Tuesday 30 September 2014

INILAH PEMIMPIN UMNO BERTARAF KETUA UMNO BAHAGIAN NEGERI SABAH YANG DI SIASAT OLEH SPRM KES PECAH AMANAH RM300 JUTA.



KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat untuk memberi keterangan berhubung kes berkaitan pecah amanah.

Bagaimanapun, Abdul Ghani, yang kini berada di Kota Kinabalu, enggan mengulas lanjut mengenai butiran panggilan berkenaan.

"Saya menerima panggilan daripada SPRM pada Rabu lepas semasa di Kuala Lumpur bersama anak saya. Saya juga menerima satu lagi panggilan pada petang hari yang sama yang meminta saya bertemu dengan mereka.

"Pada Jumaat, saya secara sukarela berjumpa SPRM di Kota Kinabalu," katanya ketika dipetik Bernama di sini hari ini.

Pada Selasa, sebuah akhbar di Sabah, Daily Express melaporkan seorang Ketua Bahagian UMNO di negeri itu ditahan SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis kerana terlibat dengan dakwaan pecah amanah melibatkan wang sehingga RM300 juta.

Bagaimanapun, Abdul Ghani menafikan ditahan, sebaliknya berkata beliau memberi kerjasama dan secara sukarela memberi kenyataan kepada pegawai SPRM berkenaan.

INILAH WAJAH-WAJAH PENGGODAM ATM YANG MENCURI HAMPIR RM3 JUTA YANG SEDANG DIBURU POLIS.



Pihak polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang telah menggodam dan mengeluarkan wang tunai dari ATM di cawangan yang dimiliki oleh Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Semalam, Polis Bukit Aman berjanji untuk membawa penggodam-penggodam yang telah mencuri kira-kira RM 3 juta dari ATM di tiga buah negeri di negara ini ke muka pengadilan.

Polis berkata, suspek telah menggodam mesin ATM dengan memasukkan sebuah cakera padat kedalam CD-ROM yang terdapat pada mesin ATM itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, siasatan awal terhadap kegiatan itu mendapati mereka menggodam mesin ATM dengan memasukkan CD yang mengandungi virus 'ulssm.exe'.

Penjenayah kemudiaannya akan mengeluarkan kesemua duit dari mesin ATM dengan memasukkan kod-kod tertentu, dipercayai dihantar oleh rakannya melalui telefon.

"PDRM sangat komited dalam menangani jenayah ini hingga ke akar umbi bagi memastikan keyakinan orang awam terhadap instituisi perbankan".

Selain itu, dia juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai jenayah itu untuk membantu polis dalam siasatan dengan menghubungai SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839", kata Datuk Seri Mortadza
.

AKHIRNYA PAPAGOMO KANTOI!!!! ... AKUI DIRINYA ADALAH BEKAS KONSTABLE POLIS TRAFIK YANG KENA PENJARA 14 HARI SEBAB KES RASUAH RM400 BUDAK PENAGIH DADAH TEGAR!!!



Sebelum ini beriya iya menafikan dirinya adalak konstable trafik Balai Polis Ampang R/F 142863 yang kena hukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 atas kesalahan meminta rasuah sebanyak RM400 dari seorang penagih dadah tegar.

Hari ini dalam afidavit bersumpahnya kepada Mahkamah Rayuan beliau mengakuinya secara bersumpah bahawa beliaulah individu berkenaan.

Alasannya ialah tidak mungkin dia Papagomo blogger lucah itu sebab ketika artikel m,engenai fitnah terhadap DSAI di paparkan di blognya dia masih merengkuk dalam penjara kerana kes rasuah.

Dia ingat dia bijak dengan memfailkan afidavit tersebut sebagai memperkenalkan bukti baru untuk menolak kes saman fitnah DSAI terhadap dirinya yang diarah bayar RM800,000 dengan kos.

Masih lagi ada macai-macai dan para pemimpin UMNO nak percayakan kata-kata penjenayah kes rasuah bekas banduan ni ke?

A CROOK IS ALWAYS A CROOK.

Wan Muhammad Azri Wan Deris, who has been identified as the blogger Papagomo, today failed in his application to introduce new evidence in his appeal in Anwar Ibrahim’s suit against him, in which he has been ordered to pay RM800,000.

This follows the Court of Appeal dismissing his application to introduce new evidence which included blog postings on the Papagomo website while he was serving a 14-day jail term in 2012.

The appellate court also dismissed Wan Muhammad Azri’s application to admit the same evidence in another suit filed by lawyer Syukri Razab.

Wan Muhammad Azri wanted to admit the evidence to show he is not the notorious blogger Papagomo.

Following this, Justice Alizatul Khair Othman ordered Wan Muhammad Azri to pay costs of RM500 each to Anwar and Syukri.

20 NEGARA PALING AMAN DI DUNIA.



Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.

Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.

1. Denmark

Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami.

Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.

Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.

Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.

Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.

2. Norway
Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang mencemarkan nama negara itu.

Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.

Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.

3. Singapura

Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan.

Sejak pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara.

Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.

4. Slovenia

Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.

Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah.

Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.

5. Sweden

Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah.

Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS).

6. Iceland

Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.

Ia jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.

Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.

Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.

7. Belgium

Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati.

Ibu negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mereka yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan.

Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.

8. Republik Czech
Republik Czech­ mencapai ke­mer­dekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia.

Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan.

Negara itu juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.

Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.

9. Switzerland

Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya.

Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.

Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.

Walaupun Switzerland sering mengambil pen­dekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.

10. Japan

Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.

Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.

Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.

11. Ireland

Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia.

Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.

12. Finland
Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.

Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.

Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.

13. New Zealand
Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.

Dengan peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ke­tenteraan terhad, hu­bungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami.

Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.

14. Kanada

Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.

Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.

Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan.

15. Austria
Terletak di Eropah Te­ngah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.

Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.

Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan seperti Vienna.

16. Bhutan
GPI 2013 turut me­nyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.

Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1.

Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah.

Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.

Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.

17. Australia
Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.

Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.

Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.

Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.

Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.

Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.

18. Portugal
Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.

Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.

19. Qatar

Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.

Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.

Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.

Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.

20. Mauritius
Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunan dan masyarakat.

Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.

Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.

Ia menjadi satu ke­bangaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan.


WALAUPUN NEGARA KITA TIDAK TERSENARAI NAMUN BERSYUKURLAH NEGARA KITA MASIH LAGI AMAN SEPERTIMANA YANG SERING DIUCAPKAN OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN.

BERITA TIDAK DI TERBITKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN ... SIAPAKAH PEMIMPIN UMNO SABAH YANG KENA CEKUP DENGAN SPRM SEBAB KES JENAYAH PECAH AMANAH MELIBATKAN RM300 JUTA????


Heboh kini diperkatakan di Sabah betapa seorang pemimpin UMNO Sabah bertaraf Ketua Bahagian merangkap bekas Pengerusi salah satu syarikat GLC Negeri, telah kena cekup oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah pecah amanah selaku kakitangan awam yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM300 juta.

Siapakah pemimpin UMNO berkenaan??????
... Tunggguuuuuuu .. Akan Omak Kau dedahkan.

DUA SUSPEK KES SAMUN STESEN MINYAK TERUK DI BELASAH ORANG RAMAI, KETIKA DATANG MENGISI MINYAK DI STESEN YANG SAMA BERLAGAK SEBAGAI PELANGGAN.



PORT DICKSON – Akibat geram dengan kegiatan samun yang kerap berlaku di kawasan Lukut dan Bandar Springhill, sekumpulan penduduk bertindak membelasah dua daripada empat lelaki yang disyaki penjenayah sebelum diserahkan kepada polis.

Dua suspek berkenaan cedera dibelasah selepas tindakan mereka mengundang syak salah seorang pekerja stesen minyak di Bandar Springhill.

Pemilik stesen minyak, Datuk Teo Seng Lee, 55, berkata, lelaki terbabit tersilap langkah apabila mengunjungi stesen minyak terbabit yang pernah mereka samun pada 7 September lalu dan berlagak seperti pelanggan.


“Suspek terbabit sempat mengisi minyak sebanyak RM20.

"Bagaimanapun salah seorang pekerja saya mengesyaki lelaki berkenaan adalah orang yang sama membuat jenayah samun ke atasnya ketika bertugas di stesen minyak ini,” katanya.

Menurut Seng Lee, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Suspek parah dibelasah orang ramai kemudiannya di bawa ke Hospital Port Dickson.

“Tidak lama kemudian, seorang lagi rakannya yang lari dan bersembunyi di sebuah rumah kedai di Bandar Springhill berjaya diberkas dan turut dibelasah setelah mengaku dia merupakan rakan kepada lelaki terbabit," katanya lagi.

Difahamkan, dua lagi  suspek berjaya melarikan diri apabila menunggang motosikal menuju ke Seremban.

MAJLIS PELANCARAN PASMA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DI BESUT SEMALAM.


ISU TARIF AIR DI JOHOR BAKAL DI NAIKKAN TAHUN DEPAN .... ANTARA MENTERI BESAR DAN EXCO SIAPA YANG BERKATA BENAR???????


Pada 23hb September 2014 Exco Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad beritahu satu dunia yang kerajaan UMNO/BN Johor akan putuskan tarif air naik awal tahun depan.

Apabila kenyataan yang membebankan rakyat ini mendapat respon negatif dan rakyat mulai naik berang, 6 hari kemudiannya Menteri Besarnya mengeluarkan kenyataan menafikan ada ura-ura untuk menaikkan tarif air yang tertinggi dinegara ini ketika ini.

Mana mungkin Exco berani keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Menteri Besar dalam isu yang asas dan sepenting ini.
PASIR GUDANG 29hb September 2014 -- Kerajaan negeri tidak menerima sebarang permintaan atau kertas cadangan untuk menarikkan tarif air di Johor, kata Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menafikan laporan bahawa tarif air dijangka meningkat antara 10 dan 12% dalam tempoh beberapa bulan akan datang kerana peningkatan kos rawatan air.

"Mungkin apa yang ahli exco katakan telah disalah tafsir oleh orang ramai, tetapi tiada cadangan untuk sebarang kenaikan diterima," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek perumahan di Taman Seri Albion di sini, Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad dilaporkan sebagai berkata, kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan dan kadar terbaharu itu akan dilaksanakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Sebelum itu pada 23hb September 2014 ini pula kenyataan yang diwar-warkan oleh Exco Negeri Johor yang jaga air.


JOHOR BAHRU 23hb September 2014: Johor akan membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan kadar tarif air di negeri ini selewat-lewatnya awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Menurut Hasni, cadangan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd untuk menaikkan kadar itu sebanyak 20 peratus dibuat sejak setahun yang lalu namun kerajaan negeri melihat kenaikan itu sebagai tinggi berbanding kos kehidupan di Johor yang semakin meningkat.

"Kita melihat kadar kenaikan antara 10 hingga 12 peratus mungkin lebih sesuai tetapi kita juga faham dengan masalah yang dihadapi oleh SAJ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2014 di sini, hari ini.

Kali terakhir Johor membuat semakan kadar tarif air ialah pada 2011.

KALAU APA YANG DI BERITAHU MB JOHOR INI BENAR MAKA SEPATUTNYA EXCO JAGA AIR ITU KENA PECAT SERTA MERTA SEBAB BERMULUT CELUPAR SEHINGGA MENJEJASKAN NAMA BAIK KERAJAAN UMNO/BN NEGERI JOHOR


Monday 29 September 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN PELABUHAN KELANG?????



Angin bertiup kencang bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.

Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini.

Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, TSKI memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tiket PKR. Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor.

Jawatan Dato' MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

TSKI  meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya TSKI masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

TSKI juga dikatakan tidak berminat menyertai mana-mana parti politik sama ada Pas terutamanya UMNO.

Sebagai wakil rakyat bebas, TSKI dilihat akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih lagi dalam pertimbangan TSKI dan masih belum muktamad.

BERITA MEMALUKAN NEGARA ... PASUKAN SEPAK TAKRAW NEGARA TUMPAS KEPADA KOREA SELATAN PADA SUKAN ASIA KE-17 ACARA REGU.



PEMAIN Malaysia (dari kiri); Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohd Syazreenqamar Salehen dan Mohammad Fadzli Muhammad Roslan kecewa selepas Malaysia tewas kepada Korea Selatan pada Sukan Asia ke-17 acara regu sepak takraw di Gimnasium Bucheon, Incheon, hari ini

Korea Selatan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan sepak takraw sudah mampu menumbangkan pasukan negara kita yang Presidennya orang kuat UMNO dari Pulau Pinang.
Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang  dipimpin oleh Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera selama lebih 10 tahun,  jika ada moral dan maruah harga diri serta bersifat bertanggung jawab harus pikul dan galas kekalahan yang amat memalukan negara ini.

LETAK JAWATAN SEGERA!!!!


KOLEKSI GAMBAR KEJADIAN RIBUT DI TTDI JAYA, DAN BUKIT JELUTONG SHAH ALAM SELANGOR 29HB SEPTEMBER 2014.



Ribut kuat yang melanda beberapa beberapa kawasan di Selangor petang tadi telah menyebabkan banyak pokok tumbang.

Kerosakan teruk boleh dikesan pada bangunan-bangunan dan juga kenderaan pengguna. Selain itu, beberapa jalan utama juga turut terhalang akibat dari pokok tumbang.

Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya, Shah Alam, antara kawasan yang terjejas teruk.

5 FOTO .. KAJANG DI LANDA BANJIR KILAT LAGI.


Mendapat kiriman gambar memberitahu bahawa hujan turun agak lebat selama 2jam di Kajang sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku lagi hari ini.

Punca disebabkan sistem perparitan yang tidak terurus dengan baik... masalah banjir kilat ini masalah agak lama tetapi masih juga berlaku, itulah rungutan penduduk-penduduk tempatan.

PENGARAH KASTAM KUALA LUMPUR MENGAKU TIDAK BERSALAH TERHADAP 21 PERTUDUHAN RASUAH MELIBATKAN WANG SUAPAN LEBIH RM39,000



Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah terhadap 21 pertuduhan menerima suapan lebih RM39,000.

Datuk Mohd Isa Endot dan lima pegawai kastam yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, sebentar tadi.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Enam pegawai didakwa di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin sementara dua lagi dituduh di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim membenarkan mereka diikat jamin antara RM5,000 dan RM20,000.

Sebutan semula ditetapkan pada 10 November depan.

ANJING-ANJING PENCEN ... AKHIRNYA ZULKIFLI NORDIN DAN UTUSAN MELUTUT MOHON MAAF DENGAN MEMBAYAR SEJUMLAH KOS KEPADA BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PKR KERANA MEMFITNAH



Kes saman malu Dr Syed Husin Ali terhadap Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd selesai selepas kedua-dua defendan bersetuju meminta maaf dan menarik balik dua artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan "Anjing-Anjing Pencen".

Bekas timbalan presiden PKR itu mengemukakan saman RM10 juta ke atas Zulkifli kerana menulis artikel tersebut di blognya yang kemudian disiarkan Utusan Malaysia.

"Zulkifli Noordin setuju kenyataan fitnah beliau di bawah tajuk 'Anjing-Anjing Pencen' di blog beliau bertarikh 19 November, 2011 ditarik balik sepenuhnya dan beliau akan meminta maaf terhadap penggunaan perkataan 'Anjing-Anjing Pencen' kepada Dr Syed Husin Ali," kata peguam yang mewakili Syed Husin.

Zulkifli juga bersetuju untuk membayar kos guaman yang tidak didedahkan kepada Syed Husin.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga menarik semula artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November, 2011 dan juga akan membayar suatu amaun kos kepada plaintif.

Zulkifli juga menarik balik saman beliau mengikut Saman No 23NCVC-1014-08/2012 terhadap Syed Husin tanpa kos.

Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

Sementara Zulkifli diwakili Mohd Ruzaini sementara Utusan Malaysia diwakili Datuk Firoz Hussein (Tetuan Hafarizam).

Pada awal Januari 2012, Syed Husin menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam tuntutan itu, Syed Husin mendakwa Utusan Malaysia secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar milik Umno itu bertarikh 20 November, 2011, berjudul "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Syed Husin berkata, Zulkifli dalam blog peribadinya menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu "Anjing-anjing Pencen".

Beliau berkata, perkataan itu dalam maksud asal dan biasanya bermaksud beliau melakukan rasuah, melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara, seorang yang hipokrit atau tidak boleh dipercayai dan tidak layak dipanggil sebagai seorang ahli politik dan ketua kepada parti politik.

Syed Husin berkata, disebabkan penerbitan perkataan itu, karektor dan reputasinya tercemar.

WAJAH-WAJAH PENJENAYAH HADIR DI MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG UNTUK PERBICARAAN KES MENCEROBOH DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG



Inilah wajah-wajah penjenayah dan penyokongnya yang sedang menunggu diluar Mahkamah Sesyen Pulau Pinang sehingga dipanggil masuk untuk permulaan perbicaraan kerana kesalahan menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pada 16hb Jun 2014,  15 lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown pada Khamis atas pertuduhan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Mei lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka yang terdiri daripada ahli parti politik UMNO/BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rashidah Md. Akit selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Semua mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun, didakwa dengan niat bersama menceroboh DUN Pulau Pinang di Lebuh Light di sini, pada jam 1.30 petang pada 21 Mei lalu, untuk menyebabkan ketakutan kepada setiausaha DUN, M. Maheswari.

Kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5, 000 atau kedua-duanya.

Dalam kejadian itu, media melaporkan sekumpulan lelaki menyerbu masuk kedalam premis DUN Pulau Pinang hingga menimbulkan kekecohan di dalam Dewan ketika persidangan berhenti rehat pada tengah hari.

Mereka dipercayai bertindak demikian bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan ‘celaka’ kepada beberapa pemimpin Melayu dan UMNO negeri itu dalam sidang DUN sehari sebelum itu.

Kumpulan itu mulanya berhimpun luar pagar perkarangan DUN, namun kemudiannya bertindak merempuh masuk ke dalam dewan persidanngan dipercayai bagi mencari Rayer.

Rayer bagaimanapun tiada di dalam dewan ketika itu.

Pada hari itu juga, sidang DUN Pulau Pinang pada sebelah petang meluluskan usul tergempar mengutuk tindakan kumpulan berrkenaan yang terdiri daripada ahli UMNO.

Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang juga ADUN DAP Padang Kota ketika membentangkan usul itu menuduh kumpulan terbabit menyebabkan malapetaka, merosakkan harta DUN dan mengancam keselamatan wakil rakyat, pegawai serta orang ramai di kawasan itu.

“Dewan menuntut agar Ketua Polis Pulau Pinang dan anggota pasukan keselamatan yang berkaitan menyiasat insiden ganas itu dan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah berkelakuan ganas supaya maruah dewan dilindungi,” kata Chow.

Selepas dua jam dibahaskan, DUN Pulau Pinang meluluskan usul berkenaan dengan 25 undi daripada ADUN Pakatan Rakyat (PR) manakala semua ADUN Barisan Nasional (BN) tidak mengundi.

MENTERI BIDAS DAP KERANA GELAR DIRINYA SEBAGAI RASIS DALAM ISU PEMBELI RUMAH BUMIPUTERA.



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas DAP yang dikatakan meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan isu pembeli rumah Bumiputera.

Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.

Abdul Rahman kelmarin memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.

"Mengapa DAP bimbang kementerian saya menyiasat kekhuatiran pembeli rumah Bumiputera? Tidakkah mereka (pembeli Bumiputera) juga ada hak untuk dilindungi?," soalnya melalui laman Twitter beliau, semalam.

Beliau turut mempersoal sama ada 'DAP sudah besar kepala' apabila enggan mengiktiraf bahawa hak pembeli rumah Bumiputera turut perlu dibela.

"(Apabila) saya membantu pemaju perumahan yang kebanyakannya bukan Bumiputera, kenapa pula DAP tidak pernah kata saya rasis?

"Kalau begitu saya juga boleh kata DAP rasis (apabila) perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pulau Pinang tidak termampu dibeli oleh orang Bumiputera. Apakah DAP tidak rasis (apabila) projek perumahan kos rendah atau mampu milik di (Pulau Pinang) oleh agensi kerajaan Pusat tidak diberi kelulusan?" katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.

Abdul Rahman turut menegaskan beliau tidak menerima nasihat daripada parti rasis seperti DAP.

Beliau kelmarin berkata menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah Bumiputera yang 'dianaktirikan' oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera.

“Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Menurutnya, kementerian itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

YOU CAN RUN, BUT YOU CAN'T HIDE .... POLIS BERJANJI AKAN BURU BLOGGER SEKS, ALVIN TAN SEHINGGA KE LUBANG CACING.



Polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut sudah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Bulan lepas sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Tan, 26, dalam satu temubual baru-baru ini berkata, meninggalkan Malaysia adalah "satu-satunya tindakan rasional" kerana dia tidak berdaya melawan "kezaliman dan kejahilan".

Beliau turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Dalam temubualnya, Tan mempertahankan posting Ramadannya yang mengandungi bak kut teh sebagai satira politik.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahaya menggunakan Islam untuk "mentadbir hidup orang ramai" dengan menjadikan moral peribadi sebagai undang-undang tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.

Tan berkata, beliau percaya dirinya bukan pengecut dengan memohon suaka di AS, tetapi dia hanya "bijak, pragmatik, berkira dan bijak dengan wang."

RAKAMAN GAMBAR AHLI JAWATANKUASA TETAP MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPP) YANG KENA PECAT TIDUR KETIKA MESYUARAT DAN SEMINAR, TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.


Sebaik sahaja PAS mengecam tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang pecat Iszuree Ibrahim dari Majlis Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran, Pulau Pinang (MPP) sebagai tidak adil dan demikratik, dengan sepantas kilat hali lintar rakaman gambar-gambar beliau terlelap mata tidur semasa mesyuarat dan seminar serta program tersebar di alam maya bagai menjustifikasikan pemecatan dan pembekuan dana terhadap beliau.

Digambarkan seolah-olah dirinya dipecat bukan mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang sama dengan kerajaan UMNO yang pro pemaju tetapi lebih dari sikap sambil lewa, kaki tidur dan tidak bertanggung jawabnya ketika bermesyuarat dan hadir seminar dan program.

WHO'S THE BOSS.


Walaupun sudah buruk tetapi Proton tetap taiko dinegara ini ...

7 malam 26hb September 2014 Johor: Kemalangan yang berlaku diKulai.

Lokasi kemalangan,depan Restoran Zam-Zam,dekat Flat Temenggung. Kereta Proton Saga yang gagal dikawal keluar dari jalan utama dan melayang ke atas bumbung kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Sunday 28 September 2014

DUA ADUN PAS YANG MENDAPAT JOLOKAN WIRA OLEH DAP, AKAN BERDEPAN DENGAN LEMBAGA DISIPLIN PAS ESOK.



Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.
 


ADUN MORIB MAU MASUK DAP?????



Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP.

Berucap dalam sebuah majlis semalam, Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan Pas Pusat.

"Segala kemungkinan yang saya kira akan saya hadapi, saya bersedia...

“... tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam anjuran DAP di sini, semalam.

Pada 14 Ogos lalu, seluruh pimpinan Pas digemparkan dengan penglibatan dua ahli Pas, Hasnul dan Saari Sungib yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Tindakan dua Adun tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedua Adun, Hasnul dan Saari kini berdepan dengan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap mereka kerana didakwa membuat keputusan dengan membelakangkan parti Pas.

Jelas Hasnul, tindakan yang diambilnya itu membuktikan bahawa beliau tidak mengejar jawatan dalam parti semata-mata namun ia jelas dilakukan demi kepentingan bersama antara parti dalam PR.

Beliau dalam pada itu menyeru kesemua pimpinan PKR, DAP dan Pas meneruskan kepimpinan PR dalam usaha memelihara keamanan di negara ini.

“Kita (Pas, PKR, dan DAP) mesti teruskan (hubungan) bersama Pakatan Rakyat kerana kita tidak mempunyai pilihan lain untuk menumbangkan Umno dan BN. Formula sokongan ketiga parti ini amat penting, kerana  ia dapat mewujudkan suasana harmoni dan penuh keadilan antara kaum di negara ini,” tegasnya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung salah lakunya, Hasnul menjelaskan, beliau dan Saari akan dipanggil oleh pimpinan Pas Pusat untuk tindakan lanjut menjelang minggu hadapan.

ANWAR BERJANJI MAU DEDAHKAN SEGALA PERJANJIAN BESAR SEMASA PENTADBIRAN TSKI.



Pihak yang mendapat manafaat daripada pelbagai perjanjian yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum tempoh perkhidmatan beliau berakhir minggu lepas akan didedahkan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbiran Selangor di bawah menteri besar yang baharu Mohamed  Azmin Ali dijangka mengkaji semula dan mendedahkan "kelulusan besar dan kontrak" yang dilakukan di bawah pentadbiran sebelumnya.

Ini termasuk perjanjian air ditandatangani Khalid dengan kerajaan persekutuan yang melibatkan operasi rawatan dan pengedaran dalam industri bernilai RM30 bilion, pembinaan loji rawatan air Langat 2 RM3.6 juta dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Anwar berkata, terdapat pertanyaan tentang mengapa beliau dan pemimpin partinya berusaha menyingkirkan Khalid yang dikatakan melakukan perkhidmatan baik kepada rakyat.

"Tetapi dalam realitinya, beratus-ratus juta faedah akan diperolehi orang tertentu yang berada di tempat-tempat yang tinggi," katanya.

Beliau menyifatkan mereka sebagai "kroni" yang diminta untuk menyokong sebagai orang Melayu.

Beliau berkata rakyat diberitahu sebagai orang Melayu, mereka sepatutnya "mengikut undang-undang".

Anwar berkata, perjanjian air akan memberi kesan kepada kadar air yang dikenakan kepada orang ramai.

"Daripada segi politik, apabila ia datang kepada isu kepentingan awam, kebimbangan saya adalah ia akan ada hubungan secara langsung dengan kadar air," katanya selepas merasmikan pelancaran kempen untuk memansuhkan Akta Hasutan anjuran PKR di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau berkata, “keuntungan atau faedah yang melampau” daripada rundingan itu akhirnya akan membebankan rakyat.

Katanya, beliau tahu senarai penerima faedah yang terbabit, bukan sebab ia diberikan kepadanya oleh Khalid tetapi beliau sendiri membuat semakan dan “kerja rumah”.

“Dan saya sedar mengapa ada orang sangat mempertahankan (rundingan) dan enggan bertolak ansur. Ia adalah kerana ia membabitkan faedah besar,” katanya.

Anwar berkata, penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Rakyat yang dilaporkan menerusi bekas peguam Umno Tan Sri Rashid Manaf juga isu yang membimbangkan.

Katanya, beliau tidak peduli parti parti mana yang menerima faedah rundingan itu, walaupun jika mereka daripada PKR atau parti komponen lain.

“Itu kita tidak peduli. Kita berjanji untuk telus,” katanya.

Anwar berkata, Azmin yang juga timbalan presiden PKR, bersama pasukannya dalam kerajaan negeri akan melihat rundingan itu dulu.

Katanya, penting bagi menteri besar baharu melakukan yang terbaik terhadap janji untuk pemerintahan baik dan ketelusan, melaksanakan “perubahan daripada gaya korporat kepada prihatin dan kebajikan rakyat”.

“Saya yakin Azmin akan mampu melakukannya,” katanya.

Beliau berkata, pentadbiran Azmin juga diminta melihat perkara membabitkan kenaikan gaji menteri besar dan exco pada zaman pemerintahan Khalid.

Ia juga akan melihat kepada mengurangkan kadar cukai taksiran di negeri itu susulan kenaikan kadar yang dibuat sejak 2008 di bawah Khalid.

Anwar berkata, beliau akan terus memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu yang menyebabkan Khalid perlu disingkir.

“Apa yang saya buat ialah akan terus memberi penjelasan tentang isu itu. Rakyat perlu memahaminya,” katanya.

Beliau enggan mengulas titah Sultan Selangor yang jelas menyentuh mengenai perkelahian PKR dalam ucapannya pada Jumaat, dan berkata:“Saya tidak mengulas kenyataan atau ucapan Tuanku.”

“Tetapi tanggungjawab rakyat ialah memahami semangat merdeka, peruntukan perlembagaan dan apa asas kritikan kita terhadap pentadbiran negara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penutupan pejabat penasihat ekonomi negeri yang dipegang Anwar oleh majlis eksekutif negeri pada hari terakhir perkhidmatan Khalid, Anwar berkata beliau atau kakitangannya belum menerima surat pemberhentian itu.

“Jadi setahu saya belum ada notis rasmi mengenai perkara itu,” katanya.

DUA ADUN PAS YANG DITUDUH SEBAGAI PENGKHIANAT PARTI SUDAH DIJULANG SEBAGAI PENYELAMAT DAN WIRA PAKATAN RAKYAT OLEH DAP.



Dua ADUN yang dilabel sebagai pengkhianat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil pada majlis makan malam mengutip derma anjuran DAP.

Kedua-dua mereka - Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin - diberi penghormatan dan duduk bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sementara beberapa pemimpin lain menganggap mereka sebagai 'penyelamat' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor daripada tumbang.


Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.

"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.

Saturday 27 September 2014

INILAH INDIVIDU YANG KENA TANGKAP KERANA HINA POLIS TRAFIK MENERUSI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.



Polis menahan seorang jurujual kereta bagi membantu siasatan berhubung kes menghina polis trafik menerusi laman sosial Facebook, tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Cheng Utama di sini pukul 12.30 tengah malam susulan laporan polis yang dibuat berhubung status dimuat naik suspek.

"Siasatan awal mendapati status dimuat naik suspek dipercayai berpunca daripada dua anggota polis trafik yang menahan kereta dipandunya ketika melalui Taman Melaka Raya tengah hari kelmarin.

"Suspek kemudian dipercayai merakam gambar anggota polis trafik berkenaan menggunakan telefon bimbitnya dari jarak jauh sebelum memuat naik gambar itu beserta status menghina polis trafik," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas telefon bimbit yang disyaki digunakansuspek untuk memuat naik status itu.

SEMALAM NAJIB MENYAMPAIKAN UCAPAN DI PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB) DI NEW YORK DI HADAPAN SIAPA?????

Terkejut juga apabila mendapat kiriman gambar yang diambil dari siaran Astro Awani dimana ketika Najib Razak menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, semalam , beliau berucap dihadapan khalayak kosong .. Yang datang mendengar dari negara-negara luar boleh dibilang dengan jari.

Amat sedih sekali .. nasib baik rombongan Malaysia yang terdiri dari Rosmah Mansur dan Menteri Luar Anifah Aman serta beberapa pegawai dan diplomat hadir .. jika tidak dikira Najib berucap depan mahkluk halus dan bunian jer.

Kalau dengar media arus perdana punya kelentong seolah-olah digambarkan ucapan Najib Razak dinanti-nantikan oleh para perwakilan seluruh dunia.

Hakikatnya??????? .. Lihat sahaja gambar-gambar diatas .. seolah-olah macam kena pulau.

Para ulama dan ilmuan Islam Malaysia khususnya perlu bersikap pro aktif dengan memberikan respons segera mereka terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam, 26hb September 2014.

Dalam ucapan tersebut, Najib menekankan tentang perlunya masyarakat dunia tidak hanya berpada dengan tindakan menumpaskan golongan ekstremis, sebaliknya dalam masa sama perlu bertindak ‘menumpaskan’ idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti.

Bagi beliau, usaha membanteras keganasan yang hanya terhenti setakat menumpaskan kumpulan militan dan ekstremis, tetapi tidak turut berusaha mematikan idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti, adalah pendekatan lama.

Sehubungan itu, beliau menggesa pendekatan baru dan berbeza diambil,  iaitu satu pendekatan yang turut menekankan aspek ‘membunuh’ idea-idea keganasan disamping tindakan pencegahan dan pengawalan terhadap aktiviti-aktiviti militan dan keganasan.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...