Saturday, 21 September 2013
OMAK KAU KEMBALI DENGAN SEMANGAT JUANG BARU YANG LEBIH KENTAL DEMI BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT MENUMPASKAN KERAJAAN UMNO/BN YANG ZALIM!!!!
Setelah menyepi bukan kerana merajuk pada parti mau pun patah hati tetapi atas musibah menimpa diri disuatu awal pagi 6hb September 2013 setelah baru pulang dari program pelancaran buku karya Ikhwanul Muslimin disebauh hotel di Shah Alam yang tidak mudah Omak Kau lupakan.
Dirompak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dipercayai 6 orang ... 4 masuk kedalam rumah sambil 2 orang lagi mengawal diluar rumah.
Nyawa Omak Kau bersama-sama dengan emak dan anak betul-betul dihujung parang yang tajam. Dipaksa supaya mendiamkan diri jika mau hidup lagi.
Habis 2 buah komputer riba, beberapa telefon bimbit, kamera, barang kemas, mykad, lesen pemandu, wang tunai, televisyen, pemain dvd, tablet iPad serta beberapa dokumen penting.
Bayangkan, tiada apa yang tinggal pada diri Omak Kau .... nak hubungi kawan tiada telefon serta nombor masing-masing tidak ingat.
Pergi ke Balai Polis Bukit Raja untuk buat laporan dengan pertolongan jiran-jiran
Pihak polis telah berjaya memberkas 4 dari 6 penyamun tersebut .. 2 lagi sedang diburu.
Sepanjang dua minggu menyepi Omak Kau menerima kunjungan dari para pemimpin Negeri Selangor yang sungguh tidak diduga.
Antara yang mula-mula berkunjung kerumah Omak Kau ialah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, merangkap ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail ... Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi merangkap ADUN SementaYB Dr Daroyah Alwi ... ADUN Meru merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dr Hj Abdul Rani Osman, Ketua PKR Cabang Kapar Sdr Azizi Ayub, Ketua Wanita PKR Cabang Kapar, Puan Ruzilah Hanim, Dr Nenduchelian, Ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang, Wanita PKR Cabang Kota Raja, Wanita PKR Negeri Selangor, AJK PAS Kawasan Bukit Raja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat Selangor, Puan Rozaina Hamzah dan tak lupa Puan Siti Aminah wakil Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita yang sentiasa bersama Omak Kau sama ada ke Balai Polis untuk kawad cam maupun ke Hospital Klang untuk tujuan kaunseling.
Omak Kau juga tidak lupa jasa baik Harakah Daily dan Selangor Ku yang membuat hebahan nasib yang menimpa Omak Kau yang trauma .... Facebooker King Jason yang berusaha untuk membuat kutipan derma bagi meringankan beban Omak Kau walau pun masih belum lagi diterima derma tersebut.
Sepanjang menyepi dari berBlog kerana tiada komputer riba Omak Kau sungguh terharu akan sokongan moral dan wang ringgit dari pucuk pimpinan parti maupun kawan-kawan serta jiran-jiran.
Ketika ditimpa musibah banyak memberi pengajaran pada Omak Kau erti hidup, pembelaan dan solidariti.
Omak Kau anggap ianya sebagai salah satu ujian dari Allah SWT kepada hambanya dengan beberapa hikmah ... Demi mau menyejuk jiwa Omak Kau, cuba bayangkan dengan membuat perbandingan musibah yang menimpa Omak Kau dengan para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim .... terlalu kecil dan kerdil dengan apa yang pernah dan sedang dilalui oleh DSAI ... Musibah ini menguatkan lagi sokongan Omak Kau kepada DSAI dan keseluruhan pimpinan Pakatan Rakyat.
Omak Kau kini sudah boleh berBlog semula hasil sumbangan ikhlas sebuah komputer riba oleh Biro Penerangan Pusat dan Bahagian Komunikasi Ibu Pejabat PKR .... suatu artikel khusus akan muncul mengenai pemberian komputer riba ini.
KALAU GENTAR PADA RISIKO .... JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN ... MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH .... LAWAN TETAP LAWAN .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Alhamdulilah. Syabas omakkau! Terukan berjuang sampai bn tumbang!
ReplyDeletePatutlh blog omak kau ta dikemaskini demenjak fua menjak ni. Apa apa pun dah ok kan.hifup omak kau.
ReplyDeletewalaupun senang walaupun susah..lawan tetap lawan..
ReplyDeleteSalam takziah atas ujian Omak Kau and welcome back! Masa kita 'dibawah' baru kenal siapa kawan, siapa lawan...
ReplyDeleteDah dapat komputer baru tu gunakanlah dgn elok. Cara bloger pembangkang mmg tak boleh diharap. Nak cerita politik aje 24 jam. Sebagai pembangkang bangkitkanlah isu kesusahan rakyat. Rakyat hidup makin susah. Pendatang asing makin ramai dan menyesakkan. Yang rompak awak tu kalau orang asing sebab ambil kesempatan atas org tempatan. Kalau tempatan kerana malas kerja disebabkan banyakyab pekerja asing. Peluang kerja yg baik terhad. Inilah padahnya dasar terbuka kerajaan terhadap org asing. Malangnya blogger macam awak lebih perjuangkan org politik yg awak sokong dari perjuangkan hak rakyat.
ReplyDeleteOmak kau.. Banyakkan bersabar ye. Luv u..
ReplyDeletemusibah yg terjadi. Allah beri peringatan dan balasan. selepas ni berhati2 jgn memfitnah lagi. jgn asik nak begaya mcm datin2. ingat tuh..Allah mengetahui persengkongkolan dgn kapir harbi demi berkongsi kalimah ALLAH..hihi
ReplyDeleteSalam Takziah... Semoga tabah hadapi dugaan Dunia..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah ..omakkau dh kembali berkarya ..Moga ujian yg menimpa tempuhari mengangkat darjat perjuangan anda ..
ReplyDelete