Beginilah pemandangan disebuah warung kopi peminat bolasepak liga Inggeris sedang menonton perlawanan antara pasukan Manchester United lawan Manchester City.
Semasa baru nak bermula salah seorang penyokong tegar setia MU begitu ghairah dalam memberikan sokongan kepada pasukan diminatinya ... siap pakai skaf dengan lambang pasukan MU lagi ....apabila pasukan MU ketinggalan 4-0 dibelasah MC langsung dibukanya skaf tersebut .. lemah longlai lesu lesi terus hilang semangat.
Keputusan berkesudahan MC 4 MU 1 ..... Apakah selepas ini beliau tidak akan memakai skaf itu lagi setiap kali menonton perlawanan yang melibatkan pasukan MU?

No comments:
Post a Comment