Friday, 28 February 2014

SESI WALKABOUT MUHYIDDIN YASSIN DENGAN PEMIMPIN UMNO/BN DI SG CHUA MENDAPAT REAKSI HAMBAR.


Bukan nak mengata atau menghina .. biarkan saja gambar-gambar diatas berbicara ... gambar yang di cilok dari akaun FB Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar.

Program yang dinamakan sebagai walkabout pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sg Chua, Kajang pagi tadi diberitakan mendapat sambutan yang cukup hambar.

Lihat rakaman gambar diatas betapa ada seorang wanita Tionghua menunjukkan muka yang tidak beberapa pekenan dengan apa yang diucapkan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai kepadanya sehinggakan TSMY agak terkejut akan reaksinya.

Sehingga kini kaum Tionghua boleh di katakan tolak calon MCA/BN Chew Mei Fun secara total di PRK Kajang.

SURAT TAN SRI KHALID KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR MENYERAHKAN KESEMUA KENAIKKAN GAJI MB SELANGOR SEBANYAK RM15,074.85 SEN KEPADA TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS) MELALUI POTONGAN GAJI.


Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor untuk memotong gaji kenaikkan sebagai MB Selangor yang diluluskan oleh Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak RM15,074.85 sen diserahkan kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setiap bulan.

Ertinya beliau tidak ambil satu sen pun duit gaji kenaikkan yang di luluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara tempoh hari.

ANGIN BERTIUP KENCANG KHALID IBRAHIM AKAN MENGUMUMKAN BELIAU AKAN BERTANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN.



Berita spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar YB Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden kini sedang kuat dan kencang bertiup..

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

Majlis itu, yang bertemakan "Majlis Kasih Bertaut", telah mencetuskan spekulasi, yang juga dilaporkan oleh akhbar Oriental Daily melalui SMS beritanya.

Jemputan rasmi tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Sementara itu, ada juga mereka yang mendakwa bahawa spekulasi itu mungkin merupakan satu cubaan "sabotaj" oleh pesaing parti.

Pengesahan berita ini akan ditentukan malam ini.

Dalam satu temubual selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk "politiking".

(4 GAMBAR) PERCUBAAN BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG BERJAYA DI SELAMATKAN OLEH SEORANG NELAYAN.



Kalau tidak kerana seorang nelayan yang secara kebetulan berada di lokasi terjunan cubaan bunuh diri di Jambatan P.Pinang sebentar tadi, sudah pasti seorang wanita Cina pertengahan umur mati lemas.

Kejadian ini  berlaku pada pukul 4 petang tadi dan sejurus saja mendapat laporan orang awam , pasukan Polis Marin segera datang ke bot nelayan terbabit membawa wanita Cina berkenaan .

Kereta mangsa jenis Proton Iswara putih ditinggalkan di tepi jambatan sebelum terjun ke dalam laut .

SENARAI 143 SYARIKAT MLM DAN PELABURAN HARAM YANG BAKAL DISERBU OLEH BANK NEGARA MALAYSIA.

143 Senarai Syarikat MLM Dan Pelaburan Tak Sah Dan Bakal Diserbu BNM

Share on :
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan senarai terkini syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Apa yang mengejutkan, banyak syarikat yang tidak mendapat kelulusan melibatkan jenis perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Antara nama besar dan sedang meningkat naik yang tersenarai ialah Boss Venture daripada syarikat Cash Deal SDN BHD. Namun, apa yang pelik ialah syarikat ini mendakwa perniagaan mereka selamat dan telah tersenarai dengan BNM seperti dibawah.


Sebanyak 143 Syarikat telah tersenarai seperti jadual yang Tengoktvonline sediakan dibawah.

Sudah tentu senarai ini akan memberikan kejutan kepada ramai pelabur yang telah mengikuti perniagaan yang ditawarkan. Diharap pendedahan ini dapat mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya dengan menjadi DOWNLINE kepada UPLINE syarikat-syarikat dibawah.


INFORMASI: Pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my.

Jabatan Pengaduan/ Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03-6204 8999 / 03-6204 8777
Faks: 03-6204 8991
E-mel: aduan@seccom.com.my

Bank Negara Malaysia
Tel: 03-2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Faks: 03-2698 7467
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT SEBAGAI TANDA HORMAT .... PRINSIP TAIB MAHMUD DALAM MENGURUS DAN MEMIMPIN NEGERI SARAWAK IALAH KEJUJURAN.



Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata kejujuran ketika berkhidmat kepada rakyat menjadi satu daripada prinsip kepimpinannya sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

Beliau berkata semua ahli politik mesti mematuhi prinsip ini bagi menyatukan rakyat yang dipimpin dan bukan mengelirukan mereka.

"Saya katakan apa yang saya katakan dan mungkin seboleh-bolehnya secara berdiplomasi tetapi saya masih menyatakannya. Perkara ini (menyatakan kebenaran) mungkin dilakukan secara lebih jelas dalam kumpulan kecil yang  memahami saya dengan lebih baik daripada kumpulan yang besar," kata beliau dalam wawancara khas dengan Bernama di kediamannya di Kuching.

Dalam temu bual itu, Taib berkata beliau menghadapi kesukaran pada masa awal kerjayanya sebagai ahli politik apabila kurangnya kefahaman antara kaum kerana rakyat tidak dapat memahami idea-idea beliau.

"Selepas cukup lama berkhidmat, saya fikir rakyat dapat memahami saya dengan lebih baik dan saya menggunakan perkataan 'politik pembangunan', sesuatu yang rakyat boleh faham dan berhasrat untuk (mencapainya)," kata beliau.Taib, yang akan genap umur 78 tahun Mei ini berkata kerjayanya sebagai ahli politik, yang bermula pada 1963, membolehkan beliau bercampur gaul dengan ramai orang dan keadaan itu dinikmatinya setiap saat.

"Tidak ada masa yang membosankan dalam hidup saya untuk sekian lama. Saya gembira kerana setiap kali saya bercampur gaul dengan orang, saya belajar sesuatu, saya memperoleh sesuatu", kata beliau.

Katanya beliau tidak mempunyai rancangan buat masa ini untuk berkongsi pengalaman dengan menulis buku kerana beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharu beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Taib, yang akan meletak jawatan sebagai ketua menteri esok dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu pada Sabtu.

"Ini bukan masanya bagi saya untuk menulis sesuatu dahulu. Saya mahu melihat keadaan dari luar kaca mata ketua menteri," kata beliau.

Selepas bersara, Taib memberitahu Bernama beliau perlu membuat penyesuaian diri dalam kehidupannya selepas begitu lama menjadi pemimpin politik.

Taib berharap peranan baharunya akan membolehkan beliau melawat ke seluruh Sarawak untuk berdialog dan bercampur dengan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana bukan berbaur politik.

"(Selepas mengundur diri sebagai Ketua Menteri), saya mahu menjadi rakyat Sarawak yang sebenar dan berasa bebas seperti personaliti rakyat Sarawak (daripada) hanya (dikenali sebagai) ahli politik Sarawak," kata beliau. - Bernama.

KES SAMAN TGHA RM2 JUTA .... DSAI AKAN UMUMKAN KEPUTUSAN KEADILAN CAPAI KATA SEPAKAT.




KUALA TERENGGANU – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kata sepakat yang dicapai PKR Terengganu berhubung isu saman yang diambil bekas calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu semalam, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta Pas Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Ahad lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Ketika ditanya kenapa baru sekarang PKR Terengganu mengambil inisiatif mencapai kata sepakat berhubung isu saman terhadap Abdul Hadi, Azan menjelaskan baik di peringkat negeri atau Pusat, PKR melihat perkara tersebut sebagai tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.

Tanpa campur tangan parti katanya, PKR turut membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan autokrasi dalam pengurusan parti, sebaliknya menghormati pandangan pendirian peribadi ahli dalam isu mahkamah tersebut.

Tidak menolak bahawa PKR Terengganu patut mengambil tindakan lebih awal, Azan bagaimanapun percaya pengumuman tersebut kelak akan memperkuatkan pengukuhan kerjasama dalam PR di setiap peringkat terutama Terengganu.

“Kedua-dua pihak juga (Pas dan PKR) menganggap kedudukan ini sama (berlandaskan peribadi) maka setelah berlakunya pengisytiharan (penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi) beberapa hari lepas, kita merasakan perkara ini patut kita uruskan dari awal,” katanya.

Sementara itu, Azan turut melihat isu tersebut tidak akan sesekali memberi kesan kepada PRK Dun Kajang ataupun mempengaruhi kedudukan calon PKR di kerusi N25 itu.

MAHKAMAH TINGGI MEMERINTAHKAN PAPAGOMO BAYAR RM800,000 TIDAK TERMASUK KOS KEPADA DSAI KERANA MEMFITNAH!!!

Papa Gomo telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini supaya membayar RM800,000 tidak termasuk kos kepada DSAI kerana didapati bersalah memfitnah DSAI dalam isu video seks.

Apabila keputusan dibacakan air muka Papa Gomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris terus pucat lesi sambil berkata da bukannya papagomo.
Hakim Rosilah Yop membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan mengarahkan defendan membayar ganti rugi kos sebanyak RM50,000.

Wan Azri diwakil oleh peguam Jasbeer Singh manakala Anwar diwakili oleh peguam N.Surendran dan Latheefa Koya.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya juga turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.
Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Pada 21 Mac tahun lalu, Dato Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Papa Gomo @ Wan Muhammad Azri bin Wan Deris.

Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah, pada 16 Mac tahun lalu defenden dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Pergh!!!! Itu hari bukan main kencang lancang mulut cabar DSAI supaya saman dirinya .. bila saman terus menikus lari lintang pungkang enggan mengaku dirinya Papa Gomo ... Nah sekarang sudah 2 Mahkamah Tinggi mengesahkan dirinya adalah Papa Gomo .. sebelum ini Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Mahkamah Tinggi juga mengesahkan yang papa Gomo ini kaki fitnah .. Nak tengok apa kah ada macai-macai UMNO mau membela sampai sanggup bergadai bergolok nak bantu dan pertahankan Papa Gomo?????

Itu hari Mahkamah Tinggi Kota Bharu arahkan si papa Gomo bayar RM550,000 kepada seorang ahli perniagaan kerana memfitnah juga .. campur dengan RM800,000 dan kos RM50,000 sudah menjadi RM1.4 juta .. itu tidak termasuk upah guaman kepada kedua dua kes tersebut.

(4 GAMBAR) SUASANA KULIAH PAGI JUMAAT BERSAMA YAB DATO' MENTERI BESAR KELANTAN.



LOKASI:  Medan Ilmu Kota Bharu, Kelantan.

TARIKH/WAKTU:-   28hb Februari 2014 hari Jumaat Jam 9.30 pagi

PROGRAM:-  Kuliah pagi Jumaat bersama Dato' Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Hj Ahmad bin Yaakob

Thursday, 27 February 2014

(5 GAMBAR) EXCO PEMUDA UMNO KUALA NERUS, TERENGGANU MAUT DALAM NAHAS DILEBUHRAYA PANTAI TIMUR.



Exco Pemuda Umno bahagian Kuala Nerus, Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar, 41, terbunuh dalam nahas apabila kereta yang dipandu rakannya terbabas di Km 240.5 Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke arah Jabor, Terengganu tengah hari Khamis.

Rakannya itu Kamal Rahaidi Abdul Halim, 41, dilaporkan parah.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

“Kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan, kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh tebing bukit.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan terbabit,” katanya kepada Bernama.

Syed Hafizuddin yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Zainalabidin berkata mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala Ahmad Rahaidi turut dirawat di situ.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa hujan lebat. -BERNAMA


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ...SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN .. AL-FATIHAH.

HANCUR LUHUR HATI UMNO APABILA BACA KISAH INI .... PRESIDEN PAS AKAN TURUN KE KAJANG MALAM ESOK UNTUK LANCARKAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA PAKATAN RAKYAT!!!


Hasrat UMNO/BN mau melihat kesatuan dan kesepakatan dalam gagasan Pakatan Rakyat pecah hampa sekali apabila Dato' Seri Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kajang malam esok untuk lancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat.

Isu saman RM2juta yang di gembar gemburkan seolah-olah berlaku pergeseran besar antara PAS/KEADILAN tidak lebih dari hembusan nafas dalam cawan.


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan akan turun ke Taman Mesra, Kajang pada malam esok.

Beliau dijangka akan melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat di Padang Rekreasi Taman Mesra pada jam 9 malam.

Menurut Pengarah PRK PAS Kajang Dr Hatta Ramli barisan pemuda adalah pemangkin bagi menentukan sokongan pengundi muda dalam satu-satunya pilihan raya.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang dihubungi berkata, pihaknya akan menurunkan jentera bagi membantu pilihan raya kecil Kajang.

"Kami akan turun pada 28 Febuari ini melancarkan jentera Pemuda Pakatan Rakyat dan akan menyediakan jentera untuk berkempen," katanya.

PRK Kajang berlaku ekoran perletakan jawatan oleh Adun Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Ekoran itu, Majlis Pimpinan Selangor telah memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut, manakala BN telah memilih calon wanita daripada MCA Chew Mei Fun bagi mencabar Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian manakala 11 Mac ini hari penamaan calon.

JENTERA UMNO/BN HINA DAN DERHAKA TITAH SULTAN DENGAN GUNAKAN SURAU UNTUK TUJUAN POLITIK SAMBIL MEMBAWA CALON DARI MCA.



SHAH ALAM 17 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

Titah baginda, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat 26 buah masjid dan surau di Selangor masih lagi membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik di adakan.


Keadaan itu, titah baginda, sekali gus melanggar arahan serta larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.


"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan ummah dalam kalangan masyarakat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130317/dn_47/Sultan-Selangor-dukacita-masjid-surau-masih-benarkan-ceramah-politik#ixzz2uV41HgnQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

“Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.

“Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.

“... Dan Khalid sebagai Menteri Besar patut tahu arahan ini dan wajar menasihatkan Anwar jangan berkempen di masjid atau surau kerana tiada tauliah.

“Jika Anwar yang ingin bersultan dihati, teruskanlah kempen di masjid-masjid dan surau,” bidas laman portal BNBBC lagi.

Bagaimanapun segala kritikan dan ‘pantang’ BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang. Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang  pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang – lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik.

Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun  turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.

Muhyiddin ketika berucap berkata, BN mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai PRK Kajang.

Menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.

“ Saya sedar kita bertanding sebagai underdog tapi semangat kita dan kesungguhan semua peringkat, mudah mudahan kita dapat sokongan. Apa pun masalah di sini tak jadi masalah. Kita akan lihat perkara itu. Kita akan bantu. Kita kena selesaikan tugas kita untuk berjaya di PRK ini,” katanya ketika berucap di laman futsal Surau Al-Falah.  

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewarwarkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai ‘jeneral’ BN bagi PRK Dun Kajang

KATA DULANG PAKU SERPIH .

1,000 SOLAT HAJAT ISTISQA' MOHON HUJAN BAGI AKHIRI MUSIM PANAS KERING.



SHAH ALAM 27 FEB : Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi ini diiringi tangisan air mata hadirin saat mengaminkan doa memohon hujan yang dibacakan Ustaz Nazmi Abdul Karim.

Tidak kurang juga yang kelihatan begitu khusyuk dan bersungguh-sungguh saat menunaikan solat hajat Istisqa’ yang diketuai Imam Masjid Negeri, Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani.

Seorang eksekutif, Zulkefli Nani 45, menyifatkan kehadiran beliau bersama anggota keluarga yang lain merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai warga Selangor.

“Walaupun di tempat tinggal saya di Seksyen 7 masih terselamat tanpa penjadualan air dan masalah lain, namun saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama.

“Lebih-lebih saya sendiri lihat bagaimana peritnya mereka yang mengalami masalah bekalan air selama beberapa minggu ini,” katanya yang turut menganggotai badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care.

Hampir 1, 000 hadirin memenuhi ruang dataran bagi menunaikan solat hajat Istisqa’ yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

Majlis solat hajat berkenaan turut disertai Exco Negeri, Dr. Halimah Ali, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Halimah berkata jika cuaca panas dan kering berterusan serta menyebabkan keadaan bertambah kritikal, solat hajat Istisqa’ kemungkinan akan dianjurkan di kawasan empangan.

“Kita juga melibatkan pelajar tahfiz, semoga dengan berkat doa mereka ini mudah diperkenankan Allah bagi membantu kita semua menghadapi keadaan seperti sekarang,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya terputus bekalan air dan tekanan rendah disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.

Pada 24 Februari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan program penjadualan air di seluruh Selangor bagi memastikan bekalan air berterusan.
.. selangorkini

BETULKAH TAHUN DEPAN PENERIMA BR1M AKAN MELONJAK NAIK SEBANYAK RM300 MENJADIKAN RM950??????



Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.

Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)  juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.

"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.

Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara. - MalaysiaGazette

PRK KAJANG ... CERAMAH UMNO/BN DI SG KANTAN, KAJANG MALAM TADI GRED SUAM-SUAM KUKU.


BIAR GAMBAR BERBICARA  .. cakap banyak pun tak guna.

Malam tadi UMNO/BN telah mengempur Sg Kantan, Kajang berceramah untuk calonnya dari MCA Chew Mei Fun.

Penceramah utamanya ialah Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian yang beritahu satu dunia masternya dia dapat CGPA 3.85.

Kehadiran dari penduduk tempatan amat mengecewakan sekali walaupun disediakan minuman dan makanan... majoriti yang hadir adalah para petugas parti yang di angkut serata negeri Selangor.

Macam mana rakyat nak datang dengar .. isi ceramahnya malam tadi ialah walaupun PR menang 3 negeri tapi negeri-negeri tersebut tidak pula diturunkan harga minyak.

Ini dinamakan pemimpin bebal menyebabkan rakyat dengar naik mual.


TAHNIAH!!! ... ADAKAH MURID INI BAKAL MEMIMPIN UMNO SUATU HARI NANTI ???????



Jika diikutkan kepada murid ini menjawab semua soalah yang di ajukan .. maka beliau berpotensi besar antara calon yang paling layak untuk memimpin UMNO masa akan datang??????

Wednesday, 26 February 2014

GAMBAR BUNG MOKHTAR SEDANG BERJUDI ... DIA JAWAB DALAM TWITTER SEBENARNYA DIA SEDANG MINUM KOPI.


Apabila rakaman gambar Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Mokhtar dikatakan sedang berjudi berlegar ligat di alam maya maka beliau dalam laman sosial akaun twitter memberitahu bahawa beliau bukannya berjudi tetapi sedang menikmati minuman kopi.

Ini jawapannya apabila di tanya . MyKinabatangan Bung Muktar DiMeja Judi .... ? Gambar ini berlegar di media sosial dan menjadi VIRAL pa ...

" eh gambar mcm duduk2 minum kopi aja."

Sama ada rakyat nak percaya atau tidak .. terpulanglah .. Kalau begini punya gred dan mutu jawapan yang diberikan maka sahlah beliau cuba nak hina kebijaksanaan rakyat melihat, berfikir dan menilai.


BILA KRISIS AIR DI SELANGOR SEMAKIN TENAT MERUNCING BARULAH PUTRAJAYA SETUJU SERAHKAN TADBIR URUS AIR BERSIH DI NEGERI SELANGOR KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR!!!!!!



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. -selangkorku




INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...