Thursday, 5 September 2013

LAGI BEKAS TUKANG MAKI NAJIB DIBERIKAN JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN !!!! PENYOKONG SETIA UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMANYA SEKADAR MENGGIGIT JARI!!!!


Dulu mamat ni kerja dia keluar UMNO masuk PKR sampai bertaraf Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang .. kerja dia sekadar maki hamun Najib Razak dan UMNO ... apa yang beliau tidak caci dan cerca ... lepas itu kerana tak dapat apa-apa yang dicita-cita dari Kerajaan PR Pulau Pinang ambil tindakan keluar PKR bodek melangit Najib Razak dan belasah dan fitnah PKR pula... Pastikan maki hamun DSAI berbakul-bakul satu hari.

Akhirnya diberikan hadiah dan imbuhan oleh Najib sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Para ahli, penyokong UMNO yang penuh taat setia tengenlam timbul bersama UMNO.. pagi petang siang malam tanpa penat lelah dan tidak kira masa dan suasana terus mempertahankan Najib Razak dan UMNO sedikit habuk pun tidak dipandang dan dinilai oleh Najib Razak.

Jadi siapa yang cerdik dan siapa pula yang bangang!!!!

Pernah Omak Kau cakap .. kalau nak jawatan dan imbuhan dari Najib caranya amatlah mudah .. keluar UMNO belasah kaw-kaw Najib Razak ... selepas itu masuk UMNO puji membodek melangit Najib .. tunggulah masa dan ketikanya .. kerja-kerja jijik anda ini akan dieberikan perhatian dengan anugerah jawatan.

Banyak contoh boleh dilihat.. Nallakaruppan.. Ezam Mat Noor .. Zulkifli Noordin dan terbaru Zahrain Hashim.

Kesiaaaaaannnn.. Para Penyokong UMNO totok!!! sumbangan kalian langsung tidak ada nilai pada mata dan lubuk hati Najib.

Untuk pengetahuan kalian.. jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia pernah dierikan tarah Menteri Kabinet dan salah satu jawatan Duta/Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang paling kanan.


Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim (gambar) bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru, dan pelantikan itu dilihat sebagai habuan kepadanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan tugas hebat sebagai pemegang jawatan diplomatik ke Indonesia itu kepadanya, terutama ketika ramai diplomat yang menyatakan hubungan dengan Jakarta perlu diuruskan dengan  halus dan berhati-hati.


“Zahrain dapat jawatan duta di Jakarta,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.


Zahrain menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru dalam pilihan raya 2008 tetapi keluar dari PKR pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Sebulan sebelum itu, pada Januari 2010, Zahrain menyerang Lim dengan berkata ketua menteri itu seorang `diktator, chauvinis dan berfikiran komunis’, dan menyatakan beliau lihat kegagalan Lim menyempurnakan janji pilihan rayanya.


Zahrain yang pernah menjadi rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kemudiannya menubuhkan Konsensus Bebas bersama beberapa ahli PKR yang berpaling tadah dan kemudiannya menyokong BN.


Selepas meninggalkan PKR, Zahrain mendapat liputan meluas dalam stesen televisyen yang dikawal Umno iaitu TV3 apabila beliau lantang mengkritik PKR dan Anwar atas pelbagai isu.


Bagaimanapun, Zahrain tidak bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei lalu ketika BN hanya menang 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008.


The Malaysian Insider difahamkan bahawa tugas ke Jakarta itu adalah langkah politik iaitu untuk menarik sokongan kalangan ahli politik Indonesia terhadap BN kerana mereka dilihat rapat dengan Anwar.


Anwar sering ke Jakarta, di mana beberapa pegawai khasnya melarikan diri ke sana selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.


Jakarta juga baru-baru ini mendapat perhatian apabila dikatakan menjadi lokasi pertemuan damai antara Najib dan Anwar yang diatur bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang dinamakan sebagai orang tengah antara kedua-dua pihak sebelum dan selepas PRU13.


Ia difahamkan bahawa Indonesia mengambil berat dan menunjukkan minat terhadap senario politik Malaysia kerana kira-kira dua juta warganya bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah, pekerja di ladang dan dalam sektor pembinaan.


Ketegangan yang wujud antara kedua-dua negara berjiran mengenai penderaan pebantu rumah dan pendatang haram di kem tahanan menyebabkan Jakarta membiarkan jawatan dutanya di Kuala Lumpur kosong kira-kira sejak 18 bulan lalu hingga awal tahun ini.


Duta Indonesia ke Malaysia terkini ialah Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, yang pernah ditugaskan di sana pada Januari 2010 selepas selesai tugasnya sebagai duta di Iran.


Wisma Putra menggambarkan Syed Munshe sebagai seorang warga Indonesia paling berpengalaman kerana ini adalah tugas ketiganya di negara ini.


15 comments:

  1. Alhamdulillah. Kebesaran Allah yg telah membuka hatinya agar menerima kebenaran. Kalau dulu dia melakukan kesilapan dgn memuja anuwar yg main blkg dan menyokong Kalimah Allah agar share dgn kristian, skrg Allah telah berikan hidayah meninggalkannya. Kepada pengikut nya yg lain, yg dianjingkan oleh DAP melalui nuwar...jalan masih terbentang luas. :)

    lalalala

    ReplyDelete
  2. Hidayah apa. Cari bala adalah Zahrin ini dilatek sebagai Duta ke Indonesia. Anjing kalau dah berhenti makan taik cium taik tetap punya. Entah lah aku tak nampak dimana baiknya Zahrin dilantek menjadi Duta.

    ReplyDelete
  3. Umno tak de pemimpin lainke berbanding mangkuk2 yg kena rejek PKR?Apalah PM mangkuk2 ni dulu kutuk umno kaw2 lps tu kutip pulak.Naya pejuang2 setia Umno!

    ReplyDelete
  4. Nie barwah siye punya bangsat.. takda maruah makan taik UMNO

    ReplyDelete
  5. anuwar pun teringin nak kembali kpd umno. tp memandangkan dia dah tersilap jd ketua pkr dan barua dap bwh telunjuk kapal singh yang byk pegang rahsia dia...maka hasratnya dipendamkan shj. apatahlagi rekod buruk dia semasa dlm umno yg mengkunyitkan jantan..makin jauh impian dia. hanya pengikut2 lgbt dan homo je skrg adalah ahli partai dia. kasihan. pintu taubat lahom masih terbuka.;)

    sumber : Sdr Azmine

    ReplyDelete
  6. Selagi Umno BN dan PKR ini berpegang kepada sistem Demokrasi selagi itu lah hampa akan bergaduh. Dengan ekonomi negara yang berpegang kepada Sistem Kapitalis sedang teruk defisitnya, elok la hampa semua kembali kepada sistem Khalifah dan Sistem Kewangan Islam dan hapuskan riba seperti saranan Baginda Rasululah dalam Qutbah Wida. "Kuffur" hukumnya kalau umat islam menyokong sistem demokrasi dan Sistem Kapitalis tajaan Yahudi dri keluarga Rothscild ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak dgn PAS yg berpegang dgn sistem demokrasi utk memerintah dan mendirikan daulah islam katanya. berebut cantas mencantas dlm pas, melobi nak pegang jawatan dan tercalon utk pru. tak ke bengap namanya. sampai bila la bergaduh.

      Sistem Demokrasi utk Daulah islam? sama je taraf pemimpin pas dgn DAP.

      Delete
    2. Bodohnye kamu,
      Lihat sesuatu guna mata hati, MCA, MIC & GERAKAN apa bezanya....
      Saya guru KAFA di PP tak pernah dihargai oleh BN tapi LGE dari DAP menghargai kerja dan menjaga kebajikan kami..... Dulu masa BN tak cukup memanjang gaji 450-700 saja sebulan. Kini Alhamdulillah kami di hargai, Allah memberi rezki melalui berbagai cara dan sumber.

      Delete
    3. hahah. baru dpt duit singgit dua dh taksub. guru kafa.patutlah.dey..lenkali baca sejarah dey. kat singapura dulu pun lky pakai songkok melawat org kampung beb. camapk 2kupang bagi guru agama. skrg apa jadik anak cucu guru agama tu?hihi

      Delete
  7. Anuar kalau dia nak sertai UMNO kami tak larang. Kalau dia nak jadi PM ganti Najob kami pun tak larang. Tapi kena ingat lakukan perubahan. Hapuskan rasuah,salahguna kuasa,kronisma. Kalau sama sehaja dia pun akan kami tidak menyokongnya. Kami aksn tentang habis habisan. Hangpa lah macai apa pemimpin2 BN semua yes tak ada no lansung walaupun arahan2 atau agenda2 yg dibuat oleh mereka menyusahkan hangpa sendiri. Apa punya otak lah puak2 macai ini.

    ReplyDelete
  8. Komen bab subsidi minyak dikurangka.(kata najib ler)hilang bertempiaran lari pencacai.bila bab zahrin pundek kutok ni,fuh bukan main bg komen cerodik buah pelior.

    ReplyDelete
  9. Bodohnye kamu,
    Lihat sesuatu guna mata hati, MCA, MIC & GERAKAN apa bezanya....
    Saya guru KAFA di PP tak pernah dihargai oleh BN tapi LGE dari DAP menghargai kerja dan menjaga kebajikan kami..... Dulu masa BN tak cukup memanjang gaji 450-700 saja sebulan. Kini Alhamdulillah kami di hargai

    ReplyDelete
  10. Orang tka cerdik dihantar jadi wakil negeri yang penuh putar belit.... Mampus lah makin banyaklah PTI datang nanti

    ReplyDelete
  11. hahaha. anuwar skrg sudah mental. mau bikin diskas meja bulat sama bn. kena kencing kaw2 penyokong taraf2 anjing.hahah

    ReplyDelete
  12. Ni bkn msalh mana2 parti,yg aku benci adalh msalh prinsip xtetap..masalh kebnran RASUAH YG MLMPAU2...Ahli politik muka xmalu yg tamak wang ni patut di kuburkn oleh smua parti xkira ape pun mcm si EZAM KOTAK (Ezm manoor yg jnji nak dedah berkotak2 rahsia NUWAR)ckp je lbih watpe le lantik Sntor.Bgitu si lawyer buruk Zul Kulim tu...smua penyangak elok lah bertemu penyamun..mcm xde pmompin lain ke.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...