Tuesday, 24 September 2013

RAHSIA SUDAH PECAH!!!! ... UNTUK UMNO TERUS BERKUASA, PAS MESTI KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT!!!



Untuk Umno-BN bertahan, PAS mesti dikelirukan dan keluar Pakatan!

Oleh KHALID SAMAD
Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR…”

Saya kemudiannya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang.

PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR!

Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang ‘kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya’.

Mereka golongan ‘puritans’ atau ‘bersih dan jernih’ yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR.

Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran ‘simplistik’ dan tidak menjiwai konsep “PAS for all” serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.

Pandangan pemimpin UMNO tersebut bahawa nasib UMNO/BN semasa PRU ke 14 adalah bergantung kepada PAS tidak menghairankan.

Populariti UMNO/BN semakin merosot dan tidak ramai lagi pengundi yang mempunyai ‘mentaliti zaman Jepun’. PR pula merupakan kerajaan gabungan atau pakatan yang mampu menggantikan BN.

Tiba-tiba dalam keadaan UMNO/BN begitu terdesak, ada terdengar pula ada yang ingin bawa PAS keluar PR?!

Setelah PR mencapai kejayaan demi kejayaan! Setelah UMNO semakin tertekan dan PR, termasuk PAS, semakin kukuh. Pelik bin Ajaib.

Ada orang muda yang berkata, “kemenangan PAS melalui PR tidak bermakna! Bukan PAS yang dominan!” Hujjah totok UMNO untuk menjejaskan PAS dan PR.

Tidakkah kamu telah Allah kurniakan mata untuk melihat dan otak untuk berfikir? Lihatlah Selangor! Dulu PAS hanya 8 kerusi, sekarang 15! Apa pengajarannya?

Pengajarannya wahai orang muda, ialah, bawah PR, ruang untuk PAS bergerak jauh lebih luas sehingga boleh mengukuhkan kedudukannya, PRU demi PRU!

Kebebasan dan ruang bergerak inilah yang kita inginkan dan perjuangkan terlebih dahulu. Sedangkan UMNO/BN tidak akan berikan kebebasan dan ruang tersebut kepada kita!

Dan kita perlu faham, apa-apa kedudukan sekalipun yang tercapai melalui mana-mana PRU boleh berubah setiap kali diadakan PRU. Oleh itu apa yang kita bermula dengannya tidak semestinya kekal buat selama-lamanya. 2008 hanya 5 kerusi, 2013 menjadi 15.

Mereka yang mengeluh ini bagaikan orang yang inginkan nasi tanpa ingin menghasilkan beras, atau inginkan kek tanpa ingin membancuh telur dengan tepung.

Yang diinginkan adalah satu natijah tanpa diikuti proses ke arahnya. Sedangkan apa yang dianjurkan oleh mereka sendiri tidak menghasilkan apa yang mereka kata mereka inginkan!

Dengan keluar dari PR, adakah tercapai dominasi PAS? Kalau tidak maka alasan untuk keluar PR kerana tiadanya dominasi PAS adalah alasan semata-mata!

Dan sudah pasti, apabila PAS keluar PR, sepertimana yang diinginkan mereka, yang menjadi dominan adalah UMNO/BN dan bukan PAS!

Sememangnya sekarang ini tiada mana-mana satu parti yang boleh memerintah Malaysia. UMNO pun tidak boleh dengan memenangi hanya 88 kerusi Parlimen!

Maka sekiranya UMNO sendiri tidak mampu memerintah Malaysia bersendirian, adakah PAS mampu? Atau PAS tidak berminat?! Adakah PAS hanya berminat untuk terus berlegar di luar kerajaan Pusat, menjadi ‘pembangkang kuat’?

Zaman PAS berfikiran sebagai ‘pembangkang kuat’ sudah lama berakhir.

Kewajipan PAS sekarang ialah untuk bersama memenuhi kehendak dan desakan rakyat, menggantikan UMNO/BN sebagai kerajaan di peringkat Pusat dan membebaskan, melaluinya, rakyat Malaysia dari terus dicengkam UMNO! Inilah cabarannya!

Cabaran inilah yang ingin digalas oleh pimpinan PAS dengan pembentukan HAK, APU, BA dan seterusnya PR!

Hairan anak Pelik cucu Ajaib! Ada pula dalam PAS yang tidak pentingkan kuasa politik? Maka masuk parti politik buat apa? Sudah pasti kuasa itu bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bergantung kepada siapa yang berkuasa.

Jawapan pemimpin UMNO/BN berkenaan, yang disampaikan kepada saya oleh adik saya, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya.

Usaha untuk menyokong golongan ‘kopiah putih’ sudah pasti sedang dijalankan UMNO.

Sudah pasti SB sudah ramai ‘membantu’ dengan menghasut dan memuji. Duit mungkin sedang mengalir, “sumbangan ikhlas demi Melayu dan Islam”, kata mereka. ‘Suasana’ mungkin sedang ‘dicorak’.

Tidak mustahil fitnah terhadap TGHH yang menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang lemah, perlukan pertolongan, dikuasai golongan tertentu; sepertimana juga soal Syiah, Liberal Islam, Ulama’ dicemuh dan sebagainya; semua ini perancangan dari pihak tertentu untuk menghasilkan perpecahan yang akan menatijahkan keluarnya PAS dari PR. Dan dengan itu, selamatlah UMNO/BN.

Apabila pemimpin UMNO berbicara mengenai apa yang sedang berlaku dalam PAS, sudah pasti UMNO sedang berperanan. Semoga pemimpin dan ahli PAS sedar akan perancangan ini dan matang serta bijak.

Kukuhkan Pakatan Rakyat dan teruskan perjuangan.

7 comments:

  1. Bukan depan penyamun2 nak bersidang. Langkah pertama ialah macam mana nak samun duit rakyat. Kedua macam mana nak tipu rakyat. Ketiga macam mana nak dapat sokongan rakyat untuk menyamun. Keempat macam mana nak hapuskan islam. Kelima macam mana nak minta bantuan luar negara untuk menyokong menyamun duit dan harta rakyat.

    Langkah2 paraktik:

    1. Gunakan surat kabar utusjamban beritaheran tibi 3suku tibi 1suku termasuk semua tibi2.

    2. Gunakan polis klu tak berkesan gunakan tentera.

    3. Gunakan mahkamah.

    4. Gunakan agensi2 pentadbiran pusat dan negeri.

    5. Munculkan isu2 sensitif seperti agama dan perkauman.

    6. Dedahkan keburukan dan kejahatan (yg direka2) agar rakyat menyokong.

    7. Berikan subsidi seperti brim dll

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Datuk Seri Njtoya
    KEPALA PENYAMUN NEGARA.

    ReplyDelete
  2. Eleh...

    yo yo an aja kata pru-14 nanti umno-bn bungkus...

    sebelum pru-13 hari tu pun kata umno-bn sedang kelemasan la...

    pr akan kuasai putrajaya la...

    keputusannya semua orang dah tahu...

    umno-bn masih berkuasa...

    kuncinya masih pada undi melayu yoep...

    selagi dap gagal meyakinkan orang melayu...

    selagi itu pr cuma mampu bermimpi!

    ReplyDelete
  3. Perkara yg paling ditakuti oleh parti serpihan iaitu PKR ialah apabilasalah satu gabungan PRbertindak keluar dan berjuang sendiri. selama ni pkr menumpang cawangan2 sedia ada PAS.

    PKR lemah dibawah pemimpin yg ' terlibat perlakuan homoseksual'. Perkara ini tidak akan berlaku jika Saudara Azmin yang menerajui PKR.

    ReplyDelete
  4. Kih.kih.patut ler saban malam akan ada satu luahan melalui telefon dari ahli PAS.hingga kan ada PAS Lake View Taiping yg hingga kini tak ujud.pukimak tb 3/4.bodoh tahap piang editor tb3/4.nak pemohong pun tak reti.editor merangkap pencacai tukang angkat najisb yg tua kutuk nak mamphos.haramjadah punya editor.

    ReplyDelete
  5. elok di botox je otak dungu pencacai pkr ni mcm bang non pungkok. siall.pondan tua.kihkihkih

    ReplyDelete
  6. kedudukan simbol2 pada gambar di atas tu salah letak. kalau tengok baju DAP, simbol DAP berada ditengah, kedudukan PKR/DAP/PAS. sticker kereta dll pun sama.
    Ini politik PR leader DAP. korang ahli PAS dan PKR hanya acai. anjing suruhan je. Bagi sikit duit...melayu tukang julang, tukang arak, tukang tampal sticker dan panjat tiang bendera Sang Saka DAP.
    ni Org kuat DAP bagtu la..hihihi

    ReplyDelete
  7. Lu mmg macai amno sejati...bak kata piem haram jadah...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...