Friday, 14 June 2013
RAKAMAN GAMBAR BANGUNAN UMNO PULAU PINANG DULU DAN SEKARANG SELEPAS PEMANCAR TELEKOMUNIKASI DIATAS MENARA TUMBANG!!!!
Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.
Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.
“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.
Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Salam Jumaat semua
ReplyDeleteKenapa bala ini kena kat UMNO je ek. Hari tu jambatan runtuh Projek UMNO dan BN. Semalam menara runtuh kat pejabat UMNO/BN juga. Jangan UMNO/BN yg runtuh selepas ini Udah lah. Aku masih sayangkan UMNO/BN ini Lagi.
ReplyDeleteBila menteri komunikasi nak arahkan UMNO Pualau Pinang bayar ganti rugi 10 juta pada mangsa?
ReplyDeleteIni bukan sorang tapi 5 orang menjadi mangsa.
sebab Allah masih kasihkan mereka.. apabila Allah kasih Allah akan menguji hambanya.. tetapi kalau yang tidak menerima musibah tu jangan sangka Allah kasih..
ReplyDeleteIni rase nye bukan lagi kasih tapi dah kira bala.cth paling ketara bila umporno gunakan kuasanya runtuhkan mesjid Bujal.apa jadi.tak kan Allah kasih lagi kut.agak agak le.percaya komen aku....akan ada lg bala dr Allah.tunnnnnngguuuuuu.
DeleteAamin.. kuasa Allah boleh lakukan apa sahaja.. aku nak tunggu apa jawapan puak pencacai PR ni jika ditakdirkan musibah berlaku pula pada negeri Kelantan atau Selangor.. ini Penang bawah PR pun cakap bala.. semalam seluruh penang angin ribut melanda.. bala untuk penduduk penang..
DeleteDengan bangga nya ikhtiraf lge sebagai khalifah omar!!!!......
DeleteMEGAH NYA KO NGAN LGE EK..ske ko tgk bangsa ko jatuh ea
ReplyDeletejgn bergaduh sesama islam.. ambil iktibar... dan doakan semoga kita semua diberikan hidayah, x kira lah UMNO atau DAP ataupun PAS atau ape pun bangsa termasuk LGE dan sekutu2nyer... mesti akan lebih aman bumi Malaysia ini...
ReplyDelete