Monday 24 February 2014
SURAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MENANGGUHKAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).
Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan pada Ahad berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.
Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.
KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.
Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.
"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Aku belajar2 rajin2 buat solat hajat masa nak ambil spm last2 berjaya buat degree tapi bila grad susah dapat keja bila dikaji balik ini sebabnya,
ReplyDeleteKawan aku bodo, dari upsr sampai spm cabok x pernah skor, tapi dia kerja dgn kerajaan, apabila dasar kerajaan berubah, kawan aku boleh ambil degree WTF???
Bila dapat first degree dia apply jawatan lebih tinggi, syukur pada tuhan Allah x dpt, tpi dia mula bising mempersoalkan, knp jawatan tggi diberikan kpd kami graduate???
Aku nak tanya, adilkah? Apa perasaan kami yg belajar bersungguh sungguh dulu? So pru mmg ak xkan undi bn.. bye2, sbb bn lacurkan degree.
Skorer kecewa,PR kembalikan maruah degree-berasaskan kepandaian!
aku dah agak geng KPLI akan meroyan... apply PTD la bro... lagi mau kecoh...
Deletecikgu dari geng KPLI ni bukan berjiwa cikgu... hanya terpaksa sebab tak dapat kerja lain... kemudian mulalah nak dibanding2 dengan skim PTD dan sbgnya... dah sapa suruh awak nak jadi cikgu... hanya mereka yang amik course pendidikan sahaja mereka ni dari awal lagi dah bersedia jadi guru... yang KPLI tu nak duit aja... sebab tiada pilihan... anak murid wat salah sikit mulalah nak meroyan... haprak betul geng cikgu KPLI ni...
ReplyDeleteTakat minat menyanyi tapi sora mcm kaldai xdpt hasilkan album yg baik pon.
Deletekorang bertiga kat atas ni bongok betul...!
Deleteni bukan pasal kpli ke..cikgu diploma ke...bukan pasal jawatan
guru...BONGOK betul korang 3 !!
ni pasal nak citer kelemahan sistem PBS dan langkah kerajaan yang tidak tetap pendirian...selalu berubah..
Korang Ber - 3 la ngok nak salahkan sesama sendiri ..
korang fikir la sendiri ..
kita menyokong untuk pembaharuan ddan penambahbaikan dalam sistem -
bukan nak salahkan sesama pembaca blog ni ..
betul tu tanpa nama... geng KPLI ni mereka tiada skill nak mengajar... bayangkan dari bidang profesional tiba2 takdapat kerja nak balik ke sekolah melayan karenah anak bangsa... aduhhh tensionnya.. tolonglah geng KPLI hanya kerana kamu orang hilang hormat pada profesion perguruan...
Deletesegelintir guru dari puak KPLI inilah yang telah menjejaskan imej guru2 yang benar mahu berkhidmat untuk bangsa dan agama.. yang tau merungut sana sini... itu tak kena ini tak kena..lu pun jadi cikgu separuh hati itu sebab lu meroyan sana sini...
ReplyDeletelu bangang la bro ayat meroyan kau ni..
Deletecuma keluarkan fakta sikit .. bukan gebang je lebih ..
kau ni la nak jatuhkan maruah kerjaya orang lain..
fakta apanya bro cikgu KPLI... lu terperangkap dalam kerjaya cikgu... gua nasihat lu berenti kerja cari kerja yang lu minat... tak payah nak seksa diri lagi... ahhh tension melayan anak murid ni.. tanya banyak pulak... aku lempang kang.... memekak la korang ni... aku terajang kang... tensionnya aku jadi cikgu.......... KPLI....
Deletebodoh la bro ... kau ni guru kpli kan?
Deleteha..ha..
aku kerja sawah padi je ... lain macam ko cikgu diploma dan degree yang penuh hasad dengki satu dgn lain ...
ha..ha..berenti la..beri peluang orang lain pula
Satu hari 15 tahun kemudian,
ReplyDeleteAzeman: cikgu, cikgu, cikgu
C. Suhaimie: eh azeman dari kelas 6C kan, dah besaq hang no, la ni jadi apa?
Azeman: sya ikut jejak langkah cikgu la, belajaq x pandai masok maktab jadi cikgu nak didik anak bangsa jadi pandai.
C. Suhaimie: baguih la azeman, cikgu dulu pun luluih lukisa ja, la ada degree tima kasih najis.
Azeman: itulah yg sya cuba terapkan kpd murid2 sya cikgu, buat apa belajaq rajin2 buat rugi dpt 1A sudah la kan cikgu.
C. Suhaimie: btui tu azeman.
Pk pk kan lah wahai ibubapa
sudahlah geng cikgu KPLI oi... jangan berhasad dengki sangat dengan rezeki orang lain... cuba lu check diri sebab apa lu interview tak dapat... akhirnya masuk KPLI... bersyukurlah pada mereka yang ada degree tapi langsung menganggur atau masuk level bawah sahaja... Pk pk kan lah wahai cikgu KPLI...
DeleteNk heran ape,ari ni ckp lain,esok ckp lain..bn kn mmg cmni!!
ReplyDeletePELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).
Deletemintaklah omakkau cerita sikit apa buruknya .... menatang apa PBS ni... hahahahaha.... omakkau lu tau ke??? cerciter sikit... anon 10:55 lu tau ke????? sembang macam kat kedai kopi... sampai ke Amerika disembangnya... padahal kosong...
omakkau...
Deletetak tahu tanyo dulu
jangan goma memandai-mandai...
baca surat tu betul2.
ReplyDeletebukan penangguhan PBS tapi...
penangguhan taklimat PBS jer
Cgu cikgi kena tipu lagi ha...ha...ha...
ReplyDeletetipu camana tu??? sila jelaskan..
DeleteKburukan PBS:
Delete1. kena masuk data online. Tapi aplikasi hancur.
2. eviden utk satu subjek mencecah sampai beratus2 (korang bukan tau pun apa makna eviden)
3. cikgu cuma ada masa 3 waktu seminggu. Sebulan??? Setahun??? bolehkah nak habiskan beratus2 eviden tu.
4. cikgu nak kejar masa utk habiskan soalan berdasarkan eviden. Budak hanyut dia punya pasal lah asalkan semua eviden aku habis. Cuba tanya balik tajuk pertama yg anak ko dah belajar. Dia boleh ingat lagi tak?? Sebab...tujuan belajar cuma nak lulus masa tu aje...
5. Fail????? beribu2 fail ada kat sekolah dan semuanya kerana PBS. Nak jimat duit kertas dan fail??? mintak tolong la beb...tambah ade laaa
6. Maksimum ,mesti lulus band 3. Abis tu kalu budah bangang sebangang2nya, ko nak bagi band 3????? Kita letak aje laaa. Tak letak kang banyak pulak lembaga....
7. ko ingat pbs tu adil ker? kalu anak aku sekolah tempat aku ajar, semuA subjek kawan2 aku bagi band 6 kat anak aku. Kat anak macai, anak macai2...mintak mahaf laaa. Adil ker?
8. budak ni selalu tolong aku..tak kan aku nak bagi band 3...paling kurang pun band 5. tak gitu...
9. dia bangsa aku jugak. apa salahnya tolong bangsa. satu bangsa satu agama tak kan tak boleh tolon...aku bagi band 6 laa
10. pengetua/ guru besar: esok key in harmis, lusa key in saps, tulat key in bla bla bla. Jangan tak key in PBS pulak, dead line minggu depan. Eviden 78 kenapa cikgu tak siapkan????? (Pukimak betol)
11. Apa yang berubahnya PBS niiii????? budak kena duduk periksa hujung tahun jugak. BM, BI, BC, Mat, Sn semua kena periksa jugak. Kan elok klu semua mata pelajaran bagi sekali periksa macam dulu, tak payah2 susah nak buat PBS....
12. Dulu kata nak kurangkan beban guru.....errrr sejaK najib menteri pelajaran... kurang beban tugas kepala buto laaaa. bertambah2, bertubi2.... PBS tu kurangkan beban guru ker tambah beban guru. Pelan pembangunan pendidikan nak kurangkan beban guru/ nak naikkan martabat guru????? lucu laaa, lawak2.....
13. rakyat suka/ sokong PBS......ni rakyat yang tak baca. rakyat yang tak sekolah. rakyat yg bila ada PIBG tak nak datang.....
14. cuba korang tengok anak korang..sejak PBS ni diperkenalkan, anak korang makin rajin ulangkaji kat rumah atau makin malas nak belajar masa kat rumah???? cuba korang tanya anak korang...ada kerja rumah...? cikgu dah buat kat sekolah. Korang tau buat apa kat sekolah? Tu maknanya cikgu buat PBS....sampai tak sempat nak bagi kerja rumah!!!!
15. Yang peliknya...tingkatan 4 dan tingkatan 5/ SPM nanti balik semula macam kaedah peperiksaan lama jugak.......kenapa tak teruskan sampai SPM sekali????? sbb penilaian pbs tak standard utk memilih budak utk ke universiti...
kalau cerita lebih2 pun tak ada pekdah....aku aje yang rasa sebab terpaksa teman bini aku key in gred sampai pukul 5 pagi. Dulu masa mula kawin, masa tak ada pbs tak ada pulak kerja gila macam nihh. Sekarang ni kalu ajak pergi melancong ker, berkelah ker..... bahan PBS jugak yang dia bawak.... memang cilaka PBS ni sbb kerana PBS la kemesraan anak kepada emak yg kerja guru semakin renggang apabila emak bawak bahan PBS sampai ke rumah...
CUBA SURUH MENTERI AJAR PBS DALAM SEBULAN....RASANYA MENTERI TAK SEMPAT NAK MASUK PARLIMEN UTK BERSIDANG SEBAB SIBUK TANDA BAHAN PBS MURID...
heh heh heh
no 14...... macam lawak jek suh mak bapak tanye anak pasal kerja rumah...
Deletemak bapak ler ni smer letak anak 100% kepada sekolah (pinjam kata-kata GB skolah anak aku masa temu murni minggu lepas)
bila anak bodo kata cikgu tak reti ajar.... kalau anak bijak kata genetik/keturunan atau sebab masuk tusyen....
jiran aku... cikgu sekolah menengah... malam2 hantar anak g tusyen padahal anak baru darjah 5... apa kejadah g hantar anak tusyen... kan dia cikgu... tak bleh ajar sendiri ker???
sistem pendidikan mencakupi sistem penerimaan masyarakat perlu diubah... asal anak dapat straight A's kira pandai...kalau yang tak der A's tu BODOH ker??? yang straight A's tu aku ingat kalau suruh masak nasi belum tentu LULUS apatah lagi nak cemerlang...
PBS - pandai bodo sama.... amik sistem tah dari negara yahudi mana pon aku tak tahu... apply kat anak2 kita... eh nak tanye lah pada sesiapa yang tahu.. negara yahudi si israel tu guna tak sistem bdo nih?????
dengar kata negara kita rangking no 2 dari bawah dalam pendidikan... dengan pelbagai perubahan sistem yang konon2 nya bagus sangat.... kenapa tak undur balik je ke belakang... guna sistem lama... masa guna sitem lama dulu no berapa kedudukan negara kita??? aku tak pasti tp yang aku pasti tidak lah dalam kalangan yang tercorot kan??
menteri ajar PBS sebulan??? kamal nathan kata dia test dah sistem sppbs.. humangaihhh sorang budak bleh amik masa 2 minit tu nak masuk data... bila dia masuk? bagaimana dia masuk? login sapa dia masuk...bila masa plak dia ada anak murid... bukan ker data tu guru subjek jek buleh wat masuk... SU pep pon tak bleh wat masuk.. nih kan pulak kamalnathan yang tak punya akaun pbs... masuk plak time2 sistem tengak tergendala.... sistem offline ker???? sistem offline pon amik masa 2 minit??? mak oii kalau sistem online mau 2 jam sorang pelajar......
banyak sangat ker eviden??? eh mana banyak.... aku kira2 satu subjek ada lebih kurang 90 eviden jer... mana banyak tu... subjek baru ada 11-12 subjek jek.... 90*11=990.... ala baru sorang budak.... tak banyak... SMK BINTULU (kalau kenal la) ada tambah tolak 1000 orang pelajar tuntuk tingkatan SATU SAHAJA!!!!! tingkatan 2 dan 3 lebih kurang tu jugak....
bantah PBS 222 baru2 tak ramai pon cikgu turun... eh turun sapa kata tak turun... cuma turun sambil berselindung bawah pokok jauh dari kelompok yang berani itu... takot maaa... kang PPD/JPN nampak mau kena tukar sekolah kang....kan ada 400k guru kata malaysia ni.... tak kan setakat 100-500 orang jek turun... betul lah tu... 400K tapi yang terlibat dengan PBS ni guru2 form 1-3 + darjah 1-4... guru yang mengajar upper 6... spm... mana amik kesah.. pasal tak kena batang hidung sendiri... tu belom masuk lagi guru2 pemalas yang melobi kerja di PPD dan JPN dan KPM... (termasuk pengetua/GB yang tak mengajar)
Tangguh pelaksanaan ke? Aku baca surat tu mcm tangguh taklimat bengkel jek..laksana tetap laksana.. wahai guru... jangan bughah... korang kan balaci merangkap hamba abdi kera-jaan bn.... degung degang sana sini time undi pangkah bn jugak.... sembang bagai nak rak bn jugak korang pilih.. talam lapan muka...
ReplyDeletesekolah aku tu ada sorang guru kpli... malas nak mampos... hinggaq satu skolah ngata ke dia.. terutama pengurusan... bila ada guru upsi masuk... sama pemalas macam guru kpli tu... senyap jek.. tak berbunyi pon..
ReplyDeletekamon laa... masalah sini bukan kpli atau maktab/IPG... nih masalah masa depan anak2 kita...
masalah antara kpli vs guru maktab/ipg tu masalah atitude...masalah personal... tak der kena mengena dengan kursus apa dia amik... ada lagi lah cikgu-cikgu yang bodoh macam ni...
PBS DIBENCI KERANA MASYARAKAT TELAH DIZOMBIKAN DENGAN PEPERIKSAAN.
ReplyDeleteSaya adalah seorang manusia yang tidak bersetuju langsung dinilai oleh masyarakat melalui peperiksaan. Saya adalah seorang manusia yang membantah sistem dimana menilai manusia itu pandai atau bodoh melalui satu sistem peperiksaan yang dipusatkan. Saya benci mak ayah menilai anaknya dengan berapa A yang dia dapat dalam UPSR. Berapa A yang dia dapat dalam PMR. Dan berapa A yang anaknya dapat dalam SPM.
Jika seketul manusia itu, mendapat semua D dalam SPMnya, ketika ini, dalam suasana masyarakat Malaysia ini, dengan sekelip mata akan beranggapan sektul manusia itu adalah insan yang bodoh.
Kerana masyarakat dan institusi manusia menganggap orang itu bodoh, maka si seketul manusia yang dianggap bodoh kerana dapat semua D dalam SPMnya akan diberi satu landasan kehidupan jalan seorang yang bodoh.
Disebabkan D nya itu dalam SPM, maka institusi manusia tidak membenarkan beliau memasuki IPT. Beliau tidak dibenarkan untuk menjuruskan dirinya untuk mendapat peluang mencari ilmu di menara gading sehingga ke tahap PhD dan doktorate.
Semuanya kerana SPMnya D.
Maka, jika saya olahkan cerita, seketul manusia itu, mendapat semua D dalam SPMnya, kerana ibubapanya baru meninggal sehari dua sebelum SPM, dan membuatkan dirinya dalam kesedihan yang melampau sehingga tidak mampu untuk menjawab soalan SPMnya dengan betul, apa pula reaksi dan penilaian anda?
Kemudian, apabila dirujuk kepada para gurunya, bahawa beliau itu sebenarnya adalah seorang pelajar yang inovatif, baik, berdisiplin, hanya kerana peristiwa kematian ibubapanya menyebabkan dia gagal dalam SPMnya, apakah pula penialaian anda?
Apabila masyarakat sudah dibentuk selama berdekad-dekad dengan menilai seseorang melalui UPSRnya, PMRnya dan SPMnya, maka SUDAH PASTI, sistem PBS, adalah satu sistem yang tidak akan difahami oleh mereka SELAMA-LAMANYA. Ibubapa tidak akan memahaminya, kerana mereka tidak pernah melalui sistem tanpa penilaian. Guru-guru, lagilah tidak boleh memahami, kerana menilai anak muridnya adalah sama diantara murid pandai dan murid bodoh.
Isu sekarang adalah, masyarakat Malaysia telah rela menjadi masyarakat zombi. Dizombikan dengan peperiksaan. Dizombikan dengan menganggap, sempadan pandai dan bodoh adalah markah dalam peperiksaan itu.
Jika 90%, maka dia pandai, walau dia meniru jawapan. Jika 30%, dia bodoh, walau dirinya menjawab pada dasar apa yang dia percayai.
Korang semua faham tidak apa yang saya maksudkan menjawab pada dasar apa yang dia percayai?
Jika satu soalan peperiksaan Sejarah, bertanyakan soalan, Siapakah perdana Menteri Malaysia Kedua? lalu dijawab oleh murid itu, PM Malaysia kedua adalah Tun Hussein Onn, maka, apakah anda rasa jawapannya betul atau salah?
Jika ianya soalan PMR, pasti dapat markah kosong. Atau Bodoh. Namun, jika anggapan pelajar itu, Tun Razak bukannya PM, tetapi adalah pengerusi Mageran, maka, agaknya, betul atau tidak jawapan itu.
Jika dalam sistem PBS, cikgu itu sendiri boleh menilai murid tadi. Bukannya skema jawapan. Cikgu akan bertanya soalan yang sama, dan murid akan menjawab Tun Hussein Onn. Dan guru tadi boleh bertanya lagi, kenapa anda jawab begitu?
Bermaksud, cikgu itu telah memberi satu peluang untuk anak muridnya mencambahkan buah fikirannya menjadi lebih kembang dan segar.
Tidak mahukah kamu menginginkan seorang seketul manusia yang begitu?
http://ibnmustaffa.blogspot.com/2014/02/pbs-dibenci-kerana-masyarakat-telah.html?m=1
enti yang menarik... cuma satu jek nak tanye.. kalau dah peperiksaan itu satu wabak zombi, kenapa dalam PBS itu sendiri ada peperiksaan? cuma tidak dipanggil peperiksaan sebaliknya pantaksiran pusat... walhal sebenarnya memang peperiksaan pon..
Delete