Wednesday 23 January 2013

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK ZALIM TIDAK BERHATI PERUT!!!!!!....SANGGUP BIARKAN SEORANG WARGA EMAS TINGGAL DIRUMAH USANG TANPA BEKALAN ELEKTRIK SELAMA 40 TAHUN!!!!!


40 TAHUN SEORANG WARGA EMAS HIDUP TANPA ELEKTRIK....ZALIM SUNGGUH KERAJAAN PR PERAK??????


TELUK  INTAN - Seorang warga emas bukan sahaja tinggal di dalam sebuah rumah usang di Kampung Belakang Kilang Padi, di sini, malah tidak pernah menikmati cahaya lampu elektrik sejak 40 tahun lalu.

Kehidupan yang dirasai warga emas, Steh Abdullah, 66, turut dikongsi dua anaknya berusia 23 dan 33 tahun yang tinggal bersamanya.

Steh berkata, kadangkala mereka terpaksa meminjam generator milik seorang rakan anaknya untuk mendapat bekalan elektrik namun, akan dipulangkan apabila pemiliknya ingin menggunakan alat itu.

Menurutnya, baru-baru ini anaknya dengan bantuan Pengerusi Wanita Bestari Teluk Intan, Alen Rus Ihsan, memohon bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Namun pihak berkenaan meletakkan pelbagai syarat antaranya perlu kebenaran tuan tanah.

"Sebaik sahaja menerima surat kebenaran itu, anak saya menghantar surat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta TNB namun pelbagai syarat diletakkan," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Steh,  antaranya syarat berkenaan, mereka perlu membayar sejumlah wang untuk membolehkan kontraktor melakukan kerja pendawaian di dalam rumah.

Jelasnya, bayaran yang dikenakan untuk kerja pendawaian menjangkau RM5,000 dan jumlah itu agak mustahil untuk disediakan.

Alen Rus pula berkata, agak sukar untuk keluarga Steh menyediakan bayaran berkenaan kerana kedua-dua anaknya bekerja sebagai nelayan dan pembantu sistem siaraya sementara warga emas itu pula sudah uzur.

"Pendapatan yang diterima mereka setakat cukup makan sahaja, jadi saya berharap ada pihak yang prihatin dapat menyalurkan bantuan ihsan kepada keluarga ini," katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Durian Sebatang Shuib Bahari berkata, beliau ada menerima permohonan keluarga itu dan sudah dipanjangkan kepada pihak JPS serta TNB untuk tindakan seterusnya.

Namun, katanya, beliau belum menerima maklum balas daripada kedua-dua pihak berkenaan mengenai permohonan yang dibuat warga emas tersebut.

“Apa yang saya tahu Pejabat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong sudah meluluskan separuh daripada jumlah pembayaran kerja pendawaian rumah berkenaan.

"Manakala sebahagian lagi perlu disediakan keluarga Steh dan saya merayu kepada mana-mana pihak untuk tampil membantu keluarga ini,” katanya.


OOPPSSS... SORI BANYAK-BANYAK BEB!!!!!... INGATKAN YANG PERINTAH PERAK PAKATAN RAKYAT... RUPA-RUPANYA UMNO/BN....

MENGAPALAH NAJIB TAK TINJAU NEGERI YANG DIPERINTAH UMNO/BN SEBELUM NAK TABUR JANJI KEPADA RAKYAT KELANTAN?????

KAN DAH KANTOI MALU MUKA NAJIB RAZAK SEKARANG.....

KALAU PERKARA ASAS DAH LEBIH 40 TAHUN JANJI UMNO KEPADA RAKYAT TIDAK DAPAT DITUNAIKAN...APA JAMINAN UMNO AKAN TUNAIKAN JANJI MEGA 7 KEPADA RAKYAT KELANTAN AKAN DILUNASKAN JIKA DIBERI MANDAT DAN AMANAH MEMERINTAH KELANTAN PADA PRU 13 NANTI?

JANJI DAN CAKAP UMNO BOLEH DIPERCAYAI.... KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.

2 comments:

  1. tu teluk intan .ini di ipoh dekat dengan desa perwira .pak cik tu buat pondok tepi longkang.pergi mesjid rapat setia naik basikal.Peminpin mewah semua cari makan dnegan glamor baik pas ,Bn lagi teruk

    ReplyDelete
  2. Di mana umno perintah, di situ rakyat melarat. Kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...