Monday, 23 September 2013
SEMENJAK TAHUN 2008 KERAJAAN PULAU PINANG DITADBIR OLEH PAKATAN RAKYAT, POLIS CAWANGAN KHAS (SB) TIDAK PERNAH MENYEDIAKAN SEBARANG LAPORAN KEPADA YAB LIM GUAN ENG SEBAGAI KETUA MENTERI PULAU PINANG!!!!!
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 23.9.2013.
Polis Cawangan Khas Tidak Pernah Menyediakan Sebarang Laporan Kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang Sejak Memegang Jawatan Pada 2008 Tetapi Mungkin Hanya Kepada Menteri Dalam Negeri.
Polis Cawangan Khas tidak pernah menyediakan sebarang laporan kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak memegang jawatan pada 2008 tetapi mungkin hanya kepada Menteri Dalam Negeri. Jelas amalan menyediakan laporan kepada ketua menteri berkenaan prestasi wakil rakyat dan peluang mereka dalam pilihan raya, seperti didedahkan oleh bekas exco negeri Pulau Pinang, Toh Kin Woon dalam Tribunal Rakyat Bersih, telah dihentikan oleh pihak polis selepas PR mengambil alih.
Sungguhpun saya mengadakan mesyuarat bulanan Majlis Perundingan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri Pulau Pinang(MPKKANPP) yang dipengerusikan oleh saya dan dihadiri oleh Ketua Polis Negeri, hanya masalah jenayah yang dibincangkan. Tiada sebarang maklum balas daripada Cawangan Khas dan negeri tidak mempunyai akses kepada maklumat mengenai prestasi mana-mana wakil rakyat atau mana-mana kawasan yang lemah yang memerlukan perhatian.
Semasa dalam mesyuarat bulanan MPKKANPP, tumpuan utama adalah bagaimana untuk bekerjasama serta berkongsi maklumat dan sumber bagi memerangi dan mengurangkan jenayah. Mesyuarat ini merupakan usaha anti-jenayah bersama yang telah berjaya menjadikan Pulau Pinang salah satu bandar yang paling selamat di Malaysia dengan penurunan tertinggi dalam indeks jenayah selama 5 tahun berturut-turut sejak tahun 2008.
Walaupun terdapat peningkatan aktiviti jenayah pada tahun ini, ia telah ditangani oleh kerajaan negeri yang menawarkan pemasangan CCTV dan menyediakan kaki tangan untuk memantau CCTV tersebut agar anggota polis dapat melaksanakan tugas teras mereka, iaitu rondaan di tempat awam. Di samping itu, penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) untuk menjalankan tugas kepolisan komuniti telah membantu polis untuk memberi tumpuan kepada kawasan jenayah aktif. Kenaikan lebih daripada 8% jenayah untuk 5 bulan pertama tahun ini telah dikurangkan kepada 3.3% pada September tahun ini.
Walaupun tidak ada laporan atau taklimat dari Cawangan Khas, kerajaan negeri Pulau Pinang tetap akan meneruskan mesyuarat MPKKANPP kerana ini adalah satu platform yang berkesan untuk memanfaatkan segala sumber dan meningkatkan bekerjasama dengan semua agensi bagi memerangi jenayah.
LIM GUAN ENG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment