Saturday, 21 September 2013

REJIM TENTERA MESIR PERINTAHKAN PENANGKAPAN KEATAS SYEIKH YUSUF AL QARDHAWI!!!!



Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui Peguam Agung telah mengeluarkan surat perintah penangkapan atas Syeikh Yusuf Al Qardhawi.

Syeikh Yusuf Al Qardhawi adalah ulama yang lahir di Mesir yang kini tinggal dan berkewarganegaraan Qatar.

Berdasarkan surat perintah itu, Syeikh Yusuf Al Qardhawi akan terus ditangkap sebaik sahaja tiba di Mesir.


Surat khabar Al Sharq Al Awsat (20/9) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan tentera Mesir, permintaan untuk dilakukannya campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan yang disiarkan stesen televisyen milik Qatar, Aljazeera.


Dr Syeikh Yusuf Al Qardhawi yang juga Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa itu telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara tersebut. Sejak muda beliau pernah dipenjara oleh rejim tentera Mesir sebelum akhirnya mengajar di Arab Saudi dan Qatar.


Selain itu, beliau juga adalah anggota Haiah Kibar Ulama Al Azhar Mesir.


*gambar menunjukkan Syeikh Yusuf Qardhawi tiba di Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Dataran Tahrir di Kaherah 18 Februari 2011


Sumber: Madani News / Pilihanraya Mesir

2 comments:

  1. Omno gembira melenting2 sampai cerit berit sebab ketua ulama dunia yusof qardawi nak kens tangkap. Terutama madey siap bagi tahniah kpd pemimpin kodeta mesir. Hisham ketawa berdekah2 nazri terkinje2 zahid siap guling2. Apa nak jadi dgn omno ni.

    ReplyDelete
  2. YA allah hancurkan tentera alsisi si anak dajjal itu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...