ROMPIN– “Biarpun hidup saya umpama kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang, anak-anak tidak pernah saya biarkan kelaparan,” demikian
luahan Shahbani Zain, 50, yang dihimpit kemiskinan berikutan tidak
mempunyai sumber pendapatan tetap.
Shahbani bergantung harap kepada upah meracun, menebas rumput dan
kerja-kerja kampung yang lain bagi menyara isterinya, Narhasyimah
Ismail, 44, dan lima daripada sembilan anaknya.
Bagaimanapun Shahbani berkata, tiga daripada anaknya iaitu, Mohd
Aminuddin, 15, Mohd Izaidi, 13 dan Alia Maisarah, 10, terpaksa melupakan
alam persekolahan berikutan tidak mampu menanggung kos persekolahan
anaknya itu.
“Pernah juga kami sekeluarga terpaksa makan nasi tanpa lauk, malah ada
masa terpaksa mengikat perut hingga ke petang disebabkan kemiskinan yang
dialami,” katanya kepada Sinar Harian.
Shahbani yang berpendapatan purata antara RM250 hingga RM300 sebulan
berkata, ketika ini, seorang sahaja anaknya yang bersekolah iaitu,
Norarisha yang berusia enam tahun.
“Itupun saya tak tahu sama ada dia dapat meneruskan persekolahan atau
pun tidak memandangkan dia masih di peringkat Pra Sekolah lagi. Jika
sudah masuk sekolah rendah atau menengah mungkin perbelanjaannya pun
makin tinggi,” katanya.
Sebagai bapa menurutnya, dia mengakui mahu melihat anaknya berjaya
dalam pelajaran, namun disebabkan kemampuannya yang terbatas menyebabkan
dia tidak dapat memenuhi impian anaknya itu.
“Kalau boleh, saya tak mahu anak mewarisi kemiskinan yang dialami,
tambahan pula kami sudah serik dengan kehidupan serba kekurangan ini dan
saya sedar hanya pelajaran dapat mengubah nasib mereka.
“Bukan menyalahkan takdir, tetapi saya memang tidak mampu berbuat demikian,” katanya.
Shahbani berkata, mereka sekeluarga juga terpaksa menumpang di rumah
ibunya, Azizah Ismail, 70, selepas rumah mereka tidak lagi boleh
diduduki selepas rosak dimakan anai-anai.
Malah katanya, rumah yang ditumpanginya sejak setahun lalu itu pula
bukan saja sempit, malah mengalami kebocoran pada zink dan atap rumah
yang menyebabkan rumah itu sering digenangi air apabila hujan.
“Hanya rumah pusaka inilah menjadi tempat kami sekeluarga berteduh
daripada panas dan hujan.
Walaupun keadaan rumah ini daif, kami tetap
bersyukur kerana masih tidak hidup bergelandangan,” katanya.
Menurutnya, dia juga sudah membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT), namun masih menunggu status permohonan tersebut
daripada pihak berwajib.
Sementara itu Norhasyimah berkata, dia tidak dapat menahan sebak jika
mengenangkan hidup yang terpaksa dilalui mereka sekeluarga, namun pasrah
dengan apa yang berlaku selain mengharapkan anaknya kuat dalam menempuh
dugaan tersebut.
HELO NAJIB!!!!... CUBA CERITA SIKIT KISAH YANG MENYAYAT HATI INI!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
dengan iringan doa "KO BN...amin ya rabbal alamin"
ReplyDeletesalam ..minta tukar blog ist boleh tuan. http://kachipemas.blogspot.com/
ReplyDeletepuok pakatan rompin tolong bantu r.. jgn wat naya ke org miskin. jgn mcm umno masuk tv1/3 suku baru nok tunjuk baik konon... cis... ni ape cerita kampung pm 3lobang... kih.kih.kih....
ReplyDeleteKelantan Miskin ke derr??? Aku baru jek balik dari Kelantan. Apa yang aku lihat sendiri rakyat Kelantan Damai jer.. Rumah mereka besar2. Setiap keluarga pasti memiliki sebidang dua tanah.. Mereka boleh jer saing meniaga barang yang sama, tak jadi masalah pun.. Cuba kat Selangor tengok!! Kalau tak kena Bomoh tak sah hidup meLAYU nih.. Sepanjang 5 hari aku kat Kelantan tak nampak pun sekor anjing kat atas jalan.. Allahuakhbar!! Negeri Berkat.
ReplyDeleteklu pakatan menang, jangan lupa ye naikkan gaji penjawat awam. skng ni gaji tak sebapa tapi rega barang bukan main mahal. haei2 gi keja bayar tol dekat seploh hinggit, haga ptrol mahal, la ni insuran pulak dah naik. yuran skolah walaupun kata dah hapus tapi bayaran pibg pulak naik mencanak2. macam2 program kena bayor walaupun dulunya free. anak dapat seratus pun tak cukup beli buku latihan ngan sepasang baju. bayar kereta, bayar rumah, bayar letrik, bayar air, bayar cukai pintu cukai tanah, baki adalah ciput untuk belanja makan minum anak. Tak beli kereta susah pulak nak begerak jenguk emak bapak kat kampung. mintak2 la lepas ni pakatan dapat naikkan gaji dan turunkan harga barang2 harian. kalau hidup rakyat senang, pakatan akan dapat memerintah lama dan barisan jangan harap dapat perintah balik. tapi kalau pakatan perintah pun lebih kurang macam barisan perintah, jawabnya sepenggal ajelah kami bagi.
ReplyDeletemasa aku pergi klantan hari tu, aku nampak juga rumah org2 miskin macan negeri lain juga, tapi yg aku nampak banyak rumah yg besar2 macam hidup mewah je dia org tu, tak apa lahnegeri yg miskin asalkan rakyatnya tak miskin.
ReplyDeleteSepanjang 10 tahun aku berulang alik ke Kelantan ini la pemerhatian yang dapat aku buat:
ReplyDelete1. Banyak gak rumah-rumah (milik warga emas) yang agak uzur...tapi jangan fikir kehidupan mereka daif. Ade sorang makcik tu (berhampiran tempat aku kerja) rumah dia memang uzur tapi baru2 ni dia boleh beli sebidang tanah dengan harga RM60k cash. Tekejut beruk aku dengar, lebih mengejutkan lagi 3 tahun sebelum tu dia juga ada beli sebidang tanah dengan harga yang sama...bayar cash juga.
2. Aku diberitahu warga emas Kelantan ni kebanyakkannya tak begitu pentingkan nak buat rumah cantik2, cukup a sekadar boleh buat brteduh dari hujan dan panss. Tapi cuba korang tanya dia, berapa bidang tanah diorang ada. Berbidang-bidang beb...
3. Rumah kat Kelantan ni ada yang nampak uzur sangat, tapi penghuni mampu pasang Astro. Nenek aku kat Johor pun tak berani keluar modal bayar bulan2 untuk langgan Astro.