Monday 23 September 2013

KES PRESIDEN PAS SAMAN FITNAH DR MASHITAH IBRAHIM .... SINAR HARIAN KEMUKAKAN MOHON MAAF TAPI SAMAN TERHADAP MASHITAH IBRAHIM KEKAL!!!!



Hari ini akhbar Sinar Harian kemukakan kepada Mahkamah Tinggi permohoan maaf kepada TGHA atas artikel yang berbentuk fitnah ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim suatu ketika dulu.

Saman terhadap Dr Mashitah oleh Dato' Seri Presiden PAS kekal .. Keputusan itu dicapai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta sebentar tadi.

Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang , selaku plaintif memfail saman pada 18 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai defendan pertama kes itu.

Beliau turut menamakan Sinar Karangkraf Sdn Bhd iaitu Penerbit Sinar Harian sebagai defendan kedua dan Ultimate Print Sdn Bhd iaitu pencetak akhbar berkenaan sebagai defendan ketiga.

Menurut dokumen itu, plaintif menegaskan menteri itu dengan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah ke atas plaintif dalam kolumnya iaitu ‘Langit Terbuka’  bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu di muka surat 17, di mana kata-kata fitnah itu dikeluarkan defendan pertama sebagai kolumnis dan akhbar Sinar Harian sebagai penerbit, manakala Ultimate Print Sdn Bhd, pencetak.

“Kata-kata fitnah itu secara langsung merujuk kepada plaintif kerana nama dan jawatan plaintif disebut secara spesifik dalam artikel itu,” katanya.

Menurut pernyataan tersebut, kata-kata fitnah itu merupakan fitnah yang amat jahat ke atas plaintif sama ada dalam kapasiti peribadinya atau jawatannya selaku Presiden Pas.

Pernyataan itu juga menegaskan, meskipun plaintif melalui peguamnya telah menghantar notis pada tarikh 20 Jun kepada Sinar Harian, dan meminta syarikat tersebut menarik balik tuduhan fitnah, meminta maaf, dan membayar ganti rugi, namun Sinar Harian tidak berbuat demikian.

Antara dituntut, ganti rugi am; ganti rugi teladan; ganti rugi melampau; perintah mengarahkan defendan kedua meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah writ saman itu di muka depan Utusan Malaysia; dan kos.

6 comments:

  1. Kalau TAK FITNAH dan MENIPU...UMNO dan ulamak BENGONGnya...dah lama BERKUBUR...

    ReplyDelete
  2. maSHITah mmg shit la pompuan puaka tu..

    ReplyDelete
  3. Umno dah nak bersidang untuk bincang macam mana nak kebas duit rakyat dan macam mana nak jual negara tu je matlamat persidangan pau umno. Hehe

    ReplyDelete
  4. Tinggal mana pun llmu agama..bila dh penganut umno fitnah jadi mainan..

    ReplyDelete
  5. istazah cap ayam

    ReplyDelete
  6. Jika darurat tak cukup duit nak bayar saman boleh tak jual burid.mohon pencerahan masitah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...