Thursday 28 February 2013

BERITA BERGAMBAR YANG BUAT NAJIB DAN UMNO KETAWA GEMBIRA SAMPAI MUNTAH!!!!... MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM KUTIP DERMA ANJURAN PKR NEGERI SEMBILAN DI LUKUT, PORT DICKSON, MALAM INI GAGAL????... HAMBAR TANPA SAMBUTAN LANGSUNG ????.. NEGERI SEMBILAN BAKAL KEKAL DITANGAN UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI????



KESIANNNN!!!!!.. MENITIS AIR MATA OMAK KAU...MAJLIS MAKAN MALAM KUTIP DERMA ANJURAN PKR NEGERI SEMBILANDI LUKUT, PORT DICKSON, MALAM INI GAGAL!!!... DSAI TERPAKSA BERCAKAP DEPAN MAKHLUK HALUS DAN ORANG-ORANG BUNIAN???

Sedih dan pilu sungguh hati Omak kau bila menerima beberapa keping rakaman gambar mengenai satu Majlis Makan Malam Kutip Dana PRU 13 Anjuran PKR Negeri Sembilan, di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan penceramah DSAI.

Sedih bukan kerana tiada sambutan tetapi sedih kerana UMNO di Negeri Sembilan bakal menjadi pembangkang INS'Y ALLAH.. selepas PRU 13 nanti.

Habis semua 300 meja dibeli oleh rakyat yang mengharapkan perubahan dalam sistem pemerintahan negara.

Lagi dicerca, difitnah lagi berduyun-duyun rakyat turun menyokong PR.

Nampak gaya pemimpin-pemimpin UMNO/BN melalui media milik mereka telah membantu perjuangan yang dibawa oleh PR.

Rakyat kini mengambil sikap. Kalau memburukkan PR beerti ianya tidak benar.

Kalau beginilah sokongan dan mood rakyat yang ditunjukkan kepada PR, maka Omak Kau cukup yakin dan benar-benar yakin dan percaya.. INI KALILAH ANWAR PM KE-7 MALAYSIA!!!!!

PAKATAN RAKYAT HARAPAN RAKYAT... DARI RAKYAT DIA DATANG KEPADA RAKYAT DIA MENYUMBANG.

KISAH PELIK TETAPI BENAR... SEMASA HIDUPNYA BERKARYA DAN MENYANYI MENGUTUK KUAT DAN KERAS TGNA.. APABILA MENINGGAL DUNIA, TGNA MENGIMAMKAN SOLAT JENAZAHNYA....SUBHANALLAH!!!!


BUKAN NIAT NAK MENGAIBKAN TETAPI SEKADAR MEMBERI PENCERAHAN MINDA MENCERITAKAN KISAH YANG BENAR.

TGNA mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad @ Zaidi Buluh Perindu, antara pendikir terkenal di Kelantan, yang meninggal pagi tadi.

Arwah dipercayai meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika sedang membuat persembahan di Tumpat dimana beliau sedang menyampaikan sebuah lagu khas untuk Menteri pertanian dan Asas Tani, Noh Omar yang menjadi tetamu VVIP.

Semasa hidupnya cukup kuat mengutuk dan caci cerca TGNA dalam setiap persembahannya.

Tapi TGNA tidak ambil pusing itu semua..Sanggup mengimamkan solat jenazahnya.

Jiwa dan hati Omakkau cukup tersentuh...SUBHANALLAH!!!

LAGI PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN BARISAN NASIONAL RUNTUH!!!!.....FLYOVER LALUAN PUTRAJAYA SELEPAS TOL PLAZA PUTRAJAYA LEBUHRAYA ELITE BERHAMPIRAN SELANGOR SCIENCE PARK 2 RUNTUH !!!!!


APA PULA KELENTONG UMNO/BN KALI INI?


Terkini projek runtuh Kerajaan Barisan Nasioanal. laluan Flyover telah runtuh jam lebih kurang 1.45 ptg tadi, di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.

Agak-agak korang apa yang akan dipusingkan cerita pasal runtuh ni nanti.

Mesti macam cerita dan tunding-menunding jari akan kedengaran nanti.

Ingat BN ingat Runtuh.. BN pasti runtuh dalam PRU ini.

BERITA PANAS GEMPAR TAPI BENAR!!!!!.. MEDIA UMNO MELAPORKAN PENYOKONG TEGARNYA YANG MENYOKONG KERAJAAN PAS/PR KELANTAN DITUKAR KENA CEKUP POLIS SEBAB EDAR DADAH HEROIN!!!!


Pergh!!!! rupa-rupanya penyokong seruan Najib Razak dengan slogan TUKAR adalah seorang pengedar dadah.

Siap rasa megah dan bangga sekali memakai Baju T Merah tertera logo T Lambang Negeri Kelantan. Lambang dan logo anjuran UMNO Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Mustapha Mohamad.

Perlu ingat!!!!.. yang dedah dan hebahkan ini ialah akhbar media arus perdana bukannya Harakah Daily maupun Keadilan Daily.

DENGAR...DENGAR...DENGAR....RESTORAN MAMAK KINI HANYA MENERIMA PELANGGAN YANG MENYOKONG UMNO/BN SAJA??????.. PENGUSAHA-PENGUSAHA RESTORAN MAMAK CABAR PENYOKONG DAN PENDOKONG PR BOIKOT RESTORAN MAMAK!!!!!!!


RESTORAN-RESTORAN MAMAK DISELURUH NEGARA DILIHAT SEOLAH-OLAH HANYA MENERIMA PELANGGAN YANG MENYOKONG UMNO/BN SAJA !!!!!

Itulah apa yang dapat Omakkau gambarkan apabila sudah ada rtestoran mamak secara terang dengan megah dan bangga mengibarkan bendera dacing direstoran mereka.

Sebelum ini Presiden KIMMA telah menyatakan bahawa hampir 18,000 buah restoran mamak seluruh negara akan digerakan untuk dijadikan jentera untuk membantu BN dalam mencapai kemenangan pada PRU 13 nanti.

Kini restoran-restoran mamak sudah dilihat mula menunjukkan sikap kepartian tanpa ada rasa hormat pada yang menentang BN.

Pengusaha-pengusaha restoran mamak seluruh negara sedang memberitahu tahu dunia kononnya penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat tidak dialu-alukan datang berkunjung ke-restoran mereka.

Kalaulah begitu sikap yang ditunjukkan oleh restoran-restoran mamak dinegara ini maka 'KECIL TAPAK TANGAN, PADANG STADIUM BUKIT JALIL KAMI TADAHKAN"

BERSIAP SEDIA UNTUK RESTORAN MAMAK DIBOIKOT OLEH RAKYAT YANG TIDAK MENYOKONG UMNO/BN.

KAMI DARI PAKATAN RAKYAT ADA MARUAH DAN HARGA DIRI.. PANTANG DICABAR DAN AKAN SAHUT CABARAN KALIAN....KAMU MENJUAL KAMI AKAN BELI DENGAN TUNAI.


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.. BILA BERTINDAK TERUS MENYENGAT.

GEMPAR!!!!..SEKUMPULAN MAHASISWI IKATAN STUDI ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (ISIUKM) BERDEMO "MAUKAN" ROSMAH MANSOR JADI PM MALAYSIA?????

Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

Sumber - HARAKAHDAILY

MAHASISWI ISLAM UKM GENG ROSMAH????.. MAHASISWI ISLAM UKM LOVE ROSMAH?????.

GEMPAR TAPI "BENAR"!!!.. KAIN RENTANG "BN DITAHI KU" DIPASANG DI KUALA TERENGGANU, TERENGGANU!!!!


Diberitakan ini "benar-benar terjadi" bukannya gambar diedit????

Rakaman gambar ini disnap di jejantas jalan kaki depan SMKA, Khairiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sekiranya benarlah apa yang dipaparkan digambar ini menunjukkan betapa bencinya rakyat kepada UMNO/BN . Sampai begitu sekali mereka meluahkan perasaan.

Kena lihat dari sudut kebencian rakyat dalam meluahkan isi hatinya.

Hareap warga Kuala Terengganu dapat mengesahkan akan kewujudan kain rentang ini.

INI KALI LAH.... JOM TUKAR... SELAMATKAN MALAYSIA.



Wednesday 27 February 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG DIHARAMKAN KELUAR DI UTUSAN DAN BERITA HARIAN....WARGA INDIA DAKAP PERJUANGAN PAS DAN SOKONG PADU PARTI KEADILAN RAKYAT!!!!!.. NAJIB DAN UMNO BERTAMBAH KECUT PERUT!!!


DULU NAK TENGOK KAUM INDIA SOKONG PAS PUNYALAH PAYAH, SEKARANG INI SEMUANYA SUDAH BERUBAH.. KINI SIAP PAKAI BAJU ADA LOGO PAS LAGI BEB!!!!.. PETANDA UMNO NAK LINGKUP DAH!!!!
Agak-agak rakaman gambar ini diterbitkan tak di semua media arus perdana milik UMNO/BN terutamanya Utusan, BH, The Star dan NSTP?

Kalau Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO/BN tahu wujudnya rakaman gambar seperti ini, sudah pasti beliau bertambah pening kepala, menggigil seluruh tubuh badannya.

Tidak hairan mengapa Najib Razak dipercayai akan bubar parlimen bila hayat parlimen yang sedia ada habis bila sampai waktunya.

Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO boleh berkata apa saja.. namun realitinya Ins'ya Allah.. UMNO akan menjadi pembangkang selepas PRU 13 nanti.





TERBUKTI DSAI PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR....SANGGUP MENERIMA KRITIKAN JIKA MEMBAWA KEBAIKKAN RAKYAT...SETUJU UNTUK PINDA MANIFESTO PR DENGAN MEMASUKKAN PENINGKATAN ROYALTI 5% KEPADA 20% KEPADA NEGERI-NEGERI PENGELUAR MINYAK DAN GAS.


R telah menyerahkan surat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, agar Pakatan Rakyat ubah Manifesto Pakatan Rakyat dengan memasukkan peningkatan Royalti daripada 5% kepada 20% untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia pada masa akan datang.

Kumpulan NGO R meminta jasa baik YB Dato Seri Anwar Ibrahim buat pindaan dan tandatangan atas buku Manifesto Pakatan Rakyat di majlis 1 Jam Dato Seri Anwar Bersama Rakyat Pasir Puteh pada jam 5.30 petang tadi, di Restoran Bonda, Sebelah Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

R mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana responsif terhadap suara rakyat di Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas.

Dalam sesi singkat bersama DSAI NGP R  menyatakan bahawa mereka komited dalam perjuangan rakyat ini, dan akan meneruskan perjuangan ini hingga rakyat di Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dapat menikmati hasil bumi.

R akan bersama dengan Pakatan Rakyat atau mana mana parti serta pihak yang membawa bersama agenda perjuangannya hingga berjaya.Ketepikan politik sempit, utamakan kepentingan rakyat. Berikan royalti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sabah serta negeri negeri lain di Malaysia.

Respek kami dari R kepada Pakatan Rakyat. TERBAIK!!

Jutaan terim kasih kerana terbuka dan boleh menerima teguran rakyat, berkaitan pembetulan isu Royalti dalam buku Manifesto PR.

InsyaAllah jika inilah sikap yang ditunjukkan, rakyat keseluruhannya  percaya Kerajaan BARU Malaysia di bawah PR pimpinan DSAI akan lebih proaktif dan dinamik berbanding kerajaan korup yg ditadbir UMNO/BN sekarang.

BEGITULAH SIKAP BERJIWA BESARNYA DSAI DALAM MENERIMA TEGURAN DAN KRITIKAN RAKYAT JIKA TEGURAN DAN KRITIKAN ITU MEMBAWA KEBAIKAN RAKYAT TIDAK KIRA DARI MANA DATANGNYA.

TIDAK BERSIKAP SOMBONG DAN ANGKUH KONONNYA DIRINYA SAJA YANG BETUL...INI BARU PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT YANG SANGGUP BERKHIDMAT SEMATA-MATA UNTUK RAKYAT.

AMATLAH MALANG SEKALI JIKA DSAI TIDAK DIANGKAT SEBAGAI PM KE-7 SELEPAS PRU 13 NANTI.

SMS UNDI BN KERANA DAH DAPAT BR1M, BL1M, BANTUAN ANAK SEKOLAH SEBAGAI TANDA BALAS BUDI, TERSEBAR LUAS DENGAN LIGATNYA !!!!!


Kini warga kita akan menerima sms berbunyi SALAM 1M'SIA. DAH DAPAT BR1M RM500, BANTUAN ANAK SEKOLAH, BANTUAN LESEN UTK ANAK MUDA. JGN LUPA BALAS BUDI KAMI, UNDI BARISAN NASIONAL PRU 13 NANTI. BN SELANGOR.

Punyalah terdesak UMNO yang semakin nazak dalam meraih undi dan sokongan rakyat sampai sanggup mengemis.

Dia ingat duit BR1M, Bantuan Sekolah dan BL1M itu duit mak bapa dia kah?

Itu adalah duit rakyat. Diberikan kepada rakyat sebab Pakatan Rakyat kuat dan UMNO dah nak tersungkur lebur.

Semasa UMNO kuat gagah perkasa dulu, jangan katakan bagi BR1M, kakitangan awam nak minta naik gaji pun kena herdik.

UMNO dari dulu, kini dan selamanya tidak pernah ikhlas ..Dia bagi ada makna.

Rakyat dah cerdik. Bagi ambil. Undi tetap kepada PR.

Rakyat sudah bertekad mau melakukan perubahan.

UMNO silap besar jika dia ingat rakyat boleh diumpan dengan RM500. Nilai dan harga diri rakyat yang bermaruah tidak akan dapat dibeli dengan sebegitu murah.

INI KALI LAH TUKAR...JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA.

Tuesday 26 February 2013

JENAYAH RAGUT SUDAH MENJADI-JADI SAMPAI MAGSANYA DITIKAM!!!!!..... DIMANA JANJI KERAJAAN UMNO SEBELUM INI AKAN BENTERAS JENAYAH RAGUT???


UMNO PEMBOHONG, PENIPU DAN CAKAP BESAR!!!!!

Cakap jenayah ragut akan dibenteras dan akan pastikan negara kita negara yang paling selamat didunia.

Realitinya?...Mangsa ragut kini akan diperlakukan dengan kejam, zalim dan ganas oleh peragut.

Contoh terbaik, apa yang berlaku seorang lelakai Tionghua warga emas yang ditikam diperut oleh peragut di Salak Selatan, Kuala Lumpur semalam hanya disebabkan di cuba nak menghalang peragut.

Apakah negara kita ini selamat untuk rakyat?

Inilah jadinya apabilia keutamaan dan prioriti tugas PDRM disalah gunakan oleh parti pemerintah.

Rekrutlah sebanyak mana pun anggota polis yang baru namun jika tidak tahu keutamaan dalam penugasan polis maka beginilah senario yang bakal dihadapi rakyat.

Perlunya PDRM di Reformasikan.. Tukar Kerajaan bobrok UMNO yang sedia ada yang ternyata gagal untuk melaksanakan amanah dan tanggung jawab yang diberi rakyat.

INI KALI LAH TUKAR... JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA... PAKATAN RAKYAT HARAPAN RAKYAT.

SURAT WANITA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL,MELAKA. MEMFITNAH DAP TERSEBAR LUAS DI INTERNET....NAMPAK SANGAT JAHIL DAN KERING KONTANG IDEA UNTUK BERDEPAN DENGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!


Inilah sekeping surat yang dicetak dan diedarkan oleh Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka dimana Ketua Bahagiannya adalah Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sendiri.

Begitu jahil dan terdesak UMNO Melaka pimpinan Ali Rustam untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Langsung tidak ada class UMNO dibawah pimpinan Ali Rustam berpolitik.

Masih terperangkap dengan politik zaman 70an dan awal 80an tanpa menyedari kini kita sedang menghirup oksijen dizaman alaf barau yang sudah pun 13 tahun berlalu.

Dia ingat rakyat ni bodoh macam ahli-ahli, penyokong dan pendokong UMNO.

Dia ingat rakyat tidak boleh boleh nak berfikir dan menilai setiap maklumat yang dihidangkan.

Kalau beginilah cara UMNO/BN menggunakan taktik dan cara nak berdepan dengan Pakatan Rakyat.. Ikhlas lagi jujur Omakkau cakap.. Insya- Allah.. UMNO akan tumbang.

INI KALI LAH TUKAR... JOM UBAH... TOLAK POLITIK FITNAH....SELAMATKAN MALAYSIA.

NEGARA KENYA PUN SUDAH ADA DEBAT UNTUK MEMILIH PRESIDEN !!!!



Negara Kenya, negara yang dikatakan jauh lebih mundur dari Malaysia.. Negara dimana warga yang tahu membaca dan berilmu jauh lebih kecil dari Malaysia.. Negara yang mempunyai rakyat hidup dibawah para kemiskinan jauh lebih besar dari Malaysia, sudah pun diadakan DEBAT secara LIVE uantuk membolehkan rakyatnya membuat penilaian tepat untuk siapa yang lebih layak menjadi Presiden Kenya.

Malaysia dibawah UMNO/BN pimpinan rejim Najib Razak yang sering kali berucap tidak takut dan gentar dengan sesiapa, Mendabik dada bercakap besar sombong dan angkuh kerajaan pimpinannya mendfapat sokongan padu dan jitu dari rakyat. Diwar warkan disemua media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik yang Najib Razak kemana saja berada akan disambut puluhan ribu rakyat sambil membawa plakad I LOVE PM..

TAPI MENIKUS, TAKUT KECUT PERUT KETAR KEPALA LUTUT UNTUK SAMBUT PELAWAAN DAN CABARAN DARI DSAI UNTUK BERDEBAT DENGAN BELIAU SECARA LIVE DALAM APA JUA TAJUK YANG MENYENTUH KEHIDUPAN RAKYAT.

MEMBAWA MAKNA MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN REJIM NAJIB RAZAK UMNO 1M'SIA JAUH LEBIH TERUK DARI KENYA.

OLEH ITU HENTIKAN BERLAGAK HEBAT DAN KUAT... AMAT MALU MENJADI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMILIKI PM PENAKUT PIANG MACAM NAJIB RAZAK.


In Kenya, the second and final presidential debate is scheduled to be held in the capital, Nairobi, Monday in the run up to the March 4 general election.

Kenya’s electoral body has cleared eight presidential candidates expected to be part of Monday’s debate, which is the second in the East African nation’s history.

The candidates include Musalia Mudavadi (Amani coalition), Uhuru Kenyatta (Jubilee), Martha Karua (Narc-Kenya), James ole Kiyiapi (Restore and Rebuild Kenya), Peter Kenneth (Eagle Coalition), Paul Muite (SAFINA), Mohamed Abduda Dida (ARK) and Prime Minister Raila Odinga of the CORD party.

Monday 25 February 2013

LAGI EDISI PEMIMPIN BN DIMALUKAN DENGAN TERIAKKAN NO NO NO!!!!.. KALI INI MANGSANYA NAIB PRESIDEN MCA DR NG YEN YEN!!!!!.. MALU SUNGGUH BEB!!!!

ALI TINJU, KETUA PENARI PUNGGUNG AJAR RAKYAT CARA MENGHORMATI ISTERI NAJIB RAZAK, ROSMAH MANSOR ?????


Ketua Penari -penari tua punggung, Prebet Bersara Ali Tinju telah menunjukkan kepada semua penyokong tegar UMNO yang menyokong dasar 1M'sia yang dibawa oleh Najib Razak cara-cara yang betul apabila bersalam dengan isterinya, Rosmah Mansor.

Beginilah caranya kalau sesiapa teringin nak ambil hati Rosmah Mansor.

Layan dirinya sebagai dewa. Ampu bodek beliau sebagai individu teragung di dunia walaupun ianya tidak syariah compliance.

Semoga Prebet (B) Ali Tinju akan tercapai hajatnya setelah berjaya menambat hati Rosmah Mansor.

EDISI PENCERAHAN MINDA!!!!...BUKTI KUKUH BERFAKTA DENGAN DATA, UMNO PENGKHIANAT MELAYU BILA BERADA DALAM BARISAN NASIONAL!!!!!!


Sila lihat dengan mata kepala sendiri dengan mencuit minda untuk berfikir dan menilai.

Bukan nak bersikap rasis tetapi sekadar memperjelaskan kebenaran agar yang masih dok sokong UMNO berfikir sebelum berada dalam kepompong seronok sendiri bila dibisikkan ketelinga oleh para pemimpin UMNO kononnya UMNO adalah perjuang Ketuanan Melayu yang paling unggul.

Realitinya?...Sila lihat akan rajah kasar organisasi Barisan Nasional.

Adakah Melayu UMNO benar-benar menguasai Barisan Nasional?...Disini amat jelas sekali untuk UMNO terus bernafas dan hidup dalam arus politik perdana terpaksa menjadi kaldai tunggangan kepada beberapa parti politik yang jelas bukan menganut kefahaman "Ketuanan Melayu".

Dahlah UMNO bukan seratus peratus ahlinya dari kaum Melayu, dilemahkan lagi kedudukkan sebegini.

Sebab itu UMNO,  berita dan fakta sebegini ditutup dari pengetahuan ahli-ahlinya.  Ada ahli yang tahu tetapi buat-buat tak tahu sebab nak jaga periuk nasi mereka.

KEBENARAN ITU PAHIT...UMNO ADALAH KALDAI TUNGGANGAN PARTI-PARTI KOMPONEN DALAM BARISAN NASIONAL.

RAKYAT BANGSA MELAYU SUDAH TIADA PILIHAN LAGI....HARUS BANGKIT DAN MENGANGKAT SEMULA MERTABAT MELAYU DENGAN MENJATUHKAN UMNO PADA PRU 13 NANTI...

PERSAMAAN ATAU KEBETULAN!!!!!.. SEBELUM KERAJAAN MUAMMAR GADDAFI TUMBANG BELIAU JUGA TELAH SOGOK RAKYATNYA DENGAN "BR1M" SEBANYAK 500 DINAR LIBYA!!!!!


Persamaan atau secara kebetulan....Bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi, sebelum tumbang ditangan rakyat pernah menyogok rakyatnya saling tak tumpah macam BR1M yang diberikan oleh rejim Najib Razak, bernilai 500 Dinar Libya.

Rakyatnya rembat tapi tetap hambat keluar Muammar Gaddafi.

Begitu juga bakal berlaku dinegara kita tetapi bukan dengan cara keganasan sampai membunuh tapi akan usir keluar Najib Razak dan UMNO dari Putrajaya dalam bentuk undi pada PRU 13 nanti.

Satu senario yang amat menarik untuk ditunggu keputusan.

Adakah UMNO akan dihidapi badi Muammar Gaddafi?.

BLOGGER UMNO JAJA FITNAH DENGAN MENGEDIT GAMBAR, KATA TGNA ADALAH SALAH SEORANG PENERIMA BR1M JUGA!!!!!!


Beginilah akhlak blogger UMNO yang mampu Omakkau tarafkan tak ubah macam haiwan.

Sanggup melakukan pengeditan kepada gambar TGNA semata-mata mau memfitnah beliau sebagai salah seorang penerima BR1M.

Dia ingat rakyat ni bodoh macam para pengikut totok UMNO atau pun yang bertenggek di PWTC setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Para penerima yang layak menerima BR1M telah ditetapkan pendapatan nya seisi rumah sebulan kurang dari RM3,000.

Fitnah dengan UMNO sudah tidak mampu dipisahkan lagi.. Sudah sebati piang hingga ketulang sonsom.

UMNO kalau tidak memfitnah dan menipu bukanlah UMNO namanya.

CUBA NAK MEMFITNAH TGNA KONONNYA PENERIMA BR1M SEBAGAI HAIWAN TETAPI SEBENARNYA BLOGGER UMNO INILAH YANG SEBENARNYA BERSIFAT HAIWAN TANPA ADA RASA TAKUT KEPADA DOSA.

EDISI TERJAH SAMPAI TERBURAI TERBONGKANG!!!!.... UMNO MENDERHAKA KEPADA SULTAN SELANGOR KERANA JADIKAN SURAU SEBAGAI MARKAS PARTI!!!!!



GAMBAR SEBAGAI BUKTI BERBICARA BUKAN MENUDUH MEMBUTA TULI PAKAI AIR LIUR BASI!!!!


LOKASI: SURAU AR RAHMAN,  TAMAN CEMPAKASARI FASA II, BT 4, JALAN KAPAR, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.


Surau berkenaan dimaklumkan bakal menjadi markas UMNO.

Bukan saja bertentangan dengan maruah tetapi telah menentang Titah Perintah DYMM Tuanku Sultan Selangor yang tidak membenarkan mana-mana masjid maupun surau yang berada dalam jajahan Selangor dijadikan sebagai tempat berpolitik.

Tapi juak-juak UMNO dari Dulu, Kini dan Selamanya, jenis tak reti bahasa dan sentiasa langgar titah perintah Tuanku Sultan Selangor.

Berteriak, bertempik, menyalak terlolong kata akan perjuangkan Intitusi Raja-Raja Melayu, tetapi titah perintah yang semudah ini pun UMNO sanggup langgar demi politik sempit mereka.

Masih nak harapkan UMNO mempertahankan Institusi Raja?????


Sekarang jelas sudah siapa yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

SAYANGI SELANGOR PERTAHANKAN PAKATAN RAKYAT

MASIH YAKINKAH UMAT ISLAM NAK BERKUNJUNG KE RESTORAN MAMAK APABILA PARA PEKERJANYA ADA YANG TAK TAHU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH !!!!!


Kini rahsia sudah terbongkar terburai!!!!!..Kita harus ingat memperingatai sebab makan yang kita jamah akan menjadi darah daging.

Pekerja Restoran Mamak tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apabila diminta pihak JAKIM semasa melakukan serbuan.

Sah para pekerja Restoran Mamak ramai yang bukan beragama Islam yang menyediakan makanannya.

Bukan nak cakap apa..YAKINKAH ANDA MAKANAN YANG DISEDIAKAN ITU HALAL???... TEPUK DADA TANYA IMAN.

TENGOK DENGAN MATA KEPALA SENDIRI KEADAAN DAPUR DI RESTORAN MAMAK!!!!!!... MASIH ADA SELERA NAK MAKAN KE????


Ini bukan nak mengaibkan tetapi menceritakan keadaan yang sebenar.

Rata-rata beginlah pemandangan didapur di kebanyakkan restoran mamak dinegara kita.

Sudah menjadi pengetahuan umum kebersihan kebanyakkan restoran mamak adalah amat tidak memuaskan sekali.

Belum disaentuh tentang kebersihan makanan  yang disediakan.

Sampai ada dijadikan bahan guruan yang sinis tapi serius berbunyi " BERI SAYA ROTI CANAI KUAH KARI SEMINGGU"

Semoga rakyat berfikir sebelum menjamu selera di restoran mamak.

Jagalah kesihatan anda... jangan sampai kena keracunan makanan cirit birit..

"JANJI WANITA" MENGANGKAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI KE 7 MALAYSIA DALAM HIMPUNAN KEBANGKITAN WANITA MALAYSIA MALAM TADI


"WANITA GAGAH PERKASA, DISULAMI DENGAN SIFAT BISTARI, DITENUNKAN DENGAN AHLAK MULIA..ITU LAH WANITA YANG AKAN TETAP BERDIRI TEGUH KERANA NEGARA AKAN MENJADI MAKMUR DAN SEJAHTERA DI BAWAH PIMPINAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI KE 7.... INSYA'ALLAH!!


"WANITA BERDAYA NEGARA BERJAYA" OMAKKAU MELAPURKAN UNTUK BIRO PENERANGAN WANITA PUSAT!!! YEAY!!!





INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...