Thursday 31 January 2013

BANNER NAJIB UCAP GONG XI FA CAI DITURUNKAN KERANA TIDAK ADA PERMIT KELULUSAN DARI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT).



Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai telah menurunkan banner Najib Razak mengucapkan Gong Xi Fa Cai kerana tidak ada permit.

Itu baru dinnamakan NEGARA HUKUM.. negara yang mempunyai undang-undang tanpa memilih bulu dan darjat kedudukkan.

Siapa yang tak patuh dan ikut peraturan akan diambil tindakan...Tiada siapa yang berkecuali.

Barulah Perlembagaan ada Keluhuran dan Undang-Undang berdaulat.

GEMPAR!!!!... TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR, NOH OMAR AKAN BERDEBAT DENGAN PRESIDEN JATI, HASAN ALI, MALAM INI!!!!!!..DEBAT SYOK SENDIRI!!!!

MOHON JANGAN KETAWA TERBAHAK-TERBAHAK .
Debat dalam kamus UMNO ialah "berdebat" sesama sendiri yang sehaluan dan sejiwa.

Contoh terbaik Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor akan berdebat dengan Presiden JATI Hasan Ali atas tajuk JOM TOLAK PAKATAN malam ini di Dataran Kampung Medan, Sijangkang, Kuala Langat.

Kalau berdebat dengan pihak yang berlawan dengan anutan politik itu bukan budaya kita, itu budaya barat.

Debat kena dengan sesama sendiri itu dinamakan DEBAT BUDAYA UMNO.

Tak tahu nak cakap lagi dah... Sampai bila UMNO kena berperangai sebegini.

Sampai debat pun kena wujudkan DEBAT SYOK SENDIRI!!!!!

PDRM TELAH TERIMA MAKLUMAT MENGENAI PERHIMPUNAN ANJURAN UMNO MELANGGAR SYARAT AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 KERANA MEMBAWA KANAK-KANAK????

Adakah pihak polis juga akan menyiasat semua pengajur Himpunan Rakyat Bersama Najib Razak mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012?

Bukan sedikit kanak-kanak diangkut untuk meramaikan angka kehadiran menyambut Najib Razak.

Sudah pasti ini akan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

Harap pihak polis kena tegas dalam hal keselamatan kanak-kanak yang tidak berdosa ini.


TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.

USTAZ AZHAR IDRUS DIFITNAH KONONNYA SOKONG McD MALAYSIA SEBAB MILIK 100% ORANG MALAYSIA, SEDANGKAN BELIAU TIDAK MEMPUNYAI AKAUN TWITTER!!!


Pendakwah bebas yang cukup femes kini, Ustaz Azhar Idrus menjadi mangsa fitnah dari pihak tertentu bagi menjatuhkan imej dan pengaruhnya dengan membuat satu akaun twitter bertweet menyokong McD Malaysia atas alasan dimiliki 100% warga Malaysia.  Duit keuntungan tidak disumbangkan kepada Israel.

Hakikatnya UAI tidak pun mempunyai akaun TWITTER.

BEKAS PEGUAM NEGARA DESAK PEGUAM NEGARA HERET PRESIDEN PERKASA, IBRAHIM ALI KEMAHKAMAH SEGERA ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 KERANA UGUT NAK BAKAR BIBLE!!!!!



KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari.

“Isunya bukan pembakaran bible. Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat. Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa,” katanya.

Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan  pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu.

Beliau mengatakan tidak ada sebab penguatkuasa undang-undang berlengah-lengah membuat keputusan sama ada mahu mendakwa atau tidak ahli parlimen bebas itu yang telah dituduh mencetuskan ketegangan di antara penganut agama Islam Malaysia dan penganut agama lain.

    “Polis mengatakan mereka merakamkan kenyataan dari saksi yang relevan. Sudah tentu mereka tidak perlukan masa yang begitu banyak untuk melengkapkan penyiasatan dan membuat keputusan jika mereka komited kepada penyiasatan yang adil dan saksama".

“Demi keadilan kepadanya bersihkan beliau segera jika beliau tidak bertindak bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 atau untuk perkara itu, mana-mana undang-undang yang terpakai,” kata lelaki berusia 73 tahun itu yang menjawat jawatan peguam negara selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993, merujuk kepada Ibrahim.

Majlis Peguam dan ahli parlimen pembangkang Karpal Singh telah mendesak kerajaan untuk mendakwa ahli parlimen Pasir Mas itu kerana menghasut akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan tindakan hanya akan diambil kepada Ibrahim jika bible telah dibakar, dan kenyataan Ibrahim tidak membimbangkan beliau.

Menekankan tentang isu ini, Abu Talib berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja untuk memansuhkan undang-undang kuno, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - yang telah secara meluas digunakan sebagai alat untuk menindas perbezaan pendapat – untuk mempercepatkan perjalanan sistem keadilan di negara ini dan selaras dengan dasar hak asasi manusia antarabangsa.

“Demokrasi, menjadi kerajaan dari, untuk dan oleh rakyat, menunjukkan penduduk perlu diberi perkhidmatan dan yang dipilih adalah hamba, dan bukan sebaliknya,” kata Abu Talib yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pejabat Peguam Negara dan pasukan polis telah dikutuk oleh orang ramai baru-baru ini dengan pembangkang Rakyat Pakatan (PR) menuduh dua institusi awam itu bekerja dengan musuh politik mereka Barisan Nasional (BN), bagi memastikannya terus berkuasa.

Pejabat Peguam Negara di bawah pimpinan Abdul Gani diserang dengan tuduhan mengamalkan pendakwaan terpilih, termasuk daripada bekas penjawat awam lain seperti bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Tinjauan baru-baru ini terhadap lima institusi awam oleh Merdeka Center menyaksikan polis adalah yang paling tidak dipercayai dikalangan pengundi kali pertama Pilihan Raya 2013, berbanding kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri, sistem kehakiman, badan penggendali pilihan raya dan parti politik.

Ahli-ahli politik dan pemimpin gereja telah membidas Ibrahim, pengasas dan presiden Perkasa kerana didakwa menyemarakkan kebencian agama diantara orang Islam dan bukan Islam.

Wednesday 30 January 2013

HANYA SEMPENA TAHUN BARU CINA SAJA PERLAKSANAAN AES @ KAMERA 1M'SIA DITANGGUHKAN...PERAYAAN LAIN TERMASUK AIDIL FITRI, DEEPAVALI DAN KRISMAS BERJALAN SEPERTI BIASA....INI DINAMAKAN AES BERTINDAK MENGIKUT MUSIM



Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, yang merupakan perayaan terbesar sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (DI SINI), kerajaan berbesar hati untuk menghentikan sementara operasi AES Malaysia ini.

Jikalau semasa berlangsungnya perayaan Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga Krismas, AES tetap berjalan seperti biasa tanpa mengenal erti penat “menjaga keselamatan anda semua di jalanraya” dan dalam pada masa yang sama “mencari pelanggan baru mereka“. Tetapi tidak sempena perayaan Tahun baru Cina 2013 kali ini. Ooh…..ada cuti juga rupanya AES ini.
Lumut: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara”
Pelik juga, masih tidak diputuskan lagi? Jadi mengapa masih dipasang? Dan mengapa operasi AES ini boleh dihentikan sementara semata-mata perayaan kali ini? Kiranya selama ini siapa yang dikenakan saman AES, boleh “ elak saman” itu? Ini kerana sehingga ke Tahun Baru Cina masih lagi belum diputuskan!
“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin.
Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu.
Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama.
“Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu.
“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan,” katanya.
Adakah statistik AES yang mengatakan boleh selamatkan 6000 nyawa setahun tidak termasuk hari perayaan?
AES Chinese New Year 2013 Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?

Bukankah pihak berkuasa sendiri yang mewarwarkan kempen kesedaran dengan betapa pentingnya kewujudan AES di Malaysia ini sehingga mampu menjaga keselamatan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya? Itu kata merekalah.

Adakah dengan penghentian operasi ini bermakna orang Cina amnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam bahaya sempena Cuti Tahun Baru Cina kali ini?

Jadi persoalannya ikhlaskah kempen kesedaran seperti ini atas nama keselamatan rakyat Malaysia di jalan raya dengan beroperasinya AES selama ini? Hakikatnya, selagi mana operasi AES ini diswastakan kepada pihak yang lebih gemar mencari keuntungan berbanding mencari jalan mengawal keselamatan pengguna jalan raya (seperti JPJ & pihak polis), tidak usahlah membuang duit untuk menjalankan kempen seperti di atas ini.

Jikalau setakat November 2012, Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. telah berjaya mengaut pulangan sehingga RM4.1 ++ juta (DI SINI BUTIRANNYA). Bagaimana pula dengan pungutan yang terkini?..BERITA SEMASA.

SURAT BAPA KEMERDEKAAN YTM TUNKU ABD RAHMAN MENGESAHKAN TANAH KUBUR PUN JADI REBUTAN DIKALANGAN PEMIMPIN UMNO!!!!!!


Ini surat bukan dari sebarangan orang... Ini surat dari bekas Perdana Menteri pertama Malaysia merangkap Bapa Kemerdekaan @ Bapa Malaysia Almarhum YTM Tunku Abdu Rahman Putra Al-Haj.

Almarhum Tunku mangkat bukan sebagai ahli UMNO.

Dalam budaya UMNO tanah kubur pun menjadi rebutan.

Jadi apalah sangat tanah Wilayah Iskandar, Tanah TUDM Sg Besi, tanah-tanah di Selangor dllnya.

Jangan ingat tanah anda selamat dari dirembat dan dirampas oleh para pemimpin UMNO.



MACAM MANA RAKYAT TAK SAYANG DAN KASIHKAN TGNA..



BIAR GAMBAR BERBICARA YANG MAMPU MELAKAR SERIBU KATA-KATA.YAB Tuan Guru sedang di dalam perjalanan menuju ke Lebir, Gua Musang untuk menghadiri majlis pembahagian geran tanah kepada penduduk di Gua Musang, singgah di sebuah kedai kopi di Kuala Krai pagi ini untuk menikmati minum pagi.

Turut menemaninya ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

POLITIK KEPIMPINAN ULAMA....MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DIPARLIMEN KAK RAFIDAH AZIZ, KUALA KANGSAR DIGANGGU KONSERT JOGET LAMBAK!!!!!


Konsert joget lambak cuba nak ganggu Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perak


Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar, kawasan Parlimen yang diwakili bekas Ketua Wanita malaysia, Rafidah Aziz, diganggu provokasi yang tak bermoral dan beradab oleh UMNO Kuala Kangsar di DUN Bukit Chandan..

Bertempat dipadang permainan Futsal Taman Chandan Puteri semalam bertembung dua program yang berbeza tujuan dan matlamat. Program Jelajah Merdeka Rakyat terpaksa bersaing dengan satu program ala maksiat oleh UMNO Kuala Kangsar.

Pesta kugiran ala joget lambak oleh UMNO Kuala Kangsar hanya dipisah dengan sebatang jalan dan betul betul bertentangan dengan tapak ceramah DSAI berucap dengan jarak pentas kedua dua program lebih kurang 200 meter sahaja .

Pekikan dan suara alunan muzik dari kugiran rancak yang membinggitkan halwa telinga seolah olah yang sengaja di hala kearah pentas DSAI berucap.

Satu provokasi yang tak bertempat, biadap, primitif dan cukup amat dikesali.

Menurut sumber dan makluman dari penduduk setempat, program seawal petang telah ada provokasi dimana ada beberapa bendera parti PR telah dibakar, serta merebut kawasan tapak untuk pentas , akhirnya urusetia program Jelajah Merdeka Rakyat Kuala Kangsar terpaksa mengalah dan mengubah lokasi tapak pentas di sebelah surau berhampiran.

Tujuan berpindah tapak pentas ke lokasi bersebelahan dan tidak melayan kerenah provokasi dengan bertujuan tidak mahu ia menjadi kecoh.

Kemuncak pada malam itu program menampakan kejayaan.

Dianggarkan lebih kurang 2000 orang membanjiri program tersebut walaupun ada ganguan bunyi bising dari pesta kugiran rancak UMNO.

Rakyat pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India dengan rasa mesra tanpa cuak dan gentar, sama sama duduk diatas padang yang berembun untuk mendengar ucapan penuh semangat oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Tepat jam 10 malam DSAI terpaksa bergegas ke satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Tapah.

Program diteruskan dengan penceramah jemputan yang lain dan berkhir dengan aman dan jayanya.

Dan yang paling seronok dan menggelikan hati ialah program maksiat ala joget lambak tak mendapat sambutan walupun ia di hidang secara percuma oleh UMNO Parlimen Kuala Kangsar.-

AJAK DEBAT TAK MAMPU DAN BERANI.. YANG UMNO MAMPU DAN BIJAKNYA GANGGU CERAMAH PR DENGAN CARA YANG TIDAK BERADAB DAN BERTAMADUN.

POLITIK PRIMITIF AMAT SUKAR DIPISAHKAN DARI UMNO.

DULU KAK RAFIDAH AZIZ MENAG PUN MAJORITI CELAH GIGI.. LEPAS INI.. INS'YALLAH UMNO AKAN GIGIT LIDAH DAN KETAP GIGI.

PEMECATAN NASHARUDDIN MAT ISA SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS....RATA-RATA PENGANALISIS POLITIK BERPENDAPAT TIDAK MEMBERI KESAN LANGSUNG KEPADA PAS/PR DAN TIDAK MENDATANGKAN UNTUNG KEPADA UMNO/BN!!!!


NASHARUDDIN MAT ISA BUKANLAH POLITIKUS SETARAF DSAI MAUPUN KU LI YANG MAMPU BERI GELOMBANG RAKYAT....ADA TIDAK MENAMBAH ..TIADA TIDAK MENGURANGKAN.

Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

IKUT HUKUM LOGIK... KALAU DIA MEMPUNYAI PENGARUH YANG KUAT DAN BESAR DALAM PAS TIDAK MUNGKIN DIA KECUNDANG KETANGAN HJ MOHAMAD SABU MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS..... MENDAPAT UNDI PALING COROT ANTARA MAT SABU, TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAN BELIAU SENDIRI.

BELIAU SEDAR AKAN HAKIKAT INI... SEBAB ITU BELIAU PERNAH MENYATAKAN TIDAK TERLINTAS DIHATINYA NAK MASUK UMNO.

Tuesday 29 January 2013

EDISI KANTOI TERBURAI !!!!!...PENCACAI UMNO GUNA GAMBAR PESERTA KURSUS PRA PERKAHWINAN DIEDIT KONONNYA SEORANG PADERI SEDANG MEMURTADKAN GADIS-GADIS MELAYU DISEBUAH GEREJA DIIPOH, PERAK!!!!!



Akhirnya kebenaran terbongkar jua....Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para gurkha siber berjiwa UMNO totok dengan memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak..

Ada fren Omakkau memberitahu bahawa setahu beliau belum ada salib diletakkan disebelah kiri maupun kanan dimana-mana gereja.  Pada lazimnya diletakkan ditengah-tengah.

Punyalah dahsyat dan jijik yang amat paling tanpa ada rasa takut pada dosa dijiwa.

Akan lakukan apa saja dengan hasrat hatta isu Agama keperingkat yang boleh menggugat kestabilan negara dan kenteraman awam semata-mata bertujuan mau meraih sokongan dalam PRU 13 nanti.

Etika, adab, santun, berhemah, berilmiah langsung tiada dalam kamus para gurkha siber UMNO.

Belum pernah dalam sejarah negara pencacai UMNO begitu terdesak dalam mereka cipta fitnah.

Apakah mereka ingat rakyat ini mudah termakan berita yang langsung tidak masuk akal itu?

Adakah para gurkha siber UMNO fikir fitnahnya itu tidak akan terbongkar?

FITNAH DENGAN UMNO TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.. SUDAH SEBATI HINGGA KETULANG SONSOM... UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK!!!!!





SEJARAH YANG PENYOKONG TEGAR UMNO PERLU TAHU.....NAJIB DULU ADALAH KAKI PENGAMPU BODEK NOMBOR SATU DSAI !!!!!


SEKEPING GAMBAR MELAKARKAN SERIBU KISAH

Para penyokong, pendokong dan ahli UMNO kena tahu sejarah...Kalau tidak mahu menerima padah sejarah menghukum mereka sampai parah.

Dulu siapa Najib semasa DSAI menang bergaya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekitar tahun 1982 apabila buat julung kalinya beliau berjaya menewaskan calon "pilihan",penyadang Datuk Suhaimi Kamaruddin.

Najib ketika itu adalah pengampu dan penyokong paling kuat DSAI... Tumpang tuah, aura dan karisma DSAI untuk berganding menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO regu DSAI.

Kini nak berlagak terelah pulak...Baru balik dari Gaza terus diangkat menjadi Wira Islam terhebat diabad ini.


NAJIB...RAKYAT TAHU KAMU SIAPA....NAIK KAMU DALAM UMNO TIDAK PERNAH MELALUI CABARAN....ASYIK NAIK CARA MUDAH SEHINGGALAH MENJADI PRESIDEN UMNO YANG KE-7.

PRU 13 NANTI ADALAH PERTEMUAN ANTARA BUKU DAN RUAS YANG BAKAL MENJADIKAN DIRI KAMU BEKU DAN TUMPAS INS'Y ALLAH.

GEMPAR SEBAB TAK KELUAR UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!..PARA PEKERJA PENYOKONG TEGAR UMNO BUAT DEMO DEPAN PEJABAT KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DAN SUMBER MANUSIA DI PUTRAJAYA!!!!!


Para pkerja penyokong totok UMNO dari Muar, Johor telah membuat demo Bantah Gaji Minima Pekerja Asing DiDepan Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya sebentar tadi.

Mereka melahirkan rasa terkilan apabila nasib pekerja tempatan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun mereka tergolong dari pekerja yang amat kuat menyokong UMNO/BN.

Tanpa dihasut oleh PR, mereka sanggup berjemur dibawah matahari terik untuk meluahkan perasaan mereka secara berdemo iatu satu budaya yang dikatakan oleh para pemimpin UMNO sebagai budaya asing dan bukannya budaya Malaysia.

Memberi petanda yang penyokong tegar UMNO dikalangan yang bergelar pekerja kolar biru sudah mula sedar dari lamunan mimpi khayal syok sendiri, betapa diri mereka sudah kena tipu oleh kerajaan yang mereka pilih dan perjuangan yang mereka dakap, UMNO/BN.
Bila penyokong tegar UMNO sudah mula buat bantahan secara terbuka alamatnya luka UMNO kini bertambah parah dan kedudukan UMNO di Johor pastinya goyah tunggu rebah.

UMNO BOLEH TIPU SEMUA AHLINYA SEPARUH MASA, SEPARUH AHLINYA SETIAP MASA TETAPI TIDAK MUNGKIN DAPAT MENIPU SEMUA AHLI DAN PENYOKONGNYA SETIAP MASA.

KINI PENYOKONG TEGAR SENDIRI SUDAH MULA MELUAT KERANA ASYIK KENA TIPU.




ANTARA PROJEK BODOH BANTU AES NAK KENAKAN RAKYAT!!!!!


Inilah dinamakan projek tak pakai otak...Projek sekadar nak wujudkan projek tetapi lebih nak aniaya rakyat serta galakkan berlakunya kemalangan disimpang jalan serta membantu pihak AES @ Kamera 1M'sia kaut untung sambil aniaya rakyat.

Adakah patut buat lampu isyarat tetapi dihandang oleh jejantas.

Kata bangang depa marah, tapi nak senyapkan saja, kita pula dikatakan bodoh senyap membisu hanya setuju apa jua dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Kalau perkara asas semudah ini pun UMNO/BN masih gagal nak lakukan secara sempurna dan baik...Lebih baik dan selayaknya kena tendang dari Putrajaya dan serahkan kepada Pakatan Rakyat pula untuk tadbir urus.

JOM UBAH.. INI KALILAH TUKAR....SELAMATKAN MALAYSIA... HAPUSKAN AES YANG ANIAYA DAN ZALIMI RAKYAT.

Monday 28 January 2013

JAMUAN MEGA MCA PULAU PINANG LEBIH KERUSI KOSONG DARI DI ISI...INIKALILAH...JOM UBAH!!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA.

Lihat saja dengan mata kepala sendiri jamuan yang dihebohkan "mega" anjuran MCA Pulau Pinang dengan tetamu VVIP tidak lain tidak bukan, Presidennya sendiri, Chua Soi Lek dikatakan cukup hambar.

Lebih banyak kerusi kosong dari yang ada penghuni.

Membuktikan kaum Tionghua di negeri Pulau Pinang khasnya dan seluruh Malaysia amnya sudah tolak MCA/BN secara total.

Jadi hebohan oleh Chua Soi lek baru-baru ini yang kaum Cina sudah mula kembali menyokong MCA/BN hanya satu penipuan semata-mata...Satu kisah sebagai penyedap telinga dan penyejuk jiwa yang tengah gundah dan gelabah panik.

Kepada para pe,mimpin BN, ini ucapan ikhlas lagi jujur dari rakyat.

INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA.

MACAI UMNO HEBOHKAN DIINTERNET KONONNYA SEBUAH GEREJA DIIPOH, PERAK, BEBERAPA GADIS "MELAYU" BERTUDUNG SEDANG ASYIK MENDENGAR CERAMAH DARI SEORANG PADERI DALAM GEREJA?????... SEANDAINYA IANYA BENAR, DIMANAKAH HARUSSANI, ZAMBRY KADIR, PERKASA, PEKIDA, JATI DAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK!!!!!!!



Benarkah sepertimana yang dituduh oleh para macai UMNO dalam siber menyatakan sebuah gereja yang terletak di Ipoh, Perak sedang giat menjalankan kegiatan "memurtadkan" gadis-gadis :Melayu"?????

Omakkau sedikit musykil sebab rakaman gambar disnap dari belakang tanpa menunjukkan wajah gadis-gadis bertudung tersebut.

Kalau sebegini sudah berlaku secara terbuka tanpa berselindung, mana mungkin Harussani, Zambry Kadir dan Jabatan Agama Islam Perak mendiamkan diri membisu!!!!!!

Lagi memelikkan semua hadirin bertudung.. Pelik bin ajaib bin hairan.. Gadis Melayu nak masuk kristian masuk gereja pakai tudung!!!!!

Dicabar supaya namakan gereja tersebut.. mampus taubat lahom tidak berani dan mampu.

NAMPAK SANGAT PENIPU, FITNAH JAHAT YANG DILAKUKAN OLEH MACAI-MACAI UMNO TANPA ADA RASA TAKUT PADA DOSA.

FITNAH SUDAH SEMACAM SANTAPAN HARIAN BAGI BALACI-BALACI UMNO DIALAM SIBER.

MAU JADIKAN ISU INI SEBAGAI ISU MENGAMIT UNDI UMAT ISLAM KEPADA UMNO TETAPI AKHIRNYA SEPERTI BIASA, MAKAN TUAN!!!!

EDISI TEMBELANG MELETUP!!!!....JOM TENGOK YANG DIKATAKAN 10,000 SAMBUT KEPULANGAN NAJIB DAN ROSMAH DARI GAZA!!!!!


Heboh satu dunia yang dihebohkan oleh media milik dan kawalan UMNO/BN terutamanya BERNAMA, UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3, RTM kononnya hampir 10,000 rakyat sambut kepulangan Najib dan Rosmah dar Gaza sampai nada yang menobatkan Najib sebagai WIRA ISLAM yang cukup gagah berani tidak takut mati.

Pergi ketempat yang aman tidak waktu kena serangan Israel dianggap sebagai wira paling berani...Ajak berdebat dengan DSAI pasal isu semasa yang menghantui rakyat seperti ekonomi dan politik langsung tergigit lidah takut menikus nak terima cabaran.

Rupa-rupanya yang sambut beliau terdiri dari mereka yang belum akil baliq.. Belum boleh pun mengundi...

Sepasang suami isteri bawa tidak kurang 3 hingga 4 anak-anak mereka.

Untuk pengetahuan.. sehingga kini gambar yang mampu membuktikan seramai 10,000 orang sambut Najib dan Rosmah belum ada dimuat naikkan samada oleh media lidah biawak rasmi UMNO maupun blogger-blogger pro UMNO...BELUM ADA!!!!

GEMPAR!!!... MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN, MOHAMAD HASSAN, DENGAN PARA PETUGAS PUSAT DAERAH MENGUNDI KUNDUR, REMBAU, KENA SABOTAJ!!!!!!


Omakkau dapat rakaman gambar yang menunjukkan satu majlis ramah mesra bersama MB NS Mat Hassan dengan Petugas Pusat Daerah Mengundi UMNO Kg Kundur, Pedas, Rembau, Negeri Sembilan dua hari lepas 26hb Januari 2013, cukup hambar seperti kena boikot dan sabotaj!!!

Program tersebut tidak mendapat sambutan langsung, hambar dan sunyi sepi.

Pedas, Rembau terletak dalam UMNO Bahagian Rasah, dimana Ketua Bahagiannya ialah Mat Hassan sendiri.

KJalau dalam bahagian sendiri dah kena sabotaj menunjukkan kemelut UMNO Negeri Sembilan cukup parah dan tenat sekali.

Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Mat Hassan baru-baru ini bahawa masalah besar yang UMNO Negeri Sembilan hadapi kini ialah gelkagat dan perangai sabotaj dikalangan ahli-ahlinya.

Sudah menjadi perbualan dan rahsia umum yang kepimpinan Mat Hassan di Negeri Sembilan tidak disenangi langsung terutamanya dikalangan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi... Sebab itu beliau tumpas semasa pemilihan MKT UMNO yang lalu...sesuatu yang tidak pernah berlaku keatas penyadang Menteri Besar sebelum ini.. Penyumbang bgesar kekalahan beliau ialah tidak mendapat sokongan dari bahagian-bahagian UMNO Negeri Sembilan sendiri.

Di Negeri Sembilan ada 3 kem yang besar...1) Kem Mat Hassan  2) Kem Rais Yatim   3) Kem Isa Samad

Kem-kem ini dimeriahkan dengan 2 kem skala kecil tapi punyai pengaruh tertentu dalam UMNO NS...1) Kem Hassan Malek dan 2) Kem Shaziman Mansor.

Masing-masing berebut nak jadi MB NS jika UMNO masih lagi menang PRU 13 nanti walaupun rata-rata pengamat dan pengalaisa politik serta laporan kaji selidik menyatakan Negeri Sembilan antara salah satu negeri yang bakal tumbang ketangan Pakatan Rakyat.

Kem dan berpuak-puak dalam UMNO NS ini ditambah burukkan lagi dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO yang secara terang dan jelas menentang Mat Hassan seperti Ketua UMNO Bahagian Seremban Ishak Ismail.

Inilah yang memeningkan kepala Najib Razak....Siapa jua yang diberikan amanah dan tanggung jawab mengemudi UMNO/BN NS pasti kena sabotaj...Tiada pilihan dan tidak mampu serta boleh dielakkan lagi.


UMNO TUMBANG RAKYAT SENANG...UMNO BERKUBUR NEGARA MAKMUR.

INI KALILAH... JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA.

UMNO DI GEMAS, NEGERI SEMBILAN SUDAH LEMAS!!!!!....BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT!!!!


Umno Gemas sudah lemas!!!!... itulah ungkapan yang paling sesuai Omakkau luahkan apabila melihat sambil mengamat rakaman gambar DSAI bersantai bersila bersama rakyat di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan malam tadi 27hb Januari 2013.

Propanganda pasal Kalimah Allah dan pemergian Najib Razak ke Gaza langsung tidak menyumbang kekurangan sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat pimpinan DSAI.

Sayugia diingatkan.. Gemas adalah antara daerah kubu UMNO paling kuat di Negeri Sembilan.

Itu dulu.. kini semuanya sudah berubah... Rakyat sudah mau melakukan perubahan.

Tiada gentar dengan ugutan dan sekatan... Tidak mudah termakan dengan umpan BR1M.. Tidak mudah terpengaruh dengan fitnah Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM.

Rakyat cerdik UMNO pasti sakit... Rakyat bersatu UMNO mati kutu.

Lagi difitnah lagi ramai rakyat berhijrah... lagi kuat ditohmah lagi berazam rakyat mau lihat UMNO rebah.

KUALA PILAH, KUBU UMNO PALING GAGAH DINEGERI SEMBILAN REBAH DENGAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA DSAI!!!!!


BIARKAN SAJA GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA....KUBU UMNO PALING KUAT DI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH...SUDAH REBAH!!!!

Dulu kalau parti pembangkang mau mengadakan siri ceramah di Kuala Pilah, pasti tiada sambutan diberikan..pernah penganalisis politik mengatakan jika pembangkang mengadakan ceramah di Kuala Pilah lebih ramai penceramah dari pendengar yang hadir.

Itu dulu.. kini ianya sudah menjadi sejarah..

Terbukti dengan siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama DSAI yang diadakan di Kuala Pilah semalam, 27hb Januari 2013.

Bermula siang hari di Kg Melang, Kuala Pilah  bersebelahan Pasaraya Econsave dan malam harinya di Kg Temeris di kawasan rumah Tok Ketua Omar.

Sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan.. Orang luar bandar dan kampung tradisional sudah mula beralih arah dari UMNO ke Pakatan rakyat pimpinan DSAI.

Isu putar belit Kalimah Allah langsung tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang bertekad maukan perubahan drastik demi kelangsungan hidup yang lebih realistik.

Hayat UMNO sudah hampir sampai kepenghujungnya sebaik saja pembubaran parlimen diistiharkan.

Pihak PDRM dan Majlis Daerah Kuala Pilah telah memberikan kerjasama yang cukup baik sekali.

Tiada gangguan oleh samseng-samseng UMNO sepanjang ceramah diadakan.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...