Pemangku Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas mengumumkan Tataetika Ahli Umno yang mengandungi perkara yang dilarang semasa tempoh kempen pemilihan parti kali ini.
Dalam kenyataan medianya, beliau mengingatkan bahawa tataetika itu perlu dijadikan panduan dan rujukan sepanjang tempoh tersebut dan boleh dikenakan mana-mana hukuman di bawah fasal 20.9 (a)-(e) Perlembagaan Umno jika ahli Umno melakukan kesalahan itu.
Ahli Umno dilarang melakukan kesalahan berikut, antaranya:
- Dilarang melakukan rasuah atau sokongan politik.
- Dilarang menggunakan kekerasan dan ugutan.
- Dilarang menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli.
- Dilarang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang seseorang ahli yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat menghindari atau mengelaknya.
- Tidak boleh menganjurkan sama ada secara langsung atau tidak sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon kecuali anjutan ibu pejabat Umno dan/atau jawatankuasa pemilihan negeri bawah seliaan Badan Perhubungan Umno negeri.
- Dilarang sama ada secara langsung atau tidak
langsung memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas
kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk
mendapatkan undi atau sookongan atau mempengaruhi ahli di dalam
pemilihan parti bagi pihak sendiri atau orang lain.
Itu semua bohong belaka. Omno ni mana ada etika tata susila dan adap sopan santun mana ada. Big bos omno sendiri kurang ajar. Menteri2 adakah bersopan santun bila bercakap. Semua biadap dan kuran ajar. Peraturan2 etika tu cuma wayang kulit jah. Yg kena pukul tu baru2 ni tu baru ni tu beradab ke? Yang cakap haramjadah berulang2 kali kat orng2 felda tu beradab ke? Yg tunjuk isyarat lucah kat parlemen tu beradap ke? Yg tunjuk isyarak kongkek tu beradap ke? Omno mana ada adap mana ada etika yg penting dapat jawatan sebab jawatan tu lubok harta. Harta tu tak lain adalah samun harta rakyatlah dgn macam2 kaedah dan cara. Bangsat punya omno.
ReplyDeletePersidangan Agong Umno......PAU ?.....patutlah.....banyak kaki pau dalam umno....kalau bagi.....rasuah......tak bagi.....kalah.....tak apalah.....kita bagi saja....Akhirat nanti....sama-sama masuk Neraka....kahkahkah
ReplyDelete