
adalah akibat dipukul seseorang.
Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini.
Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul walaupun beliau cukup terkenal dengan panas baran tidak bertempatnya.
Apa-apa pun tuan punya badan wajar respon demi pencerahan dan kebenaran.
Apa-apa pun tuan punya badan wajar respon demi pencerahan dan kebenaran.
Thursday, 26 June 2014
AKHIRNYA SETELAH 5 BULAN BERLALU ... AKUI YANG "LANGKAH KAJANG" ADALAH LANGKAH UNTUK TUKAR TSKI SEBAGAI MB SELANGOR RUPANYA!!!!!
Has the Kajang Move, the brainchild of PKR strategist Rafizi Ramli to save Selangor from Umno by toppling Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, become increasingly moot?
Five months after he devised the strategy, and RM1.6 million of taxpayers’ money later, the Selangor menteri besar remains unchanged, the man chosen to unseat him is facing jail time, and the 11th-hour alternative, his wife, has made no indication of wanting to move higher up than the Kajang state seat.
Jaded netizens have dubbed the strategy “The Kajang Fraud” and noted that little has happened since the Kajang by-election, but Rafizi insists that it can still be the game-changer it was meant to be.
“Has it really been five months? It can’t have been,” Rafizi said, laughing and shaking his head as he was reminded of his blogpost on January 29, 2014 titled: The Kajang Move: Game Changer in Putrajaya Quest.
“Although the Kajang Move turned out to be a slightly different variation of what we initially planned, I’m optimistic it is still going to be another game-changer,” he told The Malaysian Insider.
How so, when Khalid is still the top man and shows no sign of budging?
“Even though people say the Kajang Move was a failure because Khalid is still there, it achieved its purpose, which was to create the option (of having him replaced),” said Rafizi.
“And I think the public opinion is questioning Khalid now more than ever, and have come to see the Kajang Move was a necessary step. So I think Khalid has to take heed of public sentiment.”
And although Datuk Seri Anwar Ibrahim is now out of the picture, Rafizi said PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail was more than capable of taking up the menteri besar’s post.
“Don’t underestimate Wan Azizah as menteri besar. The goodwill that people extend to Wan Azizah is a lot more than is enjoyed by most Pakatan leaders,” said Rafizi.
He said that as Selangor’s menteri besar, “Kak Wan” had room to impress and surprise people, particularly with her tactfulness and ability to lead the masses.
“The challenges she will face will be different compared with being a first-term menteri besar. It’s not enough to be clean, you must be seen as more consultative, decisive.
“And she has proven she is this in her leadership style – she doesn’t impose, she is respectful, she is the best listener in PKR,” said Rafizi.
However, Rafizi admitted that the original plan, which was to have Anwar as menteri besar, would have been the ideal situation.
“It’s not going to be as straightforward as (having) Anwar. Of course, the best case scenario was for Anwar to become menteri besar and I think by now, the public can see how destructive the move was to Umno, that’s why it was willing to turn things upside down to stop him.”
Anwar’s firm hand and moral courage would have helped to solve all of Selangor’s woes, said Rafizi.
However, critics of the Kajang Move have argued that Anwar could have used his position as opposition leader to bring changes in the state.
“That’s what I used to think, too, until I learned how feudal-minded most Malaysians are,” said Rafizi.
“As opposition leader, you really are good for nothing in the people’s eyes, whereas as chief minister, it gives you moral legitimacy. Look at (Penang Chief Minister) Lim Guan Eng, look at Khalid.
“If the Kajang Move had gone on as planned, the majority of Malaysians who are non-partisan would see Anwar not as ‘Anwar Ibrahim’, but the menteri besar.
“And that’s why Umno took this threat so seriously and had him removed,” said Rafizi, referring to the Court of Appeal’s March 6 verdict against Anwar on a sodomy charge.
Considering the ease with which PKR found a replacement for Anwar for the Kajang seat after he was disqualified, was the Kajang Move even necessary?
“Back then, there was neither Wan Azizah nor Anwar (in the Selangor state assembly),” said Rafizi.
“(The Selangor menteri besar) has to be the consensus of all three parties, and we were under the impression – or at least I was – that there was no acceptable candidate from the existing assemblymen from all three parties at that time.”
When asked whether this meant Pakatan Rakyat merely relied on politics of personality than of ideology, Rafizi responded, carefully: “I don’t think so. I think it’s a question of politics of trust.
“We have problems with Khalid, whether people like it or not. It’s a question that among the existing assemblymen before the Kajang Move, whether anyone can command enough leadership and trust because that’s what it entails.”
When reminded that Khalid was still the menteri besar, despite PKR having secured a replacement, Rafizi gave a rueful sigh.
“Without the mandate, I can’t do much. In January, I gave that option (of the Kajang Move to PKR leaders), and the party leadership agreed with my opinion on how we want to move ahead.
“My opinion on this is clear and hasn’t changed since January,” he said.
However, he added that at the rate Khalid and Selangor were going, the public would likely see a change of leader within the year.
“There is a lot of anxiety about how things are going; there’s a sense that we need to be more decisive and not allow ourselves to be on the firing line, especially from our own voters.
“It is one thing to face attack from Utusan, but it’s another to have to face disappointment and disillusionment from your own voters.”
In hindsight, the Pandan MP said he still felt the Kajang Move was justified and worth every ringgit spent on the by-election.
“Even back then, the issue of whether it was a waste of public funds was not a top issue because I personally thought differently.
“I think it’s in the interest of the public to continue to make national referendums on BN,” he said, pointing to the United States and United Kingdom, which he said had different elections about every two years.
He added that Pakatan had at least managed to stop the demonstrations which right-wing Malay groups had planned to carry out in front of churches over the Bible row.
“Imagine if that had gone on, we would see something worse than May 13 if Christians had wanted to retaliate. May 13 was mainly about politics, but this would have been about religion.”
Still, Rafizi conceded that Selangor was far from being the model Pakatan state.
“I still maintain that if Selangor had really been a model state under Khalid, we would have won the country last year. But it wasn’t enough to sway voters.
“If you trace back to before the 13th general election, there was a marked shift in PKR’s strategy. By then I was convinced we could not win if we focused on the positive achievements of Selangor, and that’s why I found it was a lot easier for Pakatan to gain voters’ favour by firing at BN.”
But in terms of what happens next to Selangor, Rafizi said that he had done his part by initiating the Kajang Move.
The decision to execute the option the Kajang Move had presented – replacing Khalid with Wan Azizah – was entirely up to Pakatan, he said.
“If things continue, the anxiety felt by some sections of the Pakatan leadership, by the assemblymen and community leaders would compel the discussion to commence at the Pakatan leadership.
“If the issues plaguing Selangor drag on and nothing happens, the Kajang Move will be a self-fulfilling prophecy,” Rafizi predicted. – MALAYSIAN INSIDER.
HEBOH DI ALAM MAYA KISAH SELAGI TSKI TIDAK MENYERAHKAN LAPORAN SALAH LAKU AZMIN KETIKA MENJADI LEMBAGA PENGARAH PKNS KEPADA SPRM SELAGI ITU TSKI AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH ANGGOTA-ANGGOTA PKR YANG TIDAK MEMIHAK KEPADANYA.
Selagi Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyerahkan laporan salah laku Timbalan Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selagi itulah Khalid akan terus diperbodohkan oleh ahli-ahli PKR yang tidak memihak kepadanya.
Laporan salah laku tersebut
diberitahu, Khalid sebelum ini bakal mendedahkan kepincangan Azmin
ketika menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Itu kata seorang ahli PKR cabang Hulu Langat, Ramli Baharuddin yang
bimbang melihat kecelaruan dalam parti kini semakin tidak terkawal.
"Ini bukan lagi soal merebut jawatan tetapi sebagai ahli, saya
mahukan ketelusan daripada Khalid. Kalau benar sudah ada laporan salah
laku Azmin, kenapa tidak diserahkan kepada SPRM untuk disiasat?
"Macam ada yang tak kena seolah-olah ada suara ghaib yang melarang
Khalid untuk menyerahkan laporan tersebut. Saya tak berani menuduh
sesiapa tetapi ahli yang melihat kini semakin hairan dan tertanya-tanya
sama ada Khalid bercakap benar atau tidak.
"Kalau Khalid mengambil sikap berdiam diri, maka dia kena
bersedialah untuk mengundur diri daripada dunia politik kerana sebagai
pemimpin, dia tidak seharusnya menyembunyikan sesuatu yang boleh
meruntuhkan parti," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Ramli, kehebatan Khalid dalam mentadbir negeri Selangor
memang tidak boleh dipertikaikan tetapi dalam urusan parti, Menteri
Besar Selangor itu disifatkan masih lemah.
"Sekarang ni, disebabkan Khalid enggan menyerahkan laporan
tersebut, di kalangan ahli mula bercakap sama sendiri mengatakan Khalid
hanya buat cerita tentang laporan tersebut yang kononnya tidak wujud
langsung.
"Apa yang dibimbangkan adalah keyakinan ahli terhadap parti. Jika
hal ini berlarutan, tidak mustahil akan berlaku perpindahan ahli kepada
parti lain," tegasnya.
Katanya lagi, walaupun sekiranya dalang yang menghalang Khalid itu
Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datin Seri Wan Azizah sekalipun, Khalid
wajib menjalankan tanggungjawabnya memulihkan parti dengan mendedahkan
laporan salah laku Azmin yang berada dalam tangannya.
"Janganlan terlalu naif sehingga Khalid terpaksa menerima semua
fitnah yang dilemparkan ke atasnya. Sikap membisu Khalid hanya akan
memburukkan lagi keadaan dalam parti," ujarnya. - MalaysiaGazette
PERKASA NAIK ANGIN SATU DESAK CEO PETRONAS BERHENTI SEBAB BERKATA JUJUR DAN BENAR YANG HASIL MINYAK DAN GAS NEGARA INI MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
BERKATA BENAR DAN JUJUR ADALAH SUATU KESALAHAN BESAR DALAM KAMUS PERKASA DAN JUAK-JUAK BERDARAH UMNO PEKAT.
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletak jawatan selepas kenyataan bahawa hasil minyak dan gas "bukan milik Bumiputera semata-mata" baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kejayaan Petronas adalah hasil daripada usaha keras Bumiputera membangunkan syarikat minyak negara tersebut sejak ia ditubuhkan.
"Bila perbandingan dibuat mengenai Bumiputera, ia seolah-olah dosa besar.
"Mereka (Petronas) yang berjaya sejak awal dahulu kerana layanan istimewa yang diberikan. Kalau dia (Shamsul) bising, berhenti sajalah," kata Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabatnya di Jalan Ipoh hari ini
Semalam Omak Kau ada dedahkan kenyataan CEO Petronas itu ...:-
Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia.
"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.
Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuk komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.
"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,” katanya.
Beliau berkata, campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan menyukarkan Petronas untuk membuat keputusan.
"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan.
“Bolehkah awak bayangkan masalah yang saya alami?”
Shamsul berkata, syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global dan keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan mereka melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.
"Keputusan kewangan menunjukkan keadaan sebenar, ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,” katanya.
Wawancara yang bertajuk “Adakah kami tidak berminat pada kecekapan” itu dibuat sebagai mengulas khabar angin menyatakan Shamsul akan meletak jawatan.
Dalam wawancara itu, beliau berkata, sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia daripada segi profesionalisme.
Shamsul berkata, DNA Petronas adalah kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.
"Pada masa sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,” katanya.
Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.
Katanya, Petronas membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahu peruntukan pula.
"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tidak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,” katanya.
( 2 FOTO ) BAS EKSPRES IKUT JALAN PARIT UNTUK ELAK KESESAKAN LALU LINTAS?????
Lima penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan apabila bas yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang sedalam empat meter di Jalan Baru, Perai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 6 pagi itu, bas KMK Star Coach membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Perlis itu dikatakan hilang kawalan ketika pemandu bas berusia 25 tahun berkenaan cuba mengelak sebuah kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Superitendan Rusli Mohd Noor berkata, tujuh penumpang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berjaya keluar melalui cermin hadapan dan tingkap bas yang dipecahkan oleh seorang daripada penumpang berkenaan.
"Semua mereka termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Seberang Jaya, di sini. Pemandu dan lima penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar manakala dua lagi penumpang tidak cedera," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata, bas berkenaan telah singgah di Butterworth di sini untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis, Perlis.
Rusli berkata, bas berkenaan hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapannya menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan dan melanggar pagar longkang sebelum masuk ke dalam longkang.
"Kami akan mengambil keterangan pemandu bas untuk siasatan lanjut. Polis telah mengambil sampel darah pemandu bas yang berasal dari Johor itu untuk ujian alkohol dan dadah," katanya.
Sementara itu, seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata beliau sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan suara penumpang menjerit.
"Saya naik bas dari Melaka dan dalam perjalanan ke Kangar, bas ekspres yang saya naik ini berhenti banyak tempat...sedar-sedar sudah berada dalam longkang," katanya ketika di Hospital Seberang Jaya.
BERITA GEMBIRA ADA PEMBERIAN BONUS SEMPENA AIDIL FITRI UNTUK KAKITANGAN AWAM RUPA-RUPANYA ADALAH PALSU BELAKA.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.
Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.
“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.
“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.
“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.
Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.
Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.
Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.
“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.
“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
AWAS PENGEMAR NASI KANDAR ... SELEPAS MAKAN NASI KANDAR PELUANG ANDA UNTUK MASUK LOKAP ADALAH CERAH, SEBAB KENCING ANDA POSITIF DADAH!!!!!
Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.
“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula.
SUDAHLAH MAKANAN HARGANYA MAHAL CEKIK DARAH .. LEPAS MAKAN HARAPAN UNTUK MASUK LOKAP CERAH SEBAB AIR KENCING POSITIF DADAH.
AKHIRNYA KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS MELATAH PECAH RAHSIA KAIN SONGKET YANG DIPAKAI PADA JAMUAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 BAHAGIAN ITU BUKAN PRODUK TEMPATAN TETAPI DARI PAKISTAN!!!!!
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.
Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.
Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.
Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.
"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.
"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?
"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.
Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.
"Jadi apa masalah dia hendak pertikai semua itu? Dia sebagai bekas menteri, saya malulah nak jawab tulisan-tulisan dia yang macam itu.
"Sekupang pun kita tak minta duit dia. Saya sebenarnya tak perlulah
nak menjawab dia, dia sebagai bekas menteri bolehlah dia pakai yang mewah-mewah," katanya.
INILAH PERANGAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO .. PAGI PETANG SIANG MALAM TERJERIT TERLALAK DAN TERLOLONG MINTA RAKYAT BELI BARANGAN TEMPATAN TETAPI KAIN SONGKET PUN MEREKA BELI DARI PAKISTAN .. BETUL-BETUL BANGSAT BIN HAPRAK PUNYA ORANGLAH PEMIMPIN UMNO NI.
Wednesday, 25 June 2014
BERANI KERANA JUJUR, TELUS DAN BENAR .... TSKI DEDAHKAN DOKUMEN SULIT KEPUTUSAN MESYUARAT EXCO SELANGOR BERKAITAN KIDEX BERTARIKH FEBRUARI 2012.
(4 Foto) Dokumen Sulit Keputusan Mesyuarat MMKN Selangor Berkaitan KIDEX Yang Telah Diklasifikasikan Semula Menurut Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 demi tatapan dan penilaian rakyat.
Jika nak nampak jelas sila klik pada foto ... jangan malu jangan segan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...