Monday 23 May 2016

TUDUHAN HABUAN PEREMPUAN BERURUSAN DENGAN KERAJAAN SELANGOR LANGKAH PERTAMA RAFIZI NAK GULINGKAN AZMIN SEBAGAI MB SELANGOR.


Tangkap layar perbualan di kumpulan Whatsapp ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ tersebar di internet, menunjukkan Rafizi berkata menerima aduan bahawa ada “permintaan perempuan”, selain wang, ketika berurusan dengan kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan sehari kemudian, Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu mengesahkan perbualan tersebut, dan antara lain menjelaskan ia melibatkan individu tertentu dan tidak merujuk mana-mana ADUN atau pegawai kerajaan negeri.

Nama Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita Keadilan Pusat juga dipetik dan disebut memberi gambaran seolah-olah beliau juga dibabit dan dikaitkan dalam pendedahan ini.

“Pendirian saya tentang apa yang betul dan salah mungkin berbeza dengan orang lain. Saya percaya ahli PKR perlu dilihat ‘lebih bersih daripada bersih’,” katanya.

“Apabila spekulasi seumpama ini timbul dan kita gagal memberikan jawapan yang baik, kita tiada beza dengan 1MDB,” katanya lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam reaksinya menyifatkan dakwaan tersebut sebagai bacul dan berniat jahat, serta kempen fitnah terancang terhadap kerajaan serta penjawat awam negeri itu.

Beliau juga mengalu-alukan pihak yang mempunyai bukti terhadap dakwaan itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Setakat ini bolehlah ditafsirkan tuduhan dan pendedahan ini tidak lebih dari suatu cara serang hendap tikam belakang Rafizi yang mau tumbangkan Azmin sebagai MB Selangor.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa kedua mereka tidak mampu bersemuka bertentang mata sejak gagalnya Langkah Kajang yang mau melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR sebagai MB Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebaliknya diserahkan kepada Azmin Ali.

Segala penat lelahnya tidak tercapai .. lain yang di gait lain pula yang gugur.

Cara Rafizi mengurus dan mentadbir PKR sebagai Setiausaha Agungnya juga ramai yang tidak berapa selesa kerana gayanya yang lebih ikut suka hatinya dan hanya akan menjawab terus kepada Presiden PKR tanpa perlu merujuk atau berbincang kalangan pimpinan pusat. Cara yang menyinggung perasaan ini memang diketahui umum.

Dipihak Azmin pula ramai berpendapat keakhraban dan keintiman Rafizi dengan Anwar Ibrahim dan keluarga dicemburui oleh Azmin.

Bermula dengan pemilihan PKR tahun 2014 lalu dimana Anwar Ibrahim dikatakan merestui dan menyokong dibelakang tabir kumpulan penentang kartel Azmin Ali terdiri dari Saifuddin Nasution dan anak perempuannya Nurul Izzah.

Azmin mulai merasakan kedudukannya semakin tergugat dan pasti dicabar pada pemilihan PKR akan datang. Kalau dulu dari Saifuddin Nasution kali ini tentangan tersebut datang dari Rafizi Ramli sendiri dengan Saifuddin Nasution pula sebagai rakan regunya.

Corak politik Rafizi kebelakangan ini juga lebih daripada membina nama dan aura dengan membuat gempar sana sini dengan "pendedahan eksklusif".

Azmin pula lebih kepada membina empayar penguasaanya dalam PKR dengan memberi imbuhan jawatan kepada para penyokongnya yang difikirkan mampu menterjemahkan dengan sokongan dan undi waktu pemilihan nanti.

Sasaran Azmin kali ini bukan mau mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden sebaliknya mau rampas jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan).

Gandingan beliau dikatakan ialah salah seorang naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Akin.

Sebagai mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat selama 2 penggal sudah pasti pengaruhnya kalangan AMK sebanyak sedikit masih kuat dan mampu menyumbang sokongan hingga membawa kemenangan kepada Azmin Ali nanti.

Dipihak wanita pula Ketua Wanita PKR Pusat memang terkenal sebagai amat kuat menyokong Azmin sebab itu sasaran utama dan pertama Rafizi dalam pendedahan inilah mensasarkan mucung meriammnya kepada Zuraida Kamaruddin terlebih dahulu.

Ada yang mengatakan perbuatan ini cuba dikaitkan berlaku kalangan anggota Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang rapat dengan Zuraida Kamaruddin.

"Pendedahan habuan perempuan" ini lebih merupakan suatu amaran dan isyarat nyaring dari kelompok Rafizi dalam PKR bahawa anak bulan pertempuran kem Kak Wan dengan dibantu Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah lawan kartel Azmin Ali sudah kelihatan.

Omak meramalkan suatu pertempuran menang jadi arang kalah jadi abu .. menang bertempik parti berkecai.

Wednesday 18 May 2016

KEGAGALAN PKR DAN PAN MERAIH SOKONGAN MELAYU KEPADA PAKATAN HARAPAN DILIHAT PUNCA MENGAPA DAP TETAP BERDEGIL MAU BERSAMA-SAMA DENGAN MAHATHIR TANPA MEMPEDULIKAN AMARAN KERAS ANWAR IBRAHIM



DAP semalam menyatakan ketegasan untuk tetap bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus menyokong Deklarasi Rakyat meskipun selepas diberi peringatan dan amaran keras oleh bekas Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DAP akan tetap sokong Deklarasi Rakyat tapi kita akan buat perubahan sedikit sesuai dengan perjuangan DAP kata Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Anwar melalui surat lapan muka surat bertulis tangan itu memberi peringatan terhadap penglibatan cergas beberapa pemimpin PKR dan Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir dalam gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Ada yang menjadi pelupor dan ada pula yang sambut menjadi penganjur peringkat negeri.

Tony turut menganggap kerjasama dengan Tun Mahathir itu memberi peluang orang ramai lebih mengenali Pakatan Harapan.

"Apa yang penting Tun Mahathir ada bersama pembangkang sebab pengaruh Tun Mahathir itu lebih besar.Tapi Tun Mahathir pun percaya dapat sokongan daripada Pakatan Harapan," katanya.
 
Kelmarin, surat tersebut disifatkan palsu oleh seorang pemimpin PKR namun Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin hari ini seolah-olah mengesahkan kesahihan surat tersebut apabila memberitahu surat itu sebagai teguran Anwar kepada semua pemimpin PKR untuk kembali ke pangkal perjuangan supaya ingat apa tujuan sebenarnya PKR ditubuhkan pada tahun 1999 lalu.

DAP adalah parti yang cukup bijak ambil kesempatan jika ianya memberi untung kepada perkembangan DAP dengan melihat pergolakan politik secara realiti.

Terkuburnya Pakatan Rakyat tahun lalu dengan terbinanya Pakatan Harapan secara gopoh, gelojoh dan terburu-buru sebagai galang ganti setelah PAN ditubuhkan dengan harapan menggunung dapat mengisi kekosongan ditinggalkan PAS.

Tujuan PAN ditubuhkan dengan mendapat restu dan sokongan moral dan material serta dana dari DAP tidak lain tidak bukan ialah meraih sebanyak mungkin sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan terutamanya sokongan kepada DAP yang sudah terbentuk suatu suasana diminda rakyat sebuah parti yang agak kurang mesra dengan masyarakat Melayu.

Tinjauan sama yang dilakukan oleh beberapa berapa badan kaji selidik politik tanah air sepakat mendapati bahawa sejak Pakatan Rakyat berkubur dengan PAS tidak berada dalam Pakatan Harapan sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan terutamanya DAP cukup meruncing sehingga merunsingkan para pemimpin ketiga parti berkenaan DAP/PKR/PAN. Himpunan Bersih 4.0 adalah indikator terbaik bagi menyokong pandangan dan pendapat ini. Nisbah masyarakat Melayu dengan bukan Melayu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 4.0 boleh dikatakan 9:1. Sembilan bukan Melayu dan satu Melayu.

Tersentap dengan respon ini maka pelbagai usaha telah dijalankan oleh Pakatan Harapan terutamanya DAP yang dikatakan paling teruk terjejas dengan tsunami perubahan sokongan masyarakat Melayu ini.

Sokongan keras dan tegas DAP kepada Mahathir walaupun ditegur pedas oleh Anwar tetapi tidak diambil pusing sedikit pun menunjukkan betapa seriusnya terhakis sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan dan DAP.

PKR dan PAN dilihat gagal untuk memainkan dan menjalankan peranan seperti diharapkan.

Setiap ceramah sama perdana maupun kelompok dikawasan maupun negeri cukup ramai penduduk Melayu kehadiran cukup hambar dan suram sekali. Amat jauh bezanya ketika zaman PAS bersama-sama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Kena akui ianya suatu petanda betapa selama ini sokongan masyarakat Melayu sejumlah amat besarnya adalah sumbangan dan peranan PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sosok tubuh dan aura serta karisma yang dimiliki Anwar Ibrahim sekali pun masih gagal untuk menyaingi peranan dan aura PAS itu sendiri dikalangan masyarakat Melayu.

Maka dengan itu DAP terpaksa bertindak angkuh seperti kacang lupakan kulit dengan tidak menghirau langsung segala teguran dan kritikan pedas Anwar Ibrahim walaupun sedar kedudukan DAP kini banyak disumbangkan akan sosok Anwar Ibrahim itu sendiri.

DAP demi kuasa dan pengaruh akan menyokong siapa jua pada pemikirannya boleh memberikan sumbangan sokongan dan undi hatta dari pemimpin yang pernah mencemuh, mencela dan menghina partinya.

Pemimpin yang pernah suatu ketika dijaja merata negara sebagai amat zalim memenjarakan Setiausaha Agungnya kerana kononnya membela gadis bawah umur menjadi mangsa rogol VVIP namun atas faktor kuasa dan nkedudukan sampai sanggup dilupakan dan dimaafkan dengan alasan picisan berjiwa besar konon.

Gelagat degil keras kepala DAP ini sudah cukup memberikan gambaran betapa DAP juga adalah penganut kepada politik Machiavelli Matlamat Menghalalkan Cara. Tiada kawan dan lawan yang kekal selain kepentingan diri. Tiada lawan dan kawan yang kekal . Ketika berkuasa dan selagi mampu memberi keuntungan dan kesenangan selagi itu sokongan tidak berbelah bagi dicurahkan.

Sebab itu kata-kata para peramal politik negara pernah mengukapkan Jangan Terkejut Jika DAP Suatu Hari Akan Bersama-sama Dengan Barisan Nasional Memerintah Negara.

Jika difikirkan secara mendalam maka ada kebenarannya.

PKR pasti tersentap dengan pendirian DAP ini namun bagi DAP "AKU PEDULI APA!!!"

PERCUBAAN RAMPAS KUASA DALAM PKR DILIHAT PUNCA ANWAR IBRAHIM UTUS SURAT PEDAS SEBAGAI TANDA AMARAN DAN PERINGATAN APA TUJUAN PKR DITUBUHKAN.



Tiada siapa boleh menafikan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dulu Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan pada tahun 1999 atas kerana Anwar Ibrahim yang dipecat pada tahun 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemecatan yang menyebabkan laungan Reformasi bergema bermula di Kuala Lumpur seterusnya merebak keseluruh negara.

Dua minggu selepas dipecat Anwar Ibrahim suatu malam ketika beliau sedang mengadakan sidang media sepasukan polis Unit Tindakan Khas (UTK) dengan bertopeng "balaclava" telah memecah masuk rumah Anwar Ibrahim dimana sidang media sedang diadakan, tangkap dan dibawa ke Bukit Aman atas kesalahan meliwat pemandu peribadinya.

Cara penangkapan yang mencetuskan kemarahan dan kritikan keras dari rakyat dan juga masyarakat antarabangsa.

Anwar Ibrahim tidak direman dibawah Seksyen 117 Prosedur Kanun Jenayah sebaliknya dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ketika itu kisah Anwar diseksa dan dipukul oleh Rahim Noor sudah pun didedahkan di beberapa laman web pro Reformasi.

Ianya menjadi kenyataan dan suatu kejutan apabila lebih kurang 5 hari kemudiannya Anwar dilihat bermata lebam ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan meliwat pemandu peribadinya buat kali pertama sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tun Mahathir tanpa segan silu dengan melulu terus membuat kenyataan yang mata lebam itu hasil perbuatan Anwar menumbuk dirinya sendiri dengan alasan untuk raih simpati masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Begitu sekali tahap pemikiran Mahathir ketika itu untuk memperbodoh, menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan akal rakyat semata-mata mau melindungi kekejaman yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara.

Insiden mata lebam itu menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap pemerintahan Tun Mahtahir dan UMNO/BN.

Mahathir mendapat nama jolokan sebagai Mahafiraun, Mahazalim, Mahadiktator dan lain-lain maha.

Mata lebam Anwar Ibrahim dijadikan ilham untuk mencipta logo atau lambang Parti Keadilan Nasional tahun 1999 dan akhirnya bila berkabung dengan Parti Rakyat Malaysia lambang dan logo yang sama dikekalkan dengan hanya mengubah warna merah di kiri kanan lambang berkenaan.

Laungan dan slogan PKN ketika itu ialah Demi Keadilan, Kebebasan dan Kebenaran.

Anwar Ibrahim dijaja sebagai mangsa kezaliman, penganiayaan, korupsi, kronisme, nepotisme, kerakusan kuasa, salah guna kuasa, beberapa agensi penguatkuasa undang-undang termasuk PDRM, Jabatan Peguam Negara hatta sistem Kehakiman telah menjadi alat dan perkakas kepada Sang Penguasa Tun Dr Mahathir Mohamad ( ketika itu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad).

Suatu Siasatan Di Raja dijalankan telah membuktikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor telah membelasah Anwar Ibrahim sehingga separuh mati dibiarkan tanpa diberikan rawatan perubatan dan seterusnya diheret kemahkamah sehingga dijatuhkan hukuman penjara.

Akibatnya sokongan orang Melayu kepada UMNO terus menjunam. Parti pembangkang memperolehi lebih 60 peratus undi masyarakat Melayu. UMNO/BN dibawah Mahathir diselamatkan oleh pengundi-pengundi Tionghua dan India selain dari Sabah/Sarawak.

PRU ke-10 tahun 1999 adalah titik permulaan rakyat berani melakukan perubahan atas landasan kemarahan dan kebencian melampau mereka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

PKR untuk survive dalam arus perdana politik negara selama ini adalah kerana susok tubuh Anwar Ibrahim yang dijadikan ikon.

Dipendekkan cerita PKR itu Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim itu PKR.

Jika ada mana-mana pemimpin dalam PKR merasakan bahawa Anwar Ibrahim sudah "over the hill" atau tidak lagi relevan kepada perjuangan PKR untuk harungi cabaran PRU ke-14 nanti, mereka silap besar.

Ini kerana sudah ada suatu gelombang yang mau dicetuskan oleh kelompok pemimpin PKR yang diketuai Timbalan Presiden PKR yang juga Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali dengan dokongan dan sokongan kuat dari para kartelnya mau mengambil alih pucuk kepimpinan parti dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (Kak Wan) dengan mengambil kesempatan ketika Ketua Umum PKR DSAI kini sedang merengkuk dalam penjara selama 5 tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Deklarasi Rakyat @ Deklarasi Mahathir dilihat oleh kartel ini sebagai pucuk dicita ulam mendatang bagi rancangan mereka untuk dijadikan kenyataan. Mau deklarasi itu dijadikan landasan dan seterusnya batu loncatan untuk mencapai cita-cita merampas pucuk kepimpinan PKR.

Keintiman dan keghairahan agak melampau dan luar biasa dari lazimnya Azmin Ali di beberapa himpunan bersama Mahathir atas nama Deklarasi Rakyat mulai dicurigai oleh Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim sebagai yang pernah begitu rapat dengan Mahathir faham dan tahu benar gaya pemikiran dan sepak terajang politiknya telah menghidu sesuatu yang tidak kena sehingga terpaksa mengeluarkan surat pedas 8 muka yang kini sudah pun dibaca dan ditelaah oleh sekian ramai rakyat jelata.

Surat itu jika dibaca yang tersirat lebih kepada suatu amaran dari peringatan. Anwar ingin menyampaikan suatu mesej dan isyarat yang jelas sama ada mau bersama-sama dengan beliau atau pergi bersama-sama haluan yang dibawa oleh Tun Mahathir. "My way or highway."

Terkejut dengan pendedahan awal oleh FB AMK Pulau Pinang yang dinafikan sekeras-kerasnya salah seorang Naib Presiden PKR yang dulu pro Anwar Ibrahim tegar kini diketahui cukup kuat mendokong dan menyokong Azmin Ali, Shamsul Iskandar Akin kemudiannya ditepis pula oleh Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR Rafizi Rafizi sebagai tulin dan wujud rakyat sudah dapat menjangkakan kesmua ini disebabkan sudah ada berlaku percubaan perebutan kuasa pihak tertinggi dalam PKR.

Jika hasrat kartel Azmin ini mau diteruskan seandainya mampu pun ambil alih penguasaan dan kempimpinan PKR walaupun demi mau melepaskan PKR dari terus terjerat dan dilihat sebagai parti anak beranak,kaum kerabat sepupu sepapat yang pasti PKR akan menuju kehancuran.

Tanpa Anwar Ibrahim atau mana-mana yang mempunyai darah pertalian dengannya, PKR pasti akan hancur lebur.

Jika Azmin ingat disebabkan memegang jawatan Dato' Menteri Besar Selangor sudah cukup ampuh untuk mengangkat PKR keperingkat lebih gagah dari sedia ada, ini adalah suatu kesilapan besar.

PKR akan hanya mampu berdiri teguh diarus politik perdana negara jika dipimpin Azmin Ali dengan syarat jika mendapat restu dan sokongan padu 100 peratus dari Anwar Ibrahim. Jika tidak umpama menang sorak kampong bukan lagi tergadai tetapi hancur berkecai.

Monday 16 May 2016

BEGINILAH SUASANA DAN SAMBUTAN CERAMAH PERDANA PAKATAN HARAPAN BERSAMA RAFIZI RAMLI DI KEMAMAN, TERENGGANU MALAM SABTU LALU.

Biarlah gambar-gambar menjadi saksi berbicara mengenai sambutan dan suasana diberikan rakyat terhadap Ceramah Perdana Pakatan Harapan Bersama Rafizi Ramli di Kemaman Terengganu pada Sabtu malam lepas 14hb Mei 2016 di Perkarangan Pejabat KeADILan Kemaman (Belakang Tunas Manja).

Selain Rafizi Ramli mantan Pakar Strategi yang diagung dan dipuja oleh para pentaksubnya sebagai pemikir dan ahli strategi politik yang paling genius, brilian, pintar dan bijak dalam dunia, beliau juga adalah Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR selain Ketua Cabang PKR Kemaman, para penceramah yang turun bagi memeriahkan ceramah perdana Pakatan Harapan ini ialah Pengerusi MPN PKR Terengganu dan Pengerusi PAN Terengganu.

Seperti dijangka sambutan cukup-cukup hambar, suram, longlai, layu dan memalukan sekali.

Membawa mesej dan isyarat yang cukup-cukup kuat, terang dan amat jelas bahawa Pakatan Harapan langsung tidak ada masa depan sedikit pun di Terengganu.

Politik Pakatan Harapan tidak relevan langsung di Terengganu.

Apa yang memalukan ialah Rafizi Ramli selaku Ketua Cabang PKR Kemaman pun tidak ada langsung sokongan dan pengaruh kalangan rakyat tempatan.

Jadi tidak menghairankan mengapa beliau walaupun selaku Ketua Cabang PKR Kemaman langsung tidak berani nak bertanding di Kemaman pada PRU ke-13 lalu begitu juga pada PRU ke-14 akan datang. Beliau sebaliknya berani tunjuk lagak dan taring di Pandan, Selangor, teritori yang langsung tidak ada kena mengena dengan politiknya.

Itu pun beliau masih bercakap sombong, angkuh dan berlagak kononnya sokongan rakyat kepada Pakatan harapan di Kelantan dan Terengganu cukup hebat diluar jangkaan sama sekali.

Apakah sambutan diberikan rakyat malam Sabtu lalu cukup hebat dan memberangsangkan sampai diluar jangkaan????

Masa sudah sampai bagi Pakatan Harapan mulai buka keahliannya terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kepada para makhluk halus, bunian, jin, jembalang dan mereka yang sewaktu dengannya.


Friday 13 May 2016

EDISI BIAR GAMBAR-GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA .... LAGI CERAMAH PAKATAN HARAPAN DITERENGGANU LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DAN DIPEDULIKAN RAKYAT.



Suasana dan sambutan ini dirakam pagi ini 13hb Mei 2016 di Pasar Pagi Kampong Tiong, Kuala Terengganu.

Memandangkan hari ini di Terengganu cuti maka tempat ini menjadi tumpuan juga bagi warga Tionghua Kuala Terengganu unuk membeli barang-barang keperluan harian.

Seperti biasa aktiviti Pakatan Harapan ialah mengadakan ceramah berdiri atas pikap untuk menjalankan propaganda mereka.  Nak adakah ceramah secara tertib, teratur dan berdisiplin memang sudah menjadi rahsia umum tiada siapa nak datang dengar.

Dengam ambil kesempatan kehadiran orang ramai membeli belah dipasar pun masih juga Pakatan Harapan gagal untuk memikat, menambat apatah lagi memukau warga Terengganu untuk berhenti sejenak mendengar apa yang mau dicelotehkan oleh para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan Terengganu.

Senario sebegini sebagai suatu mesej dan isyarat jelas, nyaring lagi terang berderang betapa Pakatan Harapan di Terengganu langsung tidak mempunyai masa depan malahan ramai para pemerhati politik menyatakan dan meramalkan jika mana-mana calon Pakatan Harapan masuk bertanding dimana-mana jua kerusi di Terengganu sama ada dua penjuru atau tiga penjurunya calonnya akan kalah teruk sampai hilang wang deposit.

Ramalan dan jangkaan ini amat berasas sekali.

Saturday 7 May 2016

KEPUTUSAN PRN SARAWAK 2016 MENUNJUKKAN PAKATAN HARAPAN LANGSUNG TIDAK MAMPU MENGATASI SOKONGAN DAN PENGARUH PAKATAN RAKYAT



Masih segar bugar dalam ingatan Omak apabila Pakatan Rakyat berkubur maka Anwar Ibrahim terus bersuara dari penjara Sungai Buloh memberitahu satu dunia bahawa suatu pakatan pembangkang baru akan wujuddannama PAS langsng tidak disebut yang dia pasti akan jauh lebih kuat, kukuh dan hebat pengaruh dari Pakatan Rakyat.

Keputusan PRN Sarawak 2016 setakat ini jelas sekali apa yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim serta kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan meleset dan tersasar jauh sekadar syok sendiri tanpa berpijak dbumi yang realiti.


Sehingga jam 7 petang mengikut kiraan semasa, BN mendahului dengan 72 kerusi. BN menambah 16 kerusi berbanding hanya 56 kerusi dalam Pilihanraya Negeri yang lalu.


DAP pula hilang 5 tempat yang dikuasainya sebelum ini iaitu Batu Kawa, Dudong, Meradong, Piasau dan Repok.


Batu Kawa (DAP 1,710, BN 3,314)
Dudong (DAP 3,762, BN 6,074)
Meradong (DAP 3,796, BN 4,893)
Piasau (DAP 2,009, BN 2,530)
Repok (DAP 2,327, BN 3,589)


Calon buah hati anak emas dan kesayangan DAP iaitu Aziz Isa juga dijangka kalah di Batu Kitang.


BN ditentang hebat oleh calon Bebas di N49, Ngemah yang hanya berkelebihan 3 undi sahaja.



PKR pula dijangka akan mengekalkan 3 kerusi yang dimenangi dahulu iaitu di Batu Lintang, Krian dan Bakelalan.
Ikut kiraan ini BN akan dapat 72 kerusi, DAP tinggal 7 kerusi dan PKR 3 kerusi.

Ternyata, berfakta sahih lagi benar tanpa ada sedikit pun keraguan bahawa Pakatan Harapan tanpa PAS jauh lebih kerdil dan mengecil pengaruh dan sokongan dari Pakatan Rakyat dimana PAS salah sebuah komponen partinya.

Kewujudan dan penubuhan PAN hasil dari perasaan kecewa melangit kerana tumpas dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 langsung tidak menyumbang kepada peningkatan angka undi.

Peranan PAN untuk menggantikan kedudukan PAS ternyata amat mengecewakan sekali walaupun sudah dijangka dari awal tetapi tidak disangka begitu teruk sekali.


Selain faktor perubahan pucuk pimpinan kerajaan Sarawak dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dengan perasaan feel good factor keakhraban sejak belakang ini beberapa pemimpi penting Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir turut menyumbang kepada kemerosotan sokongan yang menyebabkan rakyat Sarawak meminggirkan Pakatan Harapan.


Rakyat Sarawak diketahui majoritinya kurang senang dengan Tun Mahathir.


Tidak perlu kita berteka teki siapa punya strategi brilian lagi genius ini sehingga Pakatan Harapan menerima tamparan tiga suku maut.


Pakatan Harapan boleh terus berangan dan memberikan harapan palsu kepada rakyat.

Berikut antara kerusi dimana calon bebas memperolehi undi jauh lebih banyak dari calon DAP dan PKR.

Di DUN KM Sarawak bertanding N03 Tanjung Datu calon PKR hilang wang deposit.


N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899
1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888
2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734
3. Richard ak Lias (DAP).....................243
4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396


N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB)..............6,360
2. Jazolkipli Numan (PKR).......................468


N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim (PKR)................1,218
2. Buln ak Patrick Ribos (Star).............120
3. MIRO AK SIMUH (BN).....................3,452
4. Nyomek ak Nyeap (Bebas)................2,055


N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot(Bebas).........3,573
2. Rinda Juliza ak Alexander(DAP).............285
3. TAN SRI WILLIAM MAWAN (BN)...............3,999


N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam (Bebas)...............2,439
2. Nicholas Mujah ak Ason (PKR)..... .....700
3. Pok ak Ungkut (PBDSB)...................90
4. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)...............4,478


N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji (Bebas)...........................4,145
2. CHRISTOPHER GIRA @ GIRA AK SAMBANG(BN-PRS)....6,230
3. Simon ak Joseph (PKR)...........................954

Friday 6 May 2016

SERPIHAN DIPERCAYAI MILIK HELIKOPTER YANG HILANG DITEMUI .. PERDANA MENTERI.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Dalam pada itu, Najib berkata, kawasan penemuan bersebelahan Sungai Batang Lupar dan ini menyukarkan operasi namun segala aset yang ada akan digunapaki dalam operasi ini.

Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Thursday 5 May 2016

SEBAB MUSABAB RAKYAT SAMARIANG WAJAR MEMILIH AL FADHIL USTAZ YUSUF ASSIDIQ AHMAD SHARQOWI. CALON PAS DUN N07 SAMARIANG.SEBAGAI WAKIL RAKYAT MEREKA.



Al Fadhil Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi. Merupakan anak jati Sarawak Darul Hana. Memiliki diploma dalam bidang al-Quran di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat di Maahad Qiraat Al- Azhar as -Syariff, Shoubra, Mesir.

Beliau pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad bacaan Al-Quran daripada guru-guru di Shoubra.

Berpengalaman memimpin solat tarawikh di masjid sekitar Shoubra, Mesir. Pada tahun 2012, beliau telah dijemput oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk memimpin solat Tarawikh di sana.

Setelah menamatkan pengajian di Mesir. Beliau dijemput memimpin solat tarawikh di berberapa masjid sekitar Lembah Klang. Selain daripada menjadi imam tarawikh dan khatib jemputan.

Beliau juga dijemput untuk mengimamkan/khatib solat fardhu Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau sekitar Kuching, Sarawak.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...