Friday 21 February 2014

PRK KAJANG .. AHLI-AHLI UMNO SUDAH MULA TUKAR ARAH MENYOKONG DSAI?????



Walaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Penyokong Umno semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.

Kehadiran ramai ahli Umno yang memilih untuk terus mendengar Anwar semasa perjumpaan ini memberi manfaat kepada matlamat PKR bagi mengekalkan kerusi itu, kata seorang daripada pengurus kempen Anwar, Mohd Yahya Saari.

"Kami agak terkejut mereka benar-benar datang dan mereka menunggu hingga  akhir bagi mendengar Anwar berucap," kata Yahya, yang juga ketua bilik gerakan PRK Kajang.

Walaupun Kajang dianggap kubu PKR – parti itu memenanginya dengan majoriti 6,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 – kebanyakan sokongan adalah daripada masyarakat Cina di kawasan ini.

PKR cuba menarik lebih ramai pengundi Melayu yang terdiri daripada pekerja kelas pertengahan yang cukup penting bagi memenangi kuasa di peringkat persekutuan.

Dalam usaha memecahkan pengaruh Umno ke atas jiwa Melayu Islam, ia perlu meyakinkan lebih ramai golongan ini untuk menerima agenda asas yang memenuhi keperluan asas masyarakat berbilang kaum sebagai agenda utama.

Lawatan Anwar ke kampung-kampung Melayu dan kawasan perumahan di Batu 10 Cheras dan Kampung Sungai Kantan di kawasan itu juga sesuai dengan apa yang dimaksudkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu temu bual lepas.

Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor secara keseluruhannya, perlu mengajak orang Melayu Islam menentang provokasi kaum dan agama semasa penggal kedua memerintah negeri ini.

Sebagai contoh, Umno Selangor melakukan “road show” di seluruh negeri bagi mendapatkan sokongan terhadap pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Perhubungan antara aktivis PKR dengan penyokong Umno kata Mohd Yahya, menunjukkan kebimbangan mengenai kecenderungan Umno terhadap parti ultra-konservatif.

"Mereka nampaknya agak terganggu bagaimana Umno boleh berfikiran sempit. Mereka berasa parti itu seolah-olah hanya mengambil berat orang Melayu dan bukan seperti sebelumnya yang dilihat lebih terbuka kepada semua masyarakat," kata Mohd Yahya.

Bagaimanapun, ahli akademik dari Universiti Malaya, Datuk Prof Mohammad Redzuan Othman memberi amaran sebaliknya terhadap kehadiran beberapa penyokong Umno di program Anwar sebagai tanda-tanda akan berlaku perubahan terhadap pengundi Melayu Islam di Kajang.

Menurut kaji selidik oleh pasukan penyelidikan Redzuan, sokongan keseluruhan bagi BN dan Pakatan kekal sama sejak pilihan raya umum tahun lepas.

"Mungkin akan ada 2-3%  anjakan penyokong tetapi ia bukanlah satu gelombang besar," kata Redzuan yang juga pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Dalam kaji selidik terbaru Umcedel di kawasan Kajang, 69% daripada responden berpendapat kenaikan kos sara hidup akan memacu sokongan terhadap Pakatan.

Bilangan tertinggi pengundi yang menyokong ini terdiri daripada kakitangan kerajaan, dengan 79% mengatakan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan akan memberi kelebihan undi kepada Pakatan.

Pada masa yang sama 60% pengundi Melayu Islam di Kajang berasa isu Allah tidak akan membawa kepada lebih banyak sokongan kepada BN dan Umno dalam PRK itu.

PRK itu bakal diadakan berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba Adun Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR.

PKR mengaku bahawa peletakan jawatan Lee dan PRK itu adalah satu rancangan teliti yang dikenali "Langkah Kajang" oleh perancangnya bagi membolehkan Anwar memasuki kerajaan Selangor.

Kedua-dua pihak, parti dan Anwar jelas menunjukkan ia bertujuan untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum lepas, Lee mendapat 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan calon MCA daripada BN, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi manakala Mohamad Ismail daripada Berjasa mendapat 1,014 undi
.

14 comments:

  1. dalam blog omakkau ni pun ada ahli UMNO... apakah mereka menyokong omakkau????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kat blog ni jenis macai tegar. Bg macai tegar umno, kepercayaan terhadap umno dah jadi pegangan yg akan di bawa sampai ke dlm kubor. Jenis macam ni memang dah tak boleh ditolong. Hati dah keras macam batu. Letak selipar jepun wakil umno pun dia akan pangkah jugak. Tumpuan yg boleh ditolong ialah kaum muda, rakyat marhaen dan atas pagar. Yg macai sekor dua tu turn bior aje la dia terjun dgn labu-labunya.

      Delete
  2. Patutlah bila gua buka Omakkau ada bau yg amat busuk lg membusukkan..rupanya belambak pencacai umno ada kt sini.... har har har

    ReplyDelete
  3. Kalau centu sapo yg ambil br1m penyokong umno la.....banggang n bahlol tul puak pkr ni berfikiq....bodoh bekilo kilo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bg jangan tolak. Tolak kang kecik hati pulak. Kita bukan mintak pun.... Dia yg nak bagi. Org bg free klu tak ambik Kira bodo laaa.....
      Ambik tetap ambik, pangkah tetap prx

      Delete
  4. ye ke Umno dah sokong PKR?..dan jgn lupa PAS terutama Unit AMalnya pun mula beralih sokongan.hiihihi

    ReplyDelete
  5. br1m tu, tax payer money. perlu dibetulkan! bukan duit ameno!

    ReplyDelete
  6. Ya betul tu hanya macai umnongok dan bebal masih bodoh dan dungu

    ReplyDelete
  7. Panggil banggang marah tp bahlul....ekau dpt duit...then bg pado anak kau....duit tu ekau panggil duit ekau x pulak kau panggil duit bos....buduh berkilo kilo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rase ko yg bodoh bertan-tan...ko punyer contoh pun menunjukkan minda ko ditahap mane...mmg la duittu tak dipanggil duit bos sebab ko dah menukarkan tenaga kerja ko dan hasilnya ko dot la gaji tu...la nie duit br1m tu kuar dr poket Najib ke?! Tak pun Kak Semah gadai cincin die buat bg br1m..?! Duit br1m hasil dr cukai dan perbendaharaan Negara... bukannya duit umNO!!!!

      Delete
    2. kalau bantuan RM100 warga emas duit LGE ke??? abis makcik2 pakcik2 yang ambik tu sokong DAP ke... ambik tetap ambik undi tetap BN....

      Delete
    3. Anon 15:31, so ape masalahnya?! Same lah kes ambik br1m tapi undi PR...suke ati depa lah nak undi sesapa...!! Ambik tetap ambik undi tetap PR......

      Delete
  8. Sebelum pru13 pun ramai hingga 2 3 puluh ribu yg pergi dengar ceramah. Tapi last2 BN juga yg menang.... horeeeeyyyy.....
    PR tak akan menang... asyik berebut jwatan.. berpecahbelah dng Pas dan Dapig tu.... heh..heh..

    ReplyDelete
  9. Namo omak kau sapo ha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...