Thursday, 19 June 2014

PRESIDEN ISMA DIHERET KE MAHKAMAH DAN TIDAK MENGAKU BERSALAH ATAS PERTUDUHAN MENGHASUT DIBAWAH SEKSYEN 4(1)(b) AKTA HASUTAN 1948 DAN SEKSYEN 4(1)(c) AKTA YANG SAMA.



Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini didakwa atas tuduhan menyebut perkataan menghasut di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, dengan pertuduhan pilihan menerbitkan perkataan menghasut di bawah Seksyen 4(1)(c) akta yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ISMA di Bandar Baru Bangi pada 6 Mei lalu.

Tuduhan menerbitkan perkataan menghasut terhadap Abdullah Zaik adalah berhubung rencana bertajuk "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di lamanweb ISMA, pada tarikh sama.

Beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikatjamin sebanyak RM5,000.

Mahkamah Sesyen Kajang menetapkan kes itu disebut pada 18 Julai depan.

Mahkamah mengarahkan Abdullah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Sebelum itu, ahli ISMA berkumpul di luar kawasan Kompleks Mahkamah Kajang sejak jam 8.30 pagi, menunggu ketibaan Abdullah Zaik.

Lima belas kemudiannya, Abdullah Zaik tiba mahkamah bersama isterinya terus bertegur sapa dengan ahli ISMA yang menunggu beliau.

Mereka kemudiannya menuju ke Mahkamah Sesyen yang terletak di tingkat 9.

Abdullah Zaik memasuki kamar mahkamah pada jam 9 pagi, diikuti oleh isteri dan ahli ISMA yang lain.

2 comments:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...