Saturday 29 June 2013

FINAL PIALA FA 2013!!!...PINTU STADIUM TUMBANG... BAHANA APABILA PENONTON LEBIH DARI TIKET YANG DIJUAL!!!!


Suasana di luar Stadium Nasional Bukit Jalil dikatakan berlakunya salah pintu masuk tumbang dan kejadian beberapa penyokong Kelantan tanpa tiket masuk ikut panjat pagar.

Datang jauh dari Kelantan tetapi tiada tiket untuk dibeli...

Perlunya ada satu mekanisma yang adil dari FAM agar suasana sebegini tidak dijadikan satu amalan.

Paling tidaknya di luar Stadium ada skrin gergasi bagi penyokong yang tiada tiket dapat menonton sambil mendengar rasa sebenar dalam stadium.

Friday 28 June 2013

GEMPAR!!!! HAKIM MAHKAMAH TINGGI YANG MENDAPATI KETUA POLIS NEGARA BERTANGGUNG JAWAB ATAS KEMATIAN A.KUGAN SEMASA DALAM TAHANAN POLIS, MELETAKKAN JAWATAN SECARA MENGEJUT!!!!



Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk V.T. Singham, 65 hari ,telah menyerahkan surat peletakan jawatan suatu keputusan yang mewujudkan gelombang kejutan dalam kelompok profesyen pengamal undang-undang.

Ianya datang dua hari selepas beliau menyampaikan penghakiman menyabitkan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa menjadi Ketua Polis Negeri Selangor atas kematian tahanan lokap A. Kugan tiga tahun lalu.

Singham, masih bujang, adalah hakim Mahkamah Tinggi yang paling kanan. Dia adalah seorang pengamal undang-undang atau peguam sebelum dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2003.

Beliau telah berkhidmat di beberapa Mahkamah Tinggi Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan terakhir Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

WALAUPUN POLIS DIARAHKAN MERONDA 1 JAM SEKALI DISEMUA LOKASI MESIN ATM... NAMUN DI JOHOR BAHRU SEMALAM, SEBUAH MESIN ATM BERJAYA DILARIKAN SEKUMPULAN PEROMPAK JAM 1 PAGI!!!!!


KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa hari ini, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM.


Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk WiraAyub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikalakan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan disetiap daerah.


“Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawatpremis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari disemua daerah di seluruh negara.


“Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.

Begitulah nada bunyinya pada 16hb Jun 2013 yang lalu.....Pada 28hb Jun 2013 ini punya kisah yang terjadi...Selepas 12 hari arahan dikeluarkan.



JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam.


Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.


Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.


Modus operandi kumpulan  tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.


“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.


Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah  wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.

Thursday 27 June 2013

ADAKAH INI PELAKON LELAKI YANG DIMAKSUDKAN YANG PERNAH KENA TAHAN KERANA MEMILIKI DADAH DAN SEMALAM KENA CEKUP LAGI ATAS KESALAHAN YANG SAMA?



Pelakon ditahan lagi miliki dadah

AMPANG - Seorang pelakon lelaki yang pernah dihukum kerana memiliki dadah pada 2009, ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pagi semalam.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelakon berusia 35 tahun yang juga anak kepada seorang pelakon terkenal, ditahan bersama tiga lelaki lain dan dua wanita berusia antara 27 hingga 37 dalam serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sekitar jam 11.30 pagi.

Seorang daripada wanita terbabit dipercayai teman wanita pelakon itu yang juga pernah ditahan pada 2009.

Polis menemui satu paket syabu seberat 4.7 gram dalam bilik di rumah terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata hasil ujian awal air kencing mendapati empat lelaki itu positif dadah jenis methaphitamine manakala dua wanita terbabit negatif.

Menurutnya, sumber polis masih menyiasat termasuk mengenal pasti dari mana dadah itu diperoleh dan tujuan mereka menyimpannya sama ada untuk dijual atau kegunaan sendiri.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman, katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati keenam-enam yang ditahan pernah disiasat berkaitan kes dadah.

Siasatan awal mendapati rumah dimiliki seorang daripada lelaki yang ditahan dipercayai digunakan sebagai lokasi jual beli dan menagih dadah.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap pelakon berkenaan atas kesalahan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya di Jalan Segambut pada Mac 2009.

DAKWAT KEKAL!!!..BELANJA RM7.1 JUTA UNTUK BELI DAKWAT PEWARNA MAKANAN!!!!!! RAKYAT TERUS DITIPU TANPA ADA RASA MALU!!!!


Jawapan Shahidan Kassim Menteri DiJabatan Perdana Menteri, di Parlimen semalam mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu.

Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka.

Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu.

SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur.

Kemudian apabila ia terus dipertikaikan, SPR memberi jawapan lain pula. Kononnya bahan kimia yang digunakan iaitu nitrat perak dalam dakwat itu terpaksa dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan. Seorang timbalan menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, turut bercakap dengan hujah yang sama.

Namun kemudian SPR dimalukan pula apabila Menteri Kesihatan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan laporan mengenai pengurangan nitrat perak dalam dakwat itu.

Apabila is terus dipertikaikan, SPR lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat mengenai perkara itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Agak menghairankan, mereka yang menyediakan dakwat kekal itu, mereka juga yang mengujinya, mereka juga yang mempertahankannya tetapi akhirnya kerana tekanan rakyat, menubuhkan jawatankuasa pula.

Namun untuk mengaku kesilapan, jauh sekali. Rakyat pula terus keliru.

Sementara rakyat di bawah terus bercakap mengenai dakwat kekal yang tidak kekal ini dan mempertikaikan kewibawaan SPR, isu ini sering saja tenggelam timbul. Tetapi rakyat hairan dengan jawapan dolak-dalik dan tidak konsisten SPR mengenai isu ini. SPR seolah-olah memberi jawapan ikut sedap mulut saja dan bukan berdasarkan fakta sebenar.

Dalam ertikata lain, jawapan SPR seperti hujah politik seorang Ketua UMNO Cawangan saja layaknya.

Dengan jawapan Shahidan di Parlimen bahawa tiada bahan kimia digunakan dalam dalwat kekal itu, sebaliknya hanya pewarna makanan saja, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sepatutnya menghantukkan kepala masing-masing ke dinding jika mereka faham erti wibawa dan integeriti. Ini benar-benar memeranjatkan dan jelas bahawa pelbagai jawapan yang diberi selama ini bohong belaka. Ahmad Maslan pun turut menjadi pemimpin yang berbohong kepada rakyat.

Sudahlah hanya pewarna makanan yang digunakan, kos pembelian dakwat kekal yang menececah RM7.1 juta turut menjadi isu. Kalau hanya dakwat yang menggunakan pewarna makanan, bagaimana boleh harganya mencecah semahal itu?

SPR kini tidak boleh berdolak-dalik lagi. Jawapan Shahidan di Parlimen lebih dipercayai berbanding pelbagai hujah SPR di sidang media. Kewibawaan SPR sebagai pengendali pilihanraya yang bebas dan adil sudah berakhir. Rakyat berhak mempertikaikan pelbagai isu mengenai pengendalian pilihanraya oleh SPR memandangkan untuk menguruskan hal yang begitu mudah seperti dakwat kekal pun, mereka tidak mampu melakukannya dengan baik.

Rakyat juga hairan kenapa dakwat kekal di negara kita menjadi begitu kalut sedangkan penggunaannya di India dan Bangladesh tidak pernah timbul masalah dan sudah digunakan sejak puluhan tahun lamanya. Jika susah sangat, import saja dakwat yang sama yang digunakan di kedua-dua negara itu!

Dalam hal ini, memang tiada alasan lagi untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mempertahankan diri mereka. Sudah sampai masanya mereka secara sukarela mengundurkan diri dan meletakkan jawatan. Tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengatakan perlantikan mereka atas perkenan Yang Dipertuan Agong dan memaksa berundur kononnya mempertikaikan peranan dan perlantikan baginda itu.

Terus mempertahankan benang basah hanya mengeruhkan lagi keadaan. Letak jawatan dan biar orang lain yang lebih berwibawa memimpin SPR. Memandangkan pilihanraya kecil Kuala Besut akan diadakan tidak lama lagi, seeloknya mereka mengundurkan diri sebelum pilihanraya itu berlangsung.

Ternampak sekarang, dengan pelbagai kemelut ini, merekalah yang sebenarnya sedang mencemar nama baik Yang Dipertuan Agong, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan di negara ini dengan jawapan dan hujah yang entah apa-apa dan ikut sedap mulut saja mengenai dakwat kekal yang dipertaikaikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Wednesday 26 June 2013

PRK PERTAMA SELEPAS PRU 13 BAKAL DIADAKAN.. ADUN KUALA BESUT MERANGKAP EXCO KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MENINGGAL DUNIA PAGI INI.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu Dr. Abdul Rahman Moktar yang berusia 55 tahun meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi tadi kerana penyakit barah paru-paru.

Adun Barisan Nasional (BN) itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.


Ini bermakna, pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan tahun ini buat pertama kalinya selepas pilihan raya umum 5 Mei. - 26 Jun, 2013. - 26 Jun, 2013.

Pada PRU 13 yang lalu beliau telah menewaskan calon PAS/PR Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.


PRU 12 Allahyarham sebagai calon UMNO/BN telah menumpaskan calon PAS/PR Nik Zawawi dengan majoriti 2,631 undi.

Bermakna kemerosotan jumlah undi majoriti 197 undi.


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..Alfatihah...

ADUN TANJUNG SEPAT, SEPANG, SELANGOR, NYARIS MAUT AKIBAT JETI NELAYAN RUNTUH SEMASA MELAKUKAN LAWATAN KERJA.




TANJUNG SEPAT - Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terbabit.

“Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam  ke bawah jeti.

“Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk,” katanya semalam.

Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.

“Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini,” katanya.

BUMBUNG TANGKI AIR APARTMENT DI PRESINT 15 DAN 14 PUTRAJAYA TERBANG DI PUKUL ANGIN RIBUT KENCANG MALAM TADI!!!


Bumbung dua buah tangki air di apartment Presint 15 dan 14 telah diterbangkan oleh angin ribut kencang malam tadi selain beberapa pokok tumbang di presint 9 dan 10.

Tiada penduduk yang mendapat cedera dalam insiden tersebut.

Tuesday 25 June 2013

GARA-GARA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA HABIS DI KOTA BHARU, PENJUAL TIKET KENA HAMBAT HINGGA KEDALAM STADIUM!!!!!



Tiket final Piala FA habis di Kota Bharu, penjual tiket dikejar hingga dalam stadium

Penjualan tiket Final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) hari ini kecoh selepas tiket yang dijual habis dalam tempoh kurang 15 minit sehingga penyokong Kelantan berang lalu menyerbu masuk ke dalam stadium dan mengejar penjual tiket.

Penjualan tiket bermula jam 9 pagi itu pada mulanya tenang, namun suasana bertukar kecoh dan tidak terkawal selepas pengumuman tiket habis dijual dibuat kira-kira jam 10.30 pagi.

Kira-kira 3,000 penyokong The Red Warriors (TRW) hadir untuk membeli tiket, namun mereka mendakwa hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli dalam tempoh kurang 15 minit sebelum tiket diisytiharkan habis dijual.

Penyokong bertambah berang apabila KAFA menggantikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dengan tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang, hari ini.

Beg tiket yang dibawa penjual tiket berjaya dirampas selepas dikejar penyokong sehingga ke dalam padang, namun beg itu hanya mengandungi tiket perlawanan Liga Super berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di SSMIV.

"Kita serahkan masalah ini kepada KAFA untuk menyelesaikannya kerana kita tidak terbabit dalam penjualan tiket," katanya.

GEMPAR!!!!... TUKANG GANTUNG SADDAM HUSSEIN DITEMUI MATI DIBUNUH!!!!!



Salah seorang daripada lelaki yang terlibat menjalankan hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui mati dibunuh.

Parti Baath dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa adalah Mohammed Nassif al-Maliki, dan pernah muncul dalam video rakaman hukuman gantung berkenaan.

Dalam video berkenaan, Mohammed merupakan lelaki bertopeng dan berada di sebelah tepi Saddam.

Kerajaan Iraq bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan kematian Mohammed itu.

Sebelum pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq lalu, Mohammed bekerja menjual sayur-sayuran di wilayah Karbala.

Selepas kematian Saddam, dia menjadi pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan dianugerahkan pangkat Kapten selepas terlibat dalam melaksanakan hukuman gantung itu. -TT

EXCO KERAJAAN NEGERI TERENGGANU, DR.A.RAHMAN MOKHTAR, YANG DIMASUKKAN KE HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU, KERANA MENGADU SESAK NAFAS, KINI BERADA DALAM KEADAAN STABIL!!!!



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kuala Besut yang dikejarkan ke Hospital Daerah Besut, Terengganu,Khamis lalu kerana kesukaran bernafas kini dikatakan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Doakan agar cepat sembuh seperti sediakala.

ISU DSAI DAN NAJIB RAZAK MINUM SEMEJA!!!...APAKAH SUATU KESALAHAN BESAR DSAI DUDUK SEMEJA MINUM DENGAN NAJIB DAN MUHYIDDIN YASSIN?



Tindakan DSAI dan 88 Ahli Parlimen PR yang lain hadir mengangkat sumpah di Parlimen semalam menjadi isu besar terbaru untuk menyerang beliau dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini kerana majlis angkat sumpah itu berlangsung di ketika yang sama berlakunya juga protes berterusan terhadap keputusan pilihanraya sehingga ada yang sanggup tidur dalam khemah dan baring di jalanraya menuju ke Bangunan Parlimen.

DSAI sebelum itu mengadakan roadshow Blackout 505 di seluruh negara mempertikaikan SPR dan pada 22 Jun lalu adalah kemuncak perhimpunan aman yang diadakan di Padang Merbok. Ia kemudian diikuti dengan sekumpulan anak muda berkhemah di Padang Merbok serta melakukan protes bantahan di laluan menuju ke Parlimen.


DSAI lantas dituduh mengamalkan sikap talam dua muka dan politik dua wajah. Di ketika beliau menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR, di ketika yang sama juga beliau mengiktiraf keputusan pilihanraya dengan hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Dalam hal ini tidak saja DSAI yang dituduh menganiaya penyokong sendiri, malah kesemua 88 Ahli Parlimen PR lainnya ditaksir bersubahat sama.


Kemudian tersebar pula gambar-gambar DSAI duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin dalam keadaan riang dan gelak ketawa seolah-olah tiada permusuhan antara mereka.

Gambar DSAI bergambar bersama Najib dan Speaker serta lain-lain Ahli Parlimen juga disebarkan untuk memberi bukti kononnya Anwar menerima keputusan pilihanraya walaupun di masa yang sama mengajak penyokongnya membantah keputusan itu.


Penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO melihat isu ini sebagai hidangan terlazat untuk menyerang dan mempertikai DSAI serta Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu ini semahu-mahunya untuk menggoncang keimanan politik anak-anak muda yang condong menyokong perjuangan PR seolah-olah mereka hanya alat dan dipermain-mainkan oleh DSAI dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain.


Ternampak ramai juga penyokong pro PR yang mula goyah dengan isu ini dan merasakan ada kebenarannya. Ada yang terasa hati, terguris perasaan dan tersentap jiwa melihat aksi dan gelagat DSAI itu.

Ada pula yang berkata, kalau pun mahu bergembira dan bersenyum ketawa dengan Najib dan Muhyiddin, ia tidak seharusnya dilakukan di ketika penyokongnya sanggup mengorbankan jiwa berbaring di jalanraya dan mungkin pula dihumban ke penjara.


Kehadiran DSAI dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya lebih tinggi. Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.


Memang ramai yang mahu mencabar DSAI dan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain supaya jangan mengangkat sumpah jika benar tidak setuju dengan keputusan pilihanraya. Ia hanyalah suatu bentuk provokasi yang bertujuan menghumban mereka ke lembah serangan yang lebih teruk lagi.

Jika semua Ahli Parlimen PR tidak hadir dan memulaukan majlis angkat sumpah, serangannya tentu lebih teruk lagi. Kaitan dengan penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong akan dikaitkan sama.


Dalam hal ini kehadiran mengangkat sumpah adalah keputusan terbaik untuk mengelakkan serangan lebih buruk. Lagi pula dalam mempertikaikan peranan SPR, petisyen bantahan keputusan pilihanraya di beberapa kawasan tetap juga berjalan dan prosesnya tidak terganggu sama-sekali.


Ada pula yang berpendapat kenapa DSAI dan lain-lain Ahli Parlimen PR tidak memulaukan terus majlis angkat sumpah ini jika benar ingin membantah? Tindakan ini juga berisiko tinggi. Walaupun selepas majlis angkat sumpah semalam, Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai masa enam bulan untuk berbuat demikian tetapi ia bergantung pula kepada adanya hal-hal mustahak yang tidak boleh dielakkan sebagai alasannya.


Tetapi tindakan ini juga boleh dianggap tidak menghormati, malah mempersenda Yang Dipertuan Agong yang bakal merasmikan pembukaan Parlimen itu. Mereka yang tidak mengangkat sumpah tidak boleh hadir di majlis pembukaan yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong. Jika ini berlaku, tentulah serangan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen PR ini lebih dahsyat lagi.


Ada pula kelompok lain berkata, jika benar mahu membantah, kenapa tidak dipulaukan terus Parlimen sehingga tempoh enam bulan supaya pilihanraya kecil semula boleh diadakan? Memang benar jika selepas tempoh enam bulan tidak mengangkat sumpah, kedudukan Ahli Parlimen seseorang itu akan terlucut tetapi tidak semestinya perlu diadakan pilihanraya semula.


Jika kes itu dibawa ke mahkamah dan pihak mahkamah kemudian mendapati tindakan tidak mengangkat sumpah itu sesuatu yang sengaja dan tidak disebabkan hal-hal yang terlalu mustahak, dan akhirnya memberi kemenangan kepada calon yang kalah dan tidak mengadakan pilihanraya kecil semula, akhirnya semua 89 kerusi PR ini akan dimenangi secara percuma oleh BN. Tentulah tak pasal-pasal BN menang 100% di kesemua 222 kerusi Parlimen.


Dalam masa yang sama, peraturan pilihanraya juga menetapkan mereka yang sengaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, jika pun dengan terus tidak mengangkat sumpah dan pilihanraya kecil diadakan semula, DSAI, TGHA, Lim Kit Siang, Nurul Izzah dan lain-lainnya tidak boleh dicalonkan untuk bertanding semula.


Tentulah lagi haru jadinya dalam PR. Siapa yang nak jadi calon dan jika apa pun calonnya, tentulah mereka tidak sama dengan wibawa DSAI, TGHA, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah.


Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar kemudiannya, ia sememamgnya sudah dirancang sedemikian rupa sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat duduk DSAI sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan majlis bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri mengapit kedudukan Speaker.


Jika DSAI memulaukan majlis itu, beliau akan dilihat tidak tahu bersosial dan tidak menghormati adab di majlis rasmi. Pemulauannya pasti akan mengundang kecaman yang lain pula.


Lagi pula tidak ada salahnya DSAI duduk semeja dan bergelak ketawa sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi.

Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan bergasak.

DSAI dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung.


Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain.

Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip.

Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.


Sementara penyokong DSAI dan PR diminta bersikap matang untuk menilai permainan ini, mereka yang membesar-besarkan isu ini juga sebenarnya tidak matang dalam memahami erti politik dan demokrasi dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

SANDIWARA AKU JANJI SUDAH BERMULA!!!!..KENAIKKAN NILAI PEMBERIAN BR1M BERGANTUNG KEPADA KEDUDUKKAN KEWANGAN NEGARA KATA NAJIB RAZAK!!!!!...PULAK DAH!!!!!



Pemberian BR1M lebih tinggi akan tetapi semuanya  bergantung pada kedudukkan kewangan Malaysia, kata Najib Razak

Peruntukan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan meningkat dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober tetapi kuantum akan bergantung kepada kedudukan kewangan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

KWAH KWAH KWAH....INI DINAMAKAN SUDAH MULA MENCARI DAN MENCIPTA ALASAN UNTUK TIDAK MENUNAIKAN AKU JANJI.

SEBELUM INI GEGAK GEMPITA RIUH RENDAH SATU DUNIA KATA, KALAU PILIH BN UNTUK TERUS TERAJUI NEGARA PADA PRU 13 LALU, PALING KURANG TAHUN INI SEMUA PENERIMA BR1M YANG LAYAN AKAN TERIMA RM1,000.

BILA DAH MENANG SUDAH LAIN MACAM PUNYA SKRIP...SUDAH MULA NAK KENCINGKAN RAKYAT YANG MEMEBRIKAN UNDI DAN SOKONGAN KEPADA UMNO/BN.

DULU SEMASA LANCARKAN AKU JANJI,  CAKAP AKU JANJI BN TIDAK SAMA DENGAN JANJI MANIS MANIFESTO PR...SEKARANG AIR LIUR BELUM KERING, KEMENANGAN BELUM REDA SUDAH MULA NAK CARI ISU UNTUK TIPU RAKYAT.

SEBAB ITU RAMAI PENGANALISIS DAN PENGAMAT POLITIK MERAMALKAN UNTUK NAJIB TUNAIKAN SEGALA JANJI DALAM AKU JANJINYA CUKUP SUKAR...AKU JANJI PRU 13 ADALAH UMPAMA AKU JANJI UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT UMNO DARI RAKYAT PADA PRU AKAN DATANG.

Monday 24 June 2013

RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT TIDAK SOPAN KEPADA JURUGAMBAR YANG RAKAM GAMBARNYA DI PARLIMEN, TERSEBAR LUAS DI INTERNET DAN MENJADI PERBUALAN UMUM KINI!!!!!!


Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak?

Menujukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen hari ini sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Dia memegang jawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sudah pasti isyarat ini bukan molek dan indah untuk tarik pelancung ke negara kita serta jauh sekali bukannya budaya kita.

Betapa sombong, bongkak dan angkuhnya pemimpin UMNO ini.

Tidak tahu nak kata apa lagi... speechless.

DATO' HUSAM MUSA PAKAI BAJU KEMEJA DAN SELUAR YANG SAMA SEMASA DITANGKAP SEHINGGALAH DIBEBASKAN HARI INI!!!!!


YB Dato' Paduka Husam Musa ADUN Salor merangkap Naib Presiden PAS telah dibebaskan dipercayai dengan jamin polis sebentar tadi di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan.

Kena tangkap semasa himpunan aman protes SPR Black 505 Sabtu lalu, 22hb Jun 2013 di Desa Pandan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Ampang Jaya dan kemudianya terus di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Keesokan harinya telah mendapat perintah tahanan reman dibawah Sek 117 Kanun Acara Jenayah selama 2 hari dari Majistret Mahkamah Rendah Kota Bharu.

Dari mula beliau di tahan dan ditangkap sehinggalah dibebaskan, itulah pakaian yang dipakainya.
Seluar panjang hitam dan baju kemeja lengang panjang warna ungu biji kundang.

Sebaik dibebaskan beliau terus berkunjun kerumah Mursyidul Am PAS merangkap mantan Menteri Besar Kelantan, TGNA di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Memberi makna selama beliau ditahan dilokap Polis Kota Bharu adakah pakaian juga beliau pakai? Atau ada pakaian rasmi khas untuk orang tahanan lokap.

HARI INI DALAM SEJARAH...LIM KIT SIANG ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN UNTUK TAHUN KE- 44!!!!


Dinobatkan sebagai Ahli Parlimen paling lama dalam sejarah negara kini.

Menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1969 dengan mewakili 5 kawasan parlimen dari 5 negeri yang berlainan.

Bermula di Bandar Melaka,Melaka, Petaling Jaya, Selangor, Tajung, Pulau Pinang, Ipoh Timur, Perak dan terkini Gelang Patah, Johor.

Belum ada sesiapa pun ahli parlimen terdahulu mau pun terkini yang pegang rekod cemerlang, gemilang dan terbilang YB Lim Kit Siang setakat ini.

Salute to YB Lim Kit Siang!!!!!!

RAKAMAN GAMBAR NAJIB, MUHYIDDIN DAN DSAI DUDUK SEMEJA MINUM PAGI SELEPAS ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN CUBA DIJADIKAN ISU BESAR!!!!!!


Rakaman gambar Dato' Seri Najib bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, minum pagi duduk semeja dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen selepas angkat sumpah cuba diputarkan menjadi isu politik oleh seorang ahli Parlimen veteran yang baru menang dari Kelantan sebagai kisah pemimpin duduk seronok minum pagi bersama pihak lawan tetapi rakyat berjemur di luar panas berjerebu lawan penipuan SPR.

Hakikatnya DSAI duduk semeja kerana mengikut protokol sebagai Ketua Pembangkang.

Paling ketera dalam rakaman gambar diatas betapa begitu ramai "bodyguard" DSNR dan TSMY mengelilingi kawal ketat keselamatan meja tersebut.

Menunjukkan betapa profesional dan matangnya politik DSAI.


RAKAMAN GAMBAR PEGAWAI POLIS YANG CEDERA DIMUKA SEMASA MENJALANKAN TUGAS MENGAWAL PROTES SPR DEPAN BANGUNAN PARLIMEN!!!


Rakaman gambar seorang pegawa polis berpangkat Inspektor yang cedera di muka ketika menjalankan tugas menangkap dan menahan para peserta protes SPR depan bangunan parlimen hari ini.

Rakaman gambar ini sudah pun tersebar luas di alam maya...dikuti dari laman sosial FB.

RAKAMAN GAMBAR SALAH SEORANG PESERTA PROTES DEPAN BANGUNAN PARLIMEN YANG KENA TANGKAP!!!!!



Ini adalah salah seorang peserta protes bantah SPR di depan bangunan parlimen hari ini.

Rakaman gambar ini diambil di Balai Polis Jinjang IPDP Sentul kiriman Che'gu Bard.

PULAK DAHHH!!!!!...ISU TIDUR!!!!... ITU HARI TAN SRI KHALID IBRAHIM YANG KENA, KALI INI GILIRAN YB ZURAIDA KAMARUDDIN PULA!!!!!!


Itu hari semasa sidang media selepas upacara angkat sumpah para ADUN di DUN Selangor, pihak TV3 telah menyiarkan rakaman Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Seri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim terlelap dijadikan bahan ejekan nak belasah Kerajaan PR Selangor.

Hari ini sempena majlis angkat sumpah Ahli-ahli Parlimen di Bangunan Parlimen, RTM TV1 telah siarkan sedutan Ahli Parlimen Ampang, merangkap Ketua Wanita KeADILan, YB Zuraida Kamaruddin terlelap seketika dikatakan oleh pihak-pihak uang memutarkan cerita, mengatakan beliau tertidur dalam parlimen.

Betapa para pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa saja dalam radar dan pemerhatian pihak lawan.

RAKAMAN GAMBAR SEBAHAGIAN DARI PESERTA PROTES DEPAN BANGUNAN PARLIMEN YANG KENA TANGKAP!!!!


Sebahagian dari para 26 peserta bantah depaN depan Bangunan Parliemn yang ditahan pihak polis sebentar tadi.

Antara yang ditahan ialah Chegu Bard, Adam Adli dan Safwan Anang.

PANASSS!!!!!.. PERHIMPUNAN PROTES DEKAT BANGUNAN PARLIMEN...CHE' GU BARD DAN ADAM ADLI SURUH POLIS TANGKAP MEREKA SEBAGAI TANDA SOLIDARITI!!!!



Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.

Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

GEMPAR!!!!.. PESERTA BANTAH SPR BERHAMPIRAN BANGUNAN PARLIMEN BARING ATAS JALANRAYA!!!!!

Peserta desak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta keseluruahn pemegang jawatan dalam SPR meletakkan jawatan sebagai bantah penipuan dalam PRU 13, ada yang baring atas jalan raya sebagai simbolik bantahan dan desakan keras.

Turut kelihatan baring sama ialah aunty bersih.

RAKAMAN-RAKAMAN GAMBAR PARA PEJUANG KHEMAH PADANG MERBOK MENUJU KE BANGUNAN PARLIMEN!!!!


Para pejuang khemah Padang Merbok tuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan secara terhormat kini sudah pun berada berhampiran dengan bangunan parlimen.

Sebelum berarak mereka telah diberikan sedikit taklimat oleh Chegu Bard dan Leman Raja Lawak agar bergerak secara tertib, berdisiplin tinggi tanpa ada membuat provokasi dan ganggu lalu lintas.

Segala perkembangan akan dilaporkan dari masa kesemasa.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...