Tuesday 15 January 2013

LISTEN..LISTEN..LISTEN....PRESIDEN KIMMA PUN MALU NAK MENGAKU SHARIFAH ZOHRAH AHLI KIMMA WALAUPUN BUKTI JELAS YANG BELIAU SEORANG BERTARAF BEKAS TIMBALAN KETUA WANITA KIMMA KEBANGSAAN!!!!!..JENIS PEREMPUAN LIAR KATANYA!!!!!



Presiden KIMMA: Sharifah Zohra tidak bersama kami, sukar kawal beliau


KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.


"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.


Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.


Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.


"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.


"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

BILA DAH JADI LIABILITI SEMUA PAKAT MENJAUHKAN DIRI..

SEBAB ITU TIDAK BERBALOI JADI PEJUANG DALAM UMNO/BN...

4 comments:

  1. memanglah, org akan jauhkan diri dengan org yg sombong. bertaubatlah. dah tahu diri syarifah sudah bersalah. mengaku sajalah. Lain kali berhati-hatilah sebab org akan binasa kerana mulut. jgn ingat diri sendiri shj pandai sebab pasti ada yang lebih pandai drp kita. ini hakikat dunia. kehendak yang berkuasa.

    ReplyDelete
  2. Pada saya syarifah tu langsung tidak bersalah...aper yang dier dicakap mmg betul...menetap kat negara malaysia..bangga dgn negara lain...pi duk kat negara tu ler

    ReplyDelete
  3. Dah lama merdeka banyak lagi orang Melyu bengong. Tak tahu mana yang baik, belajar di universiti percuma atau belajar di universiti kena berhutang. Bodoh bin Bahlul betul. Atau yang bengong tu memang tak lulus UPSR!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada seorang kawan yang mengatakan bapaknya selalu guna istilah "ceghedik sekoloh". Di sekolah cerdik sungguh. Subjek kimia dapa A, matematiks A jugak, Bahasa Inggeris A+ tapi diluar sekolah bodoh ya amat!!! Mudah terpengaruh dengan propaganda. Belajar percuma dengan belajar kena bayar dan berhutang pun tak tahu mana satu yang baik untuk diri sendiri. Banyak yang macam ni. Melayulah siapa lagi. Cina dan bangsa lain dah mula sedar. Tapi nak cakap apa. Dah bodoh tetaplah bodoh dan boleh jadi hamba abdi ketua!!!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...