Monday, 30 September 2013
MAHATHIR SERU AHLI-AHLI UMNO DENGAR PANDANGAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SIAPA YANG LAYAK MEMIMPIN UMNO??????
AHLI-AHLI SUDAH HILANG KELAYAKAN WARAS FIKIRAN UNTUK PILIH PARA PEMIMPIN MEREKA.
Nampaknya mantan Presiden UMNO selama 22 tahun langsung tidak yakin akan kemampuan ahli-ahli UMNO berfikir dan menilai siapa yang layak memimpin UMNO untuk tahun 2013 hingga 2016.
Terpaksa merayu agar ahli-ahli UMNO yang bakal mengundi siapa yang layak menjadi pemimpin UMNO agar meminta padangan dan penilaian mereka yang buka ahli UMNO ... Kalau bukan ahli UMNO sudah pasti rakyat yang menjadi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.
Secara tidak langsung Tun Dr Mahathir ingin memberitahu kepada dunia betapa ahli-ahli UMNO yang ada kini jenis bodoh-bodoh belaka dan tidak macam para ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
Jika parti dianggotai oleh rakyat yang cerdik, bijak dan otak geliga ... secara ikut hukum akal logik sudah pasti pemimpin-pemimpinnya jauh lebih bistari bijak pandai.
PELABUHAN KLANG - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan anggota perwakilan Umno mengambil kira pandangan dan pendapat individu yang bukan dari kalangan parti dalam memilih barisan kepimpinan parti itu bulan depan.
Beliau berkata jika perwakilan hanya melihat kepada kepentingan Umno ketika membuat pemilihan, besar kemungkinan mereka membuat pilihan yang salah.
"Ahli-ahli Umno yang berkuasa tentukan siapa jadi pemimpin, (oleh itu) perlu ambil kira pendapat orang di luar Umno.
"Kalau mereka cuma nampak kepentingan Umno sahaja, besar kemungkinan mereka membuat pilihan salah dan ini mungkin menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelayaran sulung kapal pengangkut kenderaan MV Arca Emerald di Northport hari ini.
JANGAN NAK MIMPI BERITA INI AKAN DIHEBOHKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM!!!! ... 400 MASYARAKAT MELAYU/ISLAM PULAU PINANG MENERIMA BANTUAN PERMULAAN KE IPT DARI KERAJAAN NEGERI DAP/PR PULAU PINANG!!!
Zalim sungguh Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng...Anti Melayu dan menindas Islam sungguh!!!!!!!!..Kalau tengok pada rakaman gambar-gambar di atas boleh menyirap darah dibuatnya????
30 September, Butterworth : Majlis yang diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi telah dirasmikan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Y.B Dato' Haji Mohd Salleh bin Man.
Seramai 400 penerima bantuan ke IPT telah dijemput untuk hadir dan sebanyak RM314,000.00 turut diagihkan dalam majlis ini.
Keseluruhannya sehingga kini, Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan sebanyak RM2.3 juta untuk bantuan permulaan ke IPT.
APA LAGI RAKYAT PULAU PINANG MAHU??????
HIKMAH PENGAWAL KESELAMATAN YANG KENA MAKI DAN DI TERAJANG OLEH ISTERI MAT YO .... KINI SEMAKIN TERKENAL DAN MENJADI TUMPUAN PARA PENGGUNA LAPANGAN TERBANG SUBANG SKYPARK !!!!!
Yang maki hamu, caci cerca hina dan terjang Pengawal Keselamatan ini isteri kepada pemilik kereta Mini Cooper .... yang hormat dia sebagai manusia ialah tuan punya kereta Mercedes Benz CLK.
Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.
Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.
Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.
Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.
Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.
Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.
Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.
Allah itu maha adil, maha kaya.
Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti.
BINI MAT YO HINA RAKYAT PUJA .. BINI MAT YO TENDANG RAKYAT JULANG!!!!
Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.
Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.
Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.
Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini.
Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.
Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.
Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.
Allah itu maha adil, maha kaya.
Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti.
BINI MAT YO HINA RAKYAT PUJA .. BINI MAT YO TENDANG RAKYAT JULANG!!!!
RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR, SETIAUSAHA AGUNG PSM DAN 11 LAIN DITAHAN PIHAK POLIS KERANA DIKATAKAN BERHIMPUN BAGI MENYEKAT PEMAJU ROBOHKAN KG HAKKA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN!!!!
Arutchelvan, 11 lagi ditahan di Mantin
Setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan 11 orang yang lain ditahan hari ini ketika berhimpun bagi menyekat tindakan pamaju yang ingin meruntuhkan rumah penduduk di satu kawasan kampung di Mantin, Negeri Sembilan.
Arul dalam tulisannya di Facebook berkata, beliau serta enam aktivis dan lima orang penduduk berkenaan dibawa ke satu balai polis di Mantin.
Difahamkan, seorang dari penduduk berkenaan turut cedera dalam kejadian tersebut.
Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.
Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.
Dalam kejadian sama pada 12 September lalu, ketua kammpung dan para peserta perhimpunan yang lain turut ditahan kerana membantah tindakan perobohan berkenaan.
SIAPA TGNA DARI SUDUT HATI MANTAN MUFTI PERLIS !!!
Berikut ialah catatan mantan Mufti Perlis DR MAZA di laman sosial FBnya mengenai pandangan beliau mengenai TGNA, Mursyidul Am PAS dan merangkap mantan Menteri Besar Kelantan.
Bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput.
Terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam.
Seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..
TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah..
Saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik.
PEMILIHAN UMNO 2013-2016 .... AMALAN WANG POLITIK DAN POLITIK WANG!!!!!
PEMILIHAN UMNO: ANTARA WANG POLITIK DAN POLITIK WANG ..PROF DATO' DR AGUS.
Setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO, maka muncullah istilah politik wang. Anehnya, apabila menjelang pilihan raya, istilah ini tidak kedengaran pula. Saya timbulkan persoalan ini kerana saya lihat semasa pilihan raya, bukan hanya politik wang yang berleluasa tetapi juga rasuah politik berlaku di mana-mana. Tetapi mengapa kita diam? Mengapa politik wang dan rasuah politik tidak dijadikan isu?
Saya betul-betul tidak faham tentang hal ini. Lebih-lebih lagi tadi petang seorang kawan datang ke rumah saya dan mengeluh tentang berleluasanya politik wang. Saya tanya beliau, apakah bentuk politik wang yang berlaku itu? Apakah bakal perwakilan disogokkan wang untuk mendapatkan undi?
Kawan saya menjawab mudah. Di hotel-hotel katanya, ramai calon 'menggunakan wang' berbelanja pengikut mereka minum dan makan. Aduh! Itu bukan politik wang. Itu adalah wang politik atau kos politik yang perlu digunakan oleh calon untuk bersama dengan penyokong masing-masing.
Takkanlah dalam politik calon tidak boleh mendekati penyokong dan belanja mereka makan dan minum? Jika soal ini pun ditafsirkan sebagai politik wang, maka hambarlah persaingan untuk apapun jawatan dalam politik negara. Jika ini pun dikira sebagai politik wang, maka lesulah politik negara kerana calon yang bertanding sama sekali tidak boleh mengeluarkan kos untuk bersama penyokong mereka sambil makan dan minum untuk merancang strategi dan gerak kerja bagi mencari sokongan.
Jika ini pun dikira politik wang, maka bagaimana kempen boleh dilakukan oleh calon yang bertanding? Dan tanpa kempen, bagaimana perwakilan boleh tahu seseorang calon itu mempunyai wibawa atau sebaliknya? Aduh! Jika begini, ertinya masih jauhlah UMNO dari mencapai transformasi yang diharapkan oleh ahlinya. Jika beginilah sekatan kempen dalam pemilihan parti UMNO, ertinya masih jauhlah untuk UMNO berubah ke arah 'transformasi' yang sesuai dengan tuntutan politik semasa.
Hairannya lagi, apabila musim pilihan raya parti yang berbelanja besar memberikan kain sarung, rokok dan wang tambang pulang mengundi tidak pula dikatakan sebagai politik wang, jauh sekali untuk menyatakannya sebagai rasuah politik. Inilah yang peliknya pada saya. Ingatlah, dalam pemilihan tanpa kempen dan kos politik, maka itu adalah pertandingan yang sakit. Sakitnya bukan ringan, tetapi sakit yang tenat kerana pemilihan diadakan tanpa perwakilan mempunyai maklumat yang mencukupi tentang wibawa calon yang bertanding.
Politik wang bukan soal calon berbelanja untuk meraikan pengikut mereka. Politik wang ialah menggunakan wang untuk membeli kuasa politik, dan menggunakan kuasa politik untuk mendapat wang. Misalnya, terdapat seramai 269 calon menarik diri dari bertanding dalam pemilihan UMNO Oktober ini setelah mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu.
Persoalannya, adakah mereka ini ikhlas menarik diri atau berbuat demikian kerana didesak supaya menarik diri atau ada ganjaran tertentu? Hal ini ‘mungkin sesuai’ untuk disiasat atas andaian calon yang menarik diri tersebut ‘mungkin’ didesak atau diberi ganjaran. Saya tidak menuduh, cuma memberi contohnya sahaja untuk memahami konteks politik wang yang sesuai.
Tetapi jika calon sekadar berbelanja dan memberikan wang kepada penyokong mereka untuk bekerja dan berkempen bagi mendapatkan sokongan, maka itu adalah wang politik. Di negara maju, wang politik ini dipanggil kos politik atau ‘political financing’ yang dibenarkan.
Jadi, mengapa kita perlu terlalu takut dengan politik wang ini sehingga menyekat kreativiti calon yang bertanding untuk berkempen secara bebas dan sihat? Bilakah politik kita boleh maju jika definisi politik wang kita masih belum jelas sehingga kini? Atau apakah politik wang ini hanya terpakai untuk calon yang tidak ada jawatan sahaja kerana bagi calon yang ada jawatan dalam kerajaan atau parti, mereka boleh berselindung di sebalik jawatan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan ahli atau perwakilan atas alasan menjalankan tugas rasmi kerajaan dan parti? Saya tidak mengerti tentang hal ini.
Selepas pemilihan UMNO kali ini, sudah sampai masanya kita melihat semula definisi politik wang untuk membezakannya dengan istilah wang politik. Ingatlah, dalam sebuah sistem demokrasi, politik tidak boleh maju jika semua peraturannya dikawal oleh mereka yang berkuasa sahaja.
UMNO, berubahlah ke arah membenarkan kempen yang sihat dalam pemilihan, bukannya mengenakan sekatan kempen yang ketat! Itulah sebenarnya semangat pindaan peraturan pemilihan parti yang dibuat empat tahun lalu.
BERITA BARU MASUK!!!! .. SILING HOSPITAL SERDANG BERHARGA RM690 JUTA, RUNTUH UNTUK KALI KETIGA SEMENJAK SIAP DIBINA PADA TAHUN 2005!!!
Sebahagian daripada siling berhampiran wad bersalin di Hospital Serdang runtuh awal pagi ini.
Menurut sumber Hospital berkenaan ...Tiada siapa yang telah dilaporkan cedera daripada kejadian jam 2:55 pagi itu.
Ini adalah kali ketiga sejak 2011 bahawa kejatuhan yang berlaku , dengan empat orang cedera dalam satu utama pada tahun 2012.
Bagaimanapun, menurut sumber, terdapat "sekurang-kurangnya 10 lagi insiden " yang tidak dilaporkan secara terbuka dan disimpan di bawah balutan.
Ketika dihubungi , pengarah hospital , Datuk Dr Ardi Awang mengesahkan kejadian itu hari ini tetapi mengecilkan keseriusan .
"Ya, kejadian itu ada berlaku , tetapi ia adalah hanya sekeping siling jadi saya tidak fikir anda media perlu melaporkan tentang itu, " kata Ardi kepada Astro Awani .
Beliau menambah bahawa tidak ada orang yang cedera.
Pada 13 Ogos 2013 , tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Serdang Jabatan Kecemasan Hospital ' cedera apabila 15 keping siling berukuran 2 kaki x 2 kaki setiap runtuh pada 2:45 .
Ardi kemudian berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila skru yang memegang kepingan siling bersama-sama telah terkeluar , menghantar keping runtuh .
Salah satu daripada jururawat menerima jahitan untuk kecederaan tangannya manakala selebihnya cedera di kepala dan belakang mereka.
Kejadian pertama dilaporkan Januari 2011 melibatkan lobi utama di mana tidak ada orang yang dilaporkan cedera dalam beberapa minit runtuh selepas tengah malam.
Hospital ini telah beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina untuk berkhidmat kepada kira-kira 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
Hospital ini dibina dengan kos RM690 juta untuk membina dan merupakan salah satu rangkaian e- hospital dibayangkan oleh Kerajaan.
PEMILIHAN UMNO 2013-2016 .... CALON BODEK DIRI SENDIRI DENGAN MENYATAKAN BELIAU ADALAH CALON TERBAIK DARI KALANGAN UMNO!!!!
Inilah calon yang teramat mengidamkan jawatan dalam MKT UMNO sampai sanggup dan tergamak tanpa rasa malu mengaku dialah yang terbaik sekali dari kalangan ahli-ahli UMNO.
Pergh!!!! sendiri isi bakul sendiri angkat ... oopps silap.. sundri visi vakul sundri vangkat.
Inilah kali pertama Omak Kau tengok calon yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin mana-mana jua parti politik mengaku dirinyalah yang paling terbaik dan terhebat!!!!.
Najib dan Tun Dr Mahathir yang terkenal sebagai pemimpin yang suka diampu bodek pun tidak mengaku diri mereka pemimpin UMNO yang terbaik dari kalangan ahli-ahli UMNO.
Sepatutnya dia hanya berkata jika dipilih beliau akan melakukan yang terbaik untuk parti bukannya mengaku dirinya yang terbaik .
BIARKAN GAMBAR BERBICARA....UMNO TIDAK MEMPERALATKAN PELAJAR UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA????
Rakaman gambar dari keratan akhbar menunjukkan betapa UMNO tanpa rasa malu menggunakan para pelajar UiTM sebagai sukarelawan konon jadi tukang angkut kotak undi ketempat pengiraan undi dalam program simulasi pemilihan UMNO 2013-2016 semalam.
Semalam PDRM pula diminta menjadi pengawal kertas-kertas undi.
Kalau tidak itu bukan main lagi menyalak terlolong terjerit sana sini kononnya pihak Pakatan Rakyat menggunakan para pelajar untuk kepentingan politiknya. .. Nah!!! .. sekarang apa cerita????
Sebab itu UMNO ni kalau rakyat berfikiran waras dan berjiwa merdeka, tidak ada rasa meluat memang sajalah ... Jenis parti cakap tak serupa bikin .. bikin lagi dahsyat pada cakap.
BILLBOARD TERBAIK YANG PERNAH DI PACAK DI SKUDAI, JOHOR!!!!
Apakah billboard sumbangan Kelab Remaja Ukhwah, Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, ini bakal menaikkan kemarahan isteri-isteri pemimpin Melayu/Islam khususnya dalam UMNO yang tidak menutup aurat bertudung?
Billboard ini dipacakkan di Skudai Johor ... negeri kelahiran UMNO ... negeri yang pernah menjadi kubu terkuat UMNO dalam dunia.
Billboard ini yang tertera tulis .. WANITA UTM MENUTUP AURAT ...."HENDAKLAH MEREKA (PEREMPUAN) MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA MENUTUPI BAHAGIAN HADAPAN DADA-DADA MEREKA.. " .. Petikan Surah An-Nur Ayat 31. .... Wanita Muslim MENUTUP AURAT.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Remaja Ukhwah, Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Semoga lebih banyak billboard serupa yang mendidik rakyat kearah AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR di didirikan di negeri Johor Darul Takzim.
Billboard ini dipacakkan di Skudai Johor ... negeri kelahiran UMNO ... negeri yang pernah menjadi kubu terkuat UMNO dalam dunia.
Billboard ini yang tertera tulis .. WANITA UTM MENUTUP AURAT ...."HENDAKLAH MEREKA (PEREMPUAN) MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA MENUTUPI BAHAGIAN HADAPAN DADA-DADA MEREKA.. " .. Petikan Surah An-Nur Ayat 31. .... Wanita Muslim MENUTUP AURAT.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Remaja Ukhwah, Kolej Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Semoga lebih banyak billboard serupa yang mendidik rakyat kearah AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR di didirikan di negeri Johor Darul Takzim.
HIPOKRIT TAHAP TERTINGGI!!!! ... TIDAK YAKIN DENGAN DAP TAPI PERGI MENGUNDI SIAPA LAYAK MEMIMPIN DAP!!!!!
Inilah dinamakan hipokrit tahap tertinggi .. Bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang kena pecat dari DAP kerana bertanding sebagai calon bebas di DUN yang sama pada PRU 13 lalu sehingga hilang wang deposit, kelihatan turut serta membuang undi dalam pemilihan khas Jawatan kuasa Tertinggi DAP di Petaling Jaya semalam.
Sebelum ini sejak tidak terpilih lagi sebagai calon DAP dan kena pecat, bukan main lagi mencemuh semua kepimpinan DAP .. apa perkataan dan ungkapan tidak digunakan ... tetapi semalam dengan muka tebal tidak ada sedikit pun rasa malu boleh pula dia bersama-sama dengan perwakilan membuang undi untuk memilih pimpinan baru DAP.
Kalau dah tak percaya dan yakin akan DAP lagi mengapa perlu nak turut serta membuat pemilihan?
Paling menghairankan lagi boleh pula dia rasa amat bangga dengan pamirkan pas wakilnya ...
Sepatutnya kalau dah benci .. jangan kata nak pergi mengundi ... nak pijak dalam dewan pun rasa jijik ... tapi tak .. boleh siap pamirkan pas wakil sebagai tand amat bangga.
Spesis macam ini layak duduk dalam MCA ataupun Gerakan .. tiada prinsip perjuangan.
Inikah bekas pemimpin yang mau ditonjolkan oleh UMNO/BN bagi menyerang DAP ... Ada kesan ke?
Sunday, 29 September 2013
BERITA TERKINI!!! .. KEPUTUSAN PEMILIHAN CEC DAP HARI INI ... YB ZAIRIL KHIR JOHARI MENDAPAT UNDI KE DUA BELAS TERTINGGI DARI 20 ANGGOTA CEC YANG BARU!!!
YB Zairil telah mendapat tangga ke 12 dalam pemilihan khas ahli jawatankuasa pusat tertinggi DAP dengan undian sebanyak 1132... sekali gus membuktikan yang pemimpin Melayu diterima dalam DAP.
Pada pemilihan Disember lalu beliau hanya mendapat 803 undi.
Kesemua 20 pemimpin DAP yang menang Jawatan Kuasa Pusat Tertinggi DAP adalah pemimpin yang sama di tolak oleh RoS atas alasan silap kira.
Dikira suatu tamparan ke muka RoS.Kesemua 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih dalam pertandingan pada Disember lalu mengekalkan keanggotaan dalam jawatankuasa tersebut dalam pemilihan semula hari ini.
MP Kluang Liew Chin Tong memperolehi undi paling banyak dengan 1,438 undi.
Satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari memperbaiki kedudukannya ke tempat ke-12 dengan 1,132 undi.
Zairil sebelum ini menduduki tempat ke-20 dengan hanya 803 undi sementara Liew Chin Tong sebelum ini menduduki tempat ke-14 dengan 984 undi.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula hanya berjaya menjadi calon kelima paling popular dengan 1,304 undi walaupun tahun lalu memperolehi undi kedua tertinggi.
Lim ketika ditanya pemberita selepas pengumuman keputusan tersebut malam ini berkata beliau berpuas hati dengan prestasinya.
"Saya berpuas hati. Jumlah undi (saya) berkurangan mungkin kerana jumlah perwakilan yang datang mengundi juga kurang," katanya.
Pemilihan hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan Disember 2012.
Seramai 1,731 dari keseluruhan 2,576 perwakilan yang layak mengundi hadir ke Kongres Khas yang diadakan di Petaling Jaya.
Parti itu mengeluarkan sebanyak 1,725 kertas undi bagi pemilihan hari ini.
Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan CEC:
- Liew Chin Tong (1,438 undi)
- Lim Kit Siang (1,436)
- Karpal Singh (1,421)
- Gobind Singh Deo (1,409)
- Lim Guan Eng (1,304)
- Chong Chieng Jen (1,294)
- Anthony Loke (1,263)
- Chow Kon Yeow (1,203)
- Fong Kui Lun (1,193)
- Teng Chang Khim (1,164)
- Tony Pua (1,158)
- Zairil Khir Johari (1,132)
- Teresa Kok (1,127)
- Chong Eng (1,111)
- M Kula (1,088)
- Tan Kok Wai (1,088)
- Teo Nie Ching (1,081)
- Bo Cheng Hau (961)
- Nga Kor Ming (956)
- Ngeh Koo Ham (809)
GEMPAR!!!!! SETELAH PRESIDEN KONGRES MELAYU PULAU PINANG (KMPP) KELUAR DAP, PEMILIHAN SEMULA CEC DAP PAGI INI HAMBAR, LENGANG, SUNYI SEPI KENA BOIKOT!!!!
Pergh!!!! Dahsyat sungguh pukulan mamat "Melayu" yang berjawatan sebagai Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) ni.. dengan beliau keluar parti DAP semalam, pagi ini pemilihan semula CEC DAP terus lenagng, sunyi sepi, hambar kena boikot oleh ahli-ahli DAP.
Berbaloi kenyataan dan tindakan beliau keluar menyebabkan DAP kini sudah lumpuh tidak ada penyokong langsung!!!!
Wajar individu seperti beliau diangkat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini secara rasmi keluar DAP kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang kononnya sebuah parti berbilang kaum.
Beliau berkata keputusan itu dibuat walaupun sebelum ini menerima surat pemecatan pada 24 April lepas, kerana menganggap ia tidak sah kerana ketika itu anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Anggota cawangan Bayan Baru sejak 8 Jun 2012 itu memotong kad keahlian sebagai simbolik tindakannya meninggalkan DAP sehari sebelum pemilihan semula CEC yang dijadualkan esok... UTUSAN
TERKINI!!!!! ... MASJID YANG BARU SAJA SIAP DI BINA DI KUALA TERENGGANU RUNTUH!!!!
Sebuah Masjid di Kampung Terbauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu yang baru siap di bina oleh Kerajaan UMNO/BN telah runtuh dibahagian siling pagi tadi kira-kira jam 2.00 pagi.
Tiada kemalangan jiwa dan kerugian masih lagi ditafsir.
Tidak dapat Omak Kau bayangkan ketika kejadian siling tersebut runtuh ramai jemaah sedang bersolat didalam masjid.
Ini bukan perkara terpencil bangunan runtuh di Terengganu.
Terfikir dalam hati Omak Kau.. bangunan apa lagi bakal nak runtuh di Terengganu.. Cara penyelesaian untuk kisah bangunan runtuh berterusan berlaku di Terengganu ialah dengan meruntuhkan UMNO/BN di Terengganu.
UMNO TERENGGANU RUNTUH BANGUNAN AKAN UTUH ISLAM PASTI TEGUH!!!
SYARIKAT YANG DI HADAPKAN KE MAHKAMAH DENGAN 926 PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989, AKTA PENCEGAHAN WANG HARAM 2001 DAN AKTA PERIHAL PERDAGANGAN 2011, DIRASMIKAN SENDIRI OLEH TUN MAHATHIR!!!!
Dua hari lepas 6 pengarah Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan 926 ( sembilan ratus dan dua puluh enam ) pertuduhan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.
Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat, pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.
Selepas dua jam prosiding mahkamah, kesemua mereka meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut.
Ia mengambil masa hampir lima jam bagi mahkamah mendaftar lebih 900 tuduhan terbabit, sebelum prosiding bermula pada jam 3.30 petang.
Terdahulu, Jit Meng, 56, dan Tan, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen lain atas tuduhan membuat kenyataan palsu di sebuah lamanweb bahawa perdagangan emas itu adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah.
Kedua-dua tertuduh didakwa membuat kenyataan palsu itu di laman web (www.gennevaworld.com.my ) antara 16 Februari dan 10 Oktober 2012 di 52A -1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur.
Kesalahan itu, didakwa di bawah Seksyen 18 (1) Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Jit Meng dan Tan masing-masing dibenarkan ikatjamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Di Mahkamah Sesyen yang lain, pertuduhan dibacakan kepada Jit Meng, Tan, Hah Heng dan Ng dari Genneva Malaysia.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, Datuk Tan Liang Keat, 41, Lim Kah Heng, 42, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, dan Datuk Chin Wai Leong, 37, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, memindah, menerima dan memperoleh wang berjumlah RM1.5 bilion menerusi hasil aktiviti haram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama di ibunegara antara Januari 2011 dan Disember 2012 mengikut subsesyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dua syarikat iaitu GMSB dan Success Attitude Sdn Bhd, turut didakwa atas pertuduhan sama, masing-masing dengan 222 dan lapan pertuduhan di tempat dan masa yang sama.
Philip, yang merupakan pengarah GMSB dan Success Attitude, berdepan 246 pertuduhan; Tan, pengarah GMSB (226 pertuduhan); Lim, pengurus besar syarikat (16 pertuduhan) manakala Ng, Marcus dan Chin, penasihat perniagaan syarikat itu, masing-masing berdepan 155, 17 dan 23 pertuduhan.
Sementara itu, syarikat GMSB, Philip, Tan, Lim dan Ng mengaku tidak bersalah menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama antara 10 Januari 2011 hingga 1 Oktober 2012.
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin bagi pertuduhan pengubahan wang haram dan RM1 juta dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh untuk pertuduhan BAFIA.
Mahkamah menetapkan 27 November untuk pengurusan kes.
Di mahkamah berasingan, GSMB, Philip dan Tan turut mengaku tidak bersalah membuat penyataan palsu dalam iklan di laman sesawang www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah.
Bagi pertuduhan ini, mereka yang merupakan orang kena saman, didakwa melakukan kesalahan itu di 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012.
Mereka didakwa mengikut Sesyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Rihaida Rafie membenarkan Philip dan Tan masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Okt untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad, Mardziatul Nisa Ahamad Kabir dan Aida Mastura Mohamed Aman manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam A.S.Dhaliwal dan J.Kuldeep Kumar.
Apabila dibuat sedikit penyelidikan ... dapati syarikat ini dirasmikan sendiri oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sudah pasti ada rakyat yang terpengaruh dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat ini apabila melihat negarawan pujaan mereka sendiri yang merasmikannya malahan turut menyeru menyimpan dalam bentuk emas.
Saturday, 28 September 2013
APABILA BAHASA MALAYSIA SUDAH JADI BAHASA BANGLASIA!!!!
Inilah akibatnya apabila amanah menjaga tandas awam berbayar diserahkan bulat-bulat 110% kepada pekerja Bangladesh.
Sampaikan notis pemberitahuan tiada air pun dibiarkan pekerja tersebut menulis.
Akhirnya inilah yang terdapat ... " AIR TADA ... KINCIN BOLEH ... VARA TAK BOLEH ...
Mengikut kefahaman Omak Kau ... apa yang cuba diberitahu oleh pekerja ini ialah ... AIR TIADA .. KENCING BOLEH ...NAK BERAK ( BUANG AIR BESAR) TAK BOLEH.
Sampaikan notis pemberitahuan tiada air pun dibiarkan pekerja tersebut menulis.
Akhirnya inilah yang terdapat ... " AIR TADA ... KINCIN BOLEH ... VARA TAK BOLEH ...
Mengikut kefahaman Omak Kau ... apa yang cuba diberitahu oleh pekerja ini ialah ... AIR TIADA .. KENCING BOLEH ...NAK BERAK ( BUANG AIR BESAR) TAK BOLEH.
HEBOH SATU DUNIA .... PUNYALAH DAH AMAT TERDESAK NAK RAIH UNDI DAN SOKONGAN ... HISHAMUDDIN SANGGUP TERJAH PROGRAM ANJURAN WANITA UMNO?????
Punyalah terdesak nak raih undi dan sokongan demi mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat dan diramalkan oleh ramai para penganalisis politik sebagai goyah, mau tidak mau dengan muka tebal tembok tidak ada rasa malu, Hishamuddin Hussein di beritakan terus terjah program Wanita UMNO di Kluang, Johor 2 hari lepas.
Hanya pemimpin yang terdesak sesak nafas saja yang sanggup buat kerja yang dianggap sudah terlampau terdesak nak menang jawatan.
Paling memalukan ialah Sahahrizat Jalil selaku Ketua Wanita UMN O Malaysia ketika diajukan soalan oleh wartawan siapakah para perwakilan wanita menjadi pilihan kesukaan .. langsung sedikit pun tak sebut nama Hishamuddin walhal beliau ada disebelahnya.
Lokasi : Dataran Tasek Kluang, Kluang, Johor
Acara : Majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita Negeri Johor
Tarikh : 26/9/2013 @ 12 pm
Berita Harian (26/9/2013)
Kluang: Perwakilan Wanita UMNO akan memilih calon yang bertanggungjawab mengutamakan serta mengarusperdanakan suara golongan itu pada pemilihan parti, bulan depan.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perwakilan Wanita UMNO akan memberi penghormatan dan sokongan kepada mereka yang memberi sumbangan kepada perjuangan wanita, sebelum ini.
"Pada kami, perjuangan ini mustahak dalam mengambil kira siapa yang nak disokong, ini perjuangan bersama dan Wanita UMNO ambil kira siapa yang bertanggungjawab mengarusperdanakan wanita..., jadi faham-faham sajalah," katanya pada sidang media selepas berucap pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya siapakah bakal calon dipilih Wanita UMNO bagi jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan UMNO, bulan depan.
SEBENARNYA MEMANG DISINI PUN LAYAKNYA HISHAMUDDIN BERADA.
TIADA MAAF BAGI MU KATA MAJIKAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG KENA MAKI HAMUN OLEH ISTERI MAT YO ... TETAP TERUSKAN TINDAKAN MAHKAMAH!!!!
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.
Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”
Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.
Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.
Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.
AKHIRNYA ISTERI MAT YO SUDAH BERTEMU BUKU DENGAN RUAS.
SALUTE KEPADA MAJIKAN PAK CIK GUARD YANG MEMILIKI PRINSIP BENAR TETAP BENAR .... JANGAN CUBA NAK HINA KAKITANGANNYA KERANA DIA HANYA SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH .... LAWAN TETAP LAWAN .
Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”
Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.
Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.
Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.
AKHIRNYA ISTERI MAT YO SUDAH BERTEMU BUKU DENGAN RUAS.
SALUTE KEPADA MAJIKAN PAK CIK GUARD YANG MEMILIKI PRINSIP BENAR TETAP BENAR .... JANGAN CUBA NAK HINA KAKITANGANNYA KERANA DIA HANYA SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH .... LAWAN TETAP LAWAN .
Friday, 27 September 2013
KERANA KECELUPARAN DAN KEBIADAPAN MASHITAH IBRAHIM, AKHBAR SINAR HARIAN TERPAKSA MOHON MAAF KEPADA TGHA DAN MAT SABU KERANA DIRI MEREKA DIFITNAH!!!!
Akhbar Sinar Harian dengan berjiwa besar akui akan kesilapannya menerbitkan suatu artikel bertajuk " SKANDAL SEKS, KRISIS POLITIK PAKATAN" mengaitkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, dalam kolum " LANGIT TERBUKA" tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang disiarkan oleh akhbar berkenaan pada 2hb Mac 2012.
Akhbar Sinar Harian melahirkan rasa kesal atas penyiaran jijik, jahat fitnah itu dan memohon maaf kepada Dato' Seri Presiden PAS TGHA dan Timbalannya Tuan Hj Mohamad Sabu.
Kes saman fitnah oleh TGHA dan Mat Sabu keatas Dr Mashitah Ibrahim masih lagi berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
KETAHUILAH HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA LEBUHRAYA!!!!
Maklumat penting Jika Berlaku Kemalangan di sebabkan halangan di Lebuhraya seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain, apa sahaja.
Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek-objek yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain-lain lagi.
Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan...Tahukah anda...kita boleh tuntut dengan pihak PLUS, kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan.
Caranya mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:-
1. Hubungi PLUS RONDA 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)
2. Beritahu lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.
3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana-mana plaza tol yang berhampiran. Pastikan resit diambil. Sekiranya menggunakan touch n go atau smart tag kena print dari laman web PLUS.
4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak PLUS akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak PLUS akan ambil gambar kenderaan anda sebagai bahan bukti.
5. Buat laporan di balai trafik yang berhampiran atau di kawasan tersebut.
6. Kemukakan tuntutan kepada PLUS berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum di baiki dan selepas di baiki. Walaupun anda tuntut insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.
7. PLUS akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukakan laporan polis beserta gambar sekali.
Jika pihak PLUS berdegil dan enggan bayar, sila hubungi mana-mana Peguam ... Lebih afdal dan lebih baik , pastikan peguam itu berwibawa berjiwa Pakatan Rakyat.
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DISAMPAIKAN OLEH OMAK KAU!!!!
LAGI POLISI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR YANG MENZALIMI RAKYAT???... KALI INI GILIRAN GURU KAFA PULA!!!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor sedang mangkaji
dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA)
daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.
Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.
“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.
“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.
Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000.
Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.
Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.
Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.
“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.
LEPAS SATU SATULAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BUAT ZALIM DAN ANIAYA RAKYAT ... NAMPAKNYA NOH OMAR AKAN MENGAMUK NAIK MINYAK SEBAB DAH TAK DE MODAL NAK BALUN KERAJAAN PR SELANGOR.
Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.
“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.
“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.
Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000.
Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.
Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.
Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.
“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.
LEPAS SATU SATULAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BUAT ZALIM DAN ANIAYA RAKYAT ... NAMPAKNYA NOH OMAR AKAN MENGAMUK NAIK MINYAK SEBAB DAH TAK DE MODAL NAK BALUN KERAJAAN PR SELANGOR.
BERSEDIA BERKHIDMAT ... DUA ANGGOTA POLIS BANTU TUAN PUNYA KERETA TAYAR PANCIT.
Dua anggota Polis Trafik dari Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee sedang membantu seorang pemandu menukar tayar keretanya yang didapati kehabisan angin (pancit)
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam di laluan kecemasan Jalan Kuching, Kuala Lumpur, 24hb September lalu.
Semoga kerja murni mulia ini akan menjadi ikutan kepada anggota-anggota polis yang lain dalam masa yang sama mengurangkan persepsi buruk yang sering menyelubungi PDRM akbiat perbuatan seglintir anggotanya.
Kepada kedua anggota Polis Trafik ini .. Omak Kau ingin mengucapkan syabas atas sifat keprihatinan berjiwa rakyat.
TABIK SPRING MELANTUN DARI OMAK KAU!!!!!
BUKTI APA YANG DI PERKATAKAN OLEH TUN DR MAHATHIR MENGENAI PARA PENYOKONG DALAM UMNO ADALAH BENAR SAMA SEKALI!!!!
Apa yang diperkatakan oleh mantan Presiden UMNO selama 22 tahun mengenai kualiti yang ada dalam UMNO kini yang terdiri dari kalangan rakyat yang bodoh, ternyata benar.
Bukan niat nak menghina maupun mengaibkan individu yang bernazar mau berjalan kaki dari Kuala Besut hingga ke Putrajaya semata mata jika UMNO/BN menang PRK DUN Kuala Besut ... tetapi adakah nazar dan tujuan beliau itu berbaloi dan mendatangkan faedah kepada rakyat yang kini rata-rata terhimpit dan menjerit kerana kenaikan kos hidup akibat kenaikan harga petrol dan diesel.
Jalan beratus kilometer dalam keadaan cuaca panas terik dan hujan lebat.. Akhirnya yang dapat nama adalah menteri dan pemimpin UMNO.
Selepas ini adakah taraf hidup pejalan-pejalan kaki itu akan naik memuncak?.. Adakah para penduduk Kuala Besut yang majoritinya hidup dibawah paras kemiskinan akan menjadi bertambah baik sebaik saja mamat ini sampai di Putrajaya?
RTM DAH TAK KENAL SIAPA SEBENARNYA MENTERI YANG JAGA RTM?????
Ada yang sudah tidak kena dengan RTM semenjak kebelakangan ini ... Menteri yang jaga RTM sendiri pun sudah tidak kenal.
Bermula dengan kejadian yang amat memalukan, menyiarkan lambang polis semasa melakukan Ops Cantas dengan tertera tulis ayat POLIS RAJA DI MALAYSIA, kini nama dan jawatan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek menteri yang jaga RTM itu sendiri sudah berlaku kesilapan semasa siaran Berita Perdana dengan wajah Ahmad Shabery Cheek sebagai Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Apakah selepas tindakan memecat kakitangan yang bertanggung melakukan kesilapan yang memalukan negara itu maka sudah ada bau-bau sabotaj dari kalangan kakitangan RTM sendiri terhadap menterinya?
AKIBAT ISTERI MAKI HAMUN DAN TENDANG PENGAWAL KESELAMATAN, KINI MAT YO PULA TERPAKSA PASANG PENGAWAL KESELAMATAN PULA!!!!!
Kontroversi isu pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, bertindak di luar jangkaan kelmarin apabila memasang pengawal keselamatan semata- mata untuk mengelak dirinya daripada ditemu bual pihak media.
Tindakan terdesak itu dilakukan sebaik sahaja penyerang sensasi itu tamat sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini pukul 6.50 petang.
Media yang datang seawal pukul 4.30 petang terlebih dahulu dikecewakan oleh Mat Yo apabila beliau enggan melayan wartawan dan hanya berkata: "Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan)."
ISTERI MAKI HAMUN DAN TENDANG PENGAWAL KESELAMATAN AKHIRNYA DIRI SENDIRI TERPAKSA JUGA GAJIKAN PENGAWAL UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DIRINYA.
Thursday, 26 September 2013
BELUM APA-APA, FACEBOOKERS UMNO SUDAH MULA GELABAH SUSAH HATI APABILA DAPAT TAHU PETROL RON95 DAN DIESEL BAKAL NAIK LAGI DALAM MASA TERDEKAT INI!!!!
Jelas sekali apabila berita kononnya harga petrol RON95 dan Diesel bakal dinaikkan lagi untuk beberapa sen seliter telah mengundang gelabah para facebooker yang berjiwa pekat totok UMNO.
Ada yang hendak tutup akaun FBnya sebab dah tak tahan kena hentam dengan para pejuang PR.
Ada yang maki hamun menteri sambil meluahkan rasa kesal sokong UMNO/BN.
Yang pasti kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel jika benar berlaku bakal mengundang padah teruk pada UMNO/BN... bukan saja rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat marah tetapi para penyokong dan pendokong UMNO pun akan naik angin satu badan mengamuk.
RAKAMAN GAMBAR TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGHERDIK AHLI PARLIMEN PKR/PR KUANTAN, YB HAJJAH FUZIAH SALLEH DI LOBI PARLIMEN
Rakaman gambar di lobi parlimen menunjukan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan
Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed mengherdik Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan, YB Hajjah Fuziah Salleh.
Apakah begini gelagat dan perangai pemimpin BN? .. Tidak mampu berdebat terus herdik. Adakah dia ingat dengan cara mengherdik itu dia kelihatan menang dalam situasi sebegini?
Konfrontasi hangat tercetus antara Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed, kumpulan anti-Lynas dan anggota Parlimen Pakatan Rakyat, selepas perhimpunan membantah kilang itu di Parlimen hari ini.
Abu Bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada kumpulan itu dan membacanya.
Dia kemudianya berakhir dengan saling membalas jeritan antara anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Abu Bakar.
Apakah begini gelagat dan perangai pemimpin BN? .. Tidak mampu berdebat terus herdik. Adakah dia ingat dengan cara mengherdik itu dia kelihatan menang dalam situasi sebegini?
Konfrontasi hangat tercetus antara Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed, kumpulan anti-Lynas dan anggota Parlimen Pakatan Rakyat, selepas perhimpunan membantah kilang itu di Parlimen hari ini.
Abu Bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada kumpulan itu dan membacanya.
Dia kemudianya berakhir dengan saling membalas jeritan antara anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Abu Bakar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...