Wednesday 25 September 2013

BUDAYA SAMSENG DALAM UMNO!!! .... INILAH WAJAH CALON MAJLIS TERTINGGI UMNO YANG KENA BELASAH OLEH INDIVIDU YANG MEMEGANG JAWATAN DALAM UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA!!!



KUALA LUMPUR – Calon Majlis Tertinggi Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz yang mendakwa dipukul ketika menghantar borang pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Titiwangsa, Sabtu lalu meminta pihak polis menyegerakan siasatan kes itu.

Menurut Mohd Ariff, dia turut mengenali pihak yang memukulnya itu kerana individu berkenaan turut memegang jawatan dalam Umno Bahagian Titiwangsa.

"Gejala samseng dalam Umno perlu dihapuskan agar ia tidak memberi imej buruk kepada parti terbesar dalam negara ini.

“Di bahagian lain semuanya berjalan lancar, tetapi kenapa berlaku kejadian ini untuk bahagian Titiwangsa,” katanya kepada media, semalam.

Mohd Ariff berkata, kes pukul berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan Datuk Johari Abdul Ghani kerana pada masa itu Ketua Umno Bahagian Titiwangsa itu masih belum menghantar borang untuk mengekalkan jawatannya.

"Namun, saya menafikan kenyataan Datuk Johari yang menganggap kejadian pukul ini merupakan satu drama yang dilakukan untuk memburukkan nama beliau.

“Ia memang betul berlaku dan laporan polis juga saya telah buat termasuk pemeriksaan doktor.

“Mungkin Datuk Johari tidak percaya kerana saya masih belum menyerahkan laporan polis ini kepadanya atas sebab kekangan masa. Insya-Allah esok (hari ini) saya serahkan kepadanya," katanya.

Mohd Ariff dalam pada itu meminta mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

“Biar pihak polis dan lembaga disiplin parti melakukan siasatan seterusnya mengenakan tindakan terhadap pihak yang bersalah,” katanya.

4 comments:

  1. Omno kan terkenal ngan samseng. Hehe. Awat hang repot polis bengap? Ko kasi duit sikit pad pukida hamtam sama nazri. Sebab arahan drp nazri. Hehe. Sebaiknya tu hari kepala ko pecah atau tangan kaki ko patah. Hehe. Awat polis boleh segerakan siasatan ke? Ko baghal la kasi sikit duit pada polis 100 ribu ke 500 ribu ke barulah cepat siatan. Jangan jadi bengap sangat baghal.

    ReplyDelete
  2. Wakakakakak semua x dak kerja..freeloader blaka

    ReplyDelete
  3. Ayahanda Tiga Line babap kat hang ka? pi habaq kat Tun M - tengok gambaq ja teruih tenang bak hang!

    ReplyDelete
  4. hidup lagi ingat meninggal kena bedal...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...